Anda di halaman 1dari 5

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS FOR RNJ v2

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Dibawah adalah FAQs khusus berkaitan


dengan RnJ. Silakan baca dahulu insya'Allah apa-apa soalan akan terjawab.
1. Saya nak pakai RnJ ni, tapi saya tak tau nak tanya apa.
Pertama, anda dinasihatkan pakai akaun cent. Broker ada banyak yang
menyediakan akaun cent. Contohnya FBS, FORTFS dan Exness. Sebab minima
amaun selamat adalah usd 1000 (bersamaan usd 10.00 kalau deposit dalam
akaun cent). Modal dinasihatkan adalah usd 10,000 cent (atau usd 100).
Perkara kedua dan pokok yang kita kena tau sebelum guna apa-apa EA adalah
cara robot itu kerja.
Mula-mula buka 2 chart pair yang sama. Drag EA buy sahaja ke satu chart dan
EA Sell sahaja ke satu chart yang lain.
Kemudian tick 'Allow Live Trade'. Kalau tidak EA tak jalan.
Kita kena fahamkan setiap setting yang ada. Bila setting semua dah buat baru
kita klik 'Autotrading'. Bila 'Autotrading' dah berjalan dan price bergerak, EA
akan terus open trade Buy dan Sell secara serentak. Kalau price tak bergerak
maka EA tak akan open trade.
Bila price bergerak contohnya ke atas, TP set 4 pip. Maka apabila price bergerak
4 pip, TP akan hit dan masa itu juga EA akan buka buy yang baru dengan lot
yang sama dengan yang asal. Misalnya jika lot 0.01, sebaik sahaja hit TP maka
EA akan open trade baru Buy pada lot 0.01 juga.
Contoh lagi, Sell tadi dah float 4 pip, price naik lagi 4 pip, hit Tp dan buka buy
baru. Maka, Sell dah jadi float 8 pip. Kalau kita set 'PipStep' 11 pip bila Sell float
11 pip EA akan buka sell baru berdasarkan pengiraan lot exp. Kalau set 1.68
maka EA akan buka lot size 0.02 sbb 1.68 x 0.01 akan jadi 0.0168 tapi terminal
tak leh buka lot tu, dia akan buka yg terdekat, 0.02.
Buy pula akan jalan macam biasa. Setiap 4 pip akan TP. Disebabkan kita set
Pipstep 11, maka setiap 11 pip dia akan buka OP Sell dengan gandaan 1.68.
Contoh ketiga. Start lot 0.01, naik 11 pip buka sell 0.01 x 1.68 = 0.02. Naik lagi
11 pip (sekarang 22 pip) buka OP sell 0.02 x 1.68 = 0.03. Begitulah seterusnya
sampai 4 x 11 pip = 44 pip akan buka 4 Op sell. 'Pipstep' kedua kita set 17 maka
lepas 17 pip dr 44 pip akan buka Op Sell baru.
EA akan calculate cara averaging berapa pip sell yg last tu nak close unttk profit.
Layer ke-5 dan seterusnya akan pakai setting 'Pipstep 2'. Kalau set 'MaxTrade' 20
maka dia akan buka sampai 20 trade entry sekiranya market tak retrace.
RnJ buka entry tanpa indi. Sebaik saja kita klik auto trade dia akan detect
movement tick. Bila saja price bergerak maka RnJ akan terus buka trade. Jika
price tak gerak langsung maka RnJ tak akan buka OP.

'Pipstep 1' ialah jarak pip untuk buka trade sehingga ke level ke 4. Contohnya,
RnJ akan buka entry pertama buy pada 1.10000, take profit 50, kalau price naik
sampai 50 akan kena TP dan RnJ akan buka trade Buy baru. Contoh kita set
'Pipstep 1' = 110. Tapi price turun! Bila price turun sampai 110 point pada harga
1.09890 RnJ akan buka buy baru dengan mendarabkan lot saiz awal dengan
'PipExponent'.
Contohnya lot 1 permulaan dan 'PipExponent' = 1.7 maka yang kedua akan jadi
1 x 1.7 = 1.7 lot. Bila turun lagi 110 ke 1.09780 maka akan buka OP ketiga iaitu
1.7x1.7 = 2.89 lot. Begitulah seterusnya sampai ke OP keempat. Lepas OP trade
keempat untuk jadi kelima baru dia guna 'PipStep 2'.
Satu lagi cara nak kurangkan risiko MC menggunakan RnJ ialah dengan leverage
yang tinggi. Contohnya 1:1000. Disarankan, modal USD 1000 guna lot 0.01 ialah
leverage 1:500.
Kalau guna leverage 1:1000 boleh start modal 500 dengan lot 0.01 atau 1000
dengan lot 0.02. Leverage memainkan peranan terhadap saiz margin.
2. Ada banyak setting untuk pakai RnJ ini. Saya confuse. Setting apa
nak pakai?
Ada banyak kaedah nak pakai RnJ.
Formula penting yang perlu anda ingat adalah:
Semakin Besar LotExponent maka Semakin Cepat Take Profit TETAPI
Semakin Kecil Pula Lot
Jadi disini ada dua kaedah optimum untuk guna RnJ, iaitu samada:
--> LotSize besar tetapi LotExponent kecil, atau
--> LotSize kecil tetapi Lot Exponent besar
Setting yang paling ideal dan optimize setakat ini diketahui adalah:
Jika modal adalah USD 10,000
MaxTrades : 9
PipStep 1 : 110
PipStep 2 : 170
TakeProfit : 50.0
LotExponent : 1.6
LotSize : 0.06
Untuk setiap penambahan USD 10,000 maka anda boleh tambahkan 0.06 lagi.
Misalnya jika modal sudah menjadi USD 20,000, anda boleh ubah LotSize jadi
0.12.
Setting kedua yang ideal pula menggunakan kelebihan LotExponent yang besar
supaya setial layer yang dibuka akan lebih cepat Take Profit. Berikut adalah
settingnya (jika modal adalah USD 10,000):
MaxTrades : 9
PipStep 1 : 110

PipStep 2 : 170
TakeProfit : 50.0
LotExponent : 2.0
LotSize : 0.01
Kenapa LotSize jadi kecil?
Sebab apabila LotExponent adalah 2.0, lot yang dibuka RnJ akan berganda
sebanyak 2 kali lebih pantas. Kalau LotSize masih kekal sama maka ketahanan
pips RnJ akan berkurang mendadak.
3.Dekat atas bro cakap semakin besar LotExponent, semakin cepat Take
Profit. Kenapa tak besarkan jer LotExponent taruk 2.0 atau lebih?
Boleh. Tapi cepat MC lah.
4. Dalam situasi macam mana yang EA ni akan MC? Saja tanya nak tahu
supaya senang nak bersedia.
First sekali buka Microsof Excel yang disediakan. Isi maklumat yang diperlukan,
kemudian tengok sejauh mana / berapa pips ketahanan EA tersebut.
Maka, sejauh itulah EA akan bertahan sebelum MC.
Contoh kita ambil setting di atas:
Modal USD 10,000.
MaxTrades : 9
PipStep 1 : 110
PipStep 2 : 170
TakeProfit : 50.0
LotExponent : 1.6
LotSize : 0.06
Setting ini boleh tahan sehingga Level 10 atau 1,520 point (152 pips).
Maka dalam bahasa mudah, sekiranya berlaku pergerakan price tetapi price
gagal untuk TP sehinggalah mencecah 152 pips tanpa retrace langsung, maka
RnJ akan MC.
Jadi trick disini adalah, anda kena tahu berapa jauh ketahanan pips setting RnJ
anda. Selepas itu anda kena tahu daily range pair yang anda trade itu.
EUR/USD jarang-jarang bergerak melangkaui 100 pips tanpa news. Sebab itu
pilihan ramai untuk run robot RnJ ini adalah EUR/USD.
5. Dalam situasi apa saya kena berhati-hati?
First, bila ada tiga serangkai news ini iaitu:
- FOMC

- NFP
- ECB
Anda sangat-sangat disarankan untuk off sahaja robot pada hari ada tiga news
tersebut.

6. Macam mana cara nak off robot sebelum news tu? Sebab RnJ sentiasa
ada entry Sell dan Buy bergerak. Saya kena buat macam mana?
Ada dua cara.
Pertama, setengah jam sebelum news terus off robot. Tak kisahlah berapa pun
float dia. Dalam situasi ini, anda boleh pilih samada nak cut loss semua entry
yang sedang jalan atau biarkan sahaja. Kemudian selepas selesai ECB / FOMC /
NFP, biasanya selepas sejam macam tu, anda boleh switch on balik.
Kedua, cara saya adalah saya off siap-siap untuk sepanjang hari itu. Misalnya
kalau hari Khamis ada FOMC. Pagi lepas Subuh saya akan tunggu float besar
clear dan lepas tu baru off EA. Contohnya, running float sampai level 5. Pagi itu
sebaik saja EA berjaya close level 5 itu, dan open new entry maka saya akan off
EA dan cut loss jer semua new entry tu. Loss tak besar. Kadangkala tak sampai
usd 1 pun. Kemudian saya hanya akan on balik EA pada hari Jumaat lepas subuh.
7. Saya nak buat usd 100 sehari dengan robot ini. Macam mana
caranya?
Soalan macam ini sebenarnya tak berapa patut ditanya. Run la dulu robot tu
tengok dan fahami cara kerjanya.
Tapi sebab ini adalah FAQs, maka saya akan jawab jugalah menurut pengalaman
saya semasa menggunakan robot yang satu ini.
Pertama sekali
Sepanjang penggunaan dari bulan 8 tahun lepas saya mendapati, jika Lot Size
kita guna adalah 0.10 (pada kadar lotexponent = 1.6) maka biasanya
keuntungan bulanan kita akan perolehi adalah usd 10,000 cent (atau usd 100).
Ini bulanan ya.
Gandaan akan menaik seperti berikut:
0.10 = Bulanan usd 100 (usd 10,000 cent)
0.20 = Bulanan usd 200 (usd 20,000 cent)
0.50 = Bulanan usd 500 (usd 50,000 cent)
1.00 = Bulanan usd 1000 (usd 100,000 cent)
Jadi anda nak usd 100 sehari? Kalau usd 100 sehari, jika convert ke cent akaun
bersamaan usd 10,000 sehari darab lebih kurang 30 (sebab nak sebulan) maka
dapatlah = usd 300,000 (atau usd 3000 standard account).

Maka, anda kena setting supaya anda boleh dapat usd 300,000 sebulan. Lot Size
yang kita mahu dalam situasi ini adalah 3.00.
Anda boleh gunakan Microsoft Excel untuk tengok berapa deposit yang anda
kena depo supaya anda boleh run robot ini dengan lot 3.00 TAPI DALAM MASA
YANG SAMA SELAMAT.
Definisi SELAMAT disini adalah = Robot punyai daya ketahanan sehingga
melangkaui 152 pips sekurang-kurangnya.

Anda mungkin juga menyukai