Anda di halaman 1dari 4

Selawat Syifa

Berikut adalah selawat syifa. Bacalah selawat ini setiap hari,


berapa banyak pun tak pe. Kalau hafal lagi bagus. Insya-Allah
dengan izin-Nya penyakit yang anda alami akan berkurangan...

Bacalah dengan yakin kerana Allah s.w.t, sambil berserah


sepenuhnya kepada-Nya.

Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w


sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad
Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya "Kumpulan Dzikir dan Do'a"
19 perkara:

1. Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah


S.W.T.
2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus
kejahatan.
3. Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi
pengakuan kesempurnaan iman.
4. (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi
kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik
(pada sisi Allah)
5. Mendekatkan diri kepada Allah
6. Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba 'abdi)
7. Menghasilkan syafa'at (Nabi)
8. Memperoleh penyertaan dari Mala'ikat Ar-Rahmah
9. Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang
yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya
disampaikan Mala'ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
10. Membuka kesempatan berbicara (bercakap - P) dengan nabi
s.a.w.
11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki.

12. Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus kali


selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan
memberi penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya.

13. Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan


tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya.
14. Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup bersedekah.
15. Menggandakan -gandakan pahala yang diperolehi. Apabila
seseorang berselawat di hari Juma'at, maka Tuhan berikan kepada
pahala yang berlipat ganda.
16. Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan
Rasullah s.a.w di hari Kiamat.
17. Menjadi sebab diterima do'a
18. Melepaskan diri dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila
seseorang meninggalkan selawat kepada nabi, ia akan menghadapi
kebengungan dan kekacauan di hari Mahsyar (Perhimpunan
sesudah manusia dikumpulkan-P).
19. Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan
suatu tugas 'ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila
seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi
muhammad s.a.w. yang wajib dipenuhi."

selawat maulidur rasul


Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai