Anda di halaman 1dari 4

3.

0 Kajian Literatur
Akhlak merupakan warisan Rasulullah S.A.W yang begitu bermakna dan istimewa
kepada umat Islam. Hal ini sedemikian kerana, Allah S.W.T telah membangkitkan Rasulullah
S.A.W itu sendiri untuk menyempurnakan akhlak umat Islam. Oleh sebab demikian,
Rasulullah S.A.W ialah seorang yang memiliki akhlak yang tertinggi dan mulia (Asming
Yalawae, 2007). Melihat dari persepektif yang lain, akhlak yang mulia merupakan asas
kepada memperbaiki adab, kesempurnaan peribadi dan juga merupakan salah satu ciri-ciri
untuk memperoleh hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T. Sebagaimana bangunan yang
mempunyai asas yang lemah akan runtuh, begitulah juga seorang manusia yang mempunyai
akhlak tidak sempurna akan dipandang rendah oleh masyarakat. Oleh itu, akhlak boleh
dikatakan sebagai elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia (Asming Yalawae,
2007).

Menurut Salwa Wahidan, definisi akhlak boleh dipecahkan kepada dua bahagian,
iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah. Menurut bahasa, perkataan akhlak berasal daripada
perkataan arab ‘khulq’ yang memberi maksud tabiat, kelakuan, tingkah laku, maruah dan
juga bermaksud agama itu sendiri. Menurut istilah pula, akhlak boleh dikatakan sebagai sifat
atau ciri yang tertanam dalam diri seseorang itu. Sifat atau ciri tersebut pula dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran atau paksaan (Salwa
Wahidan, 2011). Perkara ini disebabkan beberapa tokoh telah membincangkan definisi
akhlak dengan sedemikian. Sebagai contoh, Ibn Miskawaih, seorang falsafah Islam yang
terkenal mengatakan bahawa akhlak itu adalah keadaan jiwa yang mendorong ke arah
perbuatan tanpa pemikiran dan penilitian. Selain itu, Imam Ghazali pernah berkata bahawa
akhlak itu adalah sesuatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang mendatangkan kelakuan
atau perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila
perbuatan tersebut adalah baik dan tidak mendatangkan fitnah atau maksiat, seseorang itu
boleh dikatakan memilki akhlak yang mulia. Namun, sebaliknya apabila perbuatan yang
ditampil adalah buruk, seseorang itu dikatakan memiliki akhlak yang buruk dan
berkemungkinan dipandang rendah oleh masyarakat dan orang lain (Salwa Wahidan, 2011).
Jikalau dilihat melalui kanca mata yang berlainan, akhlak juga mempunyai
pengertiannya tersendiri dalam Islam. Akhlak merupakan sistem yang menentukan tingkah
laku dan pola sikap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam ajaran Islam, sistem
tersebut merupakan salah satu langkah untuk berfikir berasaskan Islam (Jevi Nugraha, 2020).

Selain itu, akhlak juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akhlak mahmudah
dan akhlak mazmumah. Akhlak mahmudah bermaksud tingkah laku yang terpuji ataupun
yang baik. Menurut Imam Ghazali, akhlak yang baik adalah yang berlandaskan akal dan
syarak. (Dhita Koesno, 2021). Di samping itu, seseorang yang memiliki akhlak mahmudah
akan mempunyai beberapa sifat umum tertentu dalam dirinya. Pertama sekali, sifat taubat
yang mendalam. Taubat adalah sesal akan perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar yang
pernah dilakukan melalui solat taubat dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
Seterusnya, sifat zuhud iaitu satu corak kehidpuan seseorang manusia untuk mengekang
jiwanya daripada segala bentuk kesenangan dunia dan pada masa yang sama, berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala perkara yang boleh mendatangkan
maksiat. Selanjutnya, perasaan mahabbah iaitu perasaan cinta dan kasih saying terhadap
Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W yang melebih segala lain. Kasih saying ini turut
melahirkan jiwa yang benar-benar mencintai agama dan rela mengorbankan dirinya kepada
Allah S.W.T. Akhir sekali, seseorang yang memiliki akhlak mahmudah akan sentiasa redha
dengan qada ataupun ketentuan Allah S.W.T. Hal ini dikatakan begitu kerana, segala
ketentuan Allah S.W.T sama ada baik mahupun buruk hendaklah diterima dengan
kesyukuran dan kesabaran yang penuh (Dhita Koesno, 2021).

Oleh disebabkan demikian, seseorang individu yang memiliki akhlak mahmudah akan
memperoleh beberapa manfaat terhadap dirinya. Utama sekali, seseorang itu akan dicintai
Nabi Muhammad S.A.W. Disebutkan dalam sebuah hadis, apabila seseorang muslim
memiliki sifat terpuji, maka seseorang itu akan menjadi yang dekat dengan Nabi Muhammad
SAW (Jevi Nugraha, 2020). Sebagaimana dalam hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Orang yang paling saya cintai dan paling dekat dengan tempat saya kelak di hari kiamat
adalah mereka yang memiliki akhlak mulia. Sementara orang yang paling saya benci dan
tempatnya paling jauh dari saya kelak di hari kiamat adalah mereka yang keras dan rakus,
suka menghina dan sombong.”
Sehaluan dengan itu, akhlak mazmumah pula adalah perbuatan atau tingkah laku
tercela mengikut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak tercela atau akhlak buruk dikenali
sebagai sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat tersebut merupakan sifat-sifat yang bercanggah
dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam
kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam (Abdullah Dazid,
2011). Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa ciri pada individu yang memiliki akhlak
mazmumah yang dapat dikenalpasti. Utama sekali, seseorang itu tidak bertaqwa kepada Allah
S.W.T. Hal ini demikian kerana, kehidupannya tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Selain itu, ingkar pada perintah dan larangan Allah S.W.T. Seseorang yang berbuat demikian
tidak mempunyai keinginan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Akhir sekali, tidak
menjadikan Islam sebagai sumber akhlak. Hal tersebut akan melahirkan individu yang
bersifat bakhil, takbur dan dusta (Abdullah Dazid, 2011). Justeru, terdapat beberapa
perbuatan mazmumah yang wajib dielakkan oleh umat Islam. Pertama sekali, adalah
perbuatan atau perasaan dengki terhadap seseorang. Dengki adalah perasaan iri hati atau rasa
benci terhadap seseorang. Perasaan ini sering timbul apabila seseorang itu melihat orang lain
memperoleh nikmat ataupun memiliki kelebihan daripadanya. Pada masa yang sama,
seseorang itu berharap semoga nikmat tersebut pudar dan beralih pada dirinya sendiri
(Abdullah Dazid, 2011). Sifat atau perasaan dengki ini adalah sifat mazmumah yang sangat
dibenci oleh Allah S.W.T bahkan Allah S.W.T telah menegaskan perkara ini dalam al-Quran:

ٍ ‫ض ُك ْم َعلَى بَع‬
‫ْض‬ ُ ‫َوالَ تَتَ َمنَّوا َما فَض ََّل هللاُ بِ ِه بَ ْع‬
“Dan janganlah kamu iri hati apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian daripada kamu
lebih banyak dari sebahagian yang lain.”

(Surah an-Nisak:32)
Perbuatan mazmumah yang seterusnya adalah perbuatan fitnah. Fitnah adalah
melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti yang kukuh. Perbuatan ini amat tercela
dalam Islam kerana manusia yang menimbulkan fitnah adalah tergolong dalam golongan
fasik (Abdullah Dazid, 2011). Bahkan, fitnah itu adalah perbuatan yang amat dahsyat
sebagaimana yang diterangkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya:

‫ۚ و ْالفِ ْتنَةُ اَ َش ُّد ِمنَ ْالقَ ْت ِل‬


َ
“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”

(Surah Al-Baqarah:191)

Selain itu, mengumpat juga adalah salah satu perbuatan mazmumah dan dosa besar.
Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya
dan boleh menimbulkan kemarahan apabila seseorang itu mendengarkannya. Jikalau dilihat
dari segi bentuknya, mengumpat boleh dipecahkan kepada tiga jenis iaitu ghibbah, buhtan
dan ifkun. Ghibbah adalah memperkatakan atau menceritakan keburukan seseorang
dibelakangnya. Manakala, buhtan pula adalah mereka-reka dusta yang membabitkan
seseorang untuk tujuan memburuk-burukkannya. Akhir sekali, ifkun adalah menyebarkan
fitnah yang didengar daripada seseorang dan menyampaikannya kepada orang lain. Ketiga-
tiga perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan mengumpat. Perbuatan ini adalah
haram dan berdosa besar kepada sesiapa yang melakukannya (Abdullah Dazid, 2011).
Sebagaimana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran, surah al-Hujarat:12

‫ضا َأي ُِحبُّ َأ َح ُد ُك ْم َأ ْن يَْأ ُك َل‬ ُ ‫الَ ت ََج َّسسُوا َوالَ يَ ْغتَبْ بَ ْع‬
َ ‫ض ُك ْم بَ ْع‬

ُ‫لَحْ َم َأ ِخ ْي ِه َم ْيتًا فَ َك ِر ْهتُ ُموْ ه‬


“Dan janganlah engkau mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah engkau menghina
kepada setengahnya. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah
mati, maka tentulah kamu akan merasa jijik.”

(Surah al Hujarat:12)

Secara ringkasnya, umat Islam hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak


Rasulullah S.A.W dengan memiliki akhlak mahmudah dan mengelakkan perbuatan

mazmumah yang boleh mendatangkan akhlak tercela.

Anda mungkin juga menyukai