Anda di halaman 1dari 7

CIK TI YANG LAPAR

Di hujung kampung ada sebuah rumah yang


di huni oleh sepasang suami isteri.Mereka
memelihara seekor kucing yang diberi nama
Si Misai.

Si Misai selalu diberi ikan yang segar kerana


berjaya menangkap tikus yang berkeliaran di
rumah itu.Semua tikus di rumah itu berasa
gerun apabila terserempak dengan Si Misai
yang ganas.Semua tikus bersepakat keluar
dari rumah itu kerana takut dimakan oleh si
Misai.

Suatu hari seekor tikus yang bernama Cik


Ti.Cik Ti berasa lapar lalu mencari
makanan dari rumah ke rumah.Namun, Cik
Ti berasa kecewa kerana terpaksa berebut
makanan dengan tikus-tikus yang lain.

Cik Ti meneruskan perjalanan mencari


makanan sehingga sampai ke rumah Si
Misai yang terletak di hujung kampung
tersebut.

Cik Ti berasa hairan kerana tidak ada


seekor tikus pun yang kelihatan dan
banyak makanan yang terhidang di
atas meja.Tanpa membuang masa Cik
Ti menuju ke arah makanan tersebut.

Tiba-tiba muncul Si Misai dengan wajah yang


bengis mahu menerkam Cik Ti.Llalu Cik Ti
melarikan diri ke dalam lubang yang
ditemuinya.
Cik Ti bersembunyi di dalam lubang itu.
Si Misai fikir Cik Ti sudah melarikan diri
dari rumah itu.Sebenarnya sejak hari itu
Cik Ti sering mengambil makanan ketika
Si Misai tidur.Akhirnya Cik Ti dapat
makan dengan sepuas-puasnya tanpa
gangguan dari tikus lain dan Si Misai.

DISEDIAKAN OLEH :
SK. JALAN KUANTAN(1)
&
SK. KEPONG BARU

Anda mungkin juga menyukai