Anda di halaman 1dari 1

Kegunaan air kepada manusia

Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua


kehidupan termasuklah manusia tidak boleh hidup.
Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada
manusia. Kita harus minum air sekurang-kurangnya lapan
gelas sehari. Kesannya, badan kita yang letih akan
menjadi cergas semula.
Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian
kepada kita.
Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali
sehari.
Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.
Seterusnya, kegunaan air kepada manusia adalah
untuk kita membersihkan makanan. Umpamanya, kita
menggunakan air untuk membersihkan sayur-sayuran
dan buah-buhan yang dibeli di pasar.
Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada
makan makanan yang berkuman.
Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram
tanaman
di
halaman
rumah.
Misalnya,
kita
menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada
waktu petang. Pokok-pokok bunga yang hidup subur
akan mengindahkan halaman rumah kita.
Begitulah kegunaan air kepada manusia. Namun
begitu,
janganlah
kita
suka
membazir
semasa
menggunakan air.

Anda mungkin juga menyukai