Anda di halaman 1dari 18

TEORI DAN 

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

1.0     Teori Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan

tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat

seseorang manusia .  Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang

masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar  supaya pelajar

dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun

perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan

kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.  Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran

sebagai proses belajar  untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.  Menurut

pandangan  ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang

menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.  Manakala aliran behavioris pula 

berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu  cara seseorang

bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang

dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

           Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan

memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang

membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu

komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip

'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun
peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu

dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’ . Di samping itu, terdapat

beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:

a)       Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang

bermakna.

b)       Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya

ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran.

c)       Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran

generik.

d)       Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi

pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian  

menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.

e)       Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah

kendiri yang kreatif dan berdikari.

f)       Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari

yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah

akses kendiri.

Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan

diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi

seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai

sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia

eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan
kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi

multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan

dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran, setiap teori 

mempunyai  konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut

pandang ini maka teori pembelajaran  tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan

menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk  perisian PPBK.

a) Teori Tingkahlaku (behavioris)

Mengikut pendekatan  teori  tingkahlaku ,  setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan

pembelajaran  yang  berlaku  akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu

rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang

dikenali sebagai pelaziman.  Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat

pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan  cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan

pelajar memberikan perhatian.  Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua

ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana  perkaitan antara keduanya  adalah positif maka

gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku  memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu

pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer.  Tumpuan

pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan

pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh

perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan.  Prinsip

utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas  serta peneguhan  .Dalam perisian kursus PPBK ,
tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini

akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK  merangkumi 

tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem

pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan

sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila

seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan

mengulangi tindakbalas  tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.  

             Dalam proses pengajaran dan pembelajaran  perisian PPBK ini, guru perlu  memahami

tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan

pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan  meliputi:

a)       Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya

b)       Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah

mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;

c)       Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

mengetahui apakah respon yang  diberikannya telah benar;

d)       Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi  ganjaran dan

motisai .

Menurut  (Hartley & Davies, 1978 )  beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak

diterapkan di dunia pendidikan meliputi

a)    Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya

b)    Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah

mempelajarinya dan  dapat memberikan respon tertentu;


c)    Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

mengetahui apakah respon  yang  diberikannya telah benar;

d)    Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama  teori tingkahlaku pelaziman  yang  yang dikemukakan oleh

Pavlov  boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah .

a)        Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu

menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk

           memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut

pelajar sekiranya akviti  dijalankan secara individu. 

b)       Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan  antara rangsangan dan

tindakbalas . Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh

           dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru.

c)       Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan  yang diberikan. Pelajar yang

menerima peneguhan positif  seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ ,  

           ‘jawapan anda betul’  akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik

berterusan walaupun tidak lagi menerima  pujian .

d)       Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan

aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.

e)       Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang

sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang  dan

sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada jawapan yang disediakan  .

Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan  pelajar.
a) Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992)  terdapat sembilan  elemen  utama untuk sesuatu

pengajaran ,

b) menarik perhatian menyatakan objektif pelajaran

c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas

d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar

e) memberikan bimbingan

f) tugasan dan soalan

g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar

h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Dalam merekabentuk  perisian PPBK ini ,pendekatan  menggunakan teori tingkahlaku diatas

dapat diaplikasikan seperti berikut

a)   Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk

mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini  dimasukkan beberapa unsur-unsur  grafik 

yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian

pengguna  Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat

kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi yang berorientasikan penglihatan .

Pepatah Confucious menyatakan bahawa” sebuah gambar mampu menggantikan seribu

perkataan”.  Grafik merupakan blok pembangunan  utama dalam pembangunan multimedia.

(Vilamil-Casanova&Molina 1997)  Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan


unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada

pengguna untuk  terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran.  

b)    Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini

merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus

dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik  sama ada

melalui teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini  matlamat dan

objektif serta  apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini diakhir nanti akan

dinyatakan . Keadaan ini akan  memberikan rangsangan kepada pengguna untuk terus

mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat pengetahuan dan

kemahiran mengenai  komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer

sepertimana yang terdapat dalam tajuk  asas perkakasan komputer. 

c)     Melalui perisian ini pengguna akan  dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis

komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan 

dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan

dan bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah

papan induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan

boleh membuat jangkaan masalah untuk  membaikpulih komputer.      

d)  Persembahan dalam perisian  juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk

terus  menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-elemen

yang  boleh mewujudkan suasana  menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan 

ikon –ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan  serta
menyediakan  panduan kepada pengguna   mengenai perkara tertentu yang  diperlukan

semasa menggunakannya. Disamping itu  juga terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang 

jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang

dijalankan atau masalah yang dihadapi.  Grafik dan animasi juga berkesan untuk

menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik  dan animasi komponen-komponen komputer

juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta  pengguna terhadap

kandungan perisian yang digunakan.  Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan

memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat

disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa

fungsi komponen komputer  dapat  membantu pengguna khususnya yang sukar untuk

membaca  teks.

d)  Berapa latihan  ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz  yang

mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk

mengesan  kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir

kemajuan yang telah dicapai oleh pengguna  khususnya dalam topik-topik tertentu semasa

menggunakan  perisian ini .  Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan

maklumbalas  yang  positif  . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk

grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas positif ini dapat  menimbulkan minat , rangsangan

dan motivasi kepada pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

mereka disamping akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari .  Pengguna akan diberi

peluang untuk menunjukkan penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran  sebelum

melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh

pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas . Jawapan boleh diberikan melalui
penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan kekunci. Jawapan yang

diberikan adalah lebih mencabar.  Pengguna juga dikehendaki memberikan jawapan atau

tindakbalas terhadap soslan-soalan  dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna tidak

dapat menjawab  atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer

akan mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan  kebenaran

untuk menjawab semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain. 

e)  Perisian ini juga mengambilkira faktor  penilaian akhir  peristiwa pengajaran dan

pembelajaran.  Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz

dalam perisian ini. Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan

kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini boleh

mengukuhkan ingatan dan  membantu pelajar  mengaplikasikan pengetahuannya dalam

situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar.

b)       Teori Konstruktivisme

Menurut  konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru

atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang

sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran

PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif  mengaplikasikan pengetahuan dalam

membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar  tidak disokong dari

pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan

kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat

membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan
pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori

ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis,

mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK

Penggunaan  teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan  mereka

bentuk perisian PPBK  asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti

berikut.

a) Pelajar  berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

b) Pelajar  berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

c) Pelajar  menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

d) Semua pandangan  pelajar  dihormati dan tidak dipandang rendah.

e) Pembelajaran berpusatkan pelajar

f) Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’

g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

h) Pelajar  mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan

kefahaman idea tersebut.

i) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai


k) Pelajar  digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori

l) Guru  mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan

m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar

n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru

o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar

p) Pelajar bekerja dalam kumpulan

c)       Teori Kognitif

Teori kognitif  adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka

pendek.  Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat  yang digunakan dalam

pengajaran pembelajaran komputer.  Teori ini juga  menyediakan  pembelajaran aktif dimana

pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk

menjadikannya bermakna.  Pelajar  memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan 

pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas.

Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk

simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi.  Alessi &

Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam

mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer.  Bidang-bidang tersebut ialah

pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi,

pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .


3.0      Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian PPBK

Pelbagai teknologi dan perancangan  secara sistematik  digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan perisian  pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer 

memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke

dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh

dicapai.

Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK  ini ialah seperti

berikut:

a) Pembelajaran koperatif

b) Pembelajaran kolaboratif

c) Pembelajaran Anjal

d) Pembelajaran Bersepadu

e) Pembelajaran Aktif

f) Pembelajaran Reflektif

a)       Strategi  Pembelajaran  Koperatif


Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau

pasukan pelajar. Ia menggunakan.strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang

bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah

diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa

pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik

dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran

koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan.

Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat

kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga  pelajar dari pelbagai

kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama .

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga

untuk   rakan-rakan yang lain.

Melalui perisian kursus bertajuk perkakasan komputer ini, pelajar akan dapat melaksanakan

aktiviti pembelajaran yang meliputi,

a) Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.

b) Saling berinteraksi secara bersemuka.

c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.

d) Kemahiran koperatif.

e) pemprosesan kumpulan
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -masing  dan

memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara

aktif dan positif dalam kumpulan  Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan

individu  ini  menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini 

akan memberikan  kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif . anjaran akan diberi

kepada individu dan kumpulan  dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan perkongsian

idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam,  sesuai dengan falsafah

konstruktivisme.  

b) Strategi Pembelajarn Kolaboratif

Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan perisian

PPBK  perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan

terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina.  Pendekatan ini akan membolehkan pelajar 

berpelunagn untuk  menambahkan pengetahuan dan kefahaman  dan pada masa yang sama

membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran  berjalan, interaksi

berlaku di antara pelajar dengan  perisian , pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga

pengajar. Schrage (1990) menyatakan  pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama

kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran

baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar

membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara

individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak

langsung  kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.


c)  Pembelajaran Anjal

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer ini  tidak

semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar

belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu

anjal.  Dalam kaedah pengajaran pendidik  perbezaan pelajar itu sendiri amat perlu diambil kira. 

Penggunaan perisian PPBK perkakasan  komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu

rasmi  ,ataupun diluar waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan

kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu

mengukuhkan kefahaman yang telah dipelajari semasa di kelas.  Pelajar juga dapat  maklumbalas

dengan cepat dan positif  daripada komputer , keadaan ini akan menimbulkan keseronokan

belajar kerana mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran .Ini dapat

meningkatkan motivasi pelajar.

d) Pembelajaran Bersepadu

Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian

komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga  memenuhi kehendak  dan

keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang  memenuhi keperluan

pembelajaran individu  dan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran

ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan

rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999)

e)   Pembelajaran Aktif


Pelajar secara aktif  di dalam aktiviti pembelajaran  contohnya, dalam aktiviti  mengenalpasti

komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen berkenaan  .

Pelajar akan dapat  membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut  sepertimana

yang telah dipelajari sebelumnya  melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui

penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran

konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan

pengetahuan dan kemahiran baru . Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan

berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan dapat menterjemahkan konsep yang

dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka.

f)       Pembelajaran Reflektif.

Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan

untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep,

inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan

andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat

dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. 

Contohnya  dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer

beberapa urutan kerja perlu difahami  oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama

berikutnya.

RUJUKAN

 
Alessi S.M. & Trollip R. S1991. Computer Based Instruction. Methods And Development.

(2nd.Ed.).New Jersey:Prentice Hall.

Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View.  New York: Hoet, Rinehart &

Winston.

Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.

Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf

Depan.Komputer, Berita Harian : 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship

Applications:A Conceptual Blueprint. KL.

Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:

Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-Guru

Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan

Malaysia.November .26-27  

Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.

Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November  26-

27.

Wittrock, M.C. 1986.  The cognitive movement in education.  Educational  Psychologist, 13, 15-

29.
Yusup Hashim.1998. Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam

Zoraini  Wati  Abas .1992.  Komputer  Dalam  Pendidikan.  Kuala  Lumpur .Penerbit  Fajar 

Bakti  Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai