Anda di halaman 1dari 18

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

LATAR BELAKANG KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini sangat penting kepada semua murid terutamanya
yang berasal dari keluarga ibu tunggal atau berpendapatan rendah. Kebanyakan murid pada masa kini tidak
sedar beban ibu bapa dalam mendidik anak. Mereka tidak memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh
ibu bapa mereka. Murid-murid masih tidak menyedari tanggungjawab dan peranan mereka sebagai seorang
anak dalam mengurangkan beban ibu bapa. Walaupun ada murid menyedari peranannya, tetapi mereka masih
tidak tahu cara mengurangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa.
Berdasarkan kepada masalah di atas, saya berinisiatif untuk merangka satu kursus tentang cara hidup
berdikari kepada semua pelajar tahun 6. Kursus ini akan diadakan di SJK (T) Ladang Semantan, Mentakab,
Pahang. Kursus ini ditumpukan kepada 100 orang pelajar tahun 6 dari tujuh buah sekolah tamil luar bandar yang
terletak di Daerah Temerloh, Pahang. Saya berpendapat bahawa kursus ini sangat sesuai diadakan kepada
mereka kerana kebanyakan murid dari kawasan luar bandar ini berasal dari keluarga miskin di mana ibu bapa
mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara keluarga. Ada yang berasal dari keluarga seperti
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tambahan pula kursus ini lebih sesuai untuk diadakan
selepas peperiksaan UPSR. Kursus ini diadakan selama dua hari dan terbahagi kepada enam slot.
Oleh itu, kursus ini bermatlamat untuk memberi kesedaran dan mengajar cara hidup berdikari kepada
para pelajar demi mengurangkan beban ibu bapa. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, sikap
berdikari perlu dipupuk dalam jiwa pelajar sejak kecil lagi. Para pelajar akan dibimbing untuk menceburi bidang
keusahawanan secara kecil-kecilan untuk mengurus perbelanjaan atau kewangan sendiri.

PENGENALAN
Kebanyakan pelajar beranggapan bahawa mereka masih berada dalam alam kanak-kanak di mana tidak
mempunyai tanggungjawab untuk membantu keluarga. Mereka ingat bahawa amalan menabung atau sikap
berjimat-cermat sudah memadai untuk membantu atau mengurangkan masalah kewangan keluarga. Pelajar tidak
sedar potensi atau kebolehan yang pada diri sendiri. Pelajar tidak sedar bahawa mereka boleh melakukan
perniagaan secara kecil-kecilan dengan hasil usaha sendiri supaya dapat menyelesaikan kekangan kewangan
yang dihadapi oleh ibu bapa. Oleh itu, Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini merupakan satu aktiviti
yang akan mendidik pelajar cara hidup berdikari untuk mengurus perbelanjaan atau kewangan sendiri dengan
menceburi bidang perniagaan.
Seterusnya, saya akan membincangkan tentang aliran falsafah pendidikan yang diambil, rekabentuk
kurikulum (model kurikulum) yang dipilih dan kerangka konseptual yang dicadangkan dalam merangka
rekabentuk Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri.

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

ALIRAN FALSAFAH BAGI KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Bagi merangka rekabentuk Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri, saya memilih aliran falsafah
moden, iaitu, aliran falsafah Progresivisme yang dipelopori oleh ahli-ahli falsafah seperti Charles Pierce,
William James dan John Dewey dan aliran falsafah Rekonstruktivisme yang dipelopori oleh George S.
Counts(1899-1974) dan Harold O. Rugg(1886-1960).
Aliran Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan
minat sendiri. Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka,
sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar
bekerja dan hidup secara bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran
Hidup diperkenalkan dan dipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk
kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.

Oleh itu, perkara-perkara yang hendak disampaikan patutlah

berlandaskan minat pengalaman dan kebolehan pelajar.


Manakala dalam aliran Rekonstruktivisme pula pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang
ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Selain itu, dalam

aliran

Rekonstruktivisme juga pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh
kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam
pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik yang sesuai
dengan masyarakat akan datang. Aliran Rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaan
kemhiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah.
Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana aliran rekabentuk berpusatkan pelajar adalah
untuk memberikan pengalaman kepada pelajar supaya mereka dapat melalui situasi yang sebenar dan belajar
berdikari dalam menyelesaikan masalah. Dalam kedua-dua aliran ini, guru berperanan sebagai fasilitator atau
pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu
masalah.Secara ringkasnya, dalam kursus ini pelajar akan berani menghadapi cabaran hidup dan berdikari dalam
menyelesaikan masalah.

REKABENTUK KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan penyusunan komponen komponen utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan bahan pengajaran, pengalaman dan
aktiviti pelajar bagi menyediakan arah dan panduan dalam membangunkan kurikulum. (Ornstein & Hunkins,
2004).
Terdapat dua model yang dititikberatkan dalam mereka bentuk kurikulum iaitu, Model Tyler dan
Model Konstruktivisme. Setelah mengkaji dengan teliti model untuk Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit
Sendiri, saya telah memilih Model Tyler. Berikut adalah Model Tyler (Model Kurikulum / Model Objektif )
yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler (1949). Konsep Tyler tentang kurikulum mendapat kritikan namun masih
2

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

dipertimbangkan hingga sekarang dan dianggap sebagai model yang klasik dan terkenal serta banyak digunakan
dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum, terdapat empat soalan
asas iaitu,
1) Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?
2) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut?
3) Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan?
4) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?
Mengikut Tyler, tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku muridmurid. Di dalam bukunya, Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler memberi definisi kurikulum
sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang
berkaitan, iaitu perkembangan tingkah laku kendiri pelajar dan isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi
dengan tingkah laku pelajar.
Oleh itu, Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini akan dijalankan mengikut proses
perkembangan kurikulum yang dititikberatkan oleh Tyler (Model Kurikulum) yang mengandungi perkaraperkara berikut, iaitu
a) Objektif yang harus dicapai.
b) Kandungan yang berdasarkan objektifnya.
c) Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasarkan objektifnya.
d) Penilaian untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF
PENILAIAN

KANDUNGAN

KAEDAH
RAJAH 1: MODEL KURIKULUM RALPH W. TYLER

Keempat-empat proses ini penting dari peringkat awal perancangan hingga ke peringkat akhir
pelaksanaan kursus ini. Selepas mengenalpasti proses-proses tersebut langkah-langkah seperti di bawah
dijalankan untuk memastikan kursus ini dijalankan secara teratur dan dikendalikan secara profesional. Langkahlangkah yang dilaksanakan adalah seperti di bawah dan ianya berasaskan kepada objektif Model Tyler.

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Menentukan matlamat atau objektif pendidikan yang hendak dicapai

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran

Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pengujian dan penilaian perlu dibuat untuk menentukan pencapaian objektif

Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan keperluan pelajar, keperluan semasa masyarakat
serta negara.
Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi:
a) Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, soial, emosi dan kerohanian.
b) Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap dan tabiat pelajar.
c) Menentukan apakah minat pelajar.
Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:
a) Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.
b) Memastikan pendidikan dapat dipindahkan kea lam pekerjaan.
Sumber objektif pendidikan didapati daripada cadangan pakar subjek:
a) Melalui penulisan dan cadangan pakar.
b) Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

OBJEKTIF KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Menurut Dr. Hamid Arshat (pakar sakit puan) dalam artikelnya, sikap berdikari boleh dipupuk sejak
kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuaian dengan umurnya. Galakkanlah anak-anak supaya
rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mengambil ikhtibar dari kegagalan. Cara ini akan
memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana
ia adalah penting bagi anak-anak supaya tidak mudah putus asa.
Selain itu, Human (1998) menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan
kepada para pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat bahawa para pelajar
memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan
perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenalpasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran dan
perubahan sikap. Meyer (1992) pula menyatakan bahawa adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau
menyediakan pelajar khas untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat
untuk memulakan perniagaan akan wujud.
4

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Manakala kajian oleh Ratna Khuzaimah Mohamad (2010) pula menyatakan perancangan kewangan
peribadi, ia boleh membantu untuk mengurangkan masalah kewangan. Manakala, Buku Wang Saku 2001 yang
bertema kepada Pengurusan Kewangan Yang Bijak adalah disasarkan kepada golongan pelajar. Ia bertujuan
untuk mewujudkan kesedaran tentang tabiat perbelanjaan yang bijak di

kalangan golongan muda serta

pentingnya pengurusan kewangan yang mantap di kalangan pelajar [Bank Negara Malaysia, 2000). Kesedaran
mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan harus dipupuk agar setiap pelajar dapat
merancang dan mengurus sumber pendapatan mereka dengan sebaik-baiknya dan memperoJehi keuntungan dari
aspek kewangan, ekonomi, dan sosial. Pendapat ini disokong oleh penulis buku Financial , Success For
College Students: Climbing the Steps From Financial Dependence To Independence (Flora Williams). Beliau
mendapat ilham menulis buku ini daripada pemerhatian beliau terhadap kekurangan pengetahuan pengurusan
kewangan di kalangan penuntut kolej dan keputusan yang dibuat oleh mereka dalam isu-isu kewangan adalah
sangat lemah dan boleh mengancam masa depan mereka.
Rohaty Mohd. Majzub (1998) menyatakan

selain daripada ibu bapa di rumah, guru di sekolah

merupakan orang dewasa paling rapat dengan pelajar dan dapat menelurkan pandangan serta pengalaman
mereka kepada individu pelajar yang ingin mengatasi sesuatu masalah sama ada masalah pembelajaran atau
masalah peribadi.
Memandangkan kepentingan kursus, saya menetapkan dua objektif, iaitu, objektif umum dan objektif
khusus berdasarkan Model Tyler untuk kursus ini. Kursus ini juga mempunyai objektif sampingan.

