Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN
Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan

pendokongnya untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah
merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat
pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas
bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu
instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua
yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun
penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu
ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi tinggi.
Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi bukanlah impian yang tidak boleh
menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai
komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.
Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya
sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus
kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas
keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan
memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.
Ini adalah kerana pelajar pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa
akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah
negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajarpelajar bagi menimba ilmu.
Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa
negara Jepun dan German yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun
semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka
berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin
di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan.
18

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen
yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu
reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia
sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri
pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan
zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana
sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar
dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.
Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu
sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu
dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah
yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa ,
waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan
sekolah tersebut.
Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan
budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah
sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah
akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di
kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang
individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada
pembangunan negara.
Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri
organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu
terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi.
Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilainilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran
dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja
individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di
dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi
mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama
mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut.

2.0

KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


19

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan
sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang
selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan ,
guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan :
Penampilan diri

Kesihatan fizikal dan mental yang sihat

Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri

Berkeyakinan diri yang tinggi

Mahir berkomunikasi

Ketrampilan pentadbiran
1. Kebolehan menganalisa masalah
2. Kebolehan membuat keputusan
3. Keperluan pengurusan organisasi
4. Sensitiviti
Ketrampilan interpersonal
1. Kemahiran kaunseling
2. Kemahiran membina pasukan
3. Kemahiran penyelesaian konflik
4. Kemahiran pengurusan tekanan dan masa
5. Akauntabiliti

Pengurusan kurikulum yang tersusun


20

Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran

Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan

Jadual waktu kurikulum

Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran

Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran

Penentuan set pelajar

Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran


1. Kaedah mengajar
2. Penggunaan ABM
3. Penilaian atau tugasan

Pemantauan P & P
1. Rondaan mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P berjalan
2. Pencerapan pengajaran guru

Kekuatan dan kekurangan dari segi isi

Teknik pengajaran

Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat

3.Semakan buku nota dan latihan pelajar

Memenuhi kuota latihan

Menghabiskan sukatan pelajaran

Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan

Kerja-kerja pemulihan

4.Penyemakan buku rekod pengajaran guru

Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

5.Ujian dan peperiksaan


Model Penyeliaan
21

1.

Penyeliaan klinikal

2. Penyeliaan kendiri
Kecemerlangan disiplin

Sahsiah

Berpakaian kemas

Rambut yang kemas dan pendek

Tingkah laku

Sopan santun

Baik tutur kata

Kehadiran ke sekolah

Tidak ponteng sekolah

Hadir di dalam kegiatan kokurikulum

Menyertakan surat waris atau doktor jika tidak hadir ke sekolah

Guru Berkesan

Dapat menghasilkan sesuatu menerusi pengajaran

Memiliki ciri-ciri personel tertentu

Melakukan sesuatu dalam tugas mengajar

Model Fasilitator

Sahsiah

Profesional

Teknologi

Motivasi

Pengurusan bilik darjah

Strategi , kaedah,teknik

22

3.0

CABARAN PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


Kepimpinan tertinggi di KPM yang telah menggariskan kehendak Sekolah Berprestasi

Tinggi (SBT), umum mula memperkatakan tentang SBT ini. Terdapat empat cabaran yang
telah digariskan oleh KPM untuk mencapai SBT. Berikutlah keempat-empat cabaran untuk
menjadikan sebuah sekolah berprestasi tinggi :
A)

Sekolah Berprestasi Tinggi menepati kehendak dasar pendidikan kebangsaan


dan dasar-dasar Negara.
Pengurus sekolah tidak hilang punca kerana perubahan-perubahan baru yang

sentiasa diperkenalkan. Ini kerana asas pelaksanaan KBSR / KBSM sudah sangat hebat
dengan penyusunan kurikulum yang sudah mantap. Oleh itu semua pengurus sekolah
diingatkan supaya mengkaji semula objektif dan matlamat yang sudah sedia ada.
B)

Melahirkan kepimpinan berkesan di sekolah-sekolah


Pengurus sekolah diingatkan supaya bertingkah laku yang menepati zaman dan

masa kini. Kepimpinan autokratik dan laizess-faire sudah tidak ada tempat dalam era
sekarang. Pengurus sekolah perlu mengelakkan diri daripada dibenci atau lebih teruk lagi
dimaki oleh pengikut bawahan kerana stail pengurusannya. Sebaik-baiknya jadilah seorang
pengurus yang supportif dan partisipatif supaya guru-guru di bawah akan menjadi pengikut
dan penyokong. Visi Sekolah, Misi Sekolah, Moto Sekolah dan Slogan Sekolah perlu
dijadikan medium untuk mencapai matlamat pengurusan di sekolah.
C)

Keinginan melahirkan pengurusan sekolah berkualiti dan strategik


Pengurus sekolah perlu memahami dan melaksanakan dengan menyeluruh 8 cabang

pengurusan sekolah. Ianya meliputi

pengurusan kurikulum

pengurusan kokurikulum

pengurusan am dan pejabat

pengurusan fizikal sekolah

pengurusan kewangan sekolah

pengurusan hal ehwal murid

pengurusan personal / staf dan

pengurusan dengan komuniti.

Kesemua bidang ini perlu dilaksanakan serentak oleh pengurus sekolah bagi
menjamin iklim kerja dan belajar yang kondusif di sesebuah sekolah.
23

D)

Tindakan profesional warga guru


Sekolah Berprestasi Tinggi juga menggariskan tindakan professional warga guru

sebagai cabaran keempat. Profesional berkait rapat dengan ilmu, sikap dan kepakaran guru.
Sekiranya guru-guru kita tahu buat, reti cara buat dan boleh buat, maka guru itu tinggi tahap
profesional. Menyentuh ini, para guru boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu :

kategori Tahu tetapi Tidak Mahu ( pemalas )

kategori Tidak Tahu dan Tidak Mahu ( kayu mati )

kategori Tahu tetapi Mahu ( ada harapan ) dan

kategori Tahu dan Mahu ( bintang ).


Sebagai pengurus yang berkesan, Guru Besar perlu mendorong pengikutnya supaya

tidak tergolong sebagai pemalas dan kayu mati .

4.0

MURID BERPRESTASI TINGGI UNTUK MENJAYAKAN SEKOLAH


BERPRESTASI TINGGI
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi

sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan
penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.
Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara
ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk
membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk
berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat
tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai
kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan
kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh
pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013
2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru
perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan

24

kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting
dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
1. Pengetahuan
Sebagai seorang guru yang profesional, kita perlu memastikan setiap murid kita perlu
memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya pada peringkat paling asas. Ciri ini
melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan
dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat
dan negara.
Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

memperkenalkan

alat

berfikir

dan

mengeluarkan banyak dana seperti i THINK dan perlu dimanfaatkan secara serius . Usaha
KPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT
). Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat
menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk
melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P .
Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang
memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan berprestasi tinggi, khususnya
untuk memastikan anak murid kita dapat mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru
mampu memainkan peranan dengan menggunakan pengalaman dan kemahiran untuk
mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar
menguasai kedua dua kemahiran tersebut. Selain itu, membimbing dan mengalak murid
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian juga akan dapat melahirkan murid yang
berpengetahuan.
2. Kemahiran berfikir
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai
pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan
kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang
pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif


25

Pemikiran Kritis dan Penaakulan dan

Keupayaan Belajar
Di Sekolah Berprestasi Tinggi, anak murid berkeupayaan memacu pembelajaran

sendiri, dengan kemampuan memperoleh kemahiran berfikir dan menghargai nilai


pembelajaran sepanjang hayat. Mereka juga mampu mengaplikasi pengetahuan serta
berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa seperti melalui TIMSS dan PISA.
3. Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting,
terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. PPPM juga mempunyai matlamat
untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Dalam Dialog
Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan
dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha
membantu setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan
sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan,
kepimpinan mempunyai empat unsur:

Keusahawanan

Berdaya tahan

Kecerdasan emosi dan

Ketrampilan
Sekolah Berprestasi Tinggi perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam

bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar bilik
darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian
murid.
Sebagai seorang guru SBT yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya
menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang
mungkin dihadapi dalam kehidupannya.
4 Kemahiran dwibahasa
Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid
juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang
unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid
akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis
26

kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk


mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun.
Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas untuk meliputi bahasa antarabangsa lain.
Selepas

jangka

masa

sekurangkurangnya

tertentu,

tiga

bahasa

semua
bagi

murid

akan

membolehkan

digalakkan
mereka

untuk

belajar

bekerjasama

dan

berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga
negara jiran dalam dunia global masa ini.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan
ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri.
Di Sekolah Berprestasi Tinggi, muridmurid mempunyai banyak peluang untuk
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh
pihak sekolah. Tidak dinafikan bahawa guru juga berusaha untuk mendidik anak murid agar
menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

5. Etika dan kerohanian


Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi
cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar
dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Peneka nan
diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama
yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:

Kerohanian

Integriti dan

Tanggungjawab sivik
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui

penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain
dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika
melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Usaha
penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan
guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja,
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia
6. Identiti nasional
27

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan
untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosio-ekonomi. Semangat patriotik
perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi
aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Identiti nasional juga memerlukan setiap
murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan
berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.Demi mewujudkan identiti nasional yang
sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat
dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati
kepelbagaian.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam
usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan
dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu
menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian
tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti,
sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang
megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan
negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam
melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.

28

Anda mungkin juga menyukai