Anda di halaman 1dari 4

PERKASAKAN DAKWAH

UMUM DI
ERA KEMENANGAN

Di antara hikmah nabi Muhammad SAW berhjrah ialah kerana hendak Islam
itu berkuasa bukan Islam dikuasai. Islam memerintah bukan Islam yang
diperintah. Islam menjadi tuan rumah bukan Islam itu tetamu. Kalau risalah
Islam yang baginda diamanahkan oleh Allah SWT hanya untuk solat dan
tawaf di kabah, maka baginda tidak perlu untuk berhijrah dan meninggalkan
kampung halaman yang tercinta.
Tetapi demi Islam dan kedaulatanya maka baginda berhijrah untuk
memastikan Islam ada pengkalan untuk menyebarkan Islam ke negeri lain.
Alhamdulillah Pas bersama dalam pakatan rakyat telah di anugerahkan
nikmat untuk membolehkan dakwah Islam bernafas setelah berada di zaman
penjajahan moden yang tidak benarkan Islam di hayati dalam konteks seperti
yang nabi saw ajar kepada kita.
Maka di kesempatan inilah maka kita perlu untuk memperkasakan dakwah
umum kepada masyarakat setelah mereka dibutakan hati dan telinga untuk
mendengar kalimah Islam yang sebenar. Mereka berjaya meracunkan rakyat
di negara ini mengenai Islam menurut acuan dan nafsu mereka sehingga
mengelirukan rakyat di negara ini.
Program dakwah umum mesti diperkasakan kerana masih ramai lagi yang
jahil tentang agama terutama di kalangan orang Melayu. Melayu hanya boleh
diubah minda mereka dengan ilmu dan agama sahaja. Kerja ini mesti
diaktifkan secara agresif. Kerana 50 tahun Umno sudah berjaya meletakkan
orang Melayu Islam berada di dalam keadaan jahil tentang tasawwur Islam
yang sebenar.
Umno sedar inilah caranya untuk mereka memerintah lama selagi rakyat
tidak berilmu dan beragama. Umno kehilangan undi apabila pengundi di satu
kawasan itu ialah orang beragama dan berilmu. Umno bermaharajalela
apabila penduduk di kawasan yang mundur dalam bidang agama dan tahap
akademik yang rendah. Umno sedaya upaya akan menyekat Islam tidak
diberikan nafas baru. Mereka hanya mengajar Islam sebagai ubat pelali

kepada rakyat di negara ini supaya rakyat tidak bertanya apakah jasa Umno
kepada Islam, dan untuk menjadi modal setiap kali pilihanraya.
Diantara program dakwah umum ialah:
a.Khutbah

Kerana inilah medan yang paling berkesan untuk memberi kefahaman Islam
yang sebenar. Kebanyakan orang Melayu dididik bahawa solat Jumaat wajib,
walaupun sembahyang lain dia tidak buat. Kesempatan inilah yang perlu kita
ambil. Khatib perlu dilatih supaya mampu menyampaikan public speaking
yang baik untuk menarik sidang pendengar yang hadir. Tajuk-tajuk yang
disampaikan biarlah agak semasa dan sesuai dengan budaya dan tahap
pemikiran penduduk setempat, kerana ini adalah himpunan mingguan umat
Islam di dalam satu daerah. Mereka datang untuk mendengar arahan dari
pemimpin masyarakat.Jika khatib mampu mengarang teks sendiri atau
berkhutbah adalah satu kelebihan.
b.Kuliah maghrib. Tajuk-tajuk yang dibahas biarlah yang menjurus kepada
kefahaman Islam yang sebenar sehingga mereka memahami bahawa Islam
sebagai al-Din wadaulah. Perbahasan jangan hanya berkisar kepada soal
feqah ibadah solat, wudhu, puasa, haji , haid dan nifas, tetapi biarlah lebih
luas. Ia mesti juga membincangkan mengenai muamalat yang berhubung
dengan soal jual beli, aqad, hutang piutang, pinjam meminjam.
Tajuk-tajuk jinayat seperti hudud, qisas dan takzir mesti dperluaskan supaya
masyarakat tidak keliru dengan mainan media Umno selama ini seolah-olah
hukum Islam adalah asing dan tidak relevan dengan masyarakat majmuk.
Bab kenegaraan mengenai kepimpinan dalam sebuah negara,
tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, kewajipan pemimpin kepada rakyat
adalah satu tajuk yang perlu disebarkan kepada masyarakat. Selama ini
masyarakat sudah diracun dengan pemikiran bahawa Islam dan poilitik tidak
boleh disatukan, perlu dipisahkan dalam kehidupan. Kerana Islam suci
manakala politik adalah kotor. Fikrah ini mesti dibersihkan kembali daripada
pemikiran rakyat.
C.Risalah tarbiah yang ringkas (sehelai kertas A4) dan mudah untuk difahami
diedarkan setiap minggu pada hari Jumaat. Sediakan petugas kita dari
kalangan pemuda untuk menunggu di pintu masjid supaya ahli jamaah dapat
mengambil risalah tersebut dengan teratur dan tersusun. Risalah dengan
huruf dan tulisan yang menarik adalah satu kelebihan. Isinya pun menjurus
kepada soal kefahaman Islam yang syumul dan isu semasa yang melanda
umat Islam di negara ini.
d.Program kepada mereka yang menerima bantuan

