Anda di halaman 1dari 6

KELIMA

USRAH NEGERI 6 CARA-CARA


MENGUBATI DAN MENGAWASI
PENYAKIT PENDAM RASA
:Sambungan
CARA-CARA MENGUBATI
RASA
5-

DAN

MENGAWASI

PENYAKIT

PENDAM

Menyantuni orang lain secara yang baik walaupun ia bersalah.

Bermuamalah(menyantuni )orang lain secara baik walaupun ia


bersalah boleh menukarkan musuh menjadi kawan,yang jauh menjadi
dekat,dapat membenteras penyakit pendam rasa dan tertekan atau
sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung.
Benarlah firman Allah dalam surah Al-Fusillat ayat 34 dan
35
yang bermaksud :
34.Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik
dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan
kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku
demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
35.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan
melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat
diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai
bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dan sebahagian daripada menyantuni orang lain dengan cara yang
baik ialah dengan berdialog( )secara tenang dan bertujuan
baik,bijak mendengar pandangan orang lain,pengadilan berdasarkan
hujjah lawan hujjah , sedia menerima kebenaran ( )tanpa mengira
kedudukan. Di dalam Al-quran dan Sunnah Rasulullah
banyak terdapat debat,dialog,hujjah lawan hujjah dan banyak
lagi,disini dibawa contoh apa yang berlaku antara Nabi Musa dan Nabi
Haru dengan Firaun yang berkata kepada manusia seperti
dirakamkan dalam surah An-naziat :
yang bermaksud :
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

Dialah juga yang berkata kepada manusia :


yang bermaksud :
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui
ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku . surah Al-Qasas
ayat 38.
Firaun barkata lagi seperti disebut dalam surah Ghafir ayat 29
Yang bermaksud : " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan
apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu
melainkan jalan yang benar".
6Mengambil kira neraca penilaian Allah terhadap manusia dan
tugas-tugas yang dipikulkan kepada mereka.
Allah telah menerangkan dalam kitab sucinya tentang
neraca penilaian terhadap manusia dengan firmannya dalam surah AlHujurat ayat 13 :
Yang bermaksud : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya).
Yang bermaksud : Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak
kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan
yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula
ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.
Firman Allah lagi dalam surah Saba ayat 37 :
Begitu juga Allah menerangkan melalui lisan Nabinya
Muhammad

, ) : :
( , ,
Yang bermaksud : Dari Abi Said berkata : Bersabda Rasulullah
:Sesungguhnya tuhan kamu adalah satu,dan bapa kamu
adalah satu ,maka tidak ada apa-apa kelebihan seorang Arab ke atas
orang ajam ( )dan tidak ada apa-apa kelebihan orang
(berkulit)merah ke atas orang-orang (berkulit) hitam,kecuali dengan
takwa.
Dan daripada Abu Zar berkata : Rasulullah
bersabda kepadanya: Lihatlah,sesungguhnya engkau tidak ada

apa-apa kelebihan keatas orang berkulit merah dan tidak keatas orang
berkulit hitam kecuali engkau melebihinya dengan bertakwa kepada
Allah.

: -
(...... )
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah bahawa
Rasulullah ditanya ,siapakah dikalangan manusia ini
yang paling mulia? Yang paling mulia daripada kalangan mereka disisi
Allah ialah yang paling bertakwa.
Yang bermaksud :
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai
ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita),
sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang
yang kuat, lagi amanah". (Surah Al-Qasas ayat 26)
Dapat disimpulkan bahawa neraca penilaian ini ialah
kemampuan , keupayaan dan ketakwaan, atau kekuatan dan amanah,
apabila kedua-dua ini diambilkira tanggungjawab keatasnya , ini dapat
membenteras penyakit memendam rasa dan tertekan bahkan
dapat mengikis penyakit ini dari awal lagi.
7-

Berkawan dengan kawan yang benar.


Berkawan dan bersahabat dengan kawan yang benar dan setia
akan dapat membenteras penyakit memendam rasa" atau tertekan
bahkan dapat menjaga seseorang itu terlibat atau terkena penyakit
ini,kerana diantara keistimewaannya ialah : Dapat memberi bantuan
dan pertolongan dengan mendengar luahan hati orang yang pendam
rasa,lalu merawat dengan menunjukkan cara mengatasi dan
menjaganya daripada terkena penyakit tersebut.
Nabi musa telah menggambarkan perkara ini dengan
memohon kepada Allah dengan katanya :
Allah
menerangkan juga tentang ungkapan anak gadis hamba yang
salih (anak gadis Nabi Musa ) kepada bapanya :
Yang bermaksud :
29.Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku
30.Iaitu Harun saudaraku
31. "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
32. "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam
urusanku,
33. "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
34. "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
35. "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal
ehwal kami".

Dalam perkara AL-QAMAH ( )telah menggambarkan dalam


wasiatnya untuk anaknya, katanya : wahai anakku apabila kamu
ditawarkan beberapa orang lelaki kerana sesuatu hajat, maka
temanilah mereka yang apabila kamu bekerja untuknya ia menjaga
kamu,apabila engkau menemaninya ia mengimbangi kamu,
bersahabatlah dengan mereka yang apabila kamu menadah tangan
memohon sesuatu kebaikan ia menghulurkannya, apabila dia melihat
kebaikan engkau dia menghitungnya, apabila ia menutupnya,
berkawanlah dengan mereka dengan mereka yang apabila engkau
meminta sesuatu daripadanya dia tetap memberikan engkau, dan jika
engkau diam dia memulakan ,apabila kamu ditimpa bencana, mala
petaka dia membantu kamu,berkawanlah dengan mereka yang apabila
engkau berkata sesuatu ia membenarkan kata-kata mu, apabila kamu
berusaha untuk mendapat sesuatu ia merangsang kamu, apabila kamu
berdua berbalah dia mengalah,(dia mengutamakan kamu).
8Memperbanyakan zikrullah dalam arti kata maknanya yang
syumul.
Zikrullah yang syumul merangkumi zikrullah melalui
akal fikiran cetusan ilmu dan tafakkur , zikrullah dalam hati membesar
dan mengagungkan Allah dan cinta kepadanya, zikrullah
melalui badan, jasad dengan melakukan apa sahaja demi
mendapatkankeredhaan Alllah, kemudian menyeru orang lain kejalan
Allah S.W.T. dengan bijaksana ( ) dan nasihat yang baik, dan
berdebat dengan cara baik, maka dengan melakukan zikir tersebut
secara berterusan dapat melapangkan dada, membersih segala
( pendam rasa dan tekanan) dan jiwa penuh aman, tenang, benarlah
firman Allah surah Ar-rad Ayat 28 :
Yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah"
itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Firman Allah lagi dalam surah Al-Anam ayat 82 :
Yang bermaksud : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur
adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orangorang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.
Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 52 :
Bermaksud: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi
hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan
kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur
(akan nikmatKu).

Berdasarkan ini maka zikir ini dapat melembutkan hati,


meruntun
juwa
agar
memaafkan
segala
kesalahan
demi
mengharapkan ganjaran dari Allah S.W.T., seperti mana firman Allah
dalam Surah As-Syura ayat 40 :
Bermaksud: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu
kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu
sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik
(kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi
balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berlaku zalim.
Juga firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 43 :
Bermaksud : Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan
memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
(melakukannya).
9). Sentiasa ingat terhadap akibat buruk dari memendam rasa .
Ingatan yang berterusan terhadap akibat buruk yang myngkin
dicetuskan oleh perasaan memendam rasa seperti yang yang
disebutkan sebelum ini juga dapat membantu agar dapat melepaskan
diri daripada penyakit ini, bahkan dapat mengawal dan menjaga
penyakit ini , kerana sudah menjadi lumrah manusia suka lupa, dengan
cara mengingat dapat mengubati penyakit ini dengan cara sebaikbaiknya.
Firman Allah Yang bermaksud : Dan tetap tekunlah engkau
memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah
kepada orang-orang yang beriman.

Firman Allah lagi :


Yang bermaksud:
9.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalaukalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan
itu;


Dterjemah Oleh,
Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis
24/11/2011 - 28 Zulhijjah 1423

Anda mungkin juga menyukai