Anda di halaman 1dari 41

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

MOHD AIDIL BIN OTHMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

SOALAN TUGASAN

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGHARGAAN

Alhamdulillah.Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.


Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat ke
seluruh alam.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami, .. yang banyak memberikan
bimbingan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.
Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika
senang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberi
sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.
Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Mohd Azrai Haron

Mohd Fadhli Othman

Muhammad Hanis Abdul Mutalib


5

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

a) PETA MINDA
8
KONSEP PERLEMBAGAAN
9
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
11
b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA.
c) LAPORAN
1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
3.0 KONTRAK SOSIAL
20
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL
3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL
3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
3.4 KESIMPULAN
3.5 BIBLIOGRAFI
3.6 LAMPIRAN

13
17
17
19
21
23
26
28
29
31

KOLABORASI

PENGENALAN
6

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat
perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui
Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar
pelabuhan.Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara
di Perak, serta Pan Pan di Kelantan.Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan
kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain
untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.
Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826.Britain atau
dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas
seluruh Semenanjung Tanah Melayu.Penempatan awal kolonial British ini bertapakdi Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula
mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan
colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan
bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah.Pada tahun 1810-an, British mula mengambil
peluang campurtangan dalam negeri-negeri Melayu.Disebabkan perang saudara,dan gangguan
kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di NegeriNegeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa
British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di
bawah kuasa Thailand.
Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak
7

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang
Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British
mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun
menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan
sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum
pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa
penyertaan Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963
melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah)
dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai
Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana
sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong.Pada awal penubuhan
Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan
Sabah oleh Filipina.Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan
kaum terjadi pada bulan Mei 1969.
Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan bangsa
asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah negara
merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali sebagai
Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan banyak kesan
terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik negara.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

a) PETA MINDA

KONSEP PERLEMBAGAAN

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

KONSEP PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABAS

SHAMSUL AMRI

Surat catatan atau surat cara yang


mengandungi semua undangundang tertinggi yang difikirkan
mustahak bagi mewujudkan sebuah
negara yang moden.

Kumpulan peraturan atau undangundang sama ada bertulis atau


tidak bertulis.
Menentukan organisasi kerajaan,
pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kerajaan dan
prinsip-prinsip umum bagaimana
kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

RUSLAN ZAINUDDUIN
SALMAH HUSSAIN
Satu dokumen yang
Suatu catatan yang amat penting
mengandungi semua susunan
dalam menyatakan kedaulatan dan
peraturan dan undang-undang
kewujudan sesebuah negara yang
dasar yang dianggap penting
merangkumi organisasi pentadbiran
bagi pemerintahan dan
dan kemasyarakatan.
pentadbiran sesebuah negara.

BERTULIS: Bentuk perlembagaan


yang dikumpul dan disusun dalam
satu dokumen. Contoh:
Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan tersebut perlulah


Perlembagaan ini berperanan
terpelihara dari pengubahsuaian,
dalam menentukan bidang
menjamin keselamatan masyarakat
kuasa pemerintahan, bentuk
dalam negara dan luar negara.
sesebuah kerajaaan dan hak-hak
rakyat. Perlembagaan juga
Pembentukan
berlaku kerana terjadinya perjanjian
antara satu bangsa dengan bangsa
yang lain, atau sesebuah
masyarakat dalam negara dengan
masyarakat antarabangsa.

TIDAK BERTULIS: Semua prinsip


perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen
seperti
UNSUR-UNSUR
TRADISI DALAM
undang-undang
adat.PERLEMBAGAAN

10

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

11

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

12

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN


PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI
MALAYSIA

MALAYANUNION
UNION
MALAYAN
Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat.
Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat.
Ditentang hebat oleh Orang Melayu.
Ditentang hebat oleh Orang Melayu.
Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office.
Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office.
Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah
Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah
pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan
pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan
atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;
atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;
1.
Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak
1.
Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak
akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.
akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.
2.
Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana
2.
Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana
majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu.
majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu.
3.
Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan
3.
Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan
gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa
gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa
pandangan Sultan.
pandangan Sultan.
4.
Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap
4.
Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap
negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja.
negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja.
5.
Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya
5.
Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya
sendiri.
sendiri.
6.
Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
6.
Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri
7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri
mereka.
mereka.

13

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERSEKUTUANTANAH
TANAHMELAYU
MELAYU1948
1948
PERSEKUTUAN
British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi
penting perlembagaan Malayan Union iaitu;
penting perlembagaan Malayan Union iaitu;
1.
Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka
1.
Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka
tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat
tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat
permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja
permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja
yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, kerakyataan permohonan,
yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, kerakyataan permohonan,
seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum
seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum
memohon atau seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa
memohon atau seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa
20 tahun sebelum memohon.
20 tahun sebelum memohon.
2.
Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini
2.
Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini
bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874.
bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874.
3.
Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
3.
Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan
tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi
tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi
mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union.
mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union.
Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah
Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah
Gabenor.
Gabenor.
4.
Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri4.
Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negerinegeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.
negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

14

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGISYTIHARANPERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAANTANAH
TANAH
PENGISYTIHARAN
MELAYU(1957)
(1957)
MELAYU
Perlembagaanini
inidiambil
diambildari
dariPerlembagaan
PerlembagaanPersekutuan
PersekutuanTanah
TanahMelayu
Melayu
Perlembagaan
1948.ia
dilaksanakan
di
Semenanjung
Tanah
Melayu
sahaja.
1948.ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

15

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERLEMBAGAANMALAYSIA
MALAYSIA(1963)
(1963)
PERLEMBAGAAN
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos
1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.
1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.
Antara Akta Malaysia ialah ;
Antara Akta Malaysia ialah ;
1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat
1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat
2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan
dapat hak yang sama
dapat hak yang sama
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

16

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

c)LAPORAN

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul serentak dengan
pembentukan sesebuah negara itu.Ini mungkin berlaku akibat revolusi, kemerdekaan atau sesuatu
perubahan yang amat mendadak menyebabkan sebilangan besar rakyat atau golongan yang
berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut
baik oleh British kerana ia akan memudahkan British menguasai Malaysia melalui badan
Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold
untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962.
Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 .
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di
luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia.
Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara Akta Malaysia ialah yang dipersetujuai
adalah hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, agama Islam sebagai agama
rasmi tetapi diberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain, bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di
Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo
diberi kuasa imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan, negerinegeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik dan akan mendapat
hak yang sama seperti orang Melayu.

17

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang
terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu
pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agong hanya menjadi
Ketua Agama Islam bagi seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang
menasihati raja-raja tentang agama Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam
Perjanjian Pangkor iaitu raja sebagai pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala
pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam perlembagaan
Malayan Union, kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah
PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna
perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didalam Perlembagaan Malayan Union.
Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri berikut
iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara
Persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara raja berperlembagaan.Ketiga, Malaysia
sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang samamenjamin kebebasan beragama.
Selain itu juga, Malaysia yang akan dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan
pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana
Menteri yang dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status yang
sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi
dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan
kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala badan eksekutif pula
mempunyai bidang kuasa yang menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam
perlembagaan.
Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara Persekutuan iaitu kuasa-kuasa
Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata sementara segala baki kuasa
terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia juga menjelaskan tentang hubungan
antara Persekutuan dan negeri-negeri.Iaditerangkan melalui senarai Persekutuan iaitu meliputi
hal-ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil
jenayah serta pentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain.

18

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan negeri


membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dan undangundang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebut terbatal.Antaranya ialah perlindungan
bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan bandar
dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain lagi.
Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada kerajaan negeri.Ia
meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri,
jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain.
Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa, hak dan
tanggungjawab sesuatu golongan.Ini bukan sahaja releven dalam soal individu malah releven
dalam hubungan antara wilayah.Dalam negara Persekutuan, perlembagaan amat penting dimana
setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan kerajaan yang berada di
peringkat pusat.
2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya.Begitu juga dengan
Perlembagaan Malaysia.Kebanyakkan kepentingannya bertujuan mengekalkan perpaduan dan
keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini.Antara keistimewaannya ialah menjamin kestabilan
sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.Di dalam merangka dan
membentuk pentadbiran, ketua atau Perdana Menteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti
dahulu perlembagaan.Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu
kenyataan.
Selain

itu

menjaminkecekapan

juga

dengan

,kejujuran,

adanya

keadilan,

perlembagaan
ketelusan

serta

ini

dapat

membantu

dan

kelicinan

pentadbiran

dan

pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan
bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan
lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah
kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah
negara.Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai
wakil mereka untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni.
19

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa memerintah


pemerintahannya menepati

kehendak perlembagaan

supaya

dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa

hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan
bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya segala kemudahan dan
kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan
amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga
kepentingan mereka.
Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan masyarakat
pribumi dan bumiputra tidak akandipersoalkan. Ini kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah
terdiri daripada orang Melayu.Selain itu juga orang Melayu hendaklah mempertahankan hak
mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang di bangkitkan agar tidak menimbulkan
huru-hara sesama kaum.
3.0 KONTRAK SOSIAL
Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik,
budaya dan agama.Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilang
kaum merupakan satu keunikan.Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka oleh
perlembagaan.
Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapa
masalah.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan.Ia
berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap
kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan.Di samping itu, kaumkaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan
agama rasmi.Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.
Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya.Masalah ini bukan disebabkan
oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah dan
perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
20

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

ekonomi.Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang


perbezaan dan menjejaskan perpaduan.
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara
kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam
sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk
negara.Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja
soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu,
kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh
kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan
orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini
bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk
memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen
yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang
berkaitan dengan kontrak.Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosial
21

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau


permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang
melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.
Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.
Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi
berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah
menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.
Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru
daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.
Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Dalam
konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan
masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud
saling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak
ansur.Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama.Justeru kontrak
sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan
dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi
hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.
Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian
hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di
negara ini.Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada
sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun
segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan
bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.Semua
yang

terlibat

dalam

perjanjian

itu

mesti

bersetuju

kepada

perubahan

dan

pindaan.Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi

22

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami
dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini
amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas
maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama
melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan
universiti.
3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai
antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa
elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada
asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun
1957.
Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak
sebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara.
Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
Di

mana-mana

negara

sekalipun,

perlembagaan

lahir

hasil

daripada

perkembangan sejarah.Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu


merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikan
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke
23

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

dalam Perlembagaan.Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu


institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah.Apabila Tanah
Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat.Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan
beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997].Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal
negara Malaysia.Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian
daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik.Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi
kepada

upacara

rasmi

negara.Kewujudan

sistem

beraja

dengan

sendirinya

menekankan ciri-ciri kemelayuan.


Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh
British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai
penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan
India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada
masyarakat pribumi.Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di
bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka
kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan
atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen
perniagaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara
89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang24

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.
Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu
isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan peganganorang
Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
[Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]
Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati
diri sesebuah negara dan kontrak sosial.Keperluan satu bahasa kebangsaan yang
menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.

3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL


Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang
telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku
sebarang konflik perkauman.Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di
Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

25

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Sesungguhnya

elemen-elemen

kontrak

sosial

yang

terdapat

dalam

perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan
pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan
dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di
Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati
dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.
Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak
sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan
kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu
yang sudah berlalu.
Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia
adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat
bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.Jika golongan bukan
Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera
pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa
orang Melayu.
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau
sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
negara ini.Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama
bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia.Apa yang penting ialah kedua-dua pihak
harus saling memahami.

26

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat
polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa
Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu
tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua
perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang
Melayu (Utusan Malaysia, 1998)
Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim
Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara
kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.Menurut beliau,
formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.
Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama
iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha
Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan
individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan
kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.
[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16
November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes
perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si
mati dan juga Jabatan Agama Islam.
Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin
keharmonian kaum di Malaysia.Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka
akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.
Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini
sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu
bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah

27

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang
kontrak sosial secara terbuka.
3.4 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini
sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan
secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa
Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.
Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang
sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang
erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan
menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat
keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi.Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam
sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

3.5 BIBLIOGRAFI

__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service.

28

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008 dari
laman htttp://www.wikipedia.com
__________.(2008).

Malaysia

dilayari

pada

Februari

2008

dari

laman

dari

laman

htttp://www.wikipedia.com
__________.(2008).

Perlembagaan

dilayari

pada

Februari

2008

htttp://www.wikipedia.com
__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman
htttp://www.wikipedia.com
Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.
Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustka.
Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA).
Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)
Utusan Malaysia(24 Disember 1998).Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak sama sekali tuntutan
hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23.

29

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Utusan Malaysia.(14 Ogos 2005).Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik.m/s
7.

30

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

3.6 LAMPIRAN
PENGENALAN
Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah
penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian
perbincangan

iaitu

konsep

perlembagaan,

unsur-unsur

yang

terdapat

dalam

perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.


1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN
Menurut buku Perlembagaan Persekutuan, terbitan International Law Book
Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan bagi
perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung
dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih luas dan
menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang
mengandungi

semua

undang-undang

tertinggi

yang

difikirkan

mustahak

bagi

mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi
punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.
Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak
dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal
dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku.
Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen
yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan
ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaaan dan hak-hak rakyat.Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara
memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi
jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab
dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.
31

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan satu
bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan
kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan
pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.
Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya
tanpa

berlkunya

penyalahgunaan

kuasa.

Sebagai

contoh,

kezaliman

dan

penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang
memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,
Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa.Teori ini
mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh
seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan
kuasa adalah lebih besar.Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu
digunakan.
Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai
Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan
dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan.Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin
keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga
berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau
sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,
2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat
Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa
kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam
Madinah.

32

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN


MenurutMontesquieu, di dalam bukunya Spirit des Loismenyatakan bahawa
unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa
pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang-undang
disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan kepada Teori
Pengasingan Kuasa.
Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang menjadi
asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara
sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada penjajah, kecuali peruntukan
pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.Terdapat empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi
sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja,
agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR
Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar
apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan
Majlis Mesyuarat Negeri, "To submit for. Consideration. And in the hope at receiving
advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's
inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or
custum, or be considered of general interest".
Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini
adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British
sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor
menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa
melibatkan Sultan dan pembesar Melayu.Sultan dan pembesar Melayu hanya berhak di dalam
hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari
1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan
dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen
33

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara
tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang kuasa dan
dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan negeri.
1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun
menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan
memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status
'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin
Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour the treaties of
protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of the Malay States from
protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan
menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk
membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25
Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan
pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor
yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu
hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat orang-orang Melayu
sahaja.Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan
hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British.
Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial
Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang
memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau
rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan
Malayan Union ialah;
1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak
akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.
2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana
majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu.
Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura
34

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan disebabkan Malayan Union,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union
menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri
Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah
kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing
daripada Malayan Union.Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti
nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing .Jelas ini
amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada
Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi
nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai
ketua agama negeri masing-masing.
3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan
gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa
pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh
dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja.Sultan hanya lambang bagi orang Melayu agar orang
Melayu tidak bangkit memberontak.
4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap
negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia
mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 .Ini bermakna Malayan Union terus saja
menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.
5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya
sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan tersendiri dan dengan
menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu
kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila dirujuk pembentukan Malaysia,
Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan 'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi
satu entiti negara yang berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas
menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union.
6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

35

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah
negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai
Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya
telah

disokong

oleh

masyarakat

Cina

kerana

ia

membolehkan

mereka

mendapat

kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar memorandumnya kepada pihak
British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya dalam hal kewarganegaraan .
Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada
Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;
1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa penuh
diserahkan kepada British.
2. Melaporkan tentang pendirian raja.
3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union.
Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan
tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor pertamanya
ialah Edward Dent.Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan
Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union
dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih untuk menyatukan
negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan dikendalikan, walaupun Malayan Union
tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu
perjanjian telah dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan
terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang
berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.

1.3.3PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(Federated Malay State) masih lagi
mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;
36

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi
terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun
membuat permohonan . Iaitu;
Kerakyatan automatik
Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu
dan British pada bila-bila masa saja.
Kerakyataan permohonan
Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12
tahun sebelum memohon. Atau
Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20
tahun sebelum memohon.
2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini
bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor
1874.
3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat
kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini .Dan ini menunjukkan
PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan
penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi
manakala Malayan Union adalah Gabenor.
4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negerinegeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.
Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan Pilihanraya.
Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan
yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya ,
badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan diadakan di London
dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga
37

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated
Malay State atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan
sendiri dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .
Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung
Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan ini ialah undangundang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang yang dibuat selepas hari
merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan
terbatal undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3
syarat ;
1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di dalam
Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat
2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara yang
terkandung di dalam Perlembagaan itu
3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.
Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim
menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan kelihatan di
atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati beranggapan perlembagaan
Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang perlembagaan
yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori perlembagaan.

1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan disambut
baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia
dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh
Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada
Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun 1962 .
38

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di
luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia
terbentuk pada 16 september 1963.Antara Akta Malaysia ialah ;
1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat
2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara
automatik dan akan dapat hak yang sama
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.
Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan
membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan
Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia
ini mengandungi
1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan
2) Yang Dipertuan Agung
3) Raja dan Yang Dipertua Negeri
4) Jemaah Menteri
5) Parlimen
6) Pilihan raya
7) Kehakiman
39

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

8) Perkhidmatan awam
9) Negeri-negeri
10) Perhubungan persekutuan dan negiri
11) Peruntukan kewangan
12) Kebebasan asasi
13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
14) Agama islam
15) Kewarganegaraan
16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak
17) Bahasa kebangsaan
18) Ibukota persekutuan
19) Pindaan perlembagaan
Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang
terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan
tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya
menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama
yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam
Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala
pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan
tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan
Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang
terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.
Kesimpulannya

40

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah
mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk
mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah
bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan
yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neocolonialisme.Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta
Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negerinegeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya
dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang
dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila
Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

41

Anda mungkin juga menyukai