Kebanyakan mereka yang miskin ini adalah menjadi mangsa kejahilan dan
buta agama di negara ini. Di samping kita berikan bantuan dalam bentuk

material kita juga perlu hidangkan kepada mereka santapan rohani supaya
menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada mereka. Mereka perlu
dibimbing kearah agama dan memberikan motivasi dalam hidup mereka
supaya berpegang tuguh dengan amalan Islam walau apa cara sekalipun.
Inilah sahaja yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada
kesusahan di dunia dan akhirat. Selama ini golongan miskin adalah menajdi
umpan dan stok penimbal untuk mengundi Umno/BN dalam setiap kali
pilihanraya.
Kemiskinan mereka dieksploitasi untuk keuntugan politik bukan sebagai satu
tanggungjawab yang perlu ditunaikan kerana mereka adalah warga negara
yang perlu juga mendapat pengagihan kekayaan di negara ini. Bukannya
mereka itu menjadi kek untuk dimamah dan dipijak. Golongan ini selalunya
menjadi sasaran kepada penyebar agama lain untuk mendiayahkan mereka
supaya meyertai agama mereka. Kitalah yang bertanggungjawab untuk
melindungi maruah dan akidah mereka supaya mereka tidak menjadi mangsa
kepada sistem yang zalim pada hari ini.
e.Bacaan Yasin

Program ini adalah satu program yang perlu diperkasakan dan memang
terbukti berjaya menarik sokongan orang atas pagar. Kesempatan daripada
ikatan Yasin dengan orang Melayu Islam di negara ini cukup kuat. Sebab itu
orang Melayu kebanyakan apabila bertanya kepada mereka mereka
membaca al-Quran atau tidak, meraka akan jawab baca, iaitu membaca Yasin
pada malam Jumaat. Ini hendak menunjukkan amalan ini begitu teguh dan
mantap dalam masyarakat maka usaha ini mesti diteruskan.
Walaupun program Yasin tetapi mesti diselitkan sedikit dengan tazkirah
pendek. Bukan senang hendak menghimpunkan mereka yang hadir ke
program yang cukup bermakna dalam masyarakat. Sekiranya ada
kemampuan setiap kali pertemuan boleh ditafsirkan satu atau dua ayat.
Supaya mereka lebih menghayati dalam sanubari mereka dan rasa seronok
dengan apa yang mereka baca selama ini. Kita tidak mahu ia hanya satu
budaya semata-mata tanpa pengisian yang bermakna.
Biarlah mereka faham di dalam surah Yasin juga adanya kisah-kisah
perjuangan seperti kisah Sahibu Yasin, seorang tukang kayu yang beriman
dan menyeru kaumnya untuk beriman dengan utusan yang sampai di
kampung halaman mereka, .akhirnya orang kampung itu marah dan memijak
beliau sampai mati dan beliau mati syahid. Inilah kebanyakan masyarakat
tidak tahu apa yang mereka baca selama ini. Perkara ini mesti di dedahkan.
Kerana masyarakat menganggap Yasin sebagai satu surah yang hanya
dibaca ketika hendak naik haji, masuk rumah baru, ketika orang nazak

hendak mati. Tahniah kepada Muslimat kerana memiliki produk yang cukup
bernilai untuk dipasarkan kepada orang ramai iaitu program bacaan Yasin.

Anda mungkin juga menyukai