Anda di halaman 1dari 4

Bismillah......

Assalamualaikum wm..wbt..,

Yang berbahagia Yang Dipertua PIBG, SK.


Yang berusaha ., GPK 1.
Yang berusaha ., GPK HEM.
Yang berusaha ., GPK Kokurikulum.
AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana


dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang
berbahagia ini sempena sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru
pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak
terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.

Selaku Guru Besar SK. , saya ingin mengambil


kesempatan pada hari yang amat bermakna ini, untuk mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan
atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap
murid-murid dan sekolah ini.

Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi


kejayaan dikecapi baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum
sehingga sekolah ini mula digeruni oleh sekolah-sekolah rendah yang
lain. Malah sekolah ini mula dijadikan sebagai penanda aras kepada
sekolah-sekolah yang lain. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa para
guru di sekolah ini sentiasa positif dalam melonjakkan transformasi
pendidikan negara.

Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,

Guru Pembina Negara Bangsa. Begitulah tema hari guru pada


tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah
memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf
dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja
menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata. Para guru di
sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan
memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah,
akhlak dan jati diri para pelajar.

Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan


pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan
perkembangan semasa yang mana berlakunya gejala ponteng sekolah,
pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh guru dengan rasa
penuh tanggungjawab.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut


agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Hadirin yang saya muliakan,

Inisiatif Tawaran Baru telah menunjukkan hasil yang amat


positif apabila guru-guru di sekolah ini layak menerima bayaran
insentif atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. Alhamdulillah,
segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila
sekolah ini menerima baiah sekali lagi bagi tempoh dua tahun
berturut-turut. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada
semua guru di sekolah ini.

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif,


inovatif dan ibu bapa yang prihatin maka Insya-Allah proses
melonjakkan transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat
direalisasikan. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat
melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera.

Hadirin sekalian,

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini,


maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan
hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata
pujangga tentang guru ialah,

Dialah pemberi paling setia,


Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru.
Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah
s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....

Anda mungkin juga menyukai