Anda di halaman 1dari 16

KENALI PC ANDA

Category: Web, HTML, Tech

Teknologi Maklumat

KENALI KOMPUTER - komponen hadapan


MONITOR

..> ..>Skrin yang anda tatap terdapat dalam dua jenis iaitu CRT (tiub sinar katod) dan panel
..>..> yang rata. Monitor CRT berfungsi sebagaimana set televisyen -- alat pemancar
elektron di belakang memancar elektron pada fosfor berwarna yang terdapat di sebelah
dalam kaca hadapan, menjadikannya menyala. Seperti juga TV, monitor diukur secara garis
pepenjuru (menyilang), tetapi ukurannya tidak pernah tepat. Sebagai contoh, monitor
berukuran 15 inci tidak akan memaparkan gambar dengan ukuran yang sama; sebaliknya ia
lebih kurang 14 inci atau mungkin 13.5 inci sahaja.

Sejak akhir-akhir ini skrin dengan panel rata menjadi semakin popular untuk komputer
meja. Panel seperti ini menggunakan teknologi TFT (thin film transistor) yang sama dengan
skrin komputer riba (laptop) bertaraf tinggi (skrin ini juga dipanggil "active-matrix
displays"). Setiap dot yang berwarna adalah transistor berasingan yang "menyala" dan
"padam" untuk membentuk imej. Skrin Panel rata mempunyai banyak kelebihan, antaranya
ia mengambil ruang meja yang kurang berbanding CRT, menggunakan kurang kuasa
elektrik dan paparannya lengkap tanpa-kelip (flicker-free). Namun begitu, dari segi kos,
panel rata masih berharga tinggi, lebih kurang sekali ganda harga skrin CRT dengan saiz
yang sama.

PAPAN KEKUNCI
Rekaletak papan kekunci mungkin merupakan sesuatu yang paling tua pada komputer ..> ..>
anda. Rekaletak QWERTY (dinamakan daripada rangkaian enam huruf pertama pada ..>..>
barisan atas) telah direka pada 1868 oleh Christopher Sholes, pencipta mesin taip.

Setiap kali anda menekan kekunci, ia menutup suis yang menghantar kod kepada sistem
BIOS (basic input-output system). BIOS mengenalpasti sama ada anda menaip huruf,
menekan kekunci Shift, Alt atau Ctrl sambil menaip huruf untuk mencipta aksara yang ber-
Shift, ber-Alt atau ber-Crlt, atau menekan kekunci arahan (seperti F1), dan menghantar
maklumat kepada program yang anda sedang gunakan.

Terdapat banyak ergonomik (sains merekabentuk peranti, aturcara dan sistem) di pasaran,
dengan rekabentuk yang meringankan tekanan menaip dan menghindarkan penyakit-
penyakit berkaitan penggunaan komputer seperti kecederaan akibat ketegangan yang
berulang. Terdapat percanggahan terhadap sama ada mana-mana papan kekunci pilihan ini
dapat memberikan kebaikan dan faedah kepada anda.

Dalam pada itu terdapat beberapa cadangan terhadap langkah-langkah asas yang anda
boleh lakukan agar dapat menaip secara sihat dan selesa. Ubahsuai ketinggian kerusi dan
meja anda supaya lengan bawah anda selari dengan lantai dan pergelangan tangan anda
sama rata dengan dengan papan kekunci. Tetapkan pergelangan tangan anda agar lurus
dan sejajar dengan lengan bawah anda; jangan bengkokkan kesebelah atau lengkukkan jari
anda untuk menekan kekunci. Dan jangan menaip dengan pergelangan tangan anda "rehat"
atas meja.

TETIKUS
..> ..> Tetikus komputer direka di the Xerox Palo Alto Research Center (PARC) oleh Douglas

..>..> Engelbert. Steve Jobs dari Apple Computer telah terlihat tetikus Engelbert semasa
melawat Xerox PARC dan bermulalah sejarah. Tetikus adalah faktor utama ke arah
pengkomputeran visual.

Secara umumnya semua titikus sama fungsinya: sebiji bebola kecil berputar apabila anda
menggerakkan tetikus. Bebola tersebut menggerakkan dua "roda" dalaman, satu untuk
pergerakan menegak dan satu lagi untuk pergerakan mendatar. Bebola tersebut perlu
dikeluarkan dan dibersihkan jika perlu, dan buangkan kotoran yang melekat pada kedua-
dua roda tersebut (anda boleh gunakan putik kapas dan sedikit "thinner"). Namun
perkembangan teknologi hari ini telah menghasilkan tetikus yang menggunakan sensor,
tanpa bebola.

KAYU BEDIK
KAYU BEDIK (joystick) digunakan untuk mengawal pergerakan di skrin dalam ..> ..>
permainan komputer. Ia memberikan tiga jenis informasi kepada komputer: ..>..>
pergerakan mendatar, pergerakan menegak, dan isyarat tutup-buka (on-off) apabila butang
ditekan. Kayu bedik direka bagi membolehkan pemain-pemain penyelaku penerbangan
(flight-simulator) mendapat kawalan tambahan yang dipanggil "top hat" di bahagian atas
kayu, berupa set tambahan kawalan mendatar dan menegak menggunakan ibu jari.

Kayu bedik pernah menjadi satu-satunya alat kawalan terpenting bagi pemain-pemain
komputer, namun alat kawalan jenis lain juga semakin popular. Untuk permainan lumba,
telah ada roda pengemudi (yang datang dengan pedal kaki berasingan untuk pecutan dan
brek). Dan bagi pemain yang biasa dengan "PlayStation" dan "Nintendo", terdapat pad
permainan PC dengan rekaletak butang yang menyerupai alat kawalan yang mudah.

PEMACU CAKERA PADAT


Pemacu ini boleh jadi pemacu CD-ROM atau DVD-ROM. CD-ROM boleh menyimpan 650
..> ..>

..>..>megabait maklumat; DVD-ROM boleh menyimpan sehingga 4.7 gigabait (hampir tujuh
kali ganda lebih). Kekurangan yang ketara adalah pemacu CD hanya boleh membaca CD,
sementara pemacu DVD boleh membaca CD dan DVD. Teknologinya sama, namun kapasiti
yang lebih pada DVD bermakna anda boleh memuatkan keseluruhan wayang gambar
(filem) dalam satu cakera. Anda juga boleh memuatkan banyak perisian, grafik dan fail
multimedia yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

PEMACU CAKERA LIUT


Cakera liut (disket) digunakan untuk menyimpan fail-fail yang kecil dan ..> ..>
memindahkannya dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Cakera liut telah ..>..>
berubah kepada saiz yang lebih kecil tapi dengan kapasiti yang lebih besar, dalam sejarah
komputer peribadi. Daripada bersaiz 8 inci, dikecilkan kepada 5.25 inci dengan kapasisi 1.2
megabait hinggalah saiz standard 3.5 inci yang berupaya menyimpan 1.44 megabait.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mereka cakera yang mempunyai kapasiti penyimpanan
yang lebih tinggi. Imation SuperDisk berupaya menyimpan sebanyak 120 megabait, Sony
HiFD pula dapat menyimpan 200 megabait dalam cakera khasnya, dan kedua-dua pemacu
masih berupaya membaca cakera liut 1.44 megabait.

PEMBESAR SUARA
..> ..> back - Hari ini komputer boleh memainkan CD audio dan melancarkan program-

..>..> program dengan kualiti penataan bunyi filem yang hebat. Sepasang pembesar suara
yang baik penting bagi merasai keseronokannya sistem bunyi teknologi tinggi. Tidak seperti
pembesar suara stereo biasa, pembesar suara komputer siap dibina dengan penguat bunyi
dalaman. Ia juga mempunyai penghadang magnetik yang membolehkannya diletakkan
sebelah monitor tanpa menjejaskan visual pada monitor dan gangguan bunyi pada
pembesar suara.

Dua pembesar suara mencukupi untuk komputer urusan perniagaan, namun jika anda
mahukan keseronokan audio yang lebih, atau kesan bunyi yang hebat untuk permainan
komputer, sistem bunyi yang dilengkapi pengganti alat pembesar suara (subwoofer) amat
memadai. Alat ini mengeluarkan bunyi bes yang dalam dan bergema.

STORAN MUDAH ALIH KAPASITI TINGGI


back - Cakera liut boleh memuatkan 1.44 megabait data? Banyak, namun bukanlah ..> ..>
satu kuantiti yang cukup besar. Kadangkala anda memerlukan peranti storan mudah ..>..>
alih yang mampu menyimpan kuantiti yang lebih besar, bagi membawa foto-foto digital dari
satu mesin ke mesin yang lain dengan segera atau untuk membuat salinan bantuan
(backup copies) kesemua fail. Ketika inilah perlunya peranti storan mudah alih berkapasiti
tinggi.
Kartrij cakera mudah alih adalah antara alternatif yang terbaik; berupa sebuah pemacu
keras yang bila-bila masa boleh muncul dalam sistem anda apabila di pasang. Versi yang
paling popular adalah keluaran Iomega Corp, dinamakan pemacu Zip, yang boleh
menyimpan 100 hingga 250 megabait dalam satu kartrij.

