Anda di halaman 1dari 1

Peraturan-peraturan Pekerja Pembersihan

Dengan ini diberitahu bahawa tuan / puan bersetuju mengikut jadual waktu pekerjaan serta
mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

1.Tidak boleh bercuti tanpa memberitahu pihak sekolah. Kalau mengambil cuti serta -merta
mesti memberitahu sekolah melalui telefon awal pada hari itu juga.

2. Mesti memberitahu pihak sekolah sekurang - kurangnya tiga hari dahulu jika meminta cuti
rehat.

3. Kalau bercuti sakit Sijil Doktor perlu diserahkan kepada pihak syarikat apabila kembali
bekerja

4. Datang ke sekolah untuk bertugas pada masa yang tepat atau lebih awal.

5. Waktu sampai dan pulang mesti didaftarkan dalam Buku Kedatangan.

6. Masa bertugas tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun pada


waktu rehat kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan-
penolong Kanan. Sekiranya keluar dalam masa bertugas, masa keluar dan masuk sekolah
hendaklah dicatatkan dalam buku rekod yang disediakan.

7. Rehat di tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah supaya mudah dijumpai kalau ada hal
penting.

8. Mesti menjalankan tugas dengan segera apabila dipanggil , seperti :-


 Membersihkan tempat murid muntah, berak atau kencing.
 Lap kerusi dan meja bila dewan hendak digunakan.

9. Berbudi Bahasa dan Bersopan Santun pada setiap masa.

10.Menghadiri Mesyuarat Pekerja Am semasa diadakan, sekiranya tuan / puan


melanggar peraturan -peraturan yang tersebut di atas atau tidak mengikut jadual waktu
bekerja , pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai