Anda di halaman 1dari 1

BEBERAPA PERMASALAHAN MENGENA SOLAT JAMA' DAN QASAR

1. Jika seseorang itu hendak bermusafir ke suatu destinasi yang mengharuskan


dia qasar, terdapat dua jalan yang boleh sampai kepadanya, satu jalan
senang dan mudah sampai ke sana manakala jalan yang satu lagi lebih jauh
dan lebih susah daripada jalan yang satu lagi. Jalannya pula menyusahkan
dirinya dan juga binatang tunggangannya (kenderaannya). Jika dia memilih
jalan yang susah dan lebih jauh untuk sampai ke sana sedangkan tiada apa-
apa halangan untuk dia memilih jalan yang lebih mudah,adakah perbuatan
sedemikian dihukum sebagai haram atau pun tidak, dan adakah
dipermudahkan safarnya ataupun tidak?
Apabila dia sengaja memilih jalan yang lebih jauh dan lebih menyusahkan
untuk safarnya maka perbuatan itu dikira haram kerana dia sengaja
memenatkan dirinya dan juga binatang tunggangannya dan tidak akan
dipermudahkan untuknya urusan musafirnya dan sesuatu yang berkaitan
dengannya.
2. Seseorang mengikuti seseorang untuk pergi berjalan-jalan dan dia tidak tahu
adakah orang yang diikut itu akan berjalan dekat atau jauh. Tiba-tiba dia
mendapat tahu perjalanan mereka sudah melebihi dua marhalah.
Persoalannya, adakah harus dia mengqada' solat yang luput dalam
perjalanannya itu secara qasar ataupun tidak?
Harus baginya mengqada solatnya yang luput itu secara qasar kerana
luputnya ketika dalam musafir dan diqadakan juga ketika dalam musafir.
3. Seorang musafir hanya berniat untuk mentakhirkan solat Zuhur kepada waktu
Asar tanpa niat jamak, atau langsung tidak berniat dalam waktu yang
pertama untuk jamak takhir sama ada sengaja atau terlupa. Apakah
hukumnya?
Memadai niat mentakhirkan solat untuk dikerjakan pada waktu yang kedua
walaupun tidak berniat jamak, tetapi jika sekiranya dia tidak berniat untuk
jamak takhir dalam waktu yang pertamanya, jika dilakukan dengan sengaja
maka ia dikira berdosa dan wajib mengqada solat Zuhurnya.
Sekiranya berlaku kerana terlupa maka tidak berdosa tetapi wajib mengqada
solat Zuhurnya.
4. Harus bagi seseorang melakukan jamak takdim ( iaitu bagi mereka yang
sentiasa melazimkan diri ke masjid atau surau ) kerana hujan lebat apabila
mencukupi syarat-syaratnya. Persoalannya, adakah diharuskan untuk
melakukan jamak takhir dan bagi orang yang sakit, adakah diharuskan dia
melakukan jamak takhir atau tidak?
Dia hanya diharuskan untuk melakukan jamak takdim sahaja. Adapun jamak
takhir tidak diharuskan. Tidak diharuskan ke atas orang yang sakit untuk
melakukan solat jamak ( sama ada takdim ataupun takhir ), kecuali jika dia
jatuh sakit ketika bermusafir, harus dia jamak sama ada takdim atau takhir.

Anda mungkin juga menyukai