Anda di halaman 1dari 32

KEFAHAMAN DALAM AMALAN HABLUMINALLAH: KAJIAN TERHADAP

PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BENUT


ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar
sekolah menengah

merangkumi persoalan tentang hubungan dengan Allah, yang

berkaitan komponen utama dalam syariat seperti akidah, ibadah dan akhlak. Di awal
kajian, huraian secara teori dikemukakan mengenai ketiga-tiga komponen tersebut. Kajian
disusuli dengan soal selidik mengenai beberapa aspek utama bagi komponen akidah
seperti pengertian akidah, kepentingannya, rukun-rukun iman, perkara-perkara yang
merosakkan akidah dan kaedah pengukuhannya. Manakala bagi komponen ibadah ialah
pengertian ibadah, pembahagiannya, skop, matlamat dan prinsip ibadah. Bagi komponen
akhlak pula, soal selidik memfokuskan tentang pengertian akhlak, kepentingan dan
pembahagiannya. Justeru, secara amnya metodologi kajian ini lebih menjurus kepada dua
bentuk kajian iaitu kajian kepustakaan dan lapangan. la dijalankan melalui kaedah
pengumpulan data dan maklumat dengan menggunakan borang soal selidik yang
melibatkan 127 orang responden dari kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Benut.
Selain itu, perkara negatif yang bercanggah dengan asas ajaran syariat telah menjadi
kebiasaan dalamhidup mereka. Sikap sukar menerima tunjuk ajar dan kurang berminat d
enganbudaya ilmu pengetahuan semakin menular. Ruang kepada gejala penyakit sosial
yang semakin terbuka luas turut merunsingkan kita. Ini kerana ketauhidan habluminallah
sangat longgar hingga mengamalkan ibadat kerana memenuhi kehendak ibu bapa, kawankawan dan adat semata-mata. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi
sumbangan berbentuk cadangan dan idea kepada pihak berkenaan agar dapat melakukan
suatu tindakan yang agresif dan efektif bagi meningkatkan tahap kefahaman dan amalan
beragama dan hingga membuat ibadat kerana kenal Allah dan takutkan Allah bersesuaian
dengan konsep habluminnallah, dalam kalangan generasi muda serta menyelesaikan
masalah berkaitan dengan metode yang berhikmah dan bersesuaian.

BAB1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian

Habluminallah sangat berkait dengan akhlak dengan Allah. Akar kata AKHLAQ dalam
bahasa Arab adalah kholaqo (masdar tsulastsy) yang merupakan akar pula kata-kata
kholiq, kholq dan makhluq. kholaqo sendiri bererti menciptakan. Ketiga buah kata
Kholiq, Akhlaq dan makhluq murapakan kata yang saling berhubungan erat. Dan ini
boleh kita sama-sama rujuk kepada Al-Quran, surah Ar-Rahmaan ayat 1-4: Ar-Rahmaan
(Allah, Al-Kholiq). (Yang) Mengajarkan Al-Quran. (Yang) Menciptakan (kholaqo)
Manusia (Al-Insaan, Al-Makhluuq). (Yang) mengajarkannya Al-Bayaan. Melalui
bashirah (daya pandang) yang senantiasa dituntun oleh fitrah yang suci, kita akan
memahami hakikat ayat ini bahawa Allah adalah Al-Khaliq yang telah menciptakan
makhluq-Nya (manusia) dan membekalinya, menuntunnya, mengajarkan melalui
utusannya Al-Quran yang merupakan penjelas bagi segala sesuatu (Al-Bayaan). Dengan
berbekal dan berpedoman kepada Al-Quran manusia menjadi terbimbing dan terarah
hidupnya. Jadi akhlaq di dalam Islam bukanlah semata-mata sopan santun, etika, atau
moral. Ini sangat berkait dengan tauhid uluhiyah atau tauhid ibadah merupakan
konsekuensi dari tauhid rububiyah. Hakikat tauhid uluhiyah adalah mengesakan Allah
dalam beribadah. Menujukan segala bentuk ibadah hanya kepada-Nya, dan meninggalkan
sesembahan selain-Nya. Ibadah itu sendiri harus dibangun di atas landasan cinta dan
pengagungan kepada-Nya
Pelajar-pelajar tidak memahami hakikat dosa. Seorang hamba Allah, dikira berdosa,
apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.Sesorang hamba
Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan
suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau
sebarang larangan dalam agama Islam). Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan
pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia.
Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau
dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima
pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.
Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan
takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya, perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang
memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya
meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati
kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan
taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak
mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah,
akan hidup dan mati dalam kesesatan.
Dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala,
terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal
kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga
berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk
memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain,
sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa
yang baru ini mungkin lebih besar kecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah
yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia iaitu ditimpa penyakit,ditahan
rezeki, dan merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan
mendapat kemewahan dan kenikmatan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan
tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi
sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.
Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali,
"Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut.
Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran
dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".
Apa yang dihuraikan di atas merupakan akibat daripada hubungan dengan Allah yang
terputus, malah mereka yang ada melakukan amal ibadat dan menganggap mereka telah
berbuat berbuat baik dan menjadi muslim yang takwa, tapi masih lagi mengamalkan dosa.
Persoalan ini yang dikaji untuk melihat mengapa dan apa salahnya hingga menyebabkan
Allah tidak memperkenankan seperti janji-Nya bahawa sesungguhnya solat boleh
mencegah daripada kemungkaran seperti dalam ayat Quran

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan. (Al-'Ankabuut 29:45) |
Orang yang melakukan ibadah tanpa ikhlas mudah ditipu iblis seperti dalam surah ( al-Hijr
: 36-40).

Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari
mereka dibangitkan (hari kiamat)". (Al-Hijr 15:36) |

Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan
yang diberi tempoh. (Al-Hijr 15:37) |

"Hingga ke hari - masa yang termaklum". (Al-Hijr 15:38) |

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya
di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Al-Hijr 15:39) |

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang
syirik". (Al-Hijr 15:40) |

Apabila adanya kehadiran iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka
ditipu dengan senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat
faedah selain mendapat penat sahaja. Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada
manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat
mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Mereka yang tidak melakukan hubungan Allah dan hubungan dengan manusia, akan
terhina seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat berikut:

Maksudnya:
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali
dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya
mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala
jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah
(perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar.
Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukumhukum Allah). (A-li'Imraan 3:112) |
Dalam ayat ini Allah ceritakan kehinaan yang diberikan kepada sebahagian ahli kitab yang
kufur kepada Allah atau dengan kata lain tidak menjaga hubungan dengan Allah.
Seterusnya mereka ini juga tidak menjaga hubungan dengan manusia dengan membunuh
para Nabi, memerangi orang beriman dan seumpamanya.

