Anda di halaman 1dari 5

IBADAT (KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH) Haji dan umrah ialah rukun Islam ke 5.

5. Wajib ditunaikan sekali seumur hidup

Perbuatan berhutang atau bergadai harta dengan tujuan untuk menunaikan fardu haji adalah tidak menepati kehendak syariat. Pengertian haji dan umrah Bahasa Haji Mngunjungi tempat yang mulia Umrah Ziarah Istilah Mengunjungi baitullah al-haram di mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu Menziarahi batullah al-haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya. UPAH HAJI Ia bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. a) Ditunaikan oleh warisnya atau orang lain meninggal dunia seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syarI kemudian dia meninggal dunia kewajipan haji tetap tidak gugur. b) Hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. tidak mempunyai keupayaan fizikal Iaitu orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, tua dan sebagainya. Orang yang mengambil upah haji mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. HIKMAH UPAH HAJI Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah meninggal. HIKMAH HAJI INDIVIDU Menghapuskan dosa-dosa kecil Membersihkan jiwa daripada maksiat Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta MASYARAKAT Saling berkenalan sesame umat Islam Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh Meneguhkan hubungan persaudaraan umat

dan kesihatan

Islam CARA MENYEMPURNAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Syarat wajib haji Islam Baligh Berakal Berkuasa Merdeka (Tidak wajib ke atas orang kafir dan murtas) (Tidak wajib ke atas kanak-kanak) (Tidak wajib ke atas orang gila) (Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan menunaikannya) (Tidak wajib ke atas hamba)

Rukun haji dan umrah Semua rukun adalah dalam bentuk perbuatan kecuali niat Tertinggal salah satu rukun maka hajinya tidak sah

1. 2.

Niat ihram Wuquf di padang arafah

Iaitu berniat menunaikan haji di miqat setelah memakai ihram

Walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah

3.

Tawaf

Iaitu mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah a. b. c. Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah. Jenis-jenis tawaf Tawaf qudum Iaitu tawaf selamat datatang. Ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke mekah Tawaf ifadah atau tawaf rukun Iaitu tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadah haji. Tawaf wadak Iaitu tawaf selamat tinggal. Ia sunat dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkankota mekah Tawaf sunat Iaitu tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa Saie

d.

4.

Iaitu jalan berulang-alik dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali

Syarat-syarat saie

a. b. c.

Hendaklah dimulai dari safa dan berakhir di marwah Dilakukan sebanyak 7 kali Dilakukan selepas tawaf rukun (tawaf ifadhah)

d. e. 5.

Dilakukan dengan perjalanan biasa Memulakan niat saie semasa mula di safa.

Bercukur Tertib

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai setelah selesai saie.

6.

melakukan rukun haji mengikut sususan Rukun Umrah 1. Niat melakukan umrah 2. Tiada ibadah wukuf

Perbezaan antara rukun haji dan umrah Rukun Haji 1. Niat melakukan haji 2. Wukuf di Arafah

WAJIB HAJI DAN UMRAH Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dan atau denda mengikut kadar yang ditentukan WAJIB HAJI

1.

Berniat ihram di miqat

miqat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah

Miqat terbahagi kepada 2 iaitu:

a.

Miqat zamani (masa).

Ia bermula dari bulan syawal hingga sebelum terbit fajar kedua (fajar sadiq) pada hari kesepuluh bulan zulhijjah.

b. 2.

Miqat makani (tempat)

Bermalam di muzdalifah

Terletak antara arafah dan mina

Pada selepas separuh malam ke 10 zulhijjah iaitu selepas wukuf di arafah dan sebelum terbit fajar.

3.

Melontar jamratul aqobah

Selepas bermalam di muzdalifah.

Melontar selepas tengah malam pada 10 zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13 zulhijjah. Waktu afdhal ialah pagi 10 zulhijjah.

4.

Bermalam di Mina

Pada hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah. Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.

5.

Melontar ketiga-tiga jamrah

Melontar di jamratul ula, jamratul wusto dan jamratul aqobah dengan menggunakan 7 anak batu pada tiap-tiap jamrah

Dilakukan selepas gelincir matahari pada hari rasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 zulhijjah hingga terbenam matahari.

6.

Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

Sekiranya melakukan juga dia wajib membayar dam

WAJIB UMRAH 1. Berniat ihram di miqat (sama dengan miqat haji) 2. Meninggalkan perkara2 yg dilarang semasa ihram. SUNAT-SUNAT HAJI - Mandi ketika hendak berniat ihram di miqat - Sembahyang 2 rakaat sebelum berniat ihram - Memaikai pakaian ihram bewarna putih - Memotong kuku sebelum ihram - Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram sehingga melontar di jamrah aqobah - Mandi ketika hendak meninggalkan kota mekah dan ketika hendak wukuf di padang arafah. PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM - Memakai pakaian yg berjahit bg lelaki - Memakai wangi-wangian - Memotong kuku - Memotong rambut atau mana-mana bulu pd anggota badan - Menutup kepala bagi lelaki - Menutup muka dan 2 tapak tangan bg wanita - Memakai minyak rambut di kepala atau janggut - Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram - Berburu binatang buruan darat - Bernikah atau menikahkan - Melakukan perkara2 yg merupakan permulaan kepada persetubuhan - Bersetubuh HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM - Manusia sama sahaja di sisi Allah - Menguji keimanan dan kesabaran manusia dlm melakukan ibadah kpd Allah - Melatih manusia supaya lebih berdisiplin.

CARA MENGAERJAKAN HAJI 1. Mengerjakan haji ifrad - Haji ifrad bermaksud mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah. - Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah ia lebih afdhal dan jemaah haji tidak dikenakan dam (denda) 2. Mengerjakan haji tamattuk - Haji tamatuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji - Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah memberi kelapangan dan keselesaan kpd jemaah dlm mengerjakan ibadah haji. Mereka boleh meninggalkan ihram umrah tetapi dikenakan dam. 3. Mengerjakan haji qiran - Haji qiran bermaksud mengerjakan ibadah haji dan umrah secara serentak. - Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini memberi kesenangan dan kemudahan kpd jemaah haji. Mengerjakan haji ini mengambil masa yg singkat tetapi dikenakan dam.

Anda mungkin juga menyukai