KENALI KOMPUTER - komponen dalam


INGATAN (MEMORY)

..> ..>Komputer anda mempunyai dua jenis ingatan: ingatan capaian rawak (RAM) dan
..>..> ingatan baca sahaja (ROM). RAM menyimpan semua bahan-bahan yang anda sedang
buat, dan ROM menyimpan semua maklumat kekal anda seperti perisian aturcara anda,
sistem BIOS (sistem asas input/output), bunyi dan kad-kad video.

Untuk memudahkan anda menambah ingatan kepada sesuatu sistem, cip-cip RAM
dipakejkan pada modul yang berdetap masuk ke tempatnya dengan mudah. Modul-modul
ini dipanggil SIMMs (modul ingatan baris tunggal) atau DIMMs (modul ingatan baris duaan).

Oleh kerana harga ingatan telah murah, kebanyakan sistem yang anda beli hari ini telah
dipasang dengan RAM yang banyak. Sekiranya anda mempunyai satu sistem yang lama,
atau hendak menjalankan beberapa program yang besar pada masa yang sama, anda
mungkin hendak menaikkan prestasi sistem anda dengan menambahkan modul SIMM atau
DIMM yang bersesuaian. Modul-modul ini terdapat dalam beberapa jenis; periksa manual
anda atau dapatkan bantuan juruteknik sebelum membeli ingatan yang hendak dinaik gred.

MIKRO PEMPROSES (MICRO PROCESSOR)

Mikro pemproses merupakan otak kepada komputer anda. Dari satu segi, ia seperti ..> ..>
pemproses makanan: bahan mentah dimasukkan, pemproses memotong dan ..>..>
menghirisnya, dan hasilnya akan keluar di sebelah ..:namespace prefix = st1 ns =
"urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />sana. Mikro pemproses juga dipanggil
CPU (unit pemprosesan pusat).

Sekali pandang, nampak mudah untuk membandingkan prestasi mikro pemproses: semua
mikro pemproses mempunyai nombor-nombor dalam megahertz (MHz), sesetengahnya
lebih besar daripada yang lain, dan nombor yang lebih besar bermakna lebih laju. Mudah?
tetapi anda tidak boleh membandingkan pemproses-pemproses yang berlain jenis seperti
itu. Pemproses Pentium II 350-Mhz lebih laju daripada pemproses Pentium II 300-MHz.
Tetapi apakah ini bermakna pemproses Celeron 350-MHz lebih laju daripada AMD K6 300-
MHz? Jawapannya ialah, tidak. Nombor-nombor hanya boleh dibandingkan dalam satu
keluarga pemproses tertentu sahaja, ini adalah kerana kelajuan jam (yang diukur dalam
megahertz) merupakan hanya satu faktor dalam prestasi sistem secara keseluruhannya.

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)


..> ..>

..>..> Papan induk merupakan papan litar yang menjadi dasar bagi menyambungkan semua
komponen-komponen yang lain. Sesetengah bahagian komputer dipaterikan terus kepada
papan induk; yang lainnya dimasukkan ke dalam berbagai-bagai jenis slot-slot tambah atau
port-port penyambung yang terdapat di papan induk.

KAD BUNYI (SOUND CARD)

Komputer anda mempunyai satu kad bunyi yang membolehkannya mengeluarkan ..> ..>
bunyi-bunyi dan muzik daripada fail-fail data komputer, memainkan semula muzik ..>..>
daripada CD audio dan mengumpul input daripada mikrofon atau peranti audio luaran. Anda
mungkin tidak perlu untuk menaik-gredkan komponen ini. Sebaliknya kalau anda benar-
benar meminati muzik atau permainan, anda mungkin mahu mendapatkan kad bunyi yang
canggih yang boleh melakukan teknik-teknik tambahan. Kini, sesetengah kad bunyi
memberikan kesan tiga dimensi yang digunakan oleh pengaturcara permainan untuk
menimbulkan suasana yang membuatkan anda benar-benar asyik dengannya.
Sesetengahnya juga menyokong empat pembesar suara (dua di hadapan, dua di belakang)
untuk menimbulkan suara di sekeliling arah.

KAD VIDEO

..> ..>Ia juga dipanggil penyesuai video (video adapter) atau kad grafik. Papan ini
..>..> menghantar maklumat paparan ke monitor anda. Berbagai-bagai jenis kad video
berada di pasaran sekarang, daripada model yang paling asas yang menyediakan semua
keupayaan paparan untuk keperluan perniagaan, sehinggalah ke kad prestasi tinggi yang
disesuaikan bagi keperluan pemain-pemain dan pengguna multimedia yang lain.
CIP BIOS

BIOS kependekan untuk sistem input-output asas. Ia merupakan perisian yang ..> ..>
disimpan di dalam cip yang mengawasi cara komputer berinteraksi dengan kekunci, ..>..>
skrin, pemacu-pemacu cakera dan port-port bersiri dan selari. Biasanya cip BIOS
merupakan salah satu komponen yang tidak boleh digodek, walaubagaimanapun kadang-
kala terdapat sistem lama yang mungkin memerlukan pemasangan cip BIOS yang baru.
Dapatkan bantuan juruteknik sekiranya anda mempunyai masalah input-output pada
komputer peribadi lama.

SLOT TAMBAH (EXPANSION SLOT)

..> ..>Kebanyakan komponen komputer yang boleh dinaik-gredkan, dipasang di dalam


..>..> komputer peribadi melalui slot-slot tambah-bukaan pada papan induk di mana papan-
papan litar (selalunya dipanggil kad-kad) yang baru boleh dimasukkan. Biasanya komputer
peribadi mempunyai beberapa kad-kad yang sudah pun terpasang pada tempatnya: kad
video, kad bunyi dan juga modem dalaman. Sekiranya anda mahu memperbaiki keupayaan
komputer anda, anda boleh menarik keluar kad yang sedia ada daripada slotnya dan
menggantikannya dengan kad yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi.

Sistem-sistem mempunyai jumlah bilangan slot-slot tambah yang berbeza bagi


memasukkan keupayaan tambahan; sesetengah sistem yang murah tidak mempunyai slot
langsung, manakala sistem yang lebih canggih kemungkinan mempunyai beberapa slot.
Apakah kemungkinan kad yang anda hendak tambah selain daripada tiga kad yang asas
tadi? Port SCSI (sambungan laju tinggi yang khas untuk memasang pengimbas atau
pemacu-pemacu cakera) atau kad penangkap video untuk memasukkan video ke dalam
komputer peribadi anda, merupakan dua kemungkinan yang popular.

PEMACU KERAS (Hard Drive)


..> ..>
Pemacu cakera keras, atau singkatnya pemacu keras, merupakan peranti storan ..>..>
terbina dalam untuk anda menyimpan kebanyakan daripada aturcara-aturcara dan fail-fail
maklumat. Saiz pemacu-pemacu keras yang biasa telah bertambah pada kadar yang
menghairankan dalam beberapa tahun yang lalu. Dalam tahun 1980'an, semasa cakera
keras mula-mula sampai ke pasaran pengguna, ia mempunyai storan 10 megabyte. Kini
sistem komputer yang agak biasa pun mempunyai pemacu keras dengan muatan berbilang
gigabyte (satu gigabyte bersamaan 1024 megabyte).
Tiga faktor asas yang membezakan pemacu cakera keras di antara satu sama lain: muatan
storan, kelajuan dan kebolehpercayaan (reliability).

Walaupun kebanyakan daripada komputer yang keluar dari kilang mempunyai satu pemacu
keras sahaja, tiada sebab kenapa anda tidak boleh menambah satu lagi sekiranya anda
kehabisan ruang. Sekarang ini, pemacu-pemacu yang besar mampu dibeli, dan
pemasangan profesional pula dikenakan bayaran yang minimum.

CD DALAMAN

..> ..>Cakera liut (dan juga cakera keras) menyimpan maklumat secara magnet. Cakera CD-
..>..> ROM atau DVD-ROM menyimpannya secara optik: alur laser memancar ke atas cakera
yang berputar, membaca lekuk-lekuk yang amat halus pada permukaan cakera. Pemacu
CD-ROM boleh membaca CD sahaja, sama ada CD-CD data (menyimpan maklumat
komputer) atau CD-CD audio yang biasa yang anda guna di stereo. Pemacu DVD-ROM boleh
membaca CD-CD di samping cakera-cakera data DVD dan cakera-cakera filem.

Pilihan pemacu cakera yang lain yang mendapat kepopularan ialah perakam CD, pemacu
yang bukan hanya boleh membaca CD malah boleh menciptanya juga. Terdapat beberapa
perakam DVD di pasaran, tetapi kurangnya piawaian dan perdebatan mengenai
perlindungan hak cipta telah menghalangnya menjadi dominan ... buat masa ini.

LIUT DALAMAN (INTERNAL FLOPPY)

Inilah rupa pemacu cakera liut di bahagian dalam. Satu soalan untuk anda: Mengapa ..> ..>
cakera-cakera liut tidak meliut? Apabila anda memegangnya ditangan anda, ia tidak ..>..>
meliut, atau bergoyang-goyang apabila anda menggoyangkannya. Jawapannya: dalam
kasing cangkerang keras, cakera itu sendiri ialah sekeping medium magnet yang nipis
(seperti pita audio tetapi lebih tebal) dan meliut apabila anda keluarkan daripada
cangkerangnya. Pada cakera liut (cakera keras pun begitu juga), data disimpan di dalam
satu siri lingkaran. Cakera berputar sementara kepala magnet bergerak dalam dan luar
merentasi lingkaran untuk mencari data yang diingini.

MODEM DALAMAN - slot modem


..> ..>

..>..> Modem-modem terdapat dalam dua bentuk: dalaman (dipasang di dalam komputer di
slot tambah) dan luaran (satu kotak yang berasingan disambungkan kepada port bersiri,
atau kadang-kala port USB). Kebanyakan sistem yang dijual pada masa kini mempunyai
modem dalaman sebagai peralatan biasa. Modem-modem juga mempunyai kadar laju yang
berbeza-beza. Model-model yang lama mempunyai kelajuan pada kadar 28.8 Kbps (setiap
Kbps ialah seribu bit sesaat) atau 33.6 Kbps, tetapi yang biasa pada masa ini ialah 56 Kbps.

Kenali Tokoh Korporat IT: Bill Gates


Bill Gates. Nama ini mungkin sinonim pada pendengaran anda. Jika kita berkata
tentang teknologi maklumat (IT), nama Bill Gates secara automatik akan terlintas di
dalam kotak fikiran kita.

TeenNet kali ini ingin berkongsi maklumat dengan para remaja dan pengunjung setia
TeenNet tentang profil orang yang terkaya di dunia dengan jumlah nilai aset yang
dimiliki oleh beliau boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang Malaysia dengan
negara luar! Menakjubkan, bukan?

Bill Gates atau nama sebenarnya William H Gates, adalah Pengerusi dan Ketua
Arkitek Perisian untuk Microsoft Corporation, satu nama gergasi yang tidak asing lagi
di dalam industri IT.

Beliau dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Amerika Syarikat. Bapa beliau,
William H Gates II bekerja sebagai peguam manakala ibunya, Mary Gates ialah
seorang guru sekolah, juga menjadi Penaung University of Washington serta
Pengerusi United Way International.

Bill Gates memulakan persekolahannya di sebuah sekolah awam dan Private


Lakeside School. Beliau memulakan kerjaya sebagai pengaturcara aplikasi perisian
komputer dalam usia 13 tahun. Dalam tahun 1973, Bill telah melanjutkan pelajaran
di Harvard University. Di sana, beliau telah berjaya mencipta bahasa pengaturcaraan
BASIC untuk komputer mikro pertama (The MITS Affair).

Namun begitu, Bill telah berhenti daripada meneruskan pelajarannya dalam tahun
1975 kerana ingin menumpukan perhatian kepada syarikat Microsoft yang
ditubuhkan bersama rakannya, Paul Allen. Beliau mengambil tindakan nekad itu
kerana percaya bahawa teknologi komputer peribadi akan menjadi satu keperluan
untuk pejabat dan juga di rumah. Justeru itu, beliau mula membangunkan pelbagai
aplikasi perisian untuk komputer peribadi tersebut.

Semenjak itu, nama Microsoft semakin popular di kalangan pengeluar komputer


peribadi dan kini, aplikasi perisian Microsoft yang dibangunkan oleh Bill Gates seperti
Windows, Windows 95, Office 97 Windows 98 dan yang terbaru, Office 2000 menjadi
pilihan utama para pengguna komputer di seluruh dunia, sama ada PC atau
Macintosh.

Syarikat Microsoft menjadi syarikat kedua terkaya di dunia dengan perolehan


sebanyak AS$19.75 bilion untuk tahun berakhir pada Jun 1999, dengan memiliki
seramai 34,000 kakitangan di 60 negara di seluruh dunia.
Bill Gates yang kini berusia 45 tahun telah berkahwin dengan Melinda French Gates
dan mempunyai seorang anak perempuan, Jennifer Katharine Gates, 4 tahun dan
seorang anak lelaki, Rory John Gates, 1 tahun. Hobi Bill Gates ialah membaca,
bermain golf serta "bridge".

Beliau juga aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan. Melalui Bill and Melinda Gates
Foundation, Bill dan isterinya telah menyumbangkan lebih AS$17 bilion untuk daya
usaha pendidikan dan kesihatan global, serta projek komuniti yang melibatkan IT.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Bill Gates, sila lawat
hompej beliau di alamat www.microsoft.com/billgates/ dan bacalah hasil penulisan
dan cetusan fikiran beliau tentang IT serta bagaimana ia akan merubah gaya hidup
manusia pada masa akan datang.

Artikel ini dipaparkan sebagai salah satu pencetus motivasi kepada para remaja.
TeenNet menasihatkan anda agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan. Bagi remaja yang berminat dan berangan-angan untuk menjadi "Bill
Gates Malaysia" yang pertama, TeenNet mengucapkan selamat berjaya! Remaja
Boleh!

APA ITU VIRUS KOMPUTER?


Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang
pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat
penyebaran. Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian
daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer.

Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?


Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti
"H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah
sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau
cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat
salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain. Akhir sekali, kedua-duanya
boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang
terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi
tidak begitu."

Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan
hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang
dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia
komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan
pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu,
kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan
lagi penyebaran virus makro.

Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau
mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.

BAGAIMANA HENDAK MENGESAN VIRUS?


Virus-virus baru dibangunkan setiap hari. Teknik-teknik baru mungkin menjadikan kaedah
pencegahan yang wujud tidak memadai. Satu-satunya kenyataan yang benar tentang virus
dan anti-virus ialah, "tidak ada kawalan yang sebenar-benarnya." Walaubagaimanapun, kita
boleh meminimakan kerosakan dengan mengenalpasti jangkitan virus sebelum ia memindah
keluar segala "muatannya." Berikut adalah beberapa langkah untuk mengesan jangkitan
virus:
         Perhatikan apa-apa perubahan pada kelakuan (perjalanan) mesin. Mana-mana
tanda berikut mungkin adalah tanda-tanda kegiatan virus:
         Masa yang lama daripada biasa diambil bagi melaksanakan sesuatu program
         Pengurangan mendadak sistem memori yang tinggal atau ruang cakera

         Perisian anti-virus memori-tetap boleh digunakan bagi memantau virus komputer
secara berterusan.

         Imbas cakera keras anda dengan perisian anti-virus. Anda perlu pastikan bahawa
pengenalan virus terkini telah di masukkan dan anda perlu kemaskinikan pengenalan
tersebut sekurang-kurangnya sekali sebulan.

         Gunakan perisian anti-virus berasaskan pelayan (server-based) untuk melindungi


rangkaian komputer anda. Anda juga perlu memikirkan untuk menggunakan perisian
anti-virus berasaskan aplikasi (application-based) untuk lebih melindungi komputer
anda.

BAGAIMANA HENDAK MENGHAPUSKAN VIRUS?


Virus komputer wujud dalam pelbagai bentuk dan boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan
terhadap sistem anda. Mujurlah, kebanyakan virus boleh diuruskan dengan mudah dan
kaedah berkesan untuk menghapuskannya dicipta sebaik sahaja virus-virus dapat dikesan.
Jika anda fikir komputer anda telah dijangkiti, ambil langkah yang perlu untuk
membersihkan sistem anda dan mengelakkannya daripada menjangkiti komputer lain.

Langkah-langkah yang perlu


1.        Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian
pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian
berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-
kurangnya dapat mengenalpasti virus.

2.        Cari maklumat di internet berkenaan virus yang telah anda kenalpasti tadi dengan
menaip nama virus atau file yang berkaitan pada ruangan di enjin pencari, diikuti
dengan perkataan"virus". Contohnya, "Melissa virus", "BubbleBoy virus" dan
sebagainya.

3.        Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches)
atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut.
Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.

4.        Jalankan pengimbas virus lain untuk memastikan virus berkenaan telah diuruskan
sebagaimana sepatutnya.

Langkah-langkah yang perlu


Jika anda fikir komputer anda telah dijangkiti melalui virus email yang merebak dengan
sendirinya melalui buku alamat email, hubungi orang yang berkenaan dan beritahu
mereka agar tidak membuka mesej atau kepilan tersebut.

Amaran
Elakkan menghantar mana-mana email sehingga anda telah menghapuskan virus
dengan betul. Banyak virus boleh mengepilkan dirinya bersama mesej keluar tanpa
pengetahuan anda, mengakibatkan anda tanpa sengaja telah menyebarkan virus ke
komputer rakan dan teman sekerja anda.
BAGAIMANA HENDAK MENGAWAL KOMPUTER DARIPADA
DIJANGKITI VIRUS?
Jika anda mengesyaki komputer anda mungkin dijangkiti virus, ambil langkah-langkah yang
perlu bagi membersihkan sistem komputer anda dan elakkan daripada menjangkiti
komputer lain.

Langkah-langkah yang perlu


1.        Berhati-hati dengan disket dan fail yang anda terima daripada orang lain.

2.        Jangan mengulang guna disket yang telah digunakan di komputer lain.

3.        Jangan pindah turun fail dari laman web yang tidak selamat dan jangan buka
kepilan (attachment) email sebelum anda memeriksanya terlebih dahulu. Berhati-
hati terhadap mesej dan lampirannya (walaupun dihantar oleh orang yang anda
kenali), dengan tajuk kandungan yang tidak jelas maksudnya, contohnya, "Check
this" atau "See these pics!!!"

4.        Dapatkan program antivirus untuk lebih selamat berkongsi disket, memindahturun
fail dari internet dan membuka lampiran email.

5.        Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian
pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian
berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-
kurangnya ia dapat mengenalpasti virus.

6.        Cari maklumat di internet berkenaan virus yang telah anda kenalpasti tadi dengan
menaip nama virus atau fail yang berkaitan pada ruangan di enjin pencari, diikuti
dengan perkataan "virus". Contohnya, "Melissa virus", "BubbleBoy virus" dan
sebagainya.

7.        Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches)
atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut.
Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.

8.        Jalankan pengimbas virus lain untuk memastikan virus berkenaan telah "diuruskan"
sebagaimana sepatutnya.
9.        Ambil langkah berjaga-jaga apabila anda menerima kepilan yang biasanya diakhiri
dengan .doc, .exe, .com, .xls atau .ppt. Jangan sekali-kali membuka kepilan
yang berakhir dengan .vbs atau .js, - tiada sebab untuk anda membuka fail-fail
ini. Selain itu kepilan "anniv.com" telah dikenalpasit menyebarkan virus Melissa,
JANGAN buka, segera HAPUSKANnya. Jika kepilan atau mana-mana dokumen yang
dijangkiti dibuka, ia akan menghantar salinan dirinya sendiri kepada senarai 50
alamat pertama yang tersenarai dalam buku alamat Microsoft Outlook "mangsa".

Panduan

         Pastikan tiada yang anda perlukan di dalam disket yang anda ingin formatkan.

BAGAIMANA HENDAK MENGHINDARI SERANGAN VIRUS?


Latihan kawalan pengkomputeran berikut adalah langkah berkesan untuk melindungi
komputer anda daripada diserang virus:
1.        Hargai dan Hormati Hakcipta
Hindari daripada menggunakan perisian tiruan dalam apa juga keadaan.

2.        Pasang Perisian Anti-Virus


Pasang perisian anti-virus untuk melindungi mesin anda dan pastikan fail
tandatangan (signature) yang terkini telah dimasukkan. Anda perlu kemaskini
tandatangan virus sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari bekerja.

3.        Kerap Membuat Salinan


Selalulah membuat salinan aturcara dan data anda. Membaikpulih menggunakan
salinan adalah langkah yang paling selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas
diserang virus.

4.        Imbas Virus Secara Harian (setiap hari)


Jadualkan untuk membuat imbasan setiap hari bagi mengesan virus. Jadual imbasan
boleh dilakukan pada waktu bukan puncak, seperti sewaktu rehat tengahari atau
selepas tengah malam.

5.        Periksa Kepilan Email


Berwaspada terhadap virus yang datang sebagai kepilan email daripada punca yang
tidak dapat dikenalpasti. Ada virus ulat (worm) yang boleh menyamar sebagai
ucapan selamat atau perayaan. Jangan buka sebarang kepilan sehingga anda benar-
benar pasti apa isi kandungannya.

6.        Periksa Fail Yang Dipindahturun


Periksa cakera liut dan fail yang dipindahturun dari internet (terutama dari punca
yang tidak diketahui) menggunakan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.

7.        Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah Dijangkiti


Jika komputer anda telah dijangkiti oleh virus komputer, semua aktiviti
menggunakan komputer tersebut mesti dihentikan - mulakan proses penghapusan
virus. Meneruskan penggunaannya akan membantu virus merebak dengan lebih giat.

MENERIMA EMAIL YANG DIJANGKITI VIRUS


- Apa yang harus dilakukan?
Virus komputer mudah dipindahkan menerusi email. Terdapat virus mengepilkan dirinya
sendiri bersama mesej keluar tanpa disedari langsung kewujudannya oleh si pengirim. Jika
anda telah menerima email yang mengandungi virus dan ingin mengelakkannya daripada
merebak, maklumkan kepada di penghantar mesej tersebut selepas mengawalpulihara
komputer anda sendiri.

Langkah-langkah yang perlu


1.        Catat alamat email orang yang menghantar mesej tersebut.

2.        Padam/buang mesej tersebut dan fail kepilannya.

3.        Jalankan pengimbas virus di komputer anda.

4.        Ambil mana-mana langkah yang sewajarnya bagi menghapuskan virus.

5.        Hantar mesej kepada orang yang menghantar virus, beri peringatan bahawa
komputernya telah dijangkiti virus.
Panduan
         Kaedah penghapusan virus berbeza bagi virus yang berlainan. Cari di internet
maklumat tentang virus yang anda ingin tahu.

         Jika orang yang menghatar virus kepada anda bukanlah dari kalangan mereka yang
arif mengenai komputer, anda boleh memasukkan pautan ke laman yang berkaitan
maklumat virus supaya dia dapat mencari sendiri maklumat berkenaan virus yang
diingini dan bagaimana untuk menghapuskannya.

MEMILIH PERISIAN PERLINDUNGAN VIRUS


Kebanyakan komputer model baru dan jenama utama telah siap dipasang dengan program
anti-virus yang baik. Namun jika anda belum memilikinya, sedangkan anda menggunakan
internet atau berkongsi fail atau disket, anda memang memerlukannya!

Langkah-langkah yang perlu


1.        Beli salah satu daripada program anti virus yang utama, seperti Symantec's, Norton
Anti-Virus, McAfee VirusScan, Quartedeck ViruSweep, atau Dr. Solomon's Anti-Virus.
Pengeluar-pengeluar utama ini boleh diharapkan untuk mengeluarkan program
kemaskini yang bersesuaian dengan virus terbaru, mengikut jangkamasa tertentu
yang telah ditetapkan.

2.        Lihat ulasan dan pemeringkatan (rating) yang telah dibuat di internet dan dalam
majalah-majalah komputer bagi memudahkan anda memilih mengikut keperluan dan
keupayaan komputer anda sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

3.        Pindahturun perisian kongsi (shareware) aturcara anti-virus - jika anda tidak
mampu mendapatkan aturcara anti-virus secara komersil.

4.        Belanjakan tidak lebih daripada RM200 untuk mendapatkan aturcara anti-virus
komersil.

5.        Buat penilaian terhadap terma-terma menaik taraf (upgrade) aturcara anda
sebelum membelinya. Kebanyakan pengeluar menawarkan naik taraf secara
percuma yang boleh mengesan virus yang baru dicipta.
Panduan
         Aturcara anti-virus biasanya dijual secara bergabung bersama penggunaan
(application) dan utiliti - ditawarkan secara diskaun berbanding membelinya secara
berasingan.

         Pastikan aturcara anti-virus anda sentiasa terkini bagi mengelakkan komputer anda
menjadi mangsa virus-virus ciptaan terbaru. Penjenayah komputer sentiasa
mencipta pelbagai kaedah untuk merosakkan komputer menggunakan virus.

Read more: http://blogs.myspace.com/wanyuzie#ixzz0udFm1BJ5

Anda mungkin juga menyukai