Anda di halaman 1dari 6

14.

PENYAKIT YANG KE TIGA


PULUH TIGA MEMAKAN YANG
HARAM
Penyakit yang ke 33 yang membawa kepada bala bencana di atas muka
bumi ini ialah penyakit memakan yang haram, dalam apa jua bentuk
sekalipun.
Untuk menyuci dan membersihkan bala yang ditimpa ke atas
seseorang oleh Allah dan bagi menjaga dan mengawal
mereka yang masih lagi terselamat daripada penyakit ini maka tidak
dapat tidak mestilah terlebih dahulu mengenal pasti asal usulnya dari
awal dengan mengikut cara berikut :
PERTAMA : Apakah Yang Dikatakan Memakan Yang Haram ?
Dari sudut bahasa : Memakan yang haram ini terdiri daripada dua
perkataan : makan dan haram. Oleh yang demikian ianya perlu diketahui
makna kedua-dua perkataan ini secara berasingan , kemudian baharulah
cuba mengetahui makna kedua-duanya setelah ia dicantum menjadi satu
perkataan, inilah huraianya :
Perkataan - dari sudut bahasa , ia membawa bermacam-macam
makna, sebahagian daripadanya :
1 1) bermakna mamah,kunyah dan telan
2) bermakna merosakan dan memusnahkan
3) bermakna mengharus dan meluluskan.
Seperti Firman Allah dalam ayat 188 :
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakimhakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
4)
5)

bermakna makanan
bermakna perkerjaan , perusahaan

Sebenarnya tidak ada pertentangan diantara lima-lima pengertian ini,


kerana apa jua perkejaan atau perusahaan untuk mendapat makanan

atau lain-lain , kesemuanya berakhir dengan rosak dan musnah dengan di


mamah , ditelan dengan rasa harus dan diluluskan , atau dengan apa jua
bentuk sekalipun.
dari segi bahasa :
Asal
perkataan dari
sudut
dilarang daripada membuatnya.

bahasa

ialah

yang

Dari sudut istilah :


Ulamak usul fiqh dari kalangan mentarifkan haram itu ialah
: Khitab Allah yang menuntut tinggal melaku atau
membuat sesuatu sebagai satu tuntutan yang putus (tegas) , yakni tidak
diharuskan sama sekali.
Ulamak
usul
fiqh
dari
dari
kalangan Mazhab
Abu
Hanifah mentarifkan haram itu ialah : Tuntut meninggalkan sesuatu
perbuatan berasaskan dalil ( )seperti
Firman Allah dalam ayat 90 :
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.
Dan seperti pengharaman riba ,
Firman Allah dalam ayat 275 :
Yang bermaksud : dan mengharamkan riba.

mentarifkan haram dengan katanya : Haram
ialah : barang yang wajar dan layak mendapat celaan (dosa) apabila
melakukannya. Juga dikatakan : Barang yang diberi pahala keranan
meninggalkannya dengan niat mendampingkan ( )diri kepada
Allah .
Ditempat yang kedua : berkata haram ialah barang
ditegah daripadanya , sama ada tegahan itu daripada Allah seperti
Firman Allah dalam ayat 72 :
Yang Bermaksud : Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan

kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah


seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
Atau larangan itu datang dari (keengganan) manusia,
Sepertimana
Firman Allah
dalam
ayat 12 :
Yang bermaksud : Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu
Atau pun larangan itu datang dari akal yang waras ,
Sepertimana
Firman Allah
dalam
ayat 157 :
Yang bermaksud : dan mengharamkan kepada mereka segala benda
yang buruk
Ataupun larangan itu datang hukum syarak , seperti haram menjual
makanan secara berlebih kurang.
Di tempat ketiga berkata : haram itu ialah barang
yang sabit larangan melakukannya tanpa ada hokum yang bercanggah
dengannya , hukumnya berdosa apabila melakukannya , adan diberi
pahala apabila meninggalkannya keran Allah , tidak kerana
semata-mata tinggal. Setiap seorang akan mendapat pahala yang banyak
bagi setiap ketika, mengikut kadar ia tidak melakukan benda haram.
makan yang haram mengikut istilah : Berdasarkan tarif yang saya
sebutkan tadi (pengarang) bolehlah disimpulkan bahawa (makan yang
haram) itu ialah : Berusaha melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh
syarak supaya meninggalkannya berdasarkan dalil ( )sama ada
makanan atau lainnya, serta dibelanjakannya dalam apa jua bentuk
perbelanjaan untuk makanan , minuman , pakaian dan tempat tinggal dan
lain-lain.

KEDUA: Rupa Bentuk Makan Yang Haram Serta Sikap Islam


Terhadapnya.
Makan yang haram banyak rupa bentuknya serta tanda tanda yang
dapat menyingkap
hakikatnya, sebahagian daripadanya:
1) Riba ( )merangkumi semua bentuk dan rupanya
Firman Allah dalam ayat 278-281 :

Yang bermaksud : 278 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah


kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki
riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu
orang- orang yang beriman.
279 Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai
larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari
Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika
kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal
harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada
sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
280 Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan
hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan
(sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah
lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar
yang kamu akan dapati kelak).
281 Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya
kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan
balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang
mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
2) Mencuri ( )Firman
ayat 12 :

Allah dalam

Yang bermaksud : Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang


beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa
mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,
dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan
mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan
melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari
kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu
dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia
mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3) Samun/rompak ( )iaitu : berusaha memiliki harta orang lain
dengan secara tidak benar ( )dan dalam keadaan terang-terang (
)
Firman Allah dalam ayat 188 :
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakimhakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

( ) :
Yang bermaksud : Sesiapa yang mengambil (memiliki) tanah orang lain
walaupun sejengkal secara zalim dikalongkan (di lehernya) tujuh petala
bumi .
4) Rasuah ( )iaitu sesuatu yang bernilai diberikan kepada orang
yang mempunyai kuasa , bagi menghukum seseorang atau menghukum
musuhnya mengikut kehendaknya , atau meluluskan sesuatu pekerjaan,
dan membiarkan orang yang sama dengannya.
) :

(
Yang bermaksud : Rasulullah melaknat orang yang
memberi rasuah dan yang menerimanya.
5) ( kecoh,tipu) menyembunyikan atau menutup kecacatan
yang terdapat dibarangan (yang hendak dijual) atau menyembunyikan
harga sebenar sedangkan ia tahu dengan perkara tersebut.
6)

Tipu , sama ada sedikit ataupun banyak,

Sabda Rasulullah ( )
Yang bermaksud : Sesiapa yang menipu ia bukan daripada kalangan
kami.
7) Makan harta anak yatim secara zalim:
Firman Allah dalam ayat 10 :
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta
anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan
api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api
neraka yang menyala-nyala.
8) Meminta sedekah secara haram ()
Terdapat sebuah hadis Rasulullah daripada Qubaisah
Bin Makhariq Al-Hilah dengan lafaz :
) :
(
Yang bermaksud : Aku ada menanggung ( )maka datang bertemu
dengan Rasulullah meminta daripada baginda bagi
menyaksikannya . Baginda bersabda : Tunggulah sehingga datang kepada
kamu sedekah, nanti kami arah untuk diberi kepada kamu.
9)

Enggan membayar zakat :

Firman Allah dalam ayat 34-35 :


Yang bermaksud : 34 Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya
banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan
Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan
mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan
(ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
35 (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa
yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab
dari) apa yang kamu simpan itu.
10)Berniaga / menjual barangan haram seperti arak,dadah, patungpatung (), babi , lotri (nombor ekor) seruling-seruling serta alatalat muzik dan seumpamanya.
11) Tidak bertekun dan bersunggug-sungguh dalam menjalankan tugas . Ini
bermakna bahawa seseorang itu mendapat upah dan ganjaran yang lebih
jika diukur dengan usaha dan titik peluh yang dicurahkan.
Daripada gambaran-gambaran di atas dan lain-lainnya serta dalil-dalil
yang mengharamkannya, ternyata bahawa Agama Islam mengharamkan
Makan yang haram dan melarang keras daripada melakukannya .
Firman Allah dalam ayat 168-169 :
Yang bermaksud: 68 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang
ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata
bagi kamu.
69 Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara
yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah
apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
Diterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
Disediakan oleh,
Lajnah Tarbiah Dan Kapimpinan PAS Kedah
29/3/2013 - 16 Jamadil Awwal 1434

Anda mungkin juga menyukai