Anda di halaman 1dari 3

APABILA semuanya serba tidak kena, dan kita tidak

tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita


masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha
mengasihi.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa


pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia
yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu


menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa
kerana Dia Melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan


masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari
Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-


galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu
dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan


tiada sesiapa si sisi sudi menemanimu, carilah jalan
lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya
panduan hidup.
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu
mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa
kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam


kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada


tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia
Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada


penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia…
satusatunya tempat yang boleh digantungkan
harapan.

Apabila rasa diri kosong, sunyi dan sepi, penuhilah


dengan membaca al-Quran dan buatlah
amalanamalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya..
sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-
Nya..

Apabila menaruh harapan pada manusia, kelak kita


akan kecewa, tapi sandarkanlah harapan pada
Pencipta, Dia sahaja yang mengetahui apa yang
terbaik untuk kita...
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu
dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa
bersama orang-orang yang sabar.

p/s: Sentiasalah berdoa, jgn sesekali kiter lupa pd


Allah swt... "

Anda mungkin juga menyukai