Anda di halaman 1dari 4

Refleksi

Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat dititik beratkan


kerana melalui aktiviti seperti ini dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang
bakal menjadi pemimpin di sekolah-sekolah setelah ditempatkan di mana-mana
sekolah. Oleh itu, sangat penting guru pelatih didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah
dengan betul, membina pelbagai gejet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan
simpulan, solar cooking, pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pertolongan
cemas serta kembara.
Tambahan pula, melalui aktiviti perkhemahan juga, sikap kerjasama dan
kesatuan dalam melaksanakan kerja juga dapat diterapkan dalam diri individu
peserta.

Hal

ini

akan

menjadi

punca

kejayaan

sesuatu

pasukan

dalam

melaksanakan sesuatu aktiviti dengan jayanya. Amalan nilai-nilai murni ini bukan
sahaja dapat diterapkan sepanjang perkhemahan, malah juga dapat diterapkan
semasa sebelum dan selepas perkhemahan. Selain itu, pengajaran ini juga dapat
dilaksanakan secara realistik, bukan hanya sekadar teori. Tambahan pula,
pengajaran secara pengalaman secara langsung ini dapat member kesan yang lebih
mendalam dan lebih sukar untuk dilupakan.
Pada 8 April 2015, kami telah diberi taklimat secara rasmi oleh pensyarah
penasihat Bulan Sabit Merah, En Faizal tentang aktiviti perkhemahan yang akan
diadakan pada 20 hingga 23 April 2015 di Dewan Teluk Gorek. Setelah mendapat
taklimat, Kami bertindak segera untuk memastikan perkhemahan ini berjalan dengan
lancar dengan membuat jadual pembahagian tugasan mengikut kumpulan. Walau
bagaimanapun, setiap kerja yang dibahagikan tetap melibatkan semua ahli Bulan
Sabit Merah kerana untuk meringankan beban ahli tersebut sementara ahli tersebut
bertindak sebagai ketua yang mengetuai tugasan tersebut. Hsl ini akan menjadikan
setiap aktiviti dapat dilaksanakbulan Sabit an dengan lebih sistematik dan teratur.
Pada hari tersebut, setiap pasukan unit beruniform dikehendaki mengambil
barangan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan. Sepanjang mengambil barang,
saya dapati kerjasama dalam ahli kumpulan sangat penting untuk memastikan kerja
yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancer. Selain itu, kami juga telah
menyediakan senarai barangan yang diperlukan agar memastikan tiada barangan

yang tertinggal. Hal ini menunjukkan kemahiran menguruskan logistik barangan


sangat penting untuk memastikan barangan yang diambil dan akan dihantar semula
mencukupi sama seperti jumlah yang diambil. Hal ini sangat penting untuk
menerapkan nilai seorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang merupakan individu
yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Setelah selesai menguruskan barangan yang perlu dibawa, kami diberi
taklimat akhir perkhemahan sekali lagi untuk membincangkan tentang segala
peralatan dan persiapan sebelum bertolak ke tapak perkhemahan di Teluk Gorek,
Mersing. Selain itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk membincangkan
menu yang akan dimasak sepanjang berada di tapak perkhemahan dan membuat
pembahagian tugasan serta membuat jadual tukang masak. Hal ini supaya setiap
perancangan dapat dimaklumkan kepada ahli dengan lebih awal, setiap individu
akan bertaggungjawab supaya bersedia untuk bertindak setalah arahan dikeluarkan.
Perancangan awal juga dapat tidak berlaku huru-hara semasa mengendalikan
tugasan.
Pada 20 April 2015, Hari Isnin, tepat jam 7.00 pagi, kami berada di tempat
berkumpul sementara menuggu bas iaitu astaka. Kami telah bekerjasama
mengankat barang untuk dimasukkan ke dalam bas. Kami telah membuat rantaian
untuk mengangkut barangan dengan cekapdan teratur. Tambahan pula, dengan
menggunakan kaedah ini, kami dapat menjimatkan tenaga dan masa untuk
mengangkat barangan dan apat bertolak lenih awal . Di samping itu, AJK peralatan
meneruskan pelaksanaan tugasan mereka untuk membuat semakan terakhir
tentang barangan yang akan dibawa untuk mengelakkan daripada tertinggal
barangan. Dengan bekerjasama ahli-ahli, kerja logistik dapat dilaksanakan dengan
lebih cekap dan kemas. Hal ini menunjukkan segala perancangan awal dan mebuat
senarai barangan serta jadual aliran kerja sangat membantu kami untuk memastikan
apa yang dirancang dapat berlangsung dengan lancar.
Tepat jam 8.00 pagi, kami telah selesai mengangkat barangan yang akan
dibawa ke dalam bas setalah selesai membuat semakan sebelum bertolak.
Kemudian, kami telah bertolak ke Teluk Gorek pda jam 12 tengah hari. Perjalanan
kami ke Teluk Gorek mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih ini telah memberi
peluang kepada saya untuk menghayati nikmat bermusafir yang mempunyai

kelebihan tersendiri. Di samping itu, hal ini juga menunjukkan bertapa mudahnya
untuk kita menjadikan setiap perbuatan atau amalan kita dapat dijadikan sebagai
ibadat serta menjadikan setiap perbuatan tau amalan kita dapat dijadikan sebagai
satu ibadat rta menjadikan setiap perbuatan kita bukan hanya mendapat manfaat di
dunia sahaja., malah di akhirat jua. Setelah 1 jam perjalanan, kami telah berhenti di
sebuah kedai untuk makan pagi. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan kami
ke Teluk Gorek.
Tepat jam 12.00 tengah hari, kami telah tiba di destnasi kami iaitu Teluk
Gorek, Mersing. Kami diarahkan mengangkat barangan yang kami bawa ke tapak
perkhemahan. Separuh daripada kami diangka menggunakan kenderaan yang
disediakan. kami mendirikan khemah, membersihkan dapur dan ada ahli ditugaskan
untuk menyediakan makanan. Gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih cepat
dan sistematik. Ahl ini kerana kerjasama yang baik juga dapat diterap dalam diri
bakal guru pemulihan.
Setlah selesai melaksanakan tugas, kami dikehendaki berkumpul dan
mendengar taklimat dan penerangan pelbagai aspek iaitu aktiviti, keselamatan,
kebersihan dan sebagainya daripada pihak GERKO. Kemudian kami dipecahkan
kepada kumpulan pasukan unit beruniform untuk melaksanakan aktiviti mengikut
pasukan. Kami pulang semula tapak perkhemahan untuk menyelesaikan tugasan
yang masih belum selesai. Kumpulan yang terlibat dengan masakan meneruskan
tugas mereka untuk masak malan.
Pelbagai aktiviti tlah kami laksanakan sepanjang pekhemahan ini. Contohnya,
mengikut kelas ikatan, pertolongan cemas, solar cooking, ikhtiar hidup, kembara,
malam kebudayaan dan sebagainya. Pada malam kebudayaan, kami dikehendaki
membuat persembahan mengikut pasukan unit beruniform. Pelbagai persembahan
menarik yang telah disembahkan oleh pasukan yng terlibat.
Pada 23 April 2015, kami mula mengemas peralatan perkhemahan sebelum
majlis penutup bermula. Kami saling bekerjasama menguruskan segala peralatan
dan memastikan tapak perkhemahan kembali kepada keadaan asal. Setelah selesai
majlis penutup, kami terus berangkat pulang ke kampus untuk meneruskan
kehidupan seperti biasa. Kami berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi
kerana pelbagai manfaat dapat saya peroleh. Hal ini juga turut mengajar erti

kehidupan yang sebenar kepada saya dan membuat diri saya supaya bersyukur
dengan apa yang telah saya miliki hari ini.

Anda mungkin juga menyukai