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam
dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah

(Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (Ali'Imraan 3:113) |

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula
segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian
sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (A-li'Imraan 3:114) |
Dalam ayat ini pula Allah ceritakan tentang sebahagian ahli Kitab yang baik mereka
beriman dan menerima Islam, beribadat dan bersegera berbuat baik kepada sesama
manusia dan menghalang perbuatan mungkar.
Oleh itu, daripada ayat ini dapat difahami bahawa akan sentiasa ada dua kumpulan
manusia, walaupun ayat ini diturunkan untuk ahli kitab, ianya juga boleh digunakan secara
umum kepada kita. Kita semua inginkan syurga, hatta orang gila sekalipun. Orang yang
menjaga kedua-dua habluminallah dan habluminannas akan mendapat ketenangan di dunia
dan mendapat nikmat syurga di akhirat. Mereka merupakan orang yang berjaya
menghadapi ujian Allah di dunia. Hidup di dunia sangat singkat sebenarnya. Namun
begitu, jika seseorang sangat baik hubungannya dengan Allah, tetapi sebaliknya dengan
manusia, ini menunjukkan bahawa amalannya itu tidak diterima Allah kerana ibadatnya
tidak dapat membentuk akhlaknya dengan manusia lain. Dalam beribadat perlu ada ilmu
dan keikhlasan. Tanpa kedua-duanya, ibadat itu tidak berkualiti dan mungkin tidak
diterima Allah.
Walaupun hubungan dengan manusia juga menunjukkan nilai ketakwaan kepada Allah,
takwa kepada Allah mesti juga menunjukkan Quah atau buah iman. Taqwa disebut di
dalam Al-Quran mengandungi tiga makna iaitu pertama bermaksud Takut kepada Allah
s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya
Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir
(ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk)

membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu
bertaqwa. (Al-Baqarah 2:41) |

Keduanya Taat dan beribadah kepada Allah s.w.t Firman Allah s.w.t:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102) |

Ketiganya hakikat takwa adalah mensucikan hati dari menderhaka dan dosa. Inilah makna yang
banyak terdapat di dalam Al-Quran. Mengikut para salafus salih, taqwa ditakrifkan dengan
perlbagai erti: Ali bin Abi Talib pernah ditanya: "Apakah taqwa itu?". Beliau menjawab : "Taqwa
adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, mengamalkan wahyu, puas terhadap yang sedikit dan
bersiap-siap untuk menghadapi hari kebangkitan". Abu Darda' berkata : "Kesempurnaan taqwa,
hendaklah seorang hamba takut kepada Allah s.w.t, meskipun kerana sesuatu perbuatan yang hanya
sebesar biji sawi, dan dia meninggalkan sebahagian yang dilihatnya halal kerana khuatir hal itu
haram, sehingga akhirnya menjadi penghalang antara dirinya dan hal yang haram".
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjelaskan kepada hambanya akan balasan yang akan
diperolehinya terhadap seluruh perbuatannya. Firman Allah s.w.t

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7) |

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (AzZalzalah 99:8) |
Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan
barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasannya)
pula. Janganlah meremehkan sedikitpun kebaikan sehingga engkau mahu mengerjakannya dan
janganlah meremehkan sedikit kejahatan sehingga engkau takut kepadaNya.

Muadz bin Jabal berkata : "Pada hari kiamat manusia akan ditahan di dalam satu tempat,
lalu ada penyeru yang berseru :"Mana orang-orang yang bertaqwa?". Maka merekapun
berdiri di sisi Allah s.w.t, tidak ada batas dan tabir antara Allah dengan mereka. Saya
bertanya:"Siapakah orang-orang yang bertaqwa itu?". Beliau menjawab:"Orang-orang
takut akan syirik Allah dan penyembahan terhadap berhala. Mereka memurnikan ibadah
kepada Allah, lalu merekapun berjalan menuju syurga". Abdullah bin Mas'ud berkata :
"Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak
diderhakai, diingat tidak dilupakan, disyukuri tidak diingkari". Abdullah bin Abbas berkata
: " Dengan sebenar-benar taqwa". Ertinya: Mereka berjihad fi sabilillah dengan sebenarbenar jihad, tidak peduli terhadap celaan orang yang suka mencela tentang Allah,
menegakkan keadilan, meskipun terhadap diri sendiri, ayah dan anak-anaknya". Umar bin
Abdul Aziz berkata : "Taqwa kepada Allah s.w.t itu bukan dengan berpuasa di siang hari
dan sembahyang pada malam hari, serta menyatukan diantara keduanya. Tetapi taqwa
kepada Allah ialah meninggalkan apa yang diharamkan Allah s.w.t dan melaksanakan apa
yang diwajibkanNya. Makan barangsiapa yang dianugerahkan kebaikan sesudah itu, maka
itulah kebaikan yang disusuli dengan kebaikan". Al-Hasan Al-Basri berkata : "Orang-orang
yang bertaqwa adalah orang-orang yang takut kepada terhadap apa-apa yang diharamkan
oleh Allah dan mengerjakan apa yang diwajibkan ke atas mereka". Demikianlah sedikit
sebanyak maksud Taqwa yang boleh kita berkongsi bersama.
Hakikat beribadah melalui habluminallah dan ketakwaan itu, akan dapat buah ibadah.
Menurut Ibnu Taiymiah,

Ibadah itu maksudnya tunduk, sedangkan ibadah yang

diperintahkan oleh syariat adalah perpaduan antara ketaatan sempurna dan kecintaan yang
penuh.Ibadah juga adalah gabungan antara ketaatan yang penuh dan cinta yang
sempurna.Maka yang taat kepada Allah swt. tapi tidak cinta kepada-Nya maka ia belum
dikatakan beribadah. Ini dinyatakan dalam ayat quran:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31) |

Ibadah yang sahih akan melahirkan sikap dan prilaku yang positif dalam kehidupan seharihari yang menjadi bekal dan pegangan dalam mengemban amanah sebagai hamba Allah
swt. Antara buah ibadah atau nataij ibadah adalah meningkatnya keimanan. Ulama ahlu
as-sunnah wal jamaah sepakat bahawa iman mengalami turun dan naik, kuat dan lemah,
pasang dan surut, menguat dengan amal salih atau ketaatan dan menurun karena maksiat.
Allah

berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang
apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada
Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfaal 8:2)|
Oleh itu, ibadah yang kita lakukan harus berteraska keimanan dan keikhlasan, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
karena iman dan ikhlas, maka akan diampuni dosa yang telah lalu. (HR.Bukhari)
Semakin kuat penyerahan diri kepada Allah seperti ketika kaum muslimin menghadapi
kekuatan sekutu pada perang Ahzab, keyakinan mereka akan kemenangan yang dijanjikan
Allah semakin mantap dan keimanam mereka semakin kuat.

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:"
Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah
dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak
memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan
penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (Al-Ahzaab 33:22) |

Ibadah yang dilandasi penyerahan diri dan ketaatan kepada Allah akan menghasilkan
banyak hal positif, sebagaimana firman Allah:

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya
kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya,
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita. (Al-Baqarah 2:112) |
Berdasarkan kepada kefahaman ini, menjiwainya dan melaksanakan tuntutannya akan
menentukan derajat hubungan dan taqarrub saudara dengan-Nya. Sejauhmana manusia
melalaikan-Nya dan tidak memikirkan untuk menunaikan tuntutan-tuntutannya maka
sekadar itulah manusia telah menjauhi Allah dan merenggangi hubungan denganNya.
Semakin kuat saudara berjaga-jaga, berusaha untuk memelihara dan mengambil berat
terhadap urusanNya, maka semakin teguh dan mendalamlah hubungan saudara dengan
Allah SWT. Namun, jalan berfikir ini tidak akan mendatangkan buahnya bahkan tidak
mungkin kekal dalam jangka masa yang panjang sekiranya manusia tidak sandarkan
kepada jalan amal iaitu ketaatan yang ikhlas terhadap hukum Ilahi serta membelanjakan
jiwa dan harta kepada sebarang jalan yang boleh membawa mardhatillah.
Makna ketaatan kepada hukum Ilahi ialah melakukan segala apa yang diperintahkan oleh
Allah SWT, dengan penuh kerelaan jiwa di waktu senang dan susah, sunyi dan terang
tanpa menghiraukan keuntungan dunia, malah hanya menghitung keredaan Allah SWT
semata-mata. Ketaatan kepada hukum-hukum Ilahi juga bererti meninggalkan sesuatu yang
dibenci oleh Allah SWT di waktu sunyi dan terang dengan penuh rasa kebencian terhadap
larangan itu. Jangan manusia jadikan desakan duniawi sebagai motif untuk meninggalkan
larangan Allah SWT. Manusia tinggalkan setiap larangan itu adalah semata-mata karena
Allah SWT. Inilah jalan yang mempertingkatkan derajat ketaqwaan manusia kepada Allah.
Dalam hal yang akan meningkatkan saudara ke darjat ihsan selepas darjat taqwa ialah
dengan cara manusia berusaha mempertingkatkan setiap amal-amal keutamaan (fadhilatfadhilat) yang dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Menjauhi perkara yang tercela lagi
dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Bertitik tolak dari situ, kajian ini dijalankan untuk
mengetahui sejauh manakahpenguasaan serta kefahaman pelajar-pelajar terhadap isu-isu
yang berkaitan dengan Islamsama ada dalam konteks fardu ain, fardu kifayah serta isu-isu

10

semasa yang berlegar dalamkehidupan seharian mereka, dan kepentingan konsep


keyakinan ibadat itu hanyalah kerana Allah dalam ruang lingkup habluminnallah.
1.2 Pernyataan Masalah
Hablum minallah adalah perjanjian dari Allah iaitu masuk Islam atau beriman dengan
Islam sebagai jaminan keselamatan bagi mereka di dunia dan akhirat atau tunduk kepada
pemerintahan muslimin dengan jaminan dari pemerintah itu sebagaimana yang diatur oleh
Syari'ah dalam perkara hak dan kewajiban orang kafir dzimmiiaitu orang kafir yang
menjadi warga negara Islam untuk mendapatkan jaminan perlindungan hak-haknya sebagai
manusia di dalam kehidupan dunia saja dan mendapat ancaman adzab di akhirat.
Tidak terdapat jalan lain untuk menimbulkan hubungan dengan Allah SWT melainkan satu
sahaja. Seseorang insan hendaklah beriman dengan Allah SWT yang Esa sebagai Rab dan
Ilah bagi dirinya dan untuk sekelian makhluk di langit dan di bumi serta mengimani sifatsifat Uluhiyyah-Nya. Tuntutan dan kelayakannya tidak boleh diberi kepada selain daripada
Allah. Hendaklah saudara membersihkan hati daripada segala kekaratan syirik. Apabila
manusia dapat menyempurnakan semuanya ini mengikut cara yang dituntut, akan
terikatlah jalinan hubungan antaranya dengan Allah SWT. Adapun untuk mempererat dan
menyuburkan hubungan ini tertakluk kepada dua jalan, iaitu jalan kefahaman dan berfikir
dan jalan bekerja.
Kaedah menyuburkan hubungan dengan Allah SWT melalui jalan kefahaman dan tadabbur
ialah dengan cara manusia mempelajari Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW yang
sahih dan sedaya upaya mengamatinya berulang-ulang kali dan seterusnya coba
memahaminya agar benar-benar faham. Langkah seterusnya ialah dengan mencuba sedaya
upaya untuk mengamalkannya di dalam kehidupan. Apakah sudah terjalin hubungan
diantara manusia dengan Allah SWT dalam kenyataan hidup sehingga setelah manusia
ketahui sudut-sudut ini, manusia akan cuba membentangkan dan membandingkan dengan
hal keadaan manusia. Maka bertambah eratlah hubungan manusia dengan Allah SWT.
Maka untuk itu hendaklah manusia memperhatikan segenap sudut. Sekadar mana dapat
diperkuatkan perasaan ini di dalam diri manusia maka sekadar itulah hubungan manusia
dengan Allah SWT.

11

Dalam konteks pertalian dengan Allah SWT, manusia adalah hamba Allah SWT. manusia
dijadikan sebagai khalifah-Nya di bumi. Kemudian, daripada Allah SWT dipindahkan
nikmat-nikmat dan pemberian-Nya yang tidak terkira kepada manusia. Bertolak daripada
sini, setelah manusia beriman maka Allah SWT telah membeli jiwa dan harta manusia
dengan surga. Lalu daripada semua itu, manusia bertanggungjawab dihadapan-Nya. Allah
SWT tidak menghisab amal-amal itu daripada segi zahir pekerjaan saudara sahaja, tetapi
juga dicatat bersama-sama dengan perbuatan zahir itu gerak-geri, diam, niat, dan kehendak
manusia. Inilah antara banyak contoh-contoh pertalian yang telah sedia ada di antara
manusia dengan Allah SWT.
Kajian ini merupakan suatu kajian tahap kefahaman dan amalan pelajar Tingkatan 5 SMK
Benut dengan menekankan konsep habluminallah yang menitikberatkan keyakinan ibadat
yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan aplikasikan dalam kehidupan.

Dalam

penyelidikan ini, penulis membuat kajian bukan hanya dalam soal kefahaman malah dari
sudut pelaksanannya di kalangan responden yang lebih ramai iaitu melibatkan pelajar
tingkatan 5 SMK Benut.. Dapatan kajian ini pula akan

dapat mendedahkan tahap

keberkesanan modul pendidikan atau kurikulum yang dilaksanakan dapat memberikatan


keyakinan dan kepecayaan yang telah total terhadap kholiqnya.

Melalui keyakinana

tersebut manusia akan berjaya. Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang dinilai
oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang
bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad Hendaklah kamu semua berusaha
(beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan. Dalam ayat
yang lain Allah berfirman yang bermaksud : "Maka bertebarlah di muka bumi serta
carilah rezeki daripada kurniaan Allah Surah Al Jumuah ayat 10
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian meliputi perkara-perkara lain yang akan terangkum dalam hasrat kajian
dan persoalan-persoalan ini adalah seperti berikut:
1.3.1 kekefahaman dan perkara asas dalam praktikal Islam dan pelaksanaannya di kalangan
remaja seperti bersolat, membaca al-Quran, membaca dan menulis jawi serta penghayatan
terhadap ibadah-ibadah khusus seperti solat dan puasa.
1.3.2 Sejauh mana amalan berakhlak mulia, hubungan dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan
dan masyarakat,memelihara aurat serta kecenderungan terhadap bidang keagamaan turut
diselidik.

12

1.3.3 Sejauh mana amalan serta kefahaman mereka terhadap batas-batas pergaulan antara
lelaki dan wanita. Ini akan memperlihatkan kepada kita tentang hakikat amalan dan budaya
para remaja sama ada ia selari dengan tuntutan syariat atau sebaliknya.
1.3.4 Sejauh mana amalan-amalan agama dapat mendekatkan diri dengan Allah dan
melahirkan buah ibadah dan takut kepada Allah.
1.3.5 Sejauh mana mereka dapat mengenal hukum- hakam dalam beragama dan
memahami hakikat sesuatu ibadah yang dilakukan itu
1.4 Objektif Kajian:
Penyelidikan ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif tersebut dan tujuan seperti
berikut:
1.4.1 Mengenal pasti bilangan pelajar yang memahami tentang habluminallah
1.4.2 Mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap amalan habluminallah
1.4.3 Mengkaji kesan kefahaman amalan habluminallah terhadap pelajar
1.5 Hipotesis Kajian
Penyelidikan ini akan dilaksanakan dengan melibatkan responden dari kalangan pelajar
127 orang pelajar (lelaki dan wanita) tingkatan 5 SMK Benut, mengikut kaedah yang
sesuai bagi memastikan sampeling yang terpilih dapat mewakili populasi. Kajian ini lebih
memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam agama Islam iaitu menyentuh tentang
kefahaman dan pelaksanaannya di kalangan remaja yang meliputi persoalan kemampuan
untuk membaca al-Quran, membaca dan menulis jawi serta penghayatan terhadap ibadahibadah khusus seperti solat dan puasa. Amalan berakhlak mulia, hubungan dengan ibu
bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat,memelihara aurat serta kecenderungan terhadap
bidang keagamaan turut diselidik.
Kajian ini juga akan membincangkan tentang amalan serta kefahaman mereka terhadap
batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Ini akan memperlihatkan kepada kita
tentang hakikat amalan dan budaya para remaja sama ada ia selari dengan tuntutan syariat
atau sebaliknya.Dalam penyelidikan ini, kajian adalah berbentuk kombinasi antara kajian
lapangan dengan kajian kepustakaan. Bagi kajian lapangan, ia dimulakan dengan kaedah
pengumpulan data. Seterusnya sampel-sampel soalan yang berkaitan dengan topik
perbincangan diedarkan kepada responden yang terlibat, kemudian rumusan dihasilkan
berdasarkan kepada dapatan yang telah dikumpul.

13

Hipotesis awal diharapkan agar pelajar yang menjawab soal selidik ini akan menunjukkan
kaitan amal ibadat mereka yang meliputi habluminallah seperti solat, dan amalan lain dan
dibandingkan juga dengan ketakwaan mereka dalam aktiviti seharian mereka. Contohnya
sama ada amalan solat mereka dapat mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran
seperti mencuri, ponteng, bergaduh, malah masalah yang lebih besar seperti berzina,
gengsterisme ataupun melakukan jenayah.
1.6 Sumbangan Kajian :
Penyelidikan ini mempunyai banyak kepentingan dan antaranya adalah seperti berikut:
1.6.1

Penyelidikan ini dapat memberi maklumat yang lebih tepat tentang kefahaman
dan amalan para pelajar tentang hal-hal asas dalam agama Islam. Justeru,
pendidikan yang akan diberikan perlu dikemaskini serta diberi penekanan
terhadap isu-isu yang bersesuaian bagi menampung kekurangan yang berlaku

1.6.2

berdasarkgan kepada hasil penyelidikan ini;


Dapat membantu pelbagai pihak yang terlibat dalam merangka program yang
lebihbersesuaian dengan keperluan para pelajar terutamanya yang berkaitan

1.6.3

dengankerohanian dan amalan terhadap agama Islam;


Dapat memberi gambaran tentang keberkesanan

1.6.4

dilaksanakanselama ini; dan


Dapat mengemukakan cadangan-cadangan

yang

pendidikan

bernas

dan

yang
berasas

sertamembantu pihak yang berkenaan dalam konteks ke arah peningkatan


kualitipendidikan, khususnya dalam ilmu-ilmu pengetahuan Islam;
1.7 Limitasi /Batasan Kajian
Walaupun Islam menetapkan bahawa dalam kehidupan, manusia perlu melakukan
habluminallah dan hablu minannas, namun dalam kajian ini, penulis membataskan kajian
terhadap habluminallah. Kerana jika belum sempurna hubungan kita dengan Allah,
tentunya hubungan kita dengan manusia juga tidak beres. Oleh itu kajian ini akan dapat
melihat bahawa sama ada perkara asas dalam agama dipraktikkan dan membawa kepada
kesan hubungan denergan manusia.
SMK Benut mempunyai seramai 1011 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1
hingga tingkatan 6. Namun, penulis memilih 127 orang pelajar daripada tingkatan 5

14

sebagai respondan bagi menjalankan kajian ini. Ini diharapkan dapat mewakili hasil
dapatan kajian yang kredibiliti.
Demikian juga dengan pemilihan sekolah, di Zon Benut terdapat 5 buah sekolah menengah
iaitu SMK Benut, SMK Ser Tanjung, SMK Pt. Betak, SMA Bugisiah dan SMA An-Nur,
Penulis membuat kajian di SMK Benut sahaja dan melalui kajian ini dapat menunjukkan
dapatan tentang habluminallah dan habluminannas dalam kalangan remaja berumur 13
tahun hingga 18 tahun.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Kajian Literatur

15

Konsep Habluminallah berkaitan dengan pendidikan yang merangkumi kecerdasan


spiritual. Ini dilihat melalui perspektif Islam kerana sebagai penganut ilmu hak, kita
percaya hanya pandangan Islam yang dominan dalam membaiki akhlak umat. Kecerdasan
spiritual adalah hasil dari iman yangmendalam yang dimanifestasikan melalui pemikiran
dan tindakan yang benar (baik).
Menurut Fatimah (2012), kecerdasan spiritual melibatkan kajian mengenai fitrahdan
kecenderungan jiwa manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan yang
diterjemahkan ke arah kehidupanyang bermaknadan sejahtera. Sesungguhnya bidang
psikologi moden hampir mengabaikan fitrah dalaman manusia yang mempengaruhi
tingkah laku dan tindak tanduk manusia(Ansari, 1992; Badri, 1979; Langgulung, 1985).
Unsur-unsur lain yang penting dalam psikologi manusia seperti dimensikepercayaan, moral
dan kerohanian telah dianggap sebagai wacana yang asing dalam psikologi perkembangan
moden (Mujib & Mudzakir, 2002; Shehu, 2013).
Kecerdasan spiritual dari sudut pandangan Islam menghubungkan potensi dalaman yang
afektif(jiwa,

hati

dan

roh)

denganaktivitikognitif

(Shahibuddin,

2000).

Ini

merupakansesuatu perkara yang penting dan amat ditekankan dalam ajaran Islam kerana ia
amat berkait rapatdengan etika danmoral manusia (Fatimah, 2012). Ini adalah salah satu
sebab mengapa Allah (s.w.t) telahmengurniakanmanusia dengan bimbingan para Nabi dan
Rasul agar membentukperibadidansahsiahmanusia yang sempurna seperti mana yang
dinyatakandi dalam al-Quran:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang) (Al-Ahzaab 33:21) |
Sesungguhnya dalam bidang psikologi, kajian mengenai kecerdasan manusia mempunyai
perkaitan yang rapat dengan personaliti manusia (Anchoi, 2009). Dengan menggunakan
kerangka psiko-spiritual, ini dapat membantu untuk memperjelaskandimensi dalaman

16

manusiayangmengatakanbahawajiwa

manusia

adalah

elemen

yang

penting

bagimenjelaskan konsep kecerdasan spiritual. Sifat pendamkecerdasan spiritualakan


mencerminkankeperibadian seorang menurut pengaruh dan perananyang dimainkan
olehjiwa manusia. Apa yang sedang berlaku dalam jiwa dapat mencerminkan tingkah laku
manusia (Abdul Latif, 2012). Keadaan jiwa manusia adalah tidak statik malahania
merupakan sesuatu yangdinamik. Kedudukan atau keadaan jiwaadalah tertakluk kepada
bagaimana

seseorang

itu

mengendalikankehendaknya,

yang

manamanusia

telahdikurniakan dengan kebebasan untuk memilihjalan hidupnya; sama ada dia memilih
untukmengikut jalan yang benar selaras dengan ajaran agama dan seterusnya mendapat
ketenangan dalam kehidupannya atau memilih untuk memenuhi keinginan hawa nafsunya
yang cenderung untuk menyimpang dirinya fitrah kejadiannya yang murni(Kamar Oniah,
2009).
2.2 Konsep dan Teori Model Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam
Di sini, dikemukakan satu sorotan terhadap konsep dan model kecerdasan spiritual dari
perspektif Islam. Konsep alternatif kecerdasan kerohanian oleh cendekiawan-cendekiawan
Islam telah muncul sebaik sahaja ia dipopularkan oleh Zohar dan Marshall (2000).
Ari Ginanjar Agustian (2007) telah merumuskan satu model kecerdasan (IQ, EQ dan SQ)
berdasarkan enam Rukun Iman Islam dan lima Rukun Islam yang beliau dinamakansebagai
ESQ (Emosi Quotient Spiritual) atau The ESQ Way 165.
Penyelidik-penyelidik ini telahmenggunakan konsep ESQ daripada Agustian (2007) untuk
menjustifikasikan kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Agustian (2007) juga telah
melampirkaninstrumenpenilaian kendiri dengan menyediakan skala berasaskankepada99
nama Allah yang indah (Asma Al-Husna) dan diterjemahkan ke dalam bentuk item-item.
Metode ESQ meruapakan konvergensi antara prinsip kerja kecerdasan emosional atau
emotional quetiont (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Agustian, Ary Ginandjar,
2005:17).
Akan tetapi dalam perspektif Agustin, metode ini adalah penggabungan dari ketiga
kecerdasan yang diawali kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosional (EQ),dan
kecerdasan spiritual (SQ).
Konsep ESQ adalah bentuk penyelarasan kepentingan duniawi dan akhirat sebagai

17

makhluk hidup dua dimensi-dengan meminjam istilah Prof. Notonegoro, mono-dualisme


maka dikonfigurasikan gagasan yang bersifat efektif antara konsep duniawi yang
memerlukan kepekaan emosi dan intelegensia yang baik di satu sisi dengan penguasaan
ruhiah vertikal sebagai inspirasi spiritual (Agustian, Ary Ginandjar, 2005:17).
Ketika seseorang dengan kemampuan EQ dan IQ-nya berhasil mendaki kejayaan, acapkali
ia disergap oleh perasaan kosong dan hampa dalam celah batin kehidupannya. Setelah
prestasi puncak telah dipijak, ketika semua pemuasan kebendaan telah diraih, ia tak lagi
tahu kemana harus melangkah, untuk tujuan apa semua prestasi itu diraihnya, sehingga
hampir-hampir diperbudak uang serta waktu tanpa tahu dan mengerti dimana ia harus
berpijak di posisi inilah ESQ tampil menjawab permasalahan tersebut.
ESQ sebagai sebuah metode dan konsep yang jelas dan pasti adalah jawaban dari
kekosongan batin sang jiwa. Jiwa sendiri dalam pandangan Al-Ghazali (1998:6), memiliki
dua makna, pertama struktur yang lembut yang merupakan tempat bersemayam hati
jasmani; kedua, entiti kelembutan bukan kebendaan yang bersifat umum yang berada pada
setiap individu. Perumpamaan ruh adalah pelita, dan kehidupan adalah cahaya tanpa pelita,
tak ada struktur kehidupan.Bahagian lain dari taksonomi nilai kemanusiaan adalah nafsu
yang merupakan dimensi keberadaan emosi. Perasaan dihadirkan oleh emosi suatu yang
hadir dari nafsu itu sendiri. Emosi didefinisikan sebagai perasaan manusia yang kuat
terhadap sesuatu di luar dirinya (Longman, 2001:449).
Nataatmadja (2001) telah menulis sebuahbuku mengenai kecerdasanspiritualyang mana ia
mencerminkan latar belakang beliau sebagai ilmuwan sains terasa seperti mana yang
pernahditunjukkan model kecerdasan spiritual oleh Zohar dan Marshall. Huraian di dalam
buku beliaucuba membawakankonsep kecerdasan spiritualke arahwacana pemikiran yang
tinggisifatnya.Denganmenggabungkan bidangsains dan wacana agama, beliau telah
menyediakan kaedahkreatif yang dianjurkan oleh para Nabi dan ahli Sufiberkaitan dengan
kecerdasan spiritual.
Walau bagaimanapun, Mujib dan Mudzakir (2002) merupakansarjana psikologi Islam yang
telah memberi pencerahanterhadapbidang psikologi dari perspektif Islam dan mencipta
istilah "kecerdasan jiwa". Mereka merasakan bahawa terdapat keperluan untuk
memperkenalkan istilahkecerdasanjiwasejak berkembangnya teori kecerdasan 'baru' yang

18

memperkenalkan oleh sarjana Barat bagimenjelaskan fungsi manusia yang perlu


ditakrifkan semula dari perspektif Islam. Mereka mengandaikan bahawa kecerdasan jiwa
adalah sebagai pusat kecerdasandan bukannyakecerdasan spiritualseperti yangdifahami
oleh sesetengah pendukung konsep ini. Mujib dan Mudzakir telah mengolah intipati
keempat-empat kecerdasanarus perdana yang merangkumi kecerdasan intelek (IQ),
kecerdasan emosi (EQ) ,kecerdasan moral (MQ), kecerdasan spiritual (SQ).Mereka telah
menambah kecerdasan agama sebagai kecerdasankelima dalamaspek kecerdasan manusia
dari perspektif Islam dan juga daripandangan psiko-sufistik. Namun, beberapa dimensi
atau indikator yang disarankan menggunakan istilah bahasa Arab yangmungkin di luar
jangkauan pemahaman orang awam.
Adz-Dzakiey (2004) telah membuat rangkakerja yang menyeluruh dengan mengemukakan
beberapa model kecerdasanarus perdana sebagai subsetkepadakecerdasankenabian
(prophetic intelligence). Adz Dzakiey mengemukakan penerangan yang agak panjang
tentangbagaimana petunjuk al-Quran dan kebijaksanaan Nabi Muhammad (s.a.w)
mampumembangunkan potensi sifat manusia melalui perkembangan spiritualmanusia.
Kecerdasan kenabian menitikberatkankeprihatinan terhadapkesucian hati dan emosi yang
dapatmenentang

pengaruhpenyakitspiritualseperti

syirik,

kemunafikan,

dan

kufur.

Kecerdasan spiritual telah diletakkan di dalam rangka kerja kecerdasankenabian dan


mencadangkan lapan indikator atau petunjuk iaitumengetahui dan merasalebih dekat
dengan Allah(s.a.w), sentiasa merasai kehadiran Allah (s.a.w), pendedahan dan
pengalaman transendental,siddiq, amanah, tabligh,fatanahdanistiqamah.Namun demikian
model-model dari sarjana dan ilmuwan Islam
Pada hakikatnya, kerohanian dalam Islam adalah bersifat multi dimensi yang merangkumi
isukepercayaan, ibadah, etika beragama atau moral yang secara langsung melibatkan
perhubungan antara manusia dan Pencipta serta perhubungan sesama manusia (Ramadan,
2004). Pembangunan modelkecerdasan spiritual dari perspektif Islam yang akan datang
perlu mengambil perhatian tentang epistemologi pembentukan teori dalam bentuk
yanglebih ilmiah dan saintifik berdasarkan disiplin ilmu terkini. Oleh yang demikian,
beberapa langkah yang boleh disarankan agar konsep kecerdasan spiritual ini boleh
berpijak pada landasan tasawur Islam yang sebenar bersumberkan Al-Quran dan
hadisseperti mana yang dikemukakan dalam karya cendekiawan klasik dan kontemporari

19

iaitu:Menganjurkan paradigma tauhid sebagai kerangka teori kepada konsep kecerdasan


spiritual.
Kecerdasan spiritual merupakan satu konstruk psikologi. Oleh yang demikian, rujukan
yang boleh disarankan ada dari karya klasik dalam ilmu akhlak dan tasawuf seperti AlGhazali, Ibnu Qayyim, IbnTaymiyyahdan karya ilmuwan moden dalam memahami
kesejagatan Islam seperti Al-Qaradawi (2010), Qutb (1991), Abdalati (1999).
Pembinaan kerangka konsep kecerdasan spiritual mengikut acuan, falsafah dan
epistemologi Islam akan membuka jalan kepada pembuktian konstruk dan dimensi-dimensi
kecerdasan spiritual secara saintifik atau empirikal yang dapat memenuhi andaian ilmu
kecerdasan arus perdana dan sekali gus memberi penyelesaian kepada dilema ilmuwan
Islam. Usaha ini akan memberi laluan kepada pendekatan positivis (kajian kuantitatif)
mahupun kajian berbentuk kualitatif dengan mengkaji fitrah tingkah laku manusia kerana
Islam mempunyai sumber-sumber ilmu yang utuh iaitu Al-Quran dan hadis dan juga
sumbangan ilmu dari sarjana Islam klasik mahu pun kontemporari. Sesungguhnya, sumbersumber ini secara tidak langsung telah memaparkan konsep yang berkaitan dengan
kecerdasan spiritual dengan terma-terma yang berbeza iaitu fitrah, roh (ruh), kalbu,
(qalb),jiwa(nafs),akal (aql), iman, ihsan, insan kamildan juga entiti fizikal tubuh manusia
sebagaiwadah untuk menzahirkan kecerdasan spiritual. Konsep-konsep ini mempunyai
potensiuntuk dimanfaatkan dalam bidang sains sosial yang lain seperti bidang kepimpinan,
pengurusan sumber manusia dan lain-lain lagi.
Konsep kecerdasan spiritualyang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Islam menunjukkan
pertalian yang utuh antara konsep kerohanian (spirituality) dan agama yang dapat
direalisasikandaridimensi iman, ibadah dan akhlak. Hasrat pertama penyelidik ialah
untukmerealisasikan Islamisasi ilmu psikologi. Manakala tujuan kedua ialah memberi
makluman kepadapenyelidik-penyelidik. Muslimbahawa kerangka teori ataukerangka
konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh Barat adalah tidak bersesuaiandengan
landasan tasawur Islam. Lantaran itu, sarjana-sarjana Islam dalam pelbagai bidangsama
ada ahli psikologi Islam dan agamawan perlu berganding bahu untuk terus
memperkayakanlagikhazanah

ilmu

psikologi

Islam

untuk

kesejahteraan

umat

keseluruhannya.
Habluminallah adalah suatu rangkaian pekerjaan yang dilakukan dan dikerjakan dengan
cara berhubungan langsung dengan sang khalik(Allah S.W.T) contohnnya seperti

20

solat,berdoa,dan sebagainya. Cara ini baik secara berdialog atau dengan cara
mengingat/dzikrulloh. Kefahaman amalan Habluminallah, adalah penting diserapkan
dalam diri kerana dapat melahirkan insan yang takut akan Allah hingga nampak dalam
perlakuan mereka. Tertdapat perbezaan antara amalan kerana Allah, amalan kerana
manusia dan amalan kerana adat. Justeru amalan yang dapat meningkatkan iman adalah
amalan yang diterima Allah.

2.3 Konsep Rangka kerja


Konsep rangka kerja dalam kajian ini ditunjukkan dalam rangka konsep di bawah:
Tajuk
KEFAHAMAN DALAM AMALAN HABLUMINALLAH:
KAJIAN TERHADAP
PELAJAR
TINGKATAN
5 SMK BENUT
Metodologi/Reka
Bentuk
Kajian

Teori

a. Kualitatif/Kuantitatif
b. Kerangka Teori
c. Kerangka Konsepsual

Objektif

Penyelidikan ini dijalankan bagi mencapai beberapa


objektif tersebut dan tujuan seperti berikut:
Kecerdasaran Spritual
Perspektif Islam

Instrumen Kajian
Persampelan
a.
b.
c.
d.

Soal Selidik
Temu Bual
Senarai Semak
Dokumen

1.4.1 Mengenal pasti bilangan pelajar yang


memahami tentang habluminallah
1.4.2Kaedah
Mengetahui
tahap kefahaman pelajar terhadap
Kajian
amalan habluminallah
1.4.3
Mengkaji
kesan
kefahaman
amalan
Murid
a)
Pentadbir b)
Kaunselor c)
Guru
d)

Soal selidik
Kepustakaan
Internet
Analisis statistik

Analisis Kajian
Statistik Diskriptif Min dan Kekerapan

HASIL KAJIAN
21

Model Instruksi (ID)Kerangka Proposal Kamarudin, 2006


Data-data untuk dianalisis dikumpul daripada sumber berikut seperti Data soal selidik,
Data-data Peperiksaan, Data-data masalah disiplin, Data biografi respondan dan Data
temu ramah. Data yang didapati akan dianalisis dengan menggunakan skala Likert (dlm
Mohd Amin Embi et.al, 2000: 852) iaitu 1-4 (1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju,
3=setuju dan 4= sangat setuju), analisis ini menggunakan
menggunakan min dan kekerapan

Statistik deskriptif dengan

dalam analisis data. Skor min antara 0-1.25

dikategorikan sebagai sangat negatif, 1.26-2.50 dikategorikan sebagai negatif, 2.51-3.25


dikategorikan sebagai positif dan 3.26-4 dikategorikan sebagai sangat positif.
2.4 Kesimpulan
Islam menggalakkan pengeluaran, iaitu melalui pergerakan (mobilisasi) sumber. Menurut
Kahf (1982)pengeluaran ialah usaha manusia untuk membaiki bukan sahaja kedudukan
kebendaannya, tetapi juga untuk meningkatkan kedudukan akhlaknya sebagai asas
pencapaian matlamatnya (kebahagiaan hidup) di akhirat. Al-Ghazali juga menyatakan
motif pengeluaran adalah motivasi keuntungan. Keuntungan pula ditakrifkan oleh AlGhazali sebagai keuntungan di dunia dan di akhirat (Ihya Ulumuddin). Tanpa pengeluaran,
maka tidak akan berlaku pemasaran, perdagangan dan penggunaan. Kajian ini tidak
menafikan pendapat ini ekoran terdapat hujah yang kukuh daripada teks al-Quran
mengenainya.
Antaranya Allah berfirman di dalam al-Quran: Timbangan pada hari itu ialah kebenaran
(keadilan), maka barang siapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orangorang yang beruntung.(Surah al-Araf: 8)
Satu lagi ayat Quran ada menyatakan, Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari
permulaan.(Surah adh-Dhuha: 4)
Menurut tafsir Ibn Kathir timbangan yang Allah maksudkan dalam ayat ini adalah amal
perbuatan yang akan dihisab di akhirat kelak (pada hari itu). Seorang Muslim yang
meyakini bahawa setiap perbuatannya akan dipertimbangkan, yang akan menentukan
kedudukannya samada di syurga atau neraka, akan lebih wara dalam aktiviti
hidupnya.Malah keazaman memperoleh keberuntungan seperti yang djanjikan di akhir ayat
ini, akan menjadi perangsang kepada mereka yang meyakini untuk berusaha dan bekerja
menyahut seruan Allah SWT (Aidit Ghazali 1986 &Kahf 1982).

22

Sementara dalam ayat 4 Surah adh-Dhuha , menurut tafsir Fil Zhilal Quran karangan
Sayyid Qutb menyatakan kurniaan Allah di akhirat (hari kemudian) adalah lebih baik dan
kekal berbanding dunia (permulaan). Seterusnya Allah menjanjikan kepuasan yang hakiki
melalui kurniaan tersebut dalam ayat ke 5 surah ini. Justeru kepercayaan dan keyakinan
pada kewujudan hari akhirat menjadikan perkiraaan hidup orang Islamlebih panjang iaitu
meliputi hidup sebelum dan sesudah kematian yang disebut alam baqa. Kepercayaan ini
mendorong pengeluar Islam mengarahkan semua aktiviti dan matlamat pengeluarannya
kepada penghasilan yang terbaik bagi kedua-dua kehidupan tersebut. Kewujudan ini
menyebabkan keluaran barangan dan perkhidmatan bertambah kerana adanya pengeluaran
untuk akhirat (kebajikan masyarakat yang diganjarkan pahala oleh Allah).Pengeluaran
bukan sahaja menghasilkan barangan atau perkhidmatan untuk faedah segera (keuntungan
di dunia) malah juga untuk faedah yang tidak nampak yang hanya akan dirasai di akhirat
kelak. Inilah merupakan

satu teori pengeluaran bahawa bagaimana seseorang itu

melahirkan output yang baik selepas mengerjakan amal ibadat. Sebagai contoh orang yang
mengerjakan haji dan mendapat haji mabrur, syurgalah janji Allah pada mereka, tetapi jika
sudah mengerjakan haji tetapi perangai dan sikap masih seperti sebelum mengerjakan haji,
haji mereka itu adalah sia-sia. Ini merupakan contoh kepada teori pengeluaran dalam Islam
yang mementingkan hasil daripada amal ibadat yang kita lakukan yang disebut buah
ibadah (Nataij Ibadah).
Allah swt. telah menetapkan tujuan penciptaan manusia dan jin, yaitu untuk beribadah
kepada-Nya. Allah swt. berfirman:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku. (Adz-Dzaariyat:56).
Ibadah dalam Islam mencakup seluruh sisi kehidupan, ritual dan sosial, hablumminah
(hubungan vertikal) dan hablumminannas (hubungan horizontal), meliputi pikiran, perasan
dan pekerjaan.
Katakanlah: Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam. (Al-Anam:162).
Ibadah yang benar manakala terpenuhi dua syarat, yaitu ikhlas karena Allah swt. dan sesuai
aturan syariat. Allah berfirman :
Dzat Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk:2).

23

Para ahli tafsir sepakat bahawa yang dimaksud dengan ahsanu amala (yang terbaik
amalnya) adalah akhlashuhum lillah (yang paling ikhlash karena Allah) dan atbauhum
lisysyariah (yang paling komitmen mengikuti aturan syariah). Semua ibadah yang
diperintahkah dalam Islam bertujuan untuk membentuk manusia taqwa .
Hakikat ibadah menurut Ibnu At-Taimiyah berkata: Mana ashal dari kata ibadah adalah
tunduk. Sedangkan ibadah yang diperintahkan oleh syariat adalah perpaduan antara
ketaatan sempurna dan kecintaan yang penuh.
Ibnu Al-Qoyyim Al-Jauziyah bekata: Ibadah adalah gabungan antara ketaatan yang
penuh dan cinta yang sempurna.
Maka yang taat kepada Allah swt. tapi tidak cinta kepada-Nya maka ia belum dikatakan
beribadah.
Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri
kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah
dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasik. (At-Taubah :24).
Ibadah yang sahih akan melahirkan sikap dan perilaku yang positif dalam kehidupan
sehari-hari yang menjadi bekal dan pegangan dalam mengemban amanah sebagai hamba
Allah swt. khususnya amanah dawah. Di antara iampak positif dari ibadah menurut ulama
ahlu as-sunnah wal jamaah yang sepakat bahawa iman mengalami turun dan naik, kuat
dan lemah, pasang dan surut, menguat dengan amal salih atau ketaatan dan menurun
kerana maksiat. Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah
gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat- mereka bertawakkal. ayatNya
bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah. (al-Anfal:2).
Ibadah yang kita lakukan harus berteraskan keimanan dan keikhlasan.

Ketika kaum

muslimin menghadapi kekuatan sekutu pada perang ahzab keyakinan mereka akan
kemenangan yang dijanjikan Allah semakin mantap dan keimanam mereka semakin kuat.
Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka
berkata : Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita. dan benarlah Allah
dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman
dan ketundukan. (Al-Ahzab:22).

24

Dan ibadah yang dilandasi penyerahan diri dan ketaatan kepada Allah akan menghasilkan
banyak hal positif, sebagaimana firman Allah:
(tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia
berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqoroh:112).
Ihsan dalam beribadah, iaitu as-syuur bii uroqobatillah (merasa selalu diawasi Allah)
merupakan hasil buah ibadah, sebagaimana Rasulullah menjelaskan dalam hadiss:
Ihsan adalah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, jika kamu
tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah Melihat kamu. (HR.Bukhari).
Ketika seorang muslim merasa diawasi Allah dalam beribadah, maka dia berusaha
maksima melalukannya sesuai dengan petunjuk syariat dan ikhlas kerana-Nya. Justeru
kajian ini dapat melihat sejauh mana hubungan habluminallah respondan yang terhasil
daripada soal selidik yang dilakukan dalam kajian ini. Ini juga merupakan konsep
ketakwaan yang menjadi dasar dalam kajian ini kerana takwa akan menjadikan manusia
takut dengan sifat Melihat Allah dan Allah berada di mana-mana. Dengan itu akan
melahirkan umat Islam yang takut melakukan dosa setelah dapat melakukan ibadat yang
berkaitan dengan Habluminallah. Oleh hal demikian, kajian ini amat sesuai untuk melihat
tentang kemungkinan-kemungkinan sebab mengapa setelah pelajar-pelajar melakukan
ibadat, tetapi masih tidak mampu untuk menghindarkan diri daripada berbuat dosa.

25

BIBLIOGRAFI
Mahmud Yunus (Prof. Dr. H) (1957). Tafsir Al Quran Al-Karim 30 Juzuk.Djakarta: P.T
Hidakarya Agung
Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka) (1984).Tafsir al-Azhar, Jakarta: Yayasan
Nurul Islam
H.A Razak dan H. Rais Latif(1966) Sahih Muslim Jilid 1,2,3 (Terjemahan).
Jakarta:Pustaka
Al-Husna
______________(1984). Mustika Hadith Jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Bahagian Halehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri
Abdullah Basmeih, Sheikh. (2001).Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian alQuran. Kuala Lumpur: Darul Fikir
Adz-Dzakiey, H. B. (2004). Prophetic Intelligence; Kecerdasan Kenabian.
Menumbuhkan Potensi Hakiki Insani Melalui Kesehatan Ruhani.Yogyakarta:
Islamika.

26

Agustian, A. G. (2007). The Islamic Guide To Developing ESQ (Emotional Spiritual


Quotient) : Applying The ESQ Way 165 1 Value, 6 Principles And 5 Actions.
Jakarta: Arga Publishing.

Attri, R. (2012). Spiritual intelligence: A model for inspirational. Research Journal of


Social Science & Mangement, 1(9), 212219.
__________. (2007).Memahami Islamisasi Ilmu dari Pemikiran al-Faruqi.Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara,Shah Alam
Asjad Bin Mohamed, Muzakkir Bin Othman @ Seman, Mohd Hafiz Bin Abdul Wahab.
(2010) Kefahaman Dan Amalan Dalam Beragama: Kajian Terhadap Pelajar
Baru Uitm Pahang Dan Pelajar Baru Universiti Malaysia Pahang. Universiti
Teknologi Mara Pahanglintasan Semarak, 26400 Bandar Jengka,
Badawi, A. (2008). Konsep Spiritual Quotient (Sq) Sebagai Arah Baru Pengembangan
Pendidikan Islam. Unpublished master's thesis, Univesiti Islam Negeri Malang,
Indonesia.

Mujib, A. & Mudzakir, J. (2002). Nuansa-Nuansa Psikologi Islam. Jakarta: PT


RajaGrafindo Persada.

Nataatmadja, H. (2001). Inteligensi Spiritual: Inteligensi, Manusia-Manusia Kreatif,


Kaum Sufi Dan Para Nabi. Jakarta: Perenial Press.

Nisa, R. (2009). Aspek Kecerdasan Spiritual Dalam Perspektif Al-Quran.


Unpublished Master Dissertation Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik
Ibrahim, Malang, Indonesia.
Noressah Baharum (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Internet
Ismail Azwardi. (2009). Konsep Tauhid Dalam Islam - Kumpulan Makalah
Kumpulan-Makalah-Dlords.Blogspot.Com/Am-Islam.Html
Irman Asmarahadi(2011). Teori Belajar MenurutIslam
hilmanswork.wordpress.com/ri-belajar-menurut-islam

27

Nugroho Agung Wibowo(2011). Pengertian Habluminallah dan habluminnas.


http://mossdefcommunity.blogspot.com/2010/02/pengertian-hablum-minallah-danhablum.html

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

KEFAHAMAN DALAM AMALAN HABLUMINALLAH: KAJIAN TERHADAP


PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BENUT

KELAS: ___________________________________________________________

KELAS AGAMA TERTINGGI:_______________________________________


(SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR)

Pelajar-pelajar yang disayangi. Sila jawab soal selidik ini dengan jujur. Jika ada apa-apa
masalah, sila minta bantuan guru.

28

PANDUAN: Sila tandakan ( / ) pada ruangan kreteria penilaian yang anda rasa paling
tepat. Sila jawab dengan jujur kerana pengetahuan tentang solat sangat penting untuk
ibadat lain kita diterima Allah. Insya-Allah

KRITERIA PENILAIAN
1 - SANGAT TIDAK SETUJU/ SANGAT TIDAK FAHAM
2 - TIDAK SETUJU/ TIDAK FAHAM
3 SETUJU/ FAHAM
4 - SANGAT SETUJU/SANGAT FAHAM

SKALA

1.4.1 Mengenal pasti bilangan pelajar yang memahami tentang habluminallah


(Hubungan dengan Allah) dan Habluminanas

Saya memahami maksud habluminallah


Saya memahami maksud habluminanas
Saya mengetahui maksud habluminallah dan habluminnas melalui guru
agama islam saya
Saya mengetahui maksud habluminallah dan habluminnas melalui rakanrakan saya
Saya mengetahui maksud habluminallah dan habluminnas melalui
keluarga saya
Saya mengetahui konsep habluminallah melibatkan keimanan dan akidah
Saya mengetahui konsep habluminnas melibatkan keimanan dan akidah

1.4.2 Mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap amalan habluminallah

29

Saya memahami maksud kalimah syahadah


Saya bersolat kerana sedar ini Rukun Islam
Saya bersolat kerana berasa saya orang Islam
Saya bersolat kerana sahaja mengikut orang bersolat
Saya bersolat kerana ikut kawan-kawan bersolat
Saya bersolat kerana takut ibu bapa marah
Saya bersolat kerana hendak tunjukkan saya baik
Saya bersolat hanya ikut-ikut sahaja
Saya bersolat kerana hendak tunjukkan kepada orang yang saya sayang
Saya bersolat cukup lima waktu sehari semalam
Saya bersolat hanya 4 waktu sehari semalam
Saya bersolat hanya 3 waktu sehari semalam
Saya bersolat hanya 2 waktu sehari semalam
Saya bersolat hanya sewaktu sehari semalam
Saya tidak pernah bersolat selepas saya baligh
Saya berpuasa penuh dalam bulan ramadan
Saya tidak berpuasa penuh dalam bulan ramadan
Saya tidak pernah berpuasa selepas saya baligh
Saya tahu kewajiban puasa dan berzakat
Saya saya tahu kewajban pergi haji
Saya tahu semua rukun iman
Saya percaya dan tahu sifat-sifat wajib Allah
-Saya percaya dan tahu sifat-sifat mustahil Allah
Saya percaya kepada kerasulan nabi
Saya boleh membaca al-quran
Saya tidak boleh membaca al-quran
Saya percaya kepada malaikat dan alam ghaib
Saya percaya kepada Qada dan Qadar Allah
Saya percaya kepada hari kiamat dan hari pembalasan

1.4.3 Mengkaji kesan kefahaman amalan habluminallah terhadap pelajar


Saya bersolat tetapi saya masih melakukan perkara kejahatan

30

Saya bersolat tapi saya selalu melanggar peraturan sekolah


Saya bersolat tapi saya tidak kisah untuk mengambil hak orang atau
mencuri
Saya waktu berpuasa saya masih melakukan maksiat
Saya tidak kisah untuk tidak berpuasa ketika bulan Ramadan
Saya tahu Allah ada tetapi saya tetap melakukan kejahatan
Saya takut hantu dan makhluk halus
Saya percaya Qada dan Qadar tetapi saya selalu marah kalau hajat tidak
kesampaian
Saya selalu tidak khyusuk dalam solat dan mahu cepat selesai
Saya kalau ada barang berharga milik orang, saya ambil jika ada peluang
Saya rasa sayang untuk menderma
Saya rasa saya masih muda untuk mati

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MENGISI SOAL SELIDIK INI

LAMPIRAN 2

PENCAPAIAN PELAJAR
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014
BIL

NAMA

KELAS

KEPUTUSAN
(LULUS/GAGAL

1
2
3
4
5
6
7
8

31

PENCAPAIAN
GRED

PNGK

9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34

32

Anda mungkin juga menyukai