Anda di halaman 1dari 8

Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang 

Sebenarnya

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam


agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad
SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid
al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan
tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek
material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan
terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat
tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat
Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang
memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung
daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam
sepotong hadith:

‫ المسجد‬:‫ ال تشد الرحال إال إلى ثالثة مساجد‬  :‫وعن أبي سعيد الخدري رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫ واللفظ للبخاري‬،‫ متفق عليه‬  ‫ ومسجدي‬،‫ والمسجد األقصى‬،‫الحرام‬

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-
sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram
(Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun
alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada
pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti
Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada
penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa
yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk
memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian
email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the
Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk
mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya.
Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.
Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-
Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada
pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian
perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.
Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut
beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang
sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan
yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya.
Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina
al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa,
seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

‫ يا رسول هللا أي مسجد وضع‬:‫ قلت‬:‫ عن أبي ذر قال‬،‫ عن أبيه‬،‫ عن إبراهيم بن يزيد التيمي‬،‫حديث سليمان بن مهران األعمش‬
‫ أربعون سنة‬:‫ كم بينهما؟ قال‬:‫ قلت‬.‫ المسجد األقصى‬:‫ ثم أي؟ قال‬:‫ قلت‬.‫ المسجد الحرام‬:‫أول؟ قال‬

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada
bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid
yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-
Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya
lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-
Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang
amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang
yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita
mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini
berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

ِ ‫َوإِ ْذ يَرْ فَ ُع إِ ْب ٰ َر ِهي ُم ْٱلقَ َوا ِع َد ِمنَ ْٱلبَ ْي‬


‫ت َوإِ ْس ٰ َم ِعي ُل‬

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu
(Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang
nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi
sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-
Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga
bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai
pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh
Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang
pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah
membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di
keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah
merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda
telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah
membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor
cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga
membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di
dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat
elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa
kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu
berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai
bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan
sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu
dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan
Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah
yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-
Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya
terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti,
akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di
dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of
Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.

Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh
nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini
kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang
memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta
ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah
berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H),
beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej
berikut:

BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.
Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan
tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua
bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang
letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of
the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang,
atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi
dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana
pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang
plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap
hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem
yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.
4. Memang benar
Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai
lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di
lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling
suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam
sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah
bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi
Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali
penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-
Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-
Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa
bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome
of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.
Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang  meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam
pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan
sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the
Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal
Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang
Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock,
maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta
membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock
dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-
lain.

Anda mungkin juga menyukai