Anda di halaman 1dari 1

Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Kombinasi ampuh pihak kehakiman dan seterusnya sidang intelektual sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang berjudul Masa Itu Emas. Para hadirin yang saya hormati, Masa itu amat berharga dan tidak boleh dijual beli. Masa yang telah berlalu tidak boleh diulangi lagi. Dan kerana itulah kita semua patut menggunakan masa dengan betul. Masa ini merupakan satu perkara yang begitu penting kepada kita kerana ini menguji kita sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak dalam sesuatu perkara. Masa ini boleh kita gunakan dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang boleh kita gunakan pada masa itu ialah bermain, belajar, beriadah dan menghabiskan masa bersama keluarga. Pertama, jika kita menghabiskan masa dengan belajar selama tiga hingga empat jam, pasti setiap pelajar akan bersedia untuk menghadapi sesuatu peperiksaan dan lain-lain. Jika kita tidak menggunakan masa dengan melakukan aktiviti tersebut, pasti 'nasi sudah menjadi bubur. Setiap pelajar tidak akan bersedia dan tidak dapat memperoleh kejayaan yang diinginkan. Selain itu, jika kita menggunakan masa dengan beriadah, kita dapat merehatkan minda dan mencerdaskan otak kita untuk melepaskan sebarang tekanan yang kita hadapi. Jika kita tidak menggunkan masa tersebut, pasti semakin banyak perkara yang akan memeningkan kepala atau otak kita semakin serabut dengan tekanan yang kita hadapi. Berikutnya, jika kita menghabiskan masa bersama keluarga, kita dapat bertukar-tukar pendapat ataupun kita berbincang sesuatu masalah yang kita hadapi. Sekiranya tidak, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi dengan baik. Warga dewan yang mulia, Cara terbaik untuk kita menghargai masa, kita bolehlah membuat jadual harian. Dengan ini, kita dapat megikuti setiap aktiviti yang kita buat di dalam jadual harian tersebut. Ini dapat membantu kita untuk menjimatkan masa. Ini amatlah sesuai bagi setiap pelajar yang ingin membahagikan masa untuk aktiviti seharian mereka. Dengan itu, mereka dapat melakukan setiap aktiviti yang diperlukan dengan mengikut jadual harian yang telah disediakan. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa masa itu amat berharga dan tidak boleh dijual beli. Apa sahaja yang ingin kita lakukan, pasti ada masanya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai masa yang ada kerana masa itu emas. Sebelum berakhir, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun sebagai pengakhiri perbicaraan ini. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai