Anda di halaman 1dari 7

USRAH NEGERI 5 CARA-CARA

MENGUBATI DAN MENGAWASI


PENYAKIT PENDAM RASA
KELIMA

:CARA-CARA
MENGUBATI
PENYAKIT PENDAM
RASA

DAN

MENGAWASI

Penyakit memendam rasa mungkin dapat diubati


dan diawasi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1Seseorang itu mestilah mengenal pasti tugasnya
diatas muka bumi ini serta mengetahui halangan dan
rintangan laluannya dan mesti tahu jalan selamat.
Sesungguhnya seseorang insan itu apabila dia
mengetahui tentang tugasnya di atas muka bumi ini dan
tahu tentang pula tentang halangan-halangan laluannya
serta dapat mengenal pasti jalan selamatnya maka ia terus
melalui dan mengharungi halangan-halangan tersebut demi
melaksanakan tugasnya tanpa menghiraukan segala
kesusahan dan kepayahan yang menimpanya, bahkan ia
hanya mengharapkan balasan ganjaran pahala daripada
Allah , disini tidak timbul lagi memendam rasa
dan tekanan jiwa.Lembaran sejarah semuanya dimuatkan
dengan terang gemilang pengertian kata-kata ini.
Saiyidah Aishah meriwatkan, katanya
ketikamana
sahabat-sahabat
Rasulullah
,
berhimpun bilangan mereka 38 orang.Saiyidina Abu
Bakar menggesa Rasulullah agar muncul
berhadapan dengan orang-orang musyrikin, Rasullullah
bersabda: Wahai Abi Bakar sesungguhnya bilangan
kita kecil (yakni sedikit) namun demikian Abu Bakar terus
menggesa hinggalah Rasulullah muncul,orang-orang Islam
berpecah dan berada di sudut-sudut masjid,setiap seorang
bersama dengan keluarganya, Saiyidina Abi Bakar bangun
berucap kepada orang ramai, Rasulullah duduk,
maka Saiyidina Abi Bakar yang menjadi khatib atau
penceramah yang pertama yang berdakwah kepada Allah
dan rasulnya,orang-orang musyrikin membantah terhadap

Abu Bakar dan orang-orang Islam, lalu mereka dipukul


disudut-sudut masjid hingga parah, Saidina Abi Bakar dipijak
dan dilanyak sungguh-sungguh,lalu seorang fasik yang
bernama
Utbah
Bin
Rabiah
menghampirinya
dan
memukulnya dengan kasut dan ditenyeh mukanya dengan
kedua-dua kasutnya(dilakukan semuanya ini dalam keadaan
dia berada diatas perut Saiyidina Abi Bakar) hingga tidak
dapat dibezakan mana muka dan mana hidungnya.
Maka datangalah Banu Tiim( ) lalu menghalang
orang-orang musyrikin daripada Saidina Abi Bakar. Bani
Tiim ( ) membawa (mengusung) Saiyidina Abi Bakar
dengan menggunakan kain dan mereka bawa masuk dalam
rumahnya,dan mereka tidak ragu-ragu lagi tentang hampir
ajalnya,kemudian Bani Tiim( ) balik dan masuk dalam
masjid , lalu mereka berkata: Demi Allah jika sekiranya Abu
Bakar mati nescaya kami akan membunuh Utbah Bin
Rabiah, kemudian mereka balik semula kerumah Saiyidina
Abu Bakar. Abu Qahafah dan Bani Tiim( ) bercakap
dengan Abi Bakar, hampir malam barulah Saiyidina Abi
Bakar bercakap.Maka katanya: Apa yang Rasulullah
lakukan ? lalu mereka menenangkan dengan katakata berhikmah,kemudian mereka bangun sambil berkata
kepada ibunya Ummul Khair .Jagalah dia baik-baik,bagi dia
makan dan bagi dia minum,maka tatkala ibunya
bersendirian disampingnya dia berkata lagi: Apa yang
Rasulullah lakukan? Kata ibunya : demi Allah aku tidak tahu
menahu dengan kawan kamu itu lalu beliau berkata :
Pergilah jumpa Ummul Jamil Binti Al-Khatab tanyalah dia
tentang Rasulullah.Maka ibunya pun keluar sehingga
berjumpa dengan Ummul Jamil,lalu berkata Abu Bakar
bertanyakan engkau berkenaan dengan Muhammad Bin
Abdullah,kata Ummul Jamil,aku tidak kenal Abu Bakar,dan
aku tidak kenal Muhammad Bin Abdullah,boleh aku pergi
bersama engkau untuk berjumpa dengan anak kamu? Kata
Ummul Khair (ibu Abu Bakar)ya, boleh,apabila sampai
dirumah didapati Abu Bakar tidur tersungkur,Ummul Jamil
menghampirinya,lantas mengangkat suaranya dengan
berkata: Demi Allah puak-puak yang melakukan perkaraperkara ini terhadap engkau,mereka adalah puak jahat dan

kufur,dan engkau aku berdoa agar Allah menuntut bela bagi


pihak engkau.Kata Abu Bakar:Apa yang Rasulullah lakukan?
Kata Ummul Jamil : Selamat dan baik,kata Abu Bakar : Dia
dimana sekarang? Kata Ummul Jamil : Dia berada dirumah
Ibnu Arqam Kata Abu Bakar : Aku tak akan makan dan tak
akan minum sehingga aku berjumpa Rasulullah .
Maka kedua-dua mereka (Abu Bakar dan Ummul
Jamil)
mengatakan,nanti
dahulu,apabila
keadaan
reda,manusia senyap sepi (tengah malam)kedua-dua
membawa abu bakar dengan memapahnya hinggalah
sampai jumpa Rasulullah,Rasulullah memeluknya dan
mengucupnya,begitu
juga
orang-orang
yang
lain
lakukan,Rasulullah amat kesian dan bersimpati
dengan Abu Bakar, maka kata Abu Bakar : Demi ibu dan
bapaku wahai Rasulullah,sebenarnya tidak ada apa-apa bagi
diriku,Cuma sedikit sahaja yang dilakukan oleh fasik Utbah
Bin Rabiah dibahagian mukaku,dan ini ibuku,cukup baik dan
berbudi terhadap anaknya,engkau amat berkat,mohonlah
kepada
Allah
agar
ia diselamatkan
daripada
api
neraka,maka Rasulullah pun berdoa kepada
Allah,maka ibunya memeluk Islam dan tinggal bersamasama Rasulullah dirumah Ibnul Arqam
sebulan,maka jadilah mereka 39 orang.Sesungguhnya
Saiyidina Hamzah Bin Abd Mutalib juga memeluk Islam dihari
Saiyidina Abu Bakar dipukul.
Begitu juga bila mana Abu Zar Al-Ghifari memeluk
Islam,Rasulullah bersabda kepadanya :
" " baliklah kepada
kaum(kelompok) kamu, maka beritahu mereka sehinggalah
sampai kepada engkau arahanku.
Maka kata Abu Zar : Demi yang mengutuskan engkau
dengan kebenaran,aku akan pekikkan kalimah syahadah
ditengah-tengah khalayak ramai maka ia pun keluar sampai
sahaja di masjid dia berkata dengan suara yang lantang :
kemudian dia terus bangun maka
mereka memukulnya hingga tersungkur,datang Al-Abbas
memeluknya, lantas berkata : Celaka boleh,bukankah kamu
tahu bahawa dia ini dari suku Ghifar laluan perniagaan
kamu ke Sham,maka Al-Abbas menyelamatkan dia daripada

mereka,esok hari dia ulangi, mereka pukul lagi,Al-Abbas


selamatkan. Al-Hadis.
Contoh-contoh daripada hayat sahabat banyak
tidak terkira,begitu juga apa yang berlaku dalam zaman
pemerintahan paksaan yang dialami ummat Islam
kini,pejuang-pejuang gerakan Islam bangun menentang
kezaliman yang cuba menerapkan manhaj komunis,
sokbiah,zionis,sekular, ( ) baath, dan lain-lain,mereka
menanggung penderitaan dan terus menanggung banyak
perkara demi mempertahankan Islam dan tidak mahu
menjadi hamba tawanan kepada penyakit memendam
rasa dan tertekan sambil mengharapkan ganjaran pahala
daripada Allah setiap kali ditimpa musibah,penuh keyakinan
bahawa
inilah
laluan
pendakwah,penderitaan,ujian,
penderaan,pencabulan kemudian datanglah kemenangan
melaksanakan Islam,kedamaian dan keamanan.
2)Tanamkan sifat berani memberi pendapat serta
membuat pembetulan dengan bijak sekiranya ia salah.
Daripada Sahl( ) katanya : Seorang lelaki lalu
dihadapan Rasulullah lantas baginda berkata :
Apa kamu semua hendak kata tentang lelaki ini? Mereka
menjawab : Orang merdeka,jika ia melamar patut
dinikahkan,jika ia meminta pertolongan patut diberi
pertolongan,dan
jika
ia
berkata
hendaklah
didengar.Kemudian baginda diam,tiba lalu pula seorang
lelaki
lain
dari
kalangan
orang-orang
miskin,baginda berkata : Ini apa kamu hendak kata pula?
Kata mereka,orang merdeka,jika dia melamar jangan
dinikahkan,jika meminta pertolongan jangan diberi,jika
berkata jangan didengar,kata Rasulullah yang
ini adalah lebih baik ( ) seribu kali daripada yang satu
lagi.
()
Daripada Khansak Binti Khaddam Al-Ansariah :
Sesungguhnya dia dikahwinkan oleh bapanya,sedang dia
adalah janda ( ) Khansak tidak mahu (benci) perkahwinan
tersebut dia datang berjumpa Rasulullah maka
baginda menolak pernikahannya.

Rasulullah selalu bermesyuarat dengan


sahabat-sahabat baginda pada perkara-perkara yang tidak
ada nas,berdasarkan firman Allah
(159 ) dan menggalakan para sahabat mengeluarkan
pendapat dan pandangan,baginda menghormati pendapat
dan pandangan mereka ,baginda membuat pembetulan
sekiranya terdapat kecacatan,begitulah juga dilakukan oleh
pimpinan-pimpinan agong selepas baginda
hinggalah kemasa dan zaman yang terdekat ini,
Daripada Al-Hasan katanya : Tidak ada mana-mana
kaum yang bermesyuarat dikalangan mereka melainkan
Allah memberi pertunjuk hidayat lebih baik daripada apa
mereka putuskan.( ) .
Daripada Al-Hasan juga berkata : Sebenarnya telah
diketahui bahawa Rasulullah tidak berhajat
kepada pandangan-pandangan sahabat,tetapi baginda ingin
jadikan sunnah untuk mereka yang datang selepasnya.
Kata
Al-Imam
Assyafie
:
Sesungguhnya
pemerintah disuruh bermesyuarat ialah supaya pesertapeserta mesyuarat itu dapat mengingatkan apa-apa yang
terlepas pandang oleh pemerintah, dapat menunjukkan
hujjah dan dalil yang mungkin tidak dapat dibawa oleh
pemerintah () , bukan mesyuarat bertujuan supaya
peserta-peserta mesyuarat mengiakan apa yang disarankan
oleh pemerintah.Allah S.W.T tidak menganugerahkan ini
kepada sesiapa selepas Rasulullah terdapat
dalam catatan sejarah bagaimana pimpinan-pimpinan agung
bermesyuarah,Saiyidina Abu Bakar bermesyuarat dalam
usaha memerangi orang murtad(menafikan kewajipan
zakat) merupakan peserta / ahli majlis mesyuarat Saiyidina
Omar Al-Khattab,Saiyidina Othman Al-Affan
bermesyuarat dengan para sahabat supaya semua
orang baca quran dalam satu mushaf sahaja Begitulah
seterusnya.
3)Menghormati pendapat orang lain
mengguna pakai pendapat itu jika bermanfaat.

