Anda di halaman 1dari 27

BAB 3

PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER

3.1

PENGENALAN

Perkakasan komputer atau dikenali sebagai hardware merupakan semua bahagian fizikal yang terdapat di dalam dan di luar komputer termasuk aksesori komputer. Secara amnya perkakasan yang asas bagi sesebuah komputer adalah terdiri daripada : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Papan induk (Motherboard) Kabel IDE, SATA dan Floppy. Monitor RAM (Random Access Memory) Prosessor Papan kekunci Tetikus

31

31

3.2

LANJUTAN KOMPUTER:

MAKLUMAT

BERKENAAN

PERKAKASAN

3.2.1 Pemprosesan Komputer

Sebuah pemprosesan atau CPU bertanggunjawab untuk menangani setiap arahan program di dalam PC. Pemprosesan yang lebih pantas juga meningkatkan keseluruhan prestasi sistem baru. Bagaimana pemilihan pemprosesan yang lebih pantas juga meningkatkan keseluruhan prestasi sistem baru. Bagaimana pemprosesan yang lebih pantas boleh meningkatkan kos sistem sehingga beberapa ratus ringgit.

Kepantasan CPU diukur dalam unit megahertz (Mhz) atau gigahertz (Ghz). Tahap kepantasan CPU amat penting apabila menangani aplikasi yang berintensifkan CPU, seperti aplikasi multimedia dan permainan komputer khususnya yang berbentuk aksi atau simulasi penerbangan. Tugas rutin yang lebih banyak seperti pemprosesan kata atau peluncuran Web, tidak begitu mendapat manfaat daripada CPU yang lebih pantas.

Terdapat beberapa family apabila menentukan spesifikasi sesebuah PC baru seperti Intel Pentium III, Pentium IV, Celeron, AMD Athlon atau Duron. CPU Intel Pentium IV atau AMD Athlon diantara prestasi termaju. Peringkat asas sistem Pentium III pula bermula dengan 9Mhz hingga 1.2Ghz. Kepantasan ini adalah ideal tetapi ramai ingin memilih sistem dengan CPU Pentium IV dari 1.3Ghz hingga 2.0Ghz.CPU Athlon pula menawarkan tingkat kelajuan yang sedikit berbeza dan sehingga 1.4Ghz sudah terdapat pada ketika ini. Manakala CPU Athlon XP kini telah mencapai 2100+.

32

PC yang dibina bersama CPU Intel Celeron atau AMD Duron diantara PC yanag berharga lebih rendah. Celeron bermula kira-kira 700Mhz dan meningkatkan pada 1.3Ghz julat CPU Duron Mhz hingga 1.2Ghz dan sistem dengan CPU 800Mhz jiga sudah ada ketika ini.

Famili CPU ini akan menggunakan slot atau soket yang berbeza untuk dihubungkan pada papan induk PC dan ia tidak boleh saling ditukar ganti. Misalnya jika membeli sistem Celeron atau Duron ia tidak boleh meningkatkan upaya kepada Pentium III atau Athlon.

Pentium IV bermula dari 1.3Mhz hingga 2.4Ghz. Biasanya sistem ini menggunakan cipset baru i850 yang menyokong memori Rambus saluran tergendala. Malah sistem Pentium IV 1.5Ghz suatu ketika dikatakan pernah berada di belakang sistem Athlon 1.3Ghz dalam ujian tertentu kecuali ujian multimedia Quake III. Ini juga bermakna bahawa sistem dengan Pentium IV, tidak semestinya pilihan yang terbaik. Jika ingin memilih sistem berjenama yang mengikut perkembangan semasa, kita boleh memilih mana-mana vendor yang banyak menawarkan pilihan yang sesuai.

Rajah 3.2.1 Pemprosesan komputer

33

3.2.2 Papan Induk (Motherboard)

Papan sistem atau papan induk merupakan papan litar yang paling besar dan paling utama dalam sistem rangkaian komputer. Ia biasanya mengandungi punca sambungan slot yang membolehkan litar atau kad sambungan sipasang padanya.

Biasanya papan induk merupakan pusat yang menghubungkan serta menjadi tapak bagi Unit Kawalan Pusat atau Pemprosesan Mikro (CPU), BIOS, ingatan utama (memory), antaramuka storan, liang selari (serial dan parallet port), slot tambahan (expansion slot) dan pelbagai pengawal (controller) yang diperlukan bagi mengawal pearanti utama seperti skrin paparan (monitor), papan kekunci (keyboard), pemancu (driver) dan sebagainya.

Buat masa ini terdapat pelbagai jenis dan jenama papan induk yang terdapat di pasaran. Antara yang popular antaranya ialah Gigabyte, ASUS, Abit, Thunderbord, Regit, Raffles dan sebagainya. Walaupun jenama memainkan peranan penting juga bagi menetukan kualiti, keistimewaan serta tahap keupayaan sesebuah papan induk, namun terdapat faktor-faktor lain yang juga penting dan sewajarnya diberi perhatian semasa papan induk bagi kegunaan sistem. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian antaranya jenis dan kuasa maksimum CPU yang disokong olehnya, jenis RAM serta jumlah slot yang disediakan (ISA,EISA,PCI,AGP dan sebaginya) serta kedudukan setiap satunya pada papan induk.

34

Papan induk juga turut memberi kesan atau pengaruh kuasa pemproses mikro yang mampu digunakan oleh sesebuah sistem komputer. Contohnya, sekiranya papan induk yang digunakan hanya mampu menampung kuasa pemproses mikro sepantas sehingga 600Mhz sahaja, maka walaupun pemproses mikro sepantas 933Mhz digunakan padanya ianya tidak akan mempengaruhi kepantasan komputer ke tahap 933Mhz sepertimana yang dikehendaki. Kemungkinan besar juga pemprosesan mikro tersebut tidak boleh digunakan langsung pada papan induk.

3.2.2 Papan Induk

35

3.2.3 Cakera Keras

Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan pointer membaca, menulis dan memdam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini disimpan di dalam satu bekas kedap bagi mengelakkan dari debi, habuk dan sebaginya.

Peranan peranti adalah cukup besar kerana ia menyimpan pelbagai memori program dan arahan untuk membolehkan sesebuiah PC berfungsi. Misalnya apabila PC perlu memanggil sesebuah program atau arahan untuk dimuatkan ke dalam memori sistem, maka maklumat yang dikendaki akan ditarik daripada ruang cakera keras. Berlainan pula dengan data yang hendak disimpan kerana ia akan ditulis pada ruang cakera keras tersebut.

Pemacu cakera keras juga berfungsi menempatkan sistem operasi(OS), aplikasi dan semua fail-fail. Aplikasi modem bersaiz seperti Windows XP memerlukan 1GB manakala fail-fail MP3 boleh menelan 5MB dengan mudah. Cakera keras yang bersaiz besar adalah lebih baik.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pengerakkanya cermat. Kedua, semasa operasi penutupan yang megejut boleh membantu menambahkan kerosakkan permukaan piring yang popular dengan panggilan bad sector atau sector rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh dibaiki sehingga akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan

36

cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan menjadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat, pastikan kedudukannya di dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah dengan kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan padu.

Rajah 3.2.3 Cakera Keras

37

3.2.4 Ingatan Komputer

Ingatan utama ialah kawasan storan yang digunakan semasa komputer kita dihidupkan. Ianya hanyalah besifat sementara. Ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Cache dan RAM. RAM dan kemampuan yang berbeza. itu sendiri dapat dibahagikan kepada

bahagian seperti DRAM, SRAM, EDO dan SDRAM. Setiap satu mempunyai fungsi

Di dalam sesebuah komputer, data akan disimpan buat sementara waktu dengan mengikut aplikasi yang digunakan. Apabila menaip dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan, kita akan dapat melihat pada skrin komputer bahawa data yang kita taip akan disimpan buat sementara waktu didalam RAM. Setiap perkataan akan diproses mengikut cara yang berbeza.

RAM adalah singkatan kepada RANDOM ACCESS MEMORY atau didalam Bahasa Malaysianya ialah Ingatan Capaian Rawak. Di dalam RAM terdapat beriburibu perintang atau mungkin juga berjuta-juta (bergantung kepda saiz).

Semasa kita menggunakan sesuatu perisian, ingatan akan melakukan tugastugas seperti menyimpan data dan membenarkan data untuk memanggil atau digunakan semula. Apabila bekalan elektrik terputus, semua data yang disimpan akan dibersihkan. Oleh kerana itulah RAM akan cepat berubah atau membuat perubahan berbanding dengan ROM di mana data tersebut hnaya boleh dibaca sahaja. Contoh yang paling mudah ialah CD-ROM dimana data hanya boleh dibaca sahaja dari CD tersebut dan tidak boleh dipadam.

38

Rajah 3.2.4 RAM

3.2.5 Monitor

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.

Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya, lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.

39

Rajah 3.2.5(a) Monitor CRT

Rajah 3.2.5(b) Komputer LCD

3.2.6 Papan Kekunci

Papan kekunci atau keyboard biasanya menyerupai mesin taip tradisional dan sering digunakan untuk menaip perkataan, memberi arahan dan memasukkan data. Antara jenis papan kekunci yang popular antaranya adalah papan kekunci jenis QWERTY yang dinamakan berdasarkan 6 aksara pertama yang berada di barisan atas papan kekunci.

Papan kekunci biasanya mempunyai di antara 85 sehingga 120 kekunci yang mewakili aksara, nombor, askara istimewa, kekunci fungsi dan pelbagai arahan komputer yang lain. Jumlah kekunci yang ada pada sesebuah papan kekunci adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis sistem komputer yang digunakan. Komputer peribadi jenis desktop biasanya mempunyai diantara 101 hingga 104 kekunci. Komputer yang lebih kecil biasanya seperti komputer bimbit (Laptop atau notebook) pula biasanya kurang berbanding dengan komputer jenis desktop. Terdapat juga sistem komputer yang menyediakan papan kekunci istimewa yang mempunyai pelbagai kekunci tambahan terutamanya bagi tujuan multimedia atau