Anda di halaman 1dari 3

Sujud sahwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah


terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang
dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan
sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam
pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:


‫هو‬ُْ‫يس‬ ‫ُ و‬
َ ‫َاَل‬ ‫َام‬
‫ين‬ ‫من‬
َ ‫ْ اَل‬ َ ‫ن‬
َ‫َا‬
‫ْح‬‫]سُب‬ Subhaana man-
laa yanaamu walaa yashuu

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana


kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan


1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah
rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud
sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu
sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam.
Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya
teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia
tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud
sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh
bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan
menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud
sahwi.
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini
sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang
1
ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat.
Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal
(waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih
meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan
rakaat keempat, maka dia harus menurutkan
mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini,
kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan
tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya
50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada
hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah
rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan
tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
3.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara


tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di
rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang
tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya
dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat
berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti
dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini,
wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau
sebelumnya.
2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula
melakukan salam sekali lagi.
3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat
ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum
beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia
melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai
kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali
melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas
salam.

2
3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang
berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak
perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi
perlu sujud sahwi sebelum salam.
4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya
selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan
syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud
sahwi setelah imam memberi salam.

Anda mungkin juga menyukai