Anda di halaman 1dari 4

ISL 11- ISL 13: Dengan melayari Internet, sila dapatkan maklumat tentang isuisu semasa mengenai Tamadun

Islam dan Barat.


Multaqa Staf ABIM Dan Agensi
Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan
majlis multaqa membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi
berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir
Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul
Hikmah.Multaqa ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa
ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea serta
masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan
dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta
menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui
pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar
oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.

Pertemuan Peguam Pembela Islam


Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro
undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam
Pembela Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa
ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin,
Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang
peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah sama-sama
berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa
seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir
berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks
perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah
memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk
menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan Peguam Muda
Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam
muda
Islam.
Sebarang
pertanyaan
boleh
diajukan
kepada
webmaster@abim.org.my
ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin
14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik
Menangani Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). Bengkel
tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta
Setiausaha ABIM Negeri. Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut
termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang

melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain


memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis. Turut dilancarkan
dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan
Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.
ABIM Sertai Pameran Festival Perkembangan Ekonomi Islam (I-Fest)
Bermula daripada 22 januari sehingga 26 januari yang lalu, Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), telah menyertai Festival Perkembangan Ekonomi Islam
Malaysia (I-Fest) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) di
Mid Valley Megamall. Sepanjang program tersebut, gerai ABIM telah menerima
kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Ketua Pengarah YAPEIM
sendiri, Datuk Abdul Malek Awang Kechil, yang berminat untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai ABIM di samping membeli beberapa buku serta
penerbitan terkini keluaran ABIM,termasuk buku terbaru 'Isu-isu dalam pemikiran
Islam' yang ditulis oleh Dr Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM.Di
samping itu, gerai ABIM juga turut membuka tabung sumbangan GAZA untuk
membolehkan para pengunjung menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa
kekejaman di GAZA. Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang
diberikan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.
ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S
Pada 9 hb Januari yang lalu, Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Encik Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang
bernaung di bawah Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Menentang
Penindasan Rakyat Palestin (Complete), semalam telah menyertai perhimpunan
bantahan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau beserta
wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan memorandum bantahan
kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa
besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel . Pada hari
yang sama juga, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar
wakilnya, Saudara Muhd Raimi Abd Rahim untuk menyertai pelancaran kempen
boikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel,
yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini yang dilancarkan
oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Presiden ABIM Sertai Perhimpunan Aman Palestin
Pada 10 hb Januari yang lalu, Aman Palestine telah menjemput Presiden ABIM,
saudara Yusri Mohamad, untuk memberikan ucapan di Perhimpunan Palestine di
Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Dalam ucapannya itu,

saudara presiden telah menyeru kepada para hadirin untuk sama-sama berdoa
agar menjadi generasi ataupun kelompok yang mampu meneruskan
kesinambungan perjuangan suci Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan AlQuds dari cengkaman Zionis. Selain saudara presiden, ABIM juga diwakili oleh
beberapa orang aktivis dari ABIM Pusat serta ABIM Selangor, yang sama-sama
hadir untuk menzahirkan sokongan mereka ke atas usaha mengurangkan
penderitaan serta kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk di Gaza.
( Sila Lihat Rakaman Video Disini www.madanitv.net )
Misi Skuad Prihatin Ke Pahang
Kuantan,10 Januari 2009/13 Muharam 1430H Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) di bawah Skuad Prihatin(SP) melalui misi kemanusiaan Bencana Alam:
Banjir di Pantai Timur telah menghantar seramai 7 orang aktivis yang diketuai
oleh Dr.Saifullah Al-Hany Abd. Halim, Ketua Biro Kesihatan ABIM. Rombonan
kali ini menuju ke Pusat Pemindahan banjir daerah Pekan yang terletak di balai
raya Kg. Acheh.Sebanyak 6 keluarga yang terdiri 20 orang ahli keluarga telah
menghuni pusat pemindhan tersebut. SP juga telah dibantu oleh Sdr. Mahadi
Deraman, SU ABIM Pahang dan 9 orang sukarelawan ABIM Pahang ( pelajar
perubatan dari UIA kampus Kuantan ) bagi membantu mangsa banjir.Misi kali ini
telah dipecahkan kepada 3 skuad iaitu skuad pemeriksaan kesihatan yang
menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang percuma kepada
penduduk kampung. Skuad kedua,skuad agihan barangan(hygiene kit dan air
mineral ABIM) yang diagih kepada lebih 25 buah rumah sekitar kg. Acheh dan
Kg. Sg.Ganchong.Skuad ketida skuad kidmat masyarakat yang ditugaskan untuk
membantu.
Siaran Media 21 Disember 2008/23 Zulhijjah 1429 - Penswastaan Institut
Jantung Negara (IJN) Wajar Dibatalkan Sahaja.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebagai sebuah institusi rakyat yang
prihatin, membantah keras cadangan menswastakan Institut Jantung Negara
(IJN) kepada Sime Darby Sdn. Bhd. IJN merupakan satu-satunya pusat
perubatan pesakit jantung di negara ini yang menawarkan perkhidmatan yang
bermutu dengan kadar bayaran yang berpatutan. Penswastaan IJN yang
bermotifkan keuntungan komersial dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan
yang seterusnya membebankan pesakit. ABIM menegaskan bahawa
perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need
yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar
yang berpatutan.
Hari Kedua Di Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM

Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi


pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM
iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi
ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta Tamrin.
Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady
dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap
Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa
Kini".
Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan
Pada 25 jun 2008 Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat
Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan
kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Universiti
Malaya (UM) telah diadakan bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Presiden ABIM, Tn.Hj. Yusri bin Mohammad telah diberi penghormatan dengan
dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk Isu-isu semasa Umat Islam dan
Cabarannya. Turut sama dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam forum
tersebut adalah Prof. Dato Muhammad bin Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Ismail bin Noor dari JAKIM. Seminar
ini dianjurkan khusus untuk membincangkan kepentingan menjaga survival umat
Melayu di zaman ini, dengan tumpuan diberikan khusus kepada agenda Islam
secara keseluruhannya. Seminar ini meliputi perbincangan membabitkan
pelbagai mauduk penting, di samping merangka perencanaan secara sistematik
dan keperluan untuk merubah sikap kaum Melayu.

Anda mungkin juga menyukai