Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran mendengar yang diamalkan oleh guru kaunseling dalam rakaman tersebut juga adalah baik.

Guru tersebut mendengar dan tidak mencelah setiap penjelasan yang diberikan oleh klien. Proses
mendengar merupakan proses yang aktif. Guru kaunseling menggunakan deria penglihatan sepenuhnya
kerana klien merupakan murid bermasalah pendengaran yang menggunakan isyarat untuk
berkomunikasi. Beliau memerhatikan tingkah laku dan bahasa badan yang digunakan oleh klien.
Seterusnya, guru kaunseling juga menjaga hubungan interpersonal dengan meletakkan jarak
yang sesuai antara guru dan klien. Kedudukan meja dan kerusi yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu
dekat dapat membantu proses kaunseling berjalan dengan lebih baik.
Kemahiran yang lain pula ialah kemahiran memberikan tindak balas. Di sini, guru kaunseling
memerhatikan tindak balas yang diberikan oleh klien sama ada positif atau negatif. Contohnya seperti
dalam video rakaman, klien memberikan tindak balas dengan anggukan kepala sebagai tanda setuju dan
memahami butir bicara oleh guru tersebut. Selain itu, guru kaunseling turut mengemukakan soalan
terbuka dan tertutup kepada klien. Tujuan penyoalan dibuat adalah untuk mendapatkan kepastian dan
maklumat lanjut. Contohnya, guru kaunseling bertanya soalan dalam bentuk terbuka kepada klien
mengapa berlaku pergaduhan di asrama antara dia dan rakannya. Soalan terbuka ini memerlukan klien
untuk membuat penjelasan dan huraian masalahnya. Soalan tertutup pula seperti guru kaunseling
menyoal kepada klien sama ada mahu guru melaporkan perkara tersebut kepada ibunya atau pun tidak.
Soalan ini memerlukan jawapan yang terhad seperti ya atau tidak.
Saya turut mendapati bahawa guru kaunseling telah memparafrasa dan merumus untuk
memastikan klien memahami tentang perkara yang dibincangkan. Guru kaunseling menyatakan kembali
apa yang telah dipersetujui dan dikatakan oleh klien. Ini menunjukkan bahawa guru kaunseling
mendengar dengan teliti akan isi perbincangan dalam sesi kaunseling tersebut. Ia juga bertujuan untuk
memberikan gambaran kepada klien bahawa guru kaunseling memahami situasi dan permasalahan yang
berlaku. Guru kaunseling memberikan sokongan dan galakan agar klien membantu dirinya agar tidak
mengulangi perbuatan buruk itu lagi.

ahap tenaga pembimbing atau pengamal kaunseling


juga turut memberikan 'mood' kepada sesi kaunseling.
Pembimbing atau pengamal kaunseling yang menunjukkan
tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah
juga dalam sesi kaunseling. Klien akan membuat penilaian
pertamanya sejak mulai dia berhadapan dengan anda.
Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah
laku pembimbing atau pengamal kaunseling semasa menerima
klien. Maksudnya tahap tenaga ini ditunjukkan melalui gaya
duduk atau berjalan, nada suara dan juga memek muka.
Malahan sekiranya anda berjabat tangan dengan klien, dia
dapat merasakan sama ada anda mempunyai tenaga positif
atau sebaliknya.
Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih, dengan
nada suara yang lemah serta air muka yang lesu akan
menimbulkan curiga klien kepada pembimbing atau pengamal
kaunseling. Keyakinan klien akan menurun dan kepercayaan
kepada kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling akan
berjaya membantunya juga akan berkurangan. Tahap tenaga
merupakan pancaran rasa kesediaan pembimbing atau
pengamal kaunseling dalam melayan atau menerima klien.
Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER
sebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing semasa
melayan klien. Ini sangat penting terutama pada awal sesi bagi
memberikan rasa selamat dan selesa kepada klien. Walau
bagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budaya
dan latar belakang klien.
S - (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh
memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari
kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktif
pembimbing dengan mesej "Saya bersama dengan anda
sekarang ini".
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010
O - (open posture) postur tubuh yang terbuka dengan tidak
menyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan
bahasa badan yang tidak mengancam atau defensif atay
menyampah.
L - (lean forward) badan yang condong ke hadapan atau ke
arah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang
sedang dan bakal diperkatakan oleh klien.
E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya bukannya
menjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti atau
mengubah posisi. Seandainya letih dengan pergerakan dua biji
mata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara dua

kening klien.
R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih
tidak selesa di awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing
sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah.

Anda mungkin juga menyukai