Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F,
Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada
guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu
proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan- Gerak balas.
ii) Mazhab Kognitif
Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar.
Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori
pembelajaran dan resepsi.
iii) Mazhab Humanis
Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan
membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik.
Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka
menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori
pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: