Anda di halaman 1dari 1

TEORI PEMBELAJARAN

Pada asasnya, terdapat 4 mazhab utama di dalam teori-teori pembelajaran, iaitu :-


i) Mazhab Behavarious

Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F,
Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada
guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu
proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan- Gerak balas.
ii) Mazhab Kognitif

Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar.
Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori
pembelajaran dan resepsi.
iii) Mazhab Humanis

Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan
membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik.
Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka
menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori
pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.


ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan
kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan
diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan
kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan
difahami oleh individu itu sendiri.
iv) Teori Konstruktivisme

Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,


pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah memberi
sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan
perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). Teori
pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat
membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Pelajar
akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif
konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak
membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai