Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : PERIMETER DAN LUAS

STIMULUS (Gabungan)

(Gambar daripada http://sohoque.com/seri-pajam-property-launch-nada-alam/)

Gambar di atas menunjukkan halaman tepi rumah banglo Doktor Jamal. Beliau berhasrat membina
kolam renang berbentuk segiempat tepat di halaman tersebut. Maka, beliau bertindak
menghubungi wakil dari My Technic Services Sdn. Bhd. untuk membuat sebut harga.
(Sumber daripada http://mytechnicservices.blogspot.my/2009/06/bina-kolam-renang-dr-jamal.html)

SOALAN 1 (PENGETAHUAN)
Konteks
Konstruk
Aras Kesukaran

Perimeter dan Luas


11.2 Memahami konsep luas segiempat tepat untuk
menyelesaikan masalah
Rendah

Setelah diukur oleh wakil syarikat binaan tersebut keluasan halaman tepi rumah Doktor Jamal ialah
40m2. Berapakah luas kolam yang sesuai dibina di halaman tepi rumah Doktor Jamal? [1 markah]

SOALAN 2 (APLIKASI)
Konteks

Perimeter dan Luas

Konstruk

11.2 Memahami konsep luas segiempat tepat untuk


menyelesaikan masalah

Aras Kesukaran

Sederhana

2m
Rajah di atas menunjukkan pelan halaman tepi rumah Doktor Jamal yang panjang dan lebarnya
ialah 10m dan 4m. Kawasan berlorek ialah ruang yang diperuntukkan untuk membina pondok
rehat. Berapakah luas maksimum kolam renang yang boleh dibina jika ruang sebanyak 0.5m perlu
ditinggalkan di setiap sisi kolam renang tersebut?

[4 markah]

SOALAN 3 (MENAAKUL)
Konteks

Perimeter dan Luas

Konstruk

11.2 Memahami konsep luas segiempat tepat untuk


menyelesaikan masalah

Aras Kesukaran

Tinggi

Wakil syarikat binaan mencadangkan dua ukuran jubin dengan harga yang berbeza untuk
dipasangkan pada dasar kolam renang tersebut.

16cm
20cm

15cm

10cm
Jubin A

Jubin B

Harga bagi sekeping jubin A ialah RM3.20 manakala jubin B berharga RM3.80 sekeping. Jika
kolam renang yang akan dibina berkeluasan 24m2. Apakah pilihan jubin yang akan menguntungkan
Doktor Jamal? Berikan alasan dengan pengiraan yang sesuai.

[5 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN
NO

PENYELESAIAN / JAWAPAN

Jawapan calon seharusnya kurang daripada 40m2

MARKAH

P1

Jawapan calon haruslah relevan

Panjang maksimum kolam renang = 10m 2m 0.5m 0.5m = 7m

K1,N1

Lebar maksimum kolam renang = 4m 0.5m 0.5m = 3m

N1

Maka, luas maksimum kolam renang yang boleh dibina = 7m X 3m = 21m2

N1

3
Jubin A :

Luas jubin A = (10 100) X (20 100) = 0.1 X 0.2 = 0.02m2


Bilangan jubin A yang diperlukan = 24m2 0.02m2 = 1200 keping

K1

Jumlah harga jubin A = 1200 keping X RM3.20 = RM3840

N1

Jubin B :
Luas jubin B = (15 100) X (16 100) = 0.15 X 0.16 = 0.024m2
Bilangan jubin B yang diperlukan = 24m2 0.024m2 = 1000 keping

K1

Jumlah harga jubin B = 1000 keping X RM3.80 = RM3800

N1

Maka, pilihan jawapan yang akan menguntungkan Doktor Jamal ialah Jubin
B kerana jumlah harganya lebih murah berbanding jubin A.

N1

Anda mungkin juga menyukai