Anda di halaman 1dari 4

Bagaimanakah guru pendidikan Moral dapat merealisasikan hasrat negara terhadap

pembentukan perkembangan individu bermoral ?


Salah satu komponen penting dalam pembangunan insan yang seimbang ialah tahap
perkembangan kemoralan seseorang individu tersebut (Chan Lee Hoon,1992). Melalui
perkembangan

moral

tersebut,

seseorang

akan

memperoleh

keupayaan

untuk

membezakan antara nilai dan kepercayaan yang perlu untuk interaksi sosial dan sivik yang
bermakna.

Setiap individu akan melalui peringkat kanak-kanak sehinggalah mereka

dewasa, maka tingkah laku yang diamalkan secara semulajadi akan berubah kepada
tingkah laku reflektif. Sebagai pelajar, tingkah laku mereka akan berubah apabila mereka
mula bersosialisasi contohnya apabila mereka berada di sekolah. Para pelajar akan mula
mencari dan membina identiti, mencari haluan dan keyakinan diri agar apa yang diingini
tercapai apabila mereka berada di alam persekolahan. Pada peringkat inilah terdapat pelajar
yang mudah terpengaruh dengan masalah-masalah moral yang berlaku dewasa ini.
Masalah dapat diertikan sebagai suatu keadaan yang menimbulkan kesukaran, manakala
moral pula adalah kesusilaan adab dan tradisi yang menentukan piawai atau norma
kelompok. Masalah moral adalah sesuatu keadaan seseorang bertingkah laku yang akan
menyebabkan timbulnya sesuatu kesukaran seperti membuli, merokok, berjudi (Abdul
Rahman Md Arof,1999). Sebagai seorang guru pendidikan moral, adalah amat penting
dalam mengambil tahu dan mengerti akan segala permasalahan agar dapat membantu
dalam pembentukan perkermbangan individu yang bermoral.
Isu-isu moral yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah
bukanlah sesuatu yang baru bagi kita. Ianya telah dibincangkan oleh semua peringkat
masyarakat sejak dulu lagi hingga sekarang. Ini jelas menunjukkan bahawa permasalahan
ini amat serius dan pentingnya agar langkah-langkah pencegahan diambil supaya ianya
tidak menjadi lebih teruk lagi. Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi
pelbagai perlakuan negatif yang tidak membawa sebarang faedah. Sering terjadi pelajar
terlibat dengan kes buli, merokok, dadah, ponteng sekolah, vandalisme dan sebagainya.
Isu-isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media massa dan media
elektronik. Isu berkaitan ini juga perlu diberi penekanan kerana ianya memberi kesan dan
impak yang sangat besar dalam masyarakat. Remaja/para pelajar merupakan aset utama
negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang

amat penting dalam

pembangunan negara. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Jika individu itu mempunyai akhlak yang tidak elok, maka peribadi individu itu juga akan
menjadi tidak elok. Remaja / pelajar yang mempunyai akhlak yang tidak elok ini akan
memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Di sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru,
akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar
yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Subjek Pendidikan Moral di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah diperkenalkan adalah bertujuan memupuk nilai-nilai
murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan
generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi,
dedikasi, berfikiran luas serta positif. Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh
membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilainilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang
akademik,

tetapi

juga

bidang

kokurikulum.

Sebagai

contohnya,

guru-guru

yang

menunjukkan sikap positif boleh menjadi teladan kepada para pelajar. Tambahan pula,
keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat
memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri
mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang
memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Namun jika guru, kakitangan sekolah, murid tidak
berjaya mengamalkan nilai moral ini maka rosaklah anak bangsa, rosaklah generasi muda
kita. Tiadanya penghayatan nilai moral di sekolah akan menyebabkan masalah makin
berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi.
Sosialisasi pula adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan
menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk
personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah
proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai
satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang
memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga
boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Sosialisasi
berlaku sama ada dipupuk atau secara semulajadi, anak-anak diajar secara langsung, caracara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku,
sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan
dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatanperbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya.
Apabila mereka bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi lebih luas. Ia
bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya,
ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat
yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar
sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui
kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti

beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing
dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang
penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas
ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Seorang guru harus bertindak sebagai
agen sosialisasi. Agen sosialisasi disini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
perkembangan diri dan masyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk
memastikan perubahan dan perkembangan tingkah laku murid adalah mengikut nilai, norma
dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah
memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan
tuntutan masyarakat. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan
pergaulan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh
terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.
Sumbangan Socrates yang terbesar kepada pemikiran Barat ialah kaedah dialektik
(menjawab suatu persoalan soalan dengan suatu persoalan baru) bernama Kaedah Socratic
yang digunakan untuk membincangkan konsep-konsep kunci moral seperti Kebaikan dan
Keadilan. Kaedah ini mula-mula diterangkan oleh Plato di dalam Socratic Dialogue.
Untuk menyelesaikan suatu permasalahan, seseorang akan bertanyakan soalan dan
setelah menemui jawapannya, dia akan menemui jawapan bagi menyelesaikan masalahnya. Ini
telah membawa kepada permulaan Kaedah Saintifik, di mana dinyatakan bahawa langkah
pertamanya ialah untuk menamakan permasalahan dalam bentuk sebuah soalan. Untuk ini,
Socrates dianggap sebagai bapa political philosophy dan ethics atau falsafah moral, dan sebagai
pencetus kesemua tema besar dalam falsafah Barat umumnya. (Kaedah ini mungkin telah
dicadangkan oleh Zeno dari Elea, tetapi Socrates menambahbaik dan mengaplikasikannya
dalam permasalahan ethics.)
Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang
atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana
pengetahuan yang mereka ada. Kaedah Socratic ialah kaedah negatif penghapusan hipotesis
(hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang lebih baik ditemui dengan cara
mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi (contradictions).
Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayannya dan kesahihan

kepercayaan tersebut. Socrates pernah berkata Aku tahu kau takkan percayakanku, tetapi
Kecemerlangan Manusia yang tertinggi ialah untuk menyoal diri sendiri dan mereka yang lain.

Anda mungkin juga menyukai