Anda di halaman 1dari 11

Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya

www.iLuvislam.com
abidfana *
Editor : kasihsayang

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci


di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di
mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada
waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram
di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya
terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan
kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada
aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material
pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang
menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang
nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi
ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka.
Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat
Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk


di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan
menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat
galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk
menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam
sepotong hadith:

‫ ال تشد الرحال‬  :‫وعن أبي سعيد الخدري رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫ واللفظ‬،‫ متفق عليه‬  ‫ ومسجدي‬،‫ والمسجد األقصى‬،‫ المسجد الحرام‬:‫إال إلى ثالثة مساجد‬
‫للبخاري‬

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan


berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah
pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram
(Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid
Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada
Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid


al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab.
Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti
Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu
membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist,
menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali
bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada


antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan
bangunan al-Aqsa.

Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian


email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan
yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan
al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda
Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada
mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai
daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.
Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa
yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang


sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang
dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit
kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-
Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan
senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di
Al-Maktoum Institute.

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan


maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan
tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-
Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau
daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang
lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu


mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak
ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas
siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith
sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa,
seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

:‫ عن أبي ذر قال‬،‫ عن أبيه‬،‫ عن إبراهيم بن يزيد التيمي‬،‫حديث سليمان بن مهران األعمش‬


‫ المسجد‬:‫ ثم أي؟ قال‬:‫ قلت‬.‫ المسجد الحرام‬:‫ يا رسول هللا أي مسجد وضع أول؟ قال‬:‫قلت‬
‫ أربعون سنة‬:‫ كم بينهما؟ قال‬:‫ قلت‬.‫األقصى‬

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim


bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau
berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai
Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih
dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-
Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-
Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak
pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40
tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan


antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah
dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat
terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak
berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang
yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina
al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina
al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-


Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-
Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

ِ ‫َوإِ ْذ يَرْ فَ ُع إِب ٰ َْر ِهي ُم ْٱلقَ َوا ِع َد ِمنَ ْٱلبَ ْي‬
‫ت َوإِ ْس ٰ َم ِعي ُل‬

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali


tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang


ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim
membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah
dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi
Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-
Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama
membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang
pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah


merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid
al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang
dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru
yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama
sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah


membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan
arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut,
berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah
itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian
berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina
al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda
hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut
yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca
yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah


pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk


mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam.
Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah
mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek


kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak


membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam
satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak
mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina
masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya.
Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami
yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah


kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City
of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa
zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk
kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-
Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem
dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan
petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab
merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang
Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di
dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar
Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama
agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar
Old City.
Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan


asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah
kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua
bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama
berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami
Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh
kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana
sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian
Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti
laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah
melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh
nabi Ibrahim seperti imej berikut:
BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-


Aqsa ialah seperti berikut.

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah


meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang
di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah
seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian


dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi
dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock
sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar
di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock
dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu


bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau
dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan
bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan


dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah
orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita
akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar
sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan
setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut
boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya
merupakan thesis PhD beliau.

Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak


bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi
di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa.
Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang.
Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling
suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama
yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di
tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah.

Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan


pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam
menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan
saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’
Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-
Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang
berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah
Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya,
beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian,
Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain,
tanah lapang, dan lain-lain.

Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah


al-Masjid al-Aqsa

KESIMPULAN
1. Al-Aqsa ialah kawasan yang  meliputi semua monumen,
bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti
gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang
merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat


salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian
daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina
Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang
dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi.
Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada
mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang
Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk


membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut
mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome
of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang
menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

*abidfana merupakan 'nickname' bagi Ustaz Irfan yang


merupakan mentor iLuvislam.com di United Kingdom dan
bekas moderator agama iLuvislam.com. Beliau merupakan
pakar dalam kajian Palestin dan kini menetap di Abeerdeen,
United Kingdom. Ustaz Irfan aktif menulis di
www.abidfana.com. Artikel asal boleh didapati di sini.

Anda mungkin juga menyukai