Objektif Umum
Objektif umum dalam rekabentuk Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri adalah untuk
mendedahkan kepada pelajar tentang sikap berdikari, iaitu kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain dan konsep keusahawanan , iaitu tidak melibatkan majikan yang
memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya . Sebagai contoh, dengan
memberi kesedaran tentang sikap berdikari dan pendedahan tentang konsep keusahawanan, pelajar dapat
membina keyakinan pada diri pelajar untuk menceburi bidang perniagaan yang boleh membantu mereka untuk
mengurus perbelanjaan atau kewangan sendiri. Secara ringkasya, pelajar dapat menjalankan kerja-buat-sendiri.
Objektif Khusus 1
1) Pelajar dapat berupaya bertindak sendiri di mana sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri
sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ini membolehkan pelajar menunjukkan daya kreativiti
dan inisiatif, berpandangan jauh, menggunakan pengetahuan, pengalaman, kebolehan untuk
menjalankan tugas dan menggunakan masa dengan berfaedah.
2) Pelajar mempunyai sikap jaya diri, iaitu berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri
untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. Pelajar dapat mempertimbangkan kemahiran yang ada.
Objektif Khusus 2
1) Pelajar akan mendapat pengalaman dalam bidang keusahawanan.
5

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

2) Mereka akan dapat meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan
nilai etika perniagaan.
3) Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam
dunia perniagaan.
4) Pelajar dapat mempelajari ilmu keusahawanan serta teknik-teknik menarik pelanggan.
Objektif Khusus 3
1) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di
dalam kehidupan seharian mereka di samping pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip asas dalam
pemasaran produk.
2) Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong di kalangan mereka.
3) Menanam sikap kreatif, inovatif, jujur dan ikhlas, komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat,
bekerjasama, mahir berkomunikasi, berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan dan penilaian
serta tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
4) Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman berniaga.
5) Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar dan melatih mereka
dalam bidang perniagaan secara amali.
6) Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan. Melatih pelajar mengamalkan nilainilai etika dalam perniagaan.
Objektif Sampingan
Objektif sampingan kursus ini juga memberi kesedaran di kalangan ibu bapa tentang potensi diri anakanak mereka. Ibu bapa perlu sedar bahawa merancang kewangan bermula dari anak sejak kecil lagi. Mungkin
seawal umur 6 tahun atau 7 tahun apabila anak-anak mendapat didikan awal di sekolah rendah. Oleh itu, ibu
bapa berperanan untuk mendidik anak mengurus perbelanjaan atau kewangan sendiri dengan bijak sejak kecil
lagi.

Secara keseluruhannya, Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini bermatlamat untuk mendidik
pelajar supaya dapat berdikari apabila meninggalkan alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan
bantuan daripada ibu bapa atau orang lain untuk menyara kehidupan mereka. Di samping itu, pelajar juga dapat
menggunakan masa lapang dengan berfaedah.

KANDUNGAN KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Kandungan kurikulum yang telah
dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan.
Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan, iaitu
6

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

1) Prinsip Kesinambungan Kandungan bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah
sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi
menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh .
2) Prinsip Ketertiban (turutan) Kandungan yang menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan
berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan
lebih luas dan mendalam.
3) Prinsip Kesepaduan menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama
lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.
Perancang kurikulum perlu memilih mata pelajaran, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu
didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perkembangan teknologi telah
membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia dunia ini. Oleh itu, pembentukan dan perkembangan
kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia.
Berdasarkan Model Tyler, kandungan pelajaran mestilah disusun daripada mudah ke susah. Oleh itu, untuk
Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini, saya menyusun kandungan kursus ini daripada tajuk atau slot
yang senang kepada susah. Kursus ini diadakan selama dua hari. Pada hari pertama, pelajar akan mengikuti tiga
slot, iaitu, Slot 1 Berdikari dan Cara Mengurus Perbelanjaan Sendiri, Slot 2 Ciri dan Sikap Keusahawanan dan
Slot 3 Cara Menghasilkan Barangan Perhiasan Diri. Manakala pada hari kedua juga, pelajar akan mengikuti tiga
slot, iaitu, Slot 4 dan 5 Menghasilkan Barang Perhiasan Diri dan Slot 6 Aktiviti Jual Beli. (Lihat Tentatif
Kursus).
Slot 1 Berdikari dan Cara Mengurus Kewangan Sendiri
1.1 Objektif
Dalam Slot 1, pelajar akan dipupuk kepentingan nilai berdikari dalam kehidupan, iaitu, kebolehan dan

kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Pelajar ditegaskan bahawa sikap
berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sikap ini akan
menjadikan mereka seorang yang kreatif serta berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti. Pelajar akan
sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan berusaha memperbaiki diri sendiri. Dalam slot ini, pelajar akan
menyedari sikap berdikari amat penting dalam diri setiap manusia untuk memantapkan diri dan menyediakan
kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Selain itu, dalam slot ini juga pelajar akan
mempelajari cara untuk berdikari dalam membantu keluarga atau ibu bapa untuk mengurangkan masalah
kewangan.
1.2 Kandungan
Dalam slot ini, pelajar akan mengetahui bidang keusahawanan atau menjalankan perniagaan secara
kecil-kecilan untuk mencari duit yang boleh menampung perbelanjaan sendiri. Oleh itu, sebagai langkah untuk
mencari duit sendiri, pelajar akan didedahkan dengan isi kandungan yang matapelajaran Kemahiran Hidup, iaitu
Unit 1.2 Kreativiti dan Rekacipta, iaitu 1.2.1 Pengenalan kreativiti dan 1.2.2 Kajian rekabentuk dan kefungsian
projek.
7

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

1.3 Kaedah
Dalam slot ini, pelajar akan mengetahui cara atau langkah untuk mencari duit perbelanjaan sendiri.
Mereka akan berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan barang jualan yang boleh dihasilkan dengan
sendiri di rumah pada masa lapang. Misalnya, menghasilkan barang jualan seperti alatan perhiasan diri atau
ornamen, bekas bunga telur, penanda buku dan sebagainya. Dalam slot ini, pelajar akan belajar cara untuk
menyelesaikan masalah kewangan atau perbelanjaan sendiri.
1.4 Penilaian
Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar bagi aktiviti kumpulan dan
kerjasama di antara ahli kumpulan. Kumpulan yang paling menonjol dari segi keyakinan dan motivasi akan
diberi ganjaran dalam bentuk hadiah.
Slot 2 Ciri dan Sikap Keusahawanan
2.1 Objektif
Dalam Slot 2, pelajar akan diterapkan tentang ciri dan sikap yang perlu ada pada seorang usahawan atau
peniaga. Seseorang usahawan mestilah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja, kreatif dan inovatif,
mempelajari dari kesilapan yang telah lakukan dan sebagainya. Dalam slot ini, pelajar akan mengenali potensi
diri dan membina motivasi diri untuk berjaya dalam kehidupan. Pelajar akan meminati bidang perniagaan dan
mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara
bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.
2.2 Kandungan
Dalam slot ini, pelajar akan didedahkan tentang jenis barang jualan, merancang dan menyediakan jualan
serta mempromosi jualan. Isi kandungan matapelajaran Kemahiran Hidup, iaitu Unit 2.1 Barang Jualan, iaitu
2.1.1 Kumpulan sasaran, 2.1.2 Jenis barang yang sesuai dijual dan 2.1.3 Sumber bekalan dan Unit 2.2
Merancang dan Menyediakan Jualan, iaitu 2.2.1 Membuat rancangan jualan dan 2.2.2Menyediakan barang
jualan telah dititikberatkan dalam slot ini.
2.3 Kaedah
Dalam slot ini, pelajar akan berbincang dalam kumpulan tentang ciri dan sikap yang perlu ada pada
seorang usahawan atau peniaga. Kemudian mereka akan membuat pembentangan. Aktiviti kumpulan
dicadangkan kerana dapat mengelakkan perasaan rendah diri di kalangan pelajar apabila berinteraksi di
khalayak orang ramai.
2.4 Penilaian

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar bagi aktiviti kumpulan dan
kerjasama di antara ahli kumpulan. Kumpulan yang paling menonjol dari segi keyakinan dan motivasi akan
diberi ganjaran dalam bentuk hadiah.
Slot 3 Cara Menghasilkan Barang Perhiasan Diri
3.1 Objektif
Dalam Slot 3, pelajar akan mempelajari cara menghasilkan barang jualan, iaitu alatan perhiasan diri
atau ornamen. Selain mencari duit perbelanjaan, murid juga dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah.
3.2 Kandungan
Dalam slot ini, isi kandungan matapelajaran Kemahiran Hidup, iaitu Unit 1.3 Rekabentuk dan
Penghasilan Projek, iaitu 1.3.1 Mereka bentuk dan menghasilkan projek akan diterapkan kepada pelajar. Alatan
perhiasan diri atau ornamen mudah dihasilkan oleh pelajar dan memerlukan kreativiti.
3.3 Kaedah
Dalam slot ini, kaedah kemahiran akan diajar kepada pelajar. Pelajar belajar teknik-teknik menghasilkan
alatan perhiasan diri. Dalam slot ini, guru akan menjadi fasilitator di mana guru akan membimbing pelajar untuk
mengajar cara menghasilkan alatan perhiasan diri seperti rantai dan gelang dengan menggunakan manik.
Manakala pelajar akan mengikuti langkah-langkah guru dan menghasilkan alatan perhiasan diri tersebut.
3.4 Penilaian
Guru akan membuat pemantauan terhadap kemahiran pelajar untuk membuat penilaian. Guru boleh
menilai kesabaran dan ketekunan pelajar dalam mempelajari kemahiran atau teknik menghasilkan alatan
perhiasan diri.
Slot 4 dan 5 Menghasilkan Barang Perhiasan Diri
4.1 Objektif
Dalam Slot 4 dan 5, pelajar akan menghasilkan barang jualan, iaitu alatan perhiasan diri seperti rantai
dan gelang dengan menggunakan manik. Pelajar akan mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif. Ia
dapat memberikan pelajar ruang untuk mengembangkan imaginasi.
4.2 Kandungan
Dalam slot ini, isi kandungan matapelajaran Kemahiran Hidup, iaitu Unit 1.3 Rekabentuk dan
Penghasilan Projek,iaitu 1.3.1 Mereka bentuk dan menghasilkan projek akan diterapkan kepada pelajar. Pelajar
akan menghasilkan alatan perhiasan diri seperti rantai dan gelang dengan mengaplikasikan kemahiran atau
teknik yang telah dibimbing oleh guru dalam slot 3.
4.3 Kaedah
9

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Mereka melakukan aktiviti ini dalam kumpulan. Semasa menghasilkan alatan perhiasan diri, pelajar
akan berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bekerjasama. Pelajar menjadi kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan alatan perhiasan diri masing-masing. Guru akan menjadi fasilitator. Objektif dari segi kognitif,
psikomotor dan afektif dapat dicapai. Amalan keselamatan diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.
4.4 Penilaian
Penilaian akan dibuat oleh guru dengan membuat pemantauan. Guru boleh menitikberatkan kreativiti,
kesabaran, ketekunan, kerjasama, daya usaha, penggunaan masa untuk menilai diri pelajar dan hasil kerja
pelajar.
Slot 6 Aktiviti Jual Beli
6.1 Objektif
Dalam Slot 6, pelajar akan merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika
perniagaan, serta mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan. Pelajar akan mempelajari selokbelok perniagaan dan mahir berkomunikasi.
6.2 Kandungan
Dalam slot ini, isi kandungan matapelajaran Kemahiran Hidup, iaitu Unit 2.3 Mempromosi Jualan,
iaitu 2.3.1 Promosi melalui pembungkusan dan 2.3.2 Promosi melalui poster, Unit 2.4 Mengurus Jualan, iaitu
2.4.1 Melayan pelanggan, 2.4.2 Mendapatkan pesanan dan 2.4.3 Menyusun atur barang, Unit 2.5 Merekod
Jualan, iaitu 2.5.1 Merekod barang, 2.5.2 Merekod pendapatan dan perbelanjaan dan 2.5.3 Mengira untung
atau rugi dan Unit 2.6 Mengurus Perbelanjaan Sendiri, iaitu 2.6.1 Merekod pendapatan dan perbelanjaan dan
2.6.2 Merancang perbelanjaan telah dititikberatkan.
6.3 Kaedah
Dalam slot ini, pelajar akan melakukan aktiviti jual beli. Mereka akan menjual alatan perhiasan diri
yang mereka hasilkan kepada rakan, guru dan orang lain. Pelajar akan melakukan aktiviti ini secara individu. Ini
kerana pelajar akan berkomunikasi dengan pelanggan secara beretika untuk mempromosikan dan menjual
barang jualan mereka. Selain itu, pelajar akan menggunakan kreativiti mereka untuk menghias dan menyusun
barangan di gerai supaya dapat menarik perhatian orang ramai berkunjung ke gerai mereka.
6.4 Penilaian
Setiap individu dinilai melalui jualan yang paling banyak dan cara melayan pelanggan. Pelajar akan
mengira untung rugi.
KERANGKA KONSEPTUAL KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI
Kerangka konseptual sangat penting dalam rekabentuk kurikulum. Kerangka konseptual rekabentuk
kurikulum terbahagi kepada dua organisasi, iaitu
10

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

a) organisasi menegak
b) organisasi mendatar
Menurut Ornstein & Hunkins (2004), beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi
reka bentuk kurikulum iaitu, Urutan, Kesinambungan, Skop, Kesepaduan dan Keseimbangan. Organisasi
menegak terdiri daripada unsur Urutan dan Kesinambungan. Manakala organisasi mendatar pula terdiri daripada
Skop, Kesepaduan dan Keseimbangan.
Organisasi menegak merujuk kepada sesuatu matapelajaran atau kursus sahaja, misalnya Kursus Bijak
Berdikari Mencari Duit Sendiri ini khusus kepada matapelajaran Kemahiran Hidup sahaja. Manakala organisasi
mendatar merujuk kepada matapelajaran atau kursus satu kumpulan atau pakej pelbagai matapelajaran seperti
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Matematik.
Urutan
Organisasi menegak yang terdiri daripada Urutan bererti bagaimana isi kandungan dan pengalaman
pembelajaran sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke peringkat berikutnya.
Urutan menyusun isi kandungan sesuatu matapelajaran yang mana perlu diajar dahulu dan kemudian, iaitu
mengajar dari mudah ke sukar atau dari konkrit ke abstrak. Misalnya, Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit
Sendiri menitikberatkan Unit 1.2 Kreativiti dan Rekacipta dalam Slot 1 Berdikari dan Cara Mengurus
Kewangan Sendiri, Unit 2.1 Barang Jualan dan Unit 2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan dalam Slot 2
Ciri dan Sikap Keusahawanan,Unit 1.3 Rekabentuk dan Penghasilan Projek dalam Slot 4 dan 5 Menghasilkan
Barang Perhiasan Diri dan Unit 2.3 Mempromosi Jualan, Unit 2.4 Mengurus Jualan, Unit 2.5 Merekod
Jualan dan Unit 2.6 Mengurus Perbelanjaan Sendiri dalam Slot 6 Aktiviti Jual Beli. Dapat dilihat bahawa
Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri direkabentuk mengikut urutan dari senang kepada susah.
Kesinambungan
Menurut

