Anda di halaman 1dari 5

CIKGU KHAI

BAHAGIAN C
CARA CARA MENGHARGAI / MENGISI MASA LAPANG
FORMULA ICK
Setiap orang mempunyai aktiviti masing-masing pada masa lapang.
Begitu juga dengan saya. Terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh saya
lakukan untuk mengisi masa lapang.
(IDEA) Antara aktiviti berfaedah yang saya lakukan untuk mengisi masa
lapang adalah bersukan. (CONTOH)Pada waktu petang, saya bermain bola sepak
dengan rakan-rakan di padang. (KESAN/KEBAIKAN) Dengan bersukan, saya dapat
menyihatkan badan dan mencerdaskan otak.
(I) Selain itu, saya membaca untuk mengisi masa lapang. (C) Saya suka
membaca buku cerita, majalah dan komik. (K) Dengan membaca, saya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata saya.
(I) Seterusnya, aktiviti berfaedah yang saya lakukan adalah bergotongroyong sebagai cara menghargai masa lapang. (C) Saya membantu keluarga
saya membersihkan rumah. (K) Jika kita bergotong-royong, semua kerja dapat
dilakukan dengan cepat. (K) Rumah saya juga menjadi bersih .
(I) Di samping itu, saya juga menonton televisyen pada waktu lapang
untuk (K) mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.(C)
Banyak rancangan di televisyen yang bermanfaat untuk kita tonton seperti
Berita Awani .Kita perlulah bijak memilih rancangan yang berfaedah kepada kita.
(I) Akhir sekali, saya memancing untuk mengisi masa lapang. (C) Pada
hujung minggu, saya mengikut ayah ke sungai. (K) Di samping dapat mencari
rezeki, saya juga dapat merehatkan minda dan dapat menikmati keindahan
alam.
Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sebagai cara menghargai
masa lapang. Oleh sebab itu, kita haruslah bidak mengurus masa agar masa kita

CIKGU KHAI

tidak terbuang begitu sahaja. Hargailah masa yang kita ada kerana Masa Itu
Emas.

CONTOH SOALAN CARA-CARA


MENGHORMATI GURU / IBU BAPA
-

SOPAN SANTUN TIDAK MENINGGIKAN SUARA


MENOLONG KERJA RUMAH/ANGKAT BUKU
MENDENGAR NASIHAT TIDAK MELAWAN
MEMBERI SALAM

MENGHARGAI JASA GURU / IBU BAPA


-

BERTERIMA KASIH
MENJAGA IBU BAPA
BERJAYA DALAM PELAJARAN
MENGINGATI HARI IBU BAPA/GURU HADIAH
FOKUS DALAM KELAS

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


-

MANDI
GOSOK GIGI
KUKU
RAMBUT
PAKAIAN

MENJAGA KESIHATAN
-

KEBERSIHAN DIRI
KEBERSIHAN RUMAH
MAKANAN BERKHASIAT
MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
TIDAK MENGAMBIL MINUMAN BERALKOHOL

MENCERIAKAN KELAS
-

MENGECAT WARNA CERIA


MENAMPAL HASIL KERJA MURID /GAMBAR
LANGSIR
SUDUT BACAAN
PASU BUNGA
ALAS MEJA
KATA KATA HIKMAT PADA DINDING

CIKGU KHAI

JADUAL TUGASAN KELAS

MENJADI PELAJAR CEMERLANG


-

RAJIN BELAJAR
RAJIN BERTANYA
MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH
MENDENGAR NASIHAT IBU BAPA/GURU
ADA JADUAL BELAJAR DI RUMAH
RAJIN MENCARI MAKLUMAT

MENJAGA KESELAMATAN DIRI


-

TIDAK BERJALAN SEORANG DIRI DI TEMPAT SUNYI


MENUNGGU IBU BAPA DALAM KAWASAN SEKOLAH
TIDAK BERLARI MENURUNI TANGGA
TIDAK BERMAIN DENGAN BENDA TAJAM /BAHAYA

BAHAGIAN B
ULASAN
CARA CARA MENGHARGAI / MENGISI MASA LAPANG
Gambar di atas menunjukkan cara cara mengisi lapang.
(TERSURAT) Bersukan (TERSIRAT) dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan
otak kita. Selain itu, (T) membaca (TS)juga salah satu aktiviti berfaedah untuk

CIKGU KHAI

mengisi masa lapang kerana Membaca Jambatan Ilmu .Seterusnya, kita juga
boleh (T)menonton televisyen (TS) pada waktu lapang untuk mengetahui
peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara . Akhir sekali, (TS)kita boleh
merehatkan minda jika kita (T) memancing pada waktu lapang.
Kesimpulannya,uruskanlah masa dengan bijak.

BAHAGIAN A
CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG( ADA WATAK )
1. Bazli dan rakannya bersukan pada masa lapang untuk menyihatkan
badan dan mencerdaskan otak.
2. Pada masa lapang, Raziah membaca buku untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dan perbendaharaan katanya.

CIKGU KHAI

3. Azli dan keluarganya bergotong-royong membersihkan kawasan rumah


4.

mereka pada masa lapang.


Pada waktu petang , Jamal memancing supaya masa lapangnya tidak

terbuang dengan begitu sahaja.


5. Aiman dan keluarganya menonton televisyen pada waktu lapang untuk
mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara
CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG( TANPA WATAK )
1.

Kita hendaklah bersukan pada masa lapang untuk menyihatkan

badan dan mencerdaskan otak.


2. Pada masa lapang, kita perlulah membaca buku untuk menambahkan
ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata.
3. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah boleh
dilakukan pada masa lapang supaya kawasan rumah sentiasa bersih.
4. Pada waktu petang ,kita boleh pergi memancing supaya masa lapang
5.

kita tidak terbuang dengan begitu sahaja.


Menonton televisyen pada waktu lapang amat berfaedah untuk kita
mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara

Anda mungkin juga menyukai