Anda di halaman 1dari 4

SBDJ SIRI 284 SELAMAT JALAN KAWAN

Kamu salah orang, dia baru datang dari Medan bersama aku,
gkan perasaan si pemandu lori.
Ah

ulang datuk cuba menenan

si pemandu mendengus marah.

Dia tidak dapat mengawal perasaannya bila ada orang lain mahu campur t
angan dalam urusannya. Dia alihkan muncung pistol dari kepala Jamaluddin ke dada
datuk.
Kamu jangan campur, kamu diam, jeritnya.
Sabar, pujuk datuk.
Kamu diammm sergahnya lantang. Muka datuk diludahnya sambil muncung pisto
l dihalakan ke kepala Jamaluddin semula.
Beberapa orang yang baru datang ke situ dan menerima penjelasan dari k
awan-kawan si pemandu segera menyalahkan Jamaluddin kerana cuba memasukkan pasir
ke dalam periuk nasi orang lain.
Bertenang dulu, biar saya jelaskan semuanya, datuk bagaikan merayu. Tern
yata usaha datuk sia-sia. Rasa marah terus membara dalam dada si pemandu. Dengan
siku kiri, bahu datuk disingungnya. Tetapi, datuk masih berlembut juga.
Eh, kamu siapa?

untuk kesekian kalinya si pemandu menyergah datuk.

Saya kawannya, dia bukan orang sebarangan. Tak baik buat kawan saya beg
itu. Menjatuhkan maruah orang ditengah khalayak ramai dilarang oleh agama, datuk
masih berlembut.
Ehh syaitan tuaaaaa, puhhh
Buat kesekian kalinya bersemburan air liur pemandu lori singgah diwaja
h datuk. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan. Kemarahannya sudah meluap-luap
.
Seperti tadi juga, datuk dengan tenang mengesat air liur si pemandu di
wajahnya. Datuk masih mampu tersenyum. Masih mahu memujuk si pemandu yang sudah
diresapi hantu syaitan. Dalam keadaan yang tegang itu, dua orang pemuda menarik
datuk ke satu sudut.
Jangan campur.
Itulah yang dibisikkan oleh kedua-dua lelaki ke cuping telinga datuk.
Buat seketika datuk termanggu. Kemudian dia gelengkan kepala sambil menolak bahu
kedua-dua lelaki yang berada disebelah kanan dan kirinya. Kedua-dua lelaki itu
bertindak balas. Pemuda sebelah kanan menekan bahu kanan datuk dengan siku. Mana
kala yang sebelah kiri memegang tangan kiri datuk lalu dipulas ke belakang.
Eh kenapa ni,

kata datuk lembut.

Tiada jawapan yang diterima. Tetapi, pemuda sebelah kanan mula main ka
sar. Dia menghentak kepala lututnya ke pangkal paha datuk. Akibatnya datuk teras
a sakit dan kebas.
Lepaskan saya, pinta datuk.
Jangan lepaskan, pemuda sebelah kiri keluarkan arahan.

Kenapa buat saya begini, datuk minta kepastian.


Kamu Melayu Semenanjung? pemuda sebelah kanan menyoal.
Iya, sahut datuk tegas.
Kalau begitu jangan tunjuk jaguh di Jakarta. Jangan campur dalam urusan
orang disini, pemuda sebelah kanan memberikan amaran tanpa tulis.
TOLAK
Kedua-dua anak muda itu menolak datuk serentak ke arah longkang kotor.
Kerana datuk sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, tolakkan itu tidak
mendatangkan kesan. Datuk tidak bergerak walau seinci pun dari tempatnya berdir
i. Sepasang kakinya seolah-olah melekat dibumi.
Ah tak bergerak.
Serentak kedengaran suara kedua-dua anak muda separuh menjerit. Mereka
merasakan ada tangan ghaib yang merentap (menarik) mereka dari belakang hingga
kedua-duanya jatuh terkapar dibumi, tidak mampu bangun. Saat kedua-dua anak muda
berusaha untuk berdiri, datuk segera meninggalkan mereka.
Datuk bergegas menuju ke tempat Jamaluddin yang sedang diugut oleh pem
andu lori. Keadaan tidak banyak berubah dari tadi. Si pemandu masih menghalakan
muncung pistolnya ke kepala Jamaluddin. Mulutnya bertambah celupar mengutuk dan
memaki hamun Jamaluddin.
Dan orang ramai yang mengerumuni (Jamaluddin dan pemandu) masih tidak
berganjak dari tempat masing-masing. Mereka mahu melihat bagaimana drama yang me
ndebarkan itu berakhir. Mereka mahu melihat siapa yang handal diantara mereka. O
rang ramai mahu melihat siapa yang berdiri tegak dan siapa pula yang terbujur ka
ku menjadi mayat.
Secara tiba-tiba saja si pemandu melepaskan tembakan ke udara. Sebahag
ian daripada penonton bertempiaran lintang pukang. Sebahagiannya tidak bergerak.
Pemandu lori masih mencekak leher baju Jamaluddin.
Eh kamu salah orang.
Semua biji mata tertumpu ke arah datuk yang melangkah dalam keadaan te
mpang. Pahanya masih terasa sakit akibat dihentak oleh pemuda dengan kepala lutu
t. Kerana perjalanan agak terganggu, datuk bertindak agak kasar. Orang ramai yan
g berada dikiri kanan laluannya ditolak.
PROTES
Memang ada yang memprotes cara datuk bertindak. Tetapi, mereka tidak b
erani bersuara.
Tolong ke tepi, saya nak jumpa mereka, datuk minta laluan.
Kaki kacau, terdengar suara sumbang dari arah belakang. Datuk memperseta
nkan semuanya itu. Datuk terus melangkah dalam keadaan kelam-kabut dan tolak men
olak itu datuk berhasil juga menghampiri Jamaluddin dan pemandu.

Jangan pengapakan sahabat saya,

datuk merayu.

Ini bukan urusan awak, sergah pemandu lori lebih tegas dan lebih berani
dari tadi. Malah dia mencebekkan bibirnya ke arah datuk.
Tapi, dia sahabat saya,

jawab datuk.

Kamu mempertahankan perbuatannya yang salah?


Tidak, saya mahu menerangkan keadaan sebenar.
Tak perlu, apa kamu mahu aku tembak kepala kamu, si pemandu mula alihkan
muncung pistol ke arah datuk. Gementar juga perasaan si pemandu bila melihat da
tuk tidak memperlihatkan rasa cemas atau takut. Malah kelihatan tenang dan bersa
haja.
Awak pergi jauh kalau sayangkan nyawa. Kalau tak bergerak saya tembak a
wak sampai awak mati, kata si pemandu sambil melepaskan tembakan ke udara. Datuk
tidak juga menjauhkan diri darinya.
Awak tak takut mati? tanya pemandu lori.
Orang pengecut dan tak beriman saja yang takutkan mati. Awak tahu, mati
itu perkara biasa. Semua orang mati. Awak juga mesti mati.
Eh, pelik, ada orang tak takut mati, keluh si pemandu.
Saya mahu cari penyelesaian dan mahu menerangkan kedudukan sebenarnya.
Dia memang tak tahu hal ini. Ada orang mahu mengkhianati dirinya, saya kenal dia
.
Huhhhh, si pemandu menarik nafas panjang. Pistol segera dimasukkan ke da
lam kotak khas seterusnya disembunyikan dalam baju labuh yang dipakainya.
SURAI
Orang yang berkumpul segera bersurai, mereka mengira semuanya sudah be
rakhir. Jamaluddin menarik nafas lega dan cuba menerangkan sesuatu pada si peman
du lori.
Belum pun sempat dia membuka mulut. Pemandu lori terus menampar muka J
amaluddin. Dan Jamaluddin yang merasakan dirinya dicabar untuk sekian kali, mahu
bertindak balas. Datuk segera memberi isyarat pada Jamaluddin supaya jangan ber
tindak.
Jamaluddin segera mematuhi arahan tersebut, walaupun hatinya panas mem
bara. Dia tahu, datuk berbuat demikian mempunyai tujuan tertentu. Mungkin datuk
mengambil sikap mengalah dulu sebelum bertindak.
Aku yakin kamu salah orang,
biji mata si pemandu lori.

perlahan-lahan datuk bersuara sambil menatap

Ah
si pemandu lori mengeluh sambil menggosok-gosok pangkal hidungnya deng
an hujung jari kelingking, mana budak dua orang tadi, mereka beritahu aku yang ka
mu melaporkan perbuatan aku pada polis, sambung pemandu lori.
Kamu dipermainkan oleh kawan-kawan kamu sendiri, kata Jamaluddin.

Ah kamu diam.
Jerit pemandu lori pada Jamaluddin sambil mengangkat tangan kanannya s
etinggi mungkin.
Belum pun sempat telapak tangan itu singgah dimuka Jamaluddin, pergela
ngan tangan si pemandu lori segera disambar oleh datuk dan terus dikilas ke bela
kang dan ditolak ke depan. Si pemandu lori jatuh tersungkur dibumi. Jamaluddin s
egera menerkam kerahnya dan mengambil pistol yang disembunyikan.
Secara mendadak dua pemuda yang mahu menjatuhkan datuk ke dalam longka
ng segera datang. Mereka menerkam ke arah Jamaluddin.
Kamu berdua yang menfitnah aku? Kenapa ini kamu lakukan pada aku Kudus,
kenapa kamu buat aku begini Kamsah, kata Jamaluddin pada kedua-dua pemuda.
BERTARUNG
Kita bertarung dulu, kemudian baru kita jelaskan, serentak mereka menjaw
ab. Tanpa membuang masa mereka terus membuka langkah silat menyerang Jamaluddin.
Datuk memberikan ruang untuk Jamaluddin bertarung dengan orang yang dikenalinya
. Orang pertama yang datang menyerang tewas ditangan Jamaluddin.
Melihat kawannya jatuh tidak bergerak, orang kedua tidak jadi melakuka
n serangan pada Jamaluddin. Dia segera minta maaf pada Jamaluddin dan menerangka
n memang mereka berdua memberitahu pada pemandu lori yang Jamaluddin memberikan
laporan pada polis atas kegiatan mengedar dadah secara kecil-lecilan dikawasan t
ersebut. Mereka berbuat demikian kerana Jamaluddin selalu menasihatkan supaya ja
ngan menjadi barua pada pemandu lori tolong jualkan dadah.
Sebaik saja penjelasan diberikan oleh kedua-dua pemuda, sebuah peronda
polis sampai ke tempat kejadian. Rupa-rupanya ada orang mengubungi pihak polis
ketika si pemandu lori melepaskan tembakan ke udara buat pertama kali tadi.
Semasa si pemandu lori dan dua kawannya masuk ke dalam perut kereta pe
ronda polis, kami dikejutkan dengan jeritan orang ramai: Gedung terbakar, gedung
terbakar.
Tidak jauh dari tempat kami berdiri, beberapa orang segera berlari ke
arah bengunan papan membawa baldi dan kayu untuk memadamkan api yang kian marak
memusnahkan bangunan tersebut.
Kami segera membantu orang ramai. Dan kami diberitahu bangunan papan i
tu sengaja dibakar oleh anak buah pemandu lori agar kegiatannya tidak dapat dike
san oleh pihak berkuasa.
Seminggu setelah peristiwa itu, saya dan datuk berpisah dengan Jamalud
din. Kami pulang ke tanah air.
DENGAN INI SELESAILAH SIRI-SIRI SBDJ TERMASUK SIRI SIRI YANG BELUM DIJILIDKAN.
AKHIR KATA SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA
JIKA ADA SILAP DAN SALAH SAYA SEMASA MENERBITKAN BLOG INI SAYA MOHON MAAF.

Anda mungkin juga menyukai