Anda di halaman 1dari 3

Soalan : NO 1.

Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan.


Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.
BALING, Rabu- Sekolah Kebangsaan Asam Jawa telah menganjurkan Bulan
Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah
diadakan sepanjang bulan tersebut.
Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai
sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan
negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan
oleh puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur
dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh
generasi muda.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato,
pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran
tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk murid-murid
Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga
turut diadakan.
Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada
para pemenang pertandingan. Para pemenang telah menerima hadiah
berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta
melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh semangat.
Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus
berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.

SOALAN N0 3
Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan .
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga telah menghadiri
suatu majlis perkahwinan saudara saya yang diadakan di kampung ayah
saya di Alor Setar. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu
oleh ayah.
Perjalanan dari kampung saya ke Alor Setar mengambil masa kirakira 1 jam setengah. Ayah menggunakan Lebuh Raya PLUS kerana ingin
cepat sampai. Pemandangan semasa perjalanan ke sana sungguh menarik
serta mengasyikkan.
Kami tiba di rumah saudara kami kira-kira pada pukul 11.00 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek. Suasana di sana riuh-rendah
dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara mara yang turut
sama membantu. Saya dan ayah turut sama membantu menyusun kerusi
dan meja untuk tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias
pelamin.
Pada pukul 11.30 pagi, segala persiapan telah selesai. Banyak
jemputan, saudara mara dan sahabat handai yang hadir untuk memeriahkan
majlis perkahwinan tersebut. Saya dan jiran tetangga yang lain membantu
mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir.
Tepat pada pukul 2.00 petang, kehadiran pengantin lelaki telah
disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai
bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik seperti pinang
dibelah dua. Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut.

Pada pukul 5.00 petang, majlis perkahwinan tersebut telah selesai.


Pada keesokan harinya, kami sekeluarga pulang semula ke kampung. Saya
berasa amat gembira dan pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.

Anda mungkin juga menyukai