Anda di halaman 1dari 3

TEMU BUAL BERSAMA PEMILIK BENGKEL SIN CHU HIN

Tarikh : 29 September 2015


Hari: Sabtu
Masa : 5.00 petang
Soalan: Bolehkah encik Tang ceritakan sedikit tentang sejarah bengkel tayar Sin
Chu Hin ini?
Jawapan :
Ya, boleh. Bengkel ini mula diasaskan oleh nenek saya iaitu Kua Hong Geok atau
dikenali sebagai Ah Ma oleh pelanggan setia. Bengkel ini dibuka oleh nenek saya
pada tahun 1938. Bengkel ini telah berkembang dengan maju dan telah mempunyai
lima buah cawangan. Salah satu daripada cawangan tersebut berada di Singapura.
Soalan: Apakah biasanya yang menyebabkan terjadinya kemalangan di bengkelbengkel?
Jawapan :
Kemalangan yang terjadi di bengkel biasanya terjadi akibat tidak mematuhi
peraturan keselamatan yang ditetapkan sama ada pekerja mahupun pelanggan.
Peraturan sangat penting bagi memastikan kita dapat mengelakkan diri daripada
kecederaan atau kecelakaan.
Selain itu, penggunaan mesin yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan
kemalangan. Hal ini kerana, setiap mesin yang dicipta mempunyai fungsi khusus
bagi satu- satu kerja. Sekiranya mesin tersebut digunakan selain daripada fungsi
yang ditetapkan, mesin boleh menjadi rosak dan boleh menyebabkan letupan
ataupun kebakaran. Semasa mengendalikan mesin atau alatan, fokus adalah
perkara yang terpenting. Pengendali mesin mestilah seorang yang mahir dan
berpengalaman supaya kerja yang dijalankan berjalan dengan baik dan dapat
mengelakkan kemalangan.
Seterusnya, penggunaan mesin yang rosak amat berbahaya. Hal ini kerana, kita
tidak tahu apakah kesan kerosakan yang berlaku pada mesin tersebut. Kerosakan

tersebut mungkin boleh mengakibatkan letupan, litar pintas, kebakaran dan


sebagainya.
Soalan : Bagaimanakah anda mengelakkan kemalangan daripada berlaku di
bengkel anda?
Jawapan :
Saya akan sentiasa mengingatkan pekerja- pekerja saya dan pelanggan supaya
sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan yang terdapat di
bengkel ini tidaklah terlalu banyak sehingga menyusahkan diri mereka. Oleh itu,
saya pasti semua orang dapat mematuhi peraturan di bengkel ini.
Selain itu, saya juga memastikan pekerja- pekerja saya menggunakan mesin yang
betul semasa melakukan kerja. Setiap kali mereka ingin menggunakan mesin
seorang supervisor akan memerhatikan mereka melakukan kerja supaya
kemalangan dapat dielakkan. Supervisor juga bertindak sebagai pengendali kepada
mesin- mesin yang berada di dalam bengkel ini kerana mereka antara orang yang
mahir dan berpengalaman. Mereka juga melatih pekerja- pekerja baharu untuk
mengendalikan mesin- mesin dengan betul.
Seterusnya, saya akan memastikan setiap alat dan mesin sentiasa diperiksa dan di
selenggara untuk memastikan semua alatan dan mesin dalam keadaan selamat.
Alatan yang rosak akan ditukar dengan alat yang baharu supaya kerja dapat
dijalankan dengan selamat. Saya juga akan sentiasa memastikan pekerja saya
memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan kerja.
Soalan: Bagaimanakah pengurusan dan organisasi di bengkel ini dijalankan?
Jawapan :
Organisasi yang digunakan mungkin juga sama seperti bengkel lain. Orang berada
paling atas adalah saya sendiri selaku pemilik, dibantu oleh seorang kerani dan tiga
orang fomen. Saya bertanggungjawab terhadap segala hal yang berlaku dan
memastikan perniagaan berjalan lancar di samping memantau kerja-kerja yang
dilakukan oleh para pekerja. Kerani pula melakukan tugas-tugas perkeranian
termasuklah mengira stok dan inventori. Mekanik pula bertindak sebagai tenaga
kerja pembaik pulih kenderaan pelanggan. Saya akan memastikan setiap kerja yang

berlaku akan berjalan dengan lancar jika masing-masing melakukan tugas yang
telah ditetapkan dengan sebaik mungkin dan tidak akan timbul masalah yang tidak
diingini.

Anda mungkin juga menyukai