Anda di halaman 1dari 11

Bab 6 Bentuk Muka Bumi

Tanah Pamah:
a)Dataran
b) Delta

Peta tanah pamah di


Malaysia

Tanah pamah di
Semenanjung Malaysia.

Jaluran tanah pamah pantai barat Semenanjung


Malaysia menganjur dari Perlis di utara hingga ke
Johor di selatan.
Jaluran pantai barat ini adalah kira kira 800 km
panjang. Lebarnya berbeza beza antara 20 hingga
65 km dari pantai Selat Melaka ke kawasan tanah
tinggi.
Di sepanjang lembah sungai terdapat tanah
pamah seperti lembah Sungai Perak di Perak,
lembah Sungai Bernam di Selangor dan lembah
Sungai Muar di Johor.

Tanah pamah di
Semenanjung Malaysia.

Di kawasan tanah pamah ini juga


dataran, iaitu di bahagian hilir
sungai. Dataran adalah kawasan
rendah yang lebih luas.
Dataran dataran yang luas di pantai
barat ialah Dataran Kedah , Dataran
Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak,
Dataran Pinggir Laut Selangor , dan
Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.

Tanah pamah di
Semenanjung Malaysia.
Jaluran tanah pamah di sebelah pantai
timur Semenanjung Malaysia menganjur
dari Kelantan hingga ke Johor. Jaluran
pantai timur ini tidak berterusan kerana
terpotong potong oleh kaki bukit
Banjaran Pantai Timur. Lebar jaluran tanah
pamah ini di antara 10 hingga 45 km.
Di kawasan pantai timur terdapat lembah
lembah sungai seperti lembah Sungai
Pahang, lembah Sungai Kelantan, dan
lembah Sungai Terengganu.Dataran yang
luas adalah terdapat di Dataran Kelantan ,

Tanah pamah di
Sabah.
Tanah pamah di Sabah terdapat di pantai timur
dan pantai barat.Kawasan tanah pamah di
sebelah pantai timur lebih lebar daripada pantai
baratnya.
Kawasan dataran yang luas terdapat di bahagian
hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Kawasan tanah pamah di pantai barat dikenal
sebagai Dataran Pinggir Laut Barat
Sabah.Dataran ini adalah sempit kerana
Banjaran Crocker menganjur hampir dekat
dengan laut.

Tanah pamah di
Sarawak.
Kawasan tanah pamah di bahagian barat Sarawak
adalah panjang ( 650 km ). Tanah pamah ini dikenal
sebagai Dataran Pinggir Laut Sarawak.
Kawasan tanah pamah di sebelah barat daya adalah
lebih lebar , khususnya di Delta Rajang. Lebarnya
dataran ini kira kira 80 km. Sungai Rajang yang
panjang membentuk lembangan yang luas
.Dataran pinggir laut di bahagian barat daya
terputus putus oleh gunung-gunung seperti
Gunung Gading dan Gunung Serapi. Di sepanjang
pinggir laut terdapat paya , pantai berlumpur, dan
kadang-kadang berpasir.

Kepentingan tanah pamah di


Malaysia
Penting untuk penanaman padi kerana
diliputi tanih aluvium yang subur.
(contohnya, Dataran Kerian, Dataran
Kelantan, Dataran Kedah-Perlis)
Penting untuk penanaman getah dan
kelapa sawit di kawasan yang beralunalun dan bertanih laterit yang bersaliran
baik. (contohnya, Getah: Dataran Johor,
Sekitar Sri Aman.. Kelapa sawit: Sekitar
Labis di Kluang, Segi Tiga Jengka)

Kepentingan tanah pamah di


Malaysia
Kaya dengan sumber mineral yang
menggalakkan kegiatan
perlombongan (contohnya, Lembah
Kinta(bijih timah) , Teluk
Ramunia(bauksit)
Kawasan perindustrian/ perkilangan
(contohnya Shah Alam, Petaling Jaya,
Bintulu, Sarikei, Bayan Lepas

Kepentingan tanah pamah di


Malaysia
Kawasan petempatan dan tumpuan
penduduk kerana berpenduduk padat
kerana lengkap dengan pelbagai
kemudahan (contohnya: Kuala Lumpur,
Johor Bahru, Kota Kinabalu)
Kawasan tumpuan pembinaan jalan raya
dan jalan kereta api kerana kos
pembinaan rendah (contohnya : Lebuh
Raya Utara-Selatan, Landasan kereta api
dari Johor Bahru ke Padang Besar

Buat latihan di buku


Page 28 & 29
NOW!

Anda mungkin juga menyukai