Anda di halaman 1dari 3

Anatomi cinta: Jodoh

Hal jodoh, senang bagi sesetengah orang, payah bagi yang lain. Bagi yang sudah berpunya, ada kekasih
pun kadang kala bertanya,ia ni jodohku kah? Ada yang beranggapan, couple ani tah jodoh tapi ada yang
memberitahu kalau sampai naik pelaminan,iatah jodoh.

Note:

Anatomi ani bukan dioperate oleh pakar bedah berlesen. Artikel ani sekadar ingin berkongsi pendapat.
Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Sebarang comment, amatlah dialu - alukan.

Definisi jodoh:

Pasangan yang diikat dengan tali pernikahan, terutama secara agama serta bersedia menemani sisa
hidup kita dalam senang mahu pun susah, bukan saja di dunia bahkan di akhirat,syurga.

Siapa yang berhak mendapat jodoh?

Secara ringkas semua orang. Kenapa? Perhatikan pada diri sendiri, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua
bahagian otak tapi satu hati saja. Satu hatilah dipunyai oleh si jodoh. Di manakah ia?

Note:

kenapa kita punya satu mulut? Simple answer, satu mulut pun susah dijaga. Bak kata pepatah, kerana
mulut badan binasa.

Macam mana orang yang sampai meninggal inda ada jodoh?

Jodoh urusan tuhan. Satu perkara yang pasti, Allah swt telah menjanjikan jodoh untuk mereka di syurga.

Siapa jodohku?

Di bawah satu list yang mungkin menghuraikan sedikit sebanyak persoalan di atas.

1. Jodoh selalunya dekat.

Jarang sekali kita mendengar orang mendapat jodoh dengan orang yang susah dihubungi. Kalau pun
boyfriend tinggal di kuala belait, dan girlfriend di temburong, mereka ani mungkin berkenalan di tempat
kerja atau ada connection melalui saudara atau kawan.

Kesimpulannya, ada medium yang mendekatkan pasangan.

2. Jodoh perlu diusahakan.

Kalau sekadar di hujung - hujung bibir saja menyebut mahu jodoh. Atu usah bertemu jodoh. Jodoh perlu
diusahakan. Berparam di rumah ganya, bertagur sesama jiran pun inda, internet inda pemandai,
socialize dengan kawan pun jarang. Ani yang melambatkan jodoh.
Note:

Jika bercita - cita perlulah diusahakan. Jangan hanya mainan bibir. Apa lagi kalau planiing mahu bercinta
- cinta. Ingatkan DUIT ( doa, usaha, ikhtiar, tawakkal). InsyaAllah ditemukan jodoh.

3. Menawan setiap masa.

Jodoh datang bila - bila masa dari sekarang. Jaga penampilan diri. Jangan selekeh atau kusut. Kita
manusia biasanya tertarik pada sesuatu yang lawa/bisai/senonoh.

Note:

Pernah mendengar satu kisah cinta yang berputik di supermarket. Niatkan shopping, tup tup, ditagur si
dia.

4. Centre of attraction.

Bukan bumi saja ada medan magnet. Manusia pun ada centre of attraction.

Bagi lelaki,mereka suka perempuan yang tahu menjaga bentuk badan. Bagi perempuan, mereka mahu
lelaki yang berpenampilan kemas.

Note:

Masa ani lelaki suka bini - bini yang ala - ala model, bukan seksi tapi ada potongan badan. Bini - bini
kalau boleh mahu boyfriendnya ada six pack macam pelakon atau penyanyi korea.

5. Terima kekurangan diri.

Seseorang itu mesti berani menerima kekurangan dirinya. Bila sudah dapat menerima kekurangan diri,
siapa tahu tuah diri si jodoh akan mengisikan kekurangan dengan kelebihannya. Volume ego pun perlu
diturunkan serendah mungkin.

Note:

Salah satu punca couple kalaie ialah jealous. Satu lagi, sifat ego, inda mahu mengalah. Kalau dua - dua
ego tahap langit, ani lagi susah. Cubalah control ego dan kekurangan diri sebelum bertemu jodoh.

Apakah kriteria jodoh yang paling ideal?

Nilailah daripada;

1. Kecantikan.

2. Kekayaan.

3. Kehormatan.

4. Agama.
Namun yang paling utama, pilihlah kerana kekuatan pegangannya terhadap agama.

Penutup:

Jodoh merupakan cerminan hati. Baik hati,baiklah jodoh. Begitu juga sebaliknya.

P.s: Mahu tahu siapa si jodoh?

Cerminlah hati sendiri, wajahnya ada di situ.

Anatomi berhenti sampai di sini. Minggu hadapan, hari khamis akan kembali dengan anatomi baru.

Anda mungkin juga menyukai