Object 1
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya,
maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus
sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya
teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali
dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit
untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan
tidak perlu sujud sahwi.
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau
terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau
keempat. Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50%
pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan
rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih
ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah
satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada
hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit.
Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan
sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai
pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan
mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam,
kemudian ia memberi salam.
Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para
jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”
Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”
Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”
(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.
Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)