Anda di halaman 1dari 3

12:19 PM

Nasib Ibu Tunggal Terbela


Posted by mila

ARKIB : 18/01/2010

Nasib ibu tunggal terbela

Oleh ZUHAYATI YAZID

Kini nasib isteri yang tidak mendapat nafkah daripada


PERJALANAN hidup wanita yang berstatus ibu tunggal suami bakal berubah apabila kerajaan memperuntukkan
RM15 juta sebagai modal pusingan.
memang penuh pancaroba. Mereka bukan sahaja diuji
keupayaan menguruskan keluarga bersendirian malahan perlu
bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan
masyarakat.

Sudah menjadi satu kelaziman, golongan ini sering ditimpa masalah selepas berlaku penceraian seperti
tidak mendapat nafkah daripada bekas suami atau ditinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa berita.
Demi sesuap nasi untuk anak-anak yang telah diamanahkan oleh-Nya, golongan ini sanggup berjuang
memerah keringat demi masa depan anak-anak supaya hidup lebih terjamin.

Malah ada yang sanggup berniaga kecil-kecilan demi mencari nafkah untuk anak-anak.
Namun baru-baru ini, ada perkhabaran yang lebih baik untuk golongan ini, apabila kabinet meluluskan
peruntukan sebanyak RM15 juta sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh
perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah.
Peruntukan itu bertujuan untuk membantu isteri-isteri yang dalam proses penceraian dan tidak
mendapat nafkah daripada suami.

Bantuan ini atas dasar pinjaman awal sebagai modal pusingan bagi membiayai perbelanjaan harian
sementara menunggu kes penceraian diputuskan oleh mahkamah dan nafkah dibayar.
Pengerusi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan, Syarifah Kamariah Syed Ibrahim yang menyokong
pemberian itu memberitahu, terdapat segelintir suami hanya sekadar menabur janji tetapi mereka tidak
mengotakannya.

Perkara ini membuat golongan ibu tunggal teraniaya, malah anak-anak akan menjadi mangsa kepada
penceraian ibu bapa mereka. Bagi isteri yang tidak mempunyai punca pendapatan, maka terputuslah
perbelanjaan kehidupan dan merananya anak-anak yang masih kecil.
''Sepatutnya apabila sudah bercerai dengan isteri, tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak-anak
masih tidak terhenti dan nafkah perlu diberi. Janganlah apabila bantuan ini telah diberi, maka suami
akan lepas tangan dalam pemberian nafkah. Ini kerana bantuan itu adalah sementara,'' ujarnya yang
menerajui Pertubuhan Bukan Kerajaan ini lebih daripada 20 tahun.

Tambahnya, kerajaan juga harus menubuhkan satu organisasi bagi menguruskan penyerahan bantuan
tersebut secara adil kepada golongan yang tertindas ini.
Sementara itu, Normah Ishak,52, adalah contoh ibu tunggal yang perkasa menongkah arus kehidupan.
Wanita ini ditinggalkan suaminya selepas mendapat tahu suaminya curang dan bermain kayu tiga
bersama wanita lain.

''Saya ditinggalkan oleh suami tanpa sebarang nafkah dan juga berita mengenai,'' ujarnya serius.
Bagaimanapun dia berharap, melalui bantuan yang diperuntukkan ia dapat meringankan beban yang
ditanggung selama ini.

Dia yang ditinggalkan oleh suaminya kerana ingin mengahwini wanita lain memberitahu, perjalanan
sebagai ibu tunggal adalah terlalu sukar tambahan ketika itu anak-anak masih kecil.
''Pada awal perceraian, saya hanya menangis dan mencari kesilapan apa yang membuatkan suami
sanggup berbuat sedemikian,'' ujarnya yang memegang status ibu tunggal sejak 10 tahun lalu.
Menceritakan kisah dukanya, dia memberitahu, suaminya meninggalkan dia anak beranak tanpa berita
dan juga nafkah.

''Memang pada awal saya ada mencari dan selepas mendapat tahu dia ingin berkahwin lain, betapa
hancurnya hati saya
''Bayangkan masa itu anak-anak kecil lagi dan saya terpaksa membuat pelbagai kerja demi anak-anak,''
ujar ibu kepada lima anak ini.
Malah akuinya, musim perayaan dan sesi pembukaan persekolahan sering membuat hatinya bimbang
memandangkan sukar untuk menyediakan persediaan kepada anak-anak.
''Tetapi alhamdullilah , ramai yang memberi bantuan termasuk ibu dan adik-beradik yang lain,'' katanya
yang tinggal menumpang di rumah orang tuanya di Gombak Setia.
Tambahnya lagi, pernah satu tahun dia tidak mampu membeli pakaian baru untuk persediaan hari raya
kerana tiada duit.

Kini biarpun 10 tahun bergelar ibu tunggal, dia bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang cemerlang
dalam pendidikan.
Sementara itu, rakannya Azizah Abdul Hamid pula memberitahu, dia sudah tidak mengharapkan nafkah
daripada bekas suaminya.
''Saya selesa dengan kehidupan saya tanpa mengharapkan nafkah daripada bekas suami.
''Daripada mengharapkan duit bekas suami, lebih baik saya usahakan sendiri,'' katanya ketika dihubungi
baru-baru ini.

Menceritakan kisahnya pula wanita cekal ini mengakui dia sedikit tertekan selepas mendapat tahu
suaminya terlibat dengan penagihan dadah.
Malah akuinya, dia pernah pergi menjamin suaminya semasa ditahan di lokap.
Namun kesanggupan dirinya untuk melihat suaminya berubah itu dibayar dengan kecurangan suaminya.
''Saya ingat bila kita tolong dia dan dia akan berubah menjadi baik tetapi ini lain pula apabila dia
menduakan saya,'' ujarnya mengenangkan kisah sedih.

Kini mendapat bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 sebulan membuatkan dia semakin tenang
dengan kehidupannya bersama tiga anak hasil perkongsian dengan bekas suaminya.
''Biarpun bergelar ibu tunggal namun hati saya tenang dan gembira di samping anak-anak,'' ujarnya yang
baru mendapat sijil pemandu pelancong daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Sementara itu, bagi Norazua Ibrahim, pula menyokong pendapat tersebut yang lebih selesa dengan
kehidupan sekarang.

Katanya, dia pernah meminta bekas suaminya nafkah untuk anak-anak namun tidak dipeduli.
''Lebih baik kita lupakan sahaja, tumpukan pada anak-anak lagipun masih mampu untuk menjaganya
sendiri.
"Harapan saya, dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan itu boleh mengubah kehidupan ibu-ibu
tunggal yang teraniaya termasuklah saya,'' katanya.
Ujarnya, pemberian modal itu sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban meneruskan kehidupan
seharian yang semakin meningkat.
"Mungkin ibu-ibu tunggal boleh menggunakan bantuan itu bagi menjalankan perniagaan kecil-kecilan,''
katanya.

sumber - utusan

Anda mungkin juga menyukai