Ornstein dan Hunkins (2009, ms. 186-189), Kesinambungan yang terkandung dalam

organisasi menegak bermaksud kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke tahap. Kemahiran-kemahiran yang
terdapat pada kesinambungan ini akan semakin meningkat dari kemahiran 1 ke kemahiran 2 dan meningkat ke
kemahiran 3. Unsur kesinambungan dalam organisasi menegak menjelaskan bahawa setiap matapelajaran yang
diajar atau kursus yang diberi mesti ada tujuan atau kemahiran. Kemahiran yang hendak dicapai atau
disampaikan sentiasa diulang-ulang. Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri mempunyai kesinambungan
di antara slot-slot yang diadakan. Misalnya, Unit 1.2 Kreativiti dan Rekacipta yang merangkumi 1.2.1
Pengenalan kreativiti dan 1.2.2 Kajian rekabentuk dan kefungsian projek dalam Slot 1 Berdikari dan Cara
Mengurus Kewangan Sendiri mempunyai kesinambungan dengan Slot 4 dan Slot 5 Menghasilkan Barangan
Perhiasan Diri, iaitu Unit 1.3 Rekabentuk dan Penghasilan Projek, iaitu 1.3.1 Mereka bentuk dan
menghasilkan projek. Manakala Slot 2 Ciri dan Sikap Keusahawanan mempunyai kesinambungan dengan Slot
6 Aktiviti Jual Beli. Perkara yang diterapkan kepada pelajar dalam Slot 2 Ciri dan Sikap Keusahawanan akan
diaplikasikan oleh pelajar dalam Slot 6 Aktiviti Jual Beli di mana merangkumi Unit 2.3 Mempromosi
11

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Jualan,iaitu 2.3.1 Promosi melalui pembungkusan dan 2.3.2 Promosi melalui poster, Unit 2.4 Mengurus
Jualan,iaitu 2.4.1 Melayan pelanggan, 2.4.2 Mendapatkan pesanan dan 2.4.3 Menyusun atur barang, Unit 2.5
Merekod Jualan, iaitu 2.5.1 Merekod barang, 2.5.2 Merekod pendapatan dan perbelanjaan dan 2.5.3 Mengira
untung atau rugi dan Unit 2.6 Mengurus Perbelanjaan Sendiri, iaitu 2.6.1 Merekod pendapatan dan
perbelanjaan dan 2.6.2 Merancang perbelanjaan. Nyata jelas bahawa Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit
Sendiri direkabentuk mengikut kesinambungan di mana kemahiran atau aras yang diajar meningkat dari satu
tahap ke tahap.
Skop
Skop yang terkandung dalam organisasi mendatar boleh dijelaskan sebagai proses pembelajaran yang
meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang mata pelajaran. Skop juga menjelaskan
berapa banyak isi kandungan atau muatan yang perlu dimasukkan dalam sesuatu matapelajaran.
Domain Kognitif merangkumi konsep asas ilmu, teori dan hukum, serta kemahiran memahami dan
berfikir. Domain kognitif memberi penekanan dari segi pemikiran dan kefahaman. Menurut Benjamin S. Bloom,
peringkat-peringkat dalam domain kognitif adalah
a) Pengetahuan

Kebolehan mengingat kembali perkara-perkara khusus seperti simbol,


fakta, kaedah, proses dan struktur.

b) Kefahaman

Untuk memahami sesuatu perkara memerlukan kemahiran mengingat.


Dengan ini dapat mengeluarkan pendapatnya dan membuat interpretasi.

c) Aplikasi

Keupayaan menghubungkaitkan sesuatu dengan situasi yang lain


berdasarkan prinsip, teori dan peraturan tertentu.

d) Analisis

Memerlukan daya kreatif yang baik. Berupaya mengenal pasti perkara


asas dan seterusnya menghuraikannya mengikut susunan tertentu atau
betul.

e) Sintesis

Keupayaan untuk menggabungkan komponen-komponen kecil ke dalam


situasi yang baru.

f) Penilaian

Keupayaan untuk membuat keputusan yang munasabah. Dalam hal ini,


perlulah dibuat pertimbangan yang wajar dan pengukuran yang tepat.

Dari aspek Kognitif, bagi Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri, pelajar-pelajar perlu
memahami atau mengetahui definisi atau maksud sesuatu teori, konsep atau prinsip. Contohnya, pelajar-pelajar
perlu mengetahui konsep berdikari, iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung

mengharapkan bantuan daripada orang lain dan keusahawanan, iaitu tidak melibatkan majikan yang
12

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Selain itu, ciri-ciri
kemahiran berfikir juga boleh diperlihatkan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini.
Misalnya, kreativiti pelajar dalam menghasilkan alatan perhiasan diri dengan cantik dan kemas, cara menghias
gerai untuk menarik para pelanggan dan perbincangan dalam kumpulan.
Domain Afektif pula berkait rapat dengan perasaan, sikap dan tingkah laku. Menurut Karthwoal, Benjamin
S. Bloom dan Betram B. Masia, terdapat lima hirarki dalam bidang ini.
a) Penerimaan

Menunjukkan sejauhmanakah penerimaan murid terhadap apa yang


disampaikan oleh guru.

b) Gerakbalas

Respon terhadap sesuatu perkara seperti menyoal, menjawab, membuat


dan menulis.

c) Menghargai nilai

Ditunjukkan melalui minat terhadap pelajaran dan sanggup bekerjasama


dengan rakan sebaya atau guru.

d) Organisasi

Menghubungkan nilai-nilai yang diterima ke dalam situasi lain.

e) Perwatakan

Tingkahlaku terkawal serta pembentukan peribadi berdasarkan


kepercayaan dan sikap terhadap sesuatu perkara.

Dalam Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri, domain Afektif yang dinyatakan di atas
dititikberatkan. Contohnya, nilai seperti berdikari, kerjasama, kesabaran, menghargai masa dan kerajinan,
penglibatan pelajar dalam aktiviti kumpulan, pembentangan serta aktiviti jual beli dan keyakinan dan motivasi
diri serta mahir berkomunikasi dapat diterapkan kepada pelajar melalui kursus ini.
Domain Psikomotor pula mementingkan kemahiran fizikal seperti membuat, membina, mencipta,
membentuk dan sebagainya. Menurut Simpson, E.J, aspek-aspek dalam domain psikomotor terdiri daripada
a) Pengamatan

Langkah yang paling penting sebelum seseorang


itu melakukan perkara berikutnya.

b) Set

Bagaimana seseorang itu menyediakan


pergerakan diri untuk sesuatu aktiviti atau tindakan.

c) Gerakbalas terbimbing

Gerakbalas yang dibimbing oleh guru.


13

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

d) Mekanisme

TUGASAN 5

Gerakbalas yang sudah menjadi lazim kepada


seseorang untuk melakukannya dengan yakin dan
cepat.

e) Gerakbalas kompleks yang nyata

keupayaan melakukan suatu kerja yang susah


dengan tabah dan berani.

f) Penyesuaian

Kebolehan menyesuaikan kemahiran yang telah


diperoleh untuk diaplikasikan dalam situasi yang baru.

g) Keaslian

Kebolehan mencipta atau membentuk sesuatu


pergerakan baru berdasarkan kepada pengalaman
kemahiran yang diterima sebelumnya.

Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri juga menekankan domain Psikomotor di mana pelajar
belajar cara, teknik atau kemahiran untuk menghasilkan barang jualan, iaitu, alatan perhiasan diri seperti rantai
dan gelang dengan bimbingan guru. Misalnya, pelajar mengumpul bahan yang diperlukan, menyusun dan
mencucuk manik mengikut saiz hingga menjadi beberapa lapisan. Kreativiti dan pengalaman pelajar
membolehkan mereka berani mencuba menghasilkan alatan perhiasan diri dalam masa yang singkat dengan
menggunakan teknik atau kemahiran baru. Keselamatan diri pelajar juga dititikberatkan semasa menghasilkan
alatan perhiasan diri.
Kesepaduan
Kesepaduan yang terkandung dalam organisasi mendatar pula bermaksud perkaitan antara pelbagai
jenis pengetahuan dan pengalaman yang terkandung dalam pelbagai mata pelajaran. Kesepaduan menunjukkan
bagaimana intergrasi antara matapelajaran supaya semua matapelajaran mesti menjurus ke objektif atau tujuan
yang hendak atau harus dicapai. Dalam Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri, matapelajaran Pendidikan
Seni Visual, Pendidikan Moral dan Matematik juga diterapkan. Misalnya, Bidang Mengenal Kraf Tradisional
dalam Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai murni seperti berdikari, kerjasama, keyakinan, kesabaran, bersopan
dan lain-lain lagi yang terdapat dalam Pendidikan Moral dan pengiraan untung rugi dalam Matematik
diintergrasikan dalam slot-slot yang diadakan sepanjang kursus ini.

Keseimbangan
Unsur Keseimbangan dalam organisasi mendatar menjelaskan bahawa kandungan dalam sesuatu
matapelajaran perlu seimbang atau sama banyak dalam setiap matapelajaran supaya tidak membebankan murid.
14

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Dalam Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri ini, pelajar akan mendengar ceramah, berbincang dalam
kumpulan, membuat pembentangan, menghasilkan alatan perhiasan diri dan melakukan aktiviti jual beli.
Kepelbagaian aktiviti yang seimbang dapat menarik minat pelajar, membolehkan mereka tidak berasa bosan,
melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan selain mencungkil bakat mereka.

REFLEKSI KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Refleksi akan dibuat oleh guru dan pelajar pada akhir kursus ini untuk menilai keberkesanan dan
pencapaian objektif Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri. Pendapat guru dan pelajar akan didengar dan
diambil kira supaya dapat membuat penambahbaikan kursus ini pada masa akan datang. Selain itu, dapat
merangka semula satu kerangka konseptual yang berkualiti supaya matlamat kursus dapat dicapai demi
kepentingan dan masa depan pelajar.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya memilih aliran falsafah Progresivisme yang berpusatkan pelajar dan aliran
falsafah aliran Rekonstruktivisme yang menekankan penyelesaian masalah dalam merangka reka bentuk Kursus
Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri. Selain itu, Model Tyler yang merangkumi objektif, kandungan, kaedah
dan penilaian digunakan dalam membentuk kursus ini. Kerangka konseptual kursus dibina berdasarkan urutan,
kesinambungan, skop, kesepaduan dan keseimbangan. Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor juga
dititikberatkan dalam setiap slot yang diadakan. Refleksi dijalankan pada akhir kursus untuk menilai
keberkesanan dan pencapaian objektif Kursus Bijak Berdikari Mencari Duit Sendiri.

TENTATIF KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI


Hari Pertama
15

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

8.30 pagi 9.00 pagi

Pendaftaran pelajar

9.00 pagi 9.30 pagi

Sarapan pagi

9.30 pagi 10.30 pagi

Icebreaking dan Pembahagian kumpulan

10.30 pagi 11.00 pagi

Rehat

11.00 pagi 12.30 tengah hari

Slot 1: Berdikari dan Cara Mengurus Perbelanjaan Sendiri

12.30 tengah hari 1.30 petang

Makan Tengahari

1.30 petang 3.00 petang

Slot 2: Ciri dan Sikap Keusahawanan

3.00 petang 4.30 petang

Slot 3: Cara Menghasilkan Barang Perhiasan Diri

4.30 petang 5.00 petang

Minum petang

8.30 pagi 9.00 pagi

Sarapan pagi

9.00 pagi 10.30 pagi

Slot 4: Menghasilkan Barang Perhiasan Diri

10.30 pagi 11.00 pagi

Rehat

11.00 pagi 12.30 tengah hari

Slot 5: Menghasilkan Barang Perhiasan Diri

12.30 tengah hari 1.30 petang

Makan Tengah hari

1.30 petang 3.30 petang

Slot 6: Aktiviti Jual Beli

3.30 petang 4.00 petang

Refleksi kursus

4.00 petang 4.30 petang

Penyampaian Sijil

4.30 petang 5.00 petang

Minum petang

Hari Kedua

LAMPIRAN 1
KERANGKA KONSEPTUAL
KURSUS BIJAK BERDIKARI MENCARI DUIT SENDIRI
16

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

Menegak
SLOT 6
Aktiviti Jual Beli
Psikomotor
SLOT 4 & 5
Menghasilkan
Barang Perhiasan
Diri

Afektif

Kesinambungan
SLOT 3
Cara Menghasilkan
Barang Perhiasan
Diri

Pendidikan
Seni Visual

SLOT 2
Ciri dan Sikap
Keusahawanan

Pendidikan
Moral

Urutan
SLOT 1
Berdikari dan Cara
Mengurus
Perbelanjaan
Sendiri

Kognitif

Skop

Kesepaduan

Keseimbangan
Mendatar

RUJUKAN

Che Ismail, Che Rugayah (2001) Pengurusan kewangan pelajar: satu tinjauan awal kepada keperluan
17

KPF6024 TEORI, REKABENTUK & AMALAN KURIKULUM

TUGASAN 5

kaunseling kewangan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
http://www.polipd.edu.my/v3/sites/.../5EduSem12.pdf

Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3 : Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah, Mok Soon
Sang, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 2005.
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 4
Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 5
Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Tahun 6
Rancangan Tahunan Pendidikan Seni Visual Tahun 4
Rancangan Tahunan Pendidikan Moral Tahun 4
Rancangan Tahunan Matematik Tahun 4
http://www.site.keusahawanan.com/.../keusahawanan
http://faizsufi.com/motivasi/perancangan-kewangan-untuk-pelajar/#ixzz2DwzirYrs
http://www.upsr.net/show.php?...sikap_berdikari
http://www.rp.smkrajaperempuanipoh.com/.../rpt%20moral%2..
http://www.coretan-pena-kami.blogspot.com/.../sikap-berdikar.
http://www.tanlt.tripod.com/dikari.htm
www.hamidarshat.com/.../185-kecerdasan-otak-ka..(kecerdasan
www.slideshare.net/.../pengenalan-kepada-keusaha.

18

Anda mungkin juga menyukai