dan

cuba

Abdullah Bin Zubair Bin Al-Awwam datang kepada


Rasulullah , - seperti yang dikatakan oleh
ibunya Asma selepas tujuh tahun untuk bermubayaah
dengan Nabi , seperti yang disuruh oleh
bapanya Az-Zubair - Rasulullah senyum ketika
melihat
Abdullah
datang
mengadapnya,
kemudian
bermubayaah.
Ini pula Saiyidina Omar Al-Khattab,Rasulullah
menjemputnya untuk di utus (dihantar) kepada ahli
Makkah, hari Al-Hudaibiah untuk memberitahu mereka
tentang hasrat Rasulullah,iaitu baginda tidak mahu
berperang,tetapi
mahukan
Baitillahil
Haram,
untuk
menyempurnakan umrah,Saiyidina
Omar
memberi
pandangannya dalam tugas ini, katanya : Wahai Rasulullah
sesungguhnya aku takut dan bimbang diriku dengan
Quraish,tetapi tidak ada seorang dari Bani Adi( ) yang
boleh menahan aku,sebab Quraish tahu bahawa aku
bermusuh dengannya dan aku berlaku kasar terhadap
mereka,tetapi aku cadangkan seorang yang lebih hebat dan
mulia dari aku iaitu Othman Ibnu Affan,Rasulullah
menghormati pandangan Saiyidina Omar Al-Khattab, maka
baginda memanggil Saiyidina Othman lalu diutus kepada
kaum Quraish.
Apabila selesai Suluh Al-Hudaibiah antara Nabi dan
Suhail Bin Amru, wakil Quraish dalam Al-Hudaibiah
Rasulullah bangun dan bersabda : Wahai
manusia sekalian,bersembelihlah dan bercukurlah, tidak
seorang
pun
menyahutnya.
Baginda
pulang
kerumah bertemu
dengan
Ummu
Salamah,
baginda
bersabda : Wahai Ummu Salamah, mengapa manusia
berkeadaan demikian,kata Ummu Salamah : Mereka telah
mengambil sikap seperti yang engkau lihat, maka
jangan kamu bercakap dengan sesiapa pun, terus pergi
kepada binatang sembelihan dimana binatang itu berada
dan sembelihlah dan bercukurlah, kalau tuan hamba berbuat
demikian nanti semua orang turut melakukannya,maka
Rasulullah pun keluar dan tidak bercakap dengan
sesiapapun, sehinggalah sampai ke tempat binatang
sembelihannya, lalu menyembelihnya, kemudian baginda

duduk dan bercukur, maka semua orang pakat sembelih


kemudian bercukur, dan banyak lagi gambaran-gambaran
yang menunjukkan Rasulullah menghormati
pendapat orang lain dan cuba mengguna pakai pendapat
tersebut jika ianya bermanfaat , bagitulah wajar diikut
manhaj ini bagi mengubati penyakit memendam rasa
bahkan dapat menjaga dan mengawasinya sebelum
terjebak.
4)Membenarkan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip
mulia menjadi tuan.
Membenarkan nilai-nilai murni dan prinsipprinsip mulia menjadi tuan dapat membasmikan nilai-nilai
yang meruntuhkan juga prinsip-prinsip yang tidak berguna,
atau sekurang-kurangnya pun dapat menyekat dan
mengongkongnya berada didalam daerah yang sempit
dengan yang demikian akan hilanglah sebab utama yang
menyebabkan memendam rasa dan tertekan,bertitik tolak
dari nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang mulia adalah
tuntutan fitrah semulajadi , apabila tuntutan semulajadi ini
terjawab, lahirlah keamanan,kedamaian dan ketenteraman.
Tujuan jihad dalam agama kita yang mulia ini,bahkan
risalah-risalah para nabi dan rasul, tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk memberi ruang kepada nilai-nilai murni dan
prinsip-prinsip yang mulia ini dapat sampai melalui jalannya
yang benar ini kepada akal fikiran hati murni manusia,
Benarlah firman Allah : ,
(251)

Dterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
22/9/2011 - 24 Syawal 1423

Anda mungkin juga menyukai