Anda di halaman 1dari 1

Kecemerlangan berkait kemahiran

literasi, numerasi
Font [ BB B M S ]
Khas 2014-06-14 01:51 Click: 176 Disediakan oleh Berita Harian

Putrajaya: Kecemerlangan murid amat berkait rapat dengan kemahiran


menguasai literasi dan numerasi. Justeru, Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang menekankan semua aspek berkenaan bertepatan untuk membantu murid
tahap satu di sekolah rendah. Pegawai FasiLINUS Numerasi, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor, Rohaizan Mohamad Sahid, berkata
selain menjadi pembimbing guru, mereka juga perlu mendampingi murid yang
tidak dapat menguasai asas literasi dan numerasi. Katanya, antara pendekatan
dilakukan untuk mendekati murid termasuk Program Permata Hatiku yang
memberi peluang murid memahami dengan jelas asas literasi dan numerasi
menerusi pelbagai kaedah termasuk didik hibur. Guru, murid perlu akrab LINUS
1.0 dilaksanakan pada tahun 2010 bagi menangani isu literasi (bahasa Malaysia)
dan numerasi dalam kalangan murid tahap satu sekolah rendah. Manakala
LINUS 2.0 sebagai usaha berterusan bagi memastikan semua murid dapat
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira termasuk menangani
literasi Bahasa Inggeris. Sementara itu, Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa
Melayu PPD Kuala Selangor, Rahayu Akhesah, berkata program LINUS
memerlukan guru lebih akrab dengan murid yang menghadapi masalah literasi
dan numerasi pada tahap satu sekolah rendah. Beliau berkata murid akan lebih
mudah menguasai dua aspek menerusi hubungan rapat dengan guru. Beliau
turut berkongsi pengalaman mengajar seorang murid tahap satu sekolah rendah
di kawasan Kuala Selangor yang langsung tidak dapat menguasai kemahiran
literasi dan numerasi tetapi berjaya dibimbing menggunakan pendekatan itu.

Anda mungkin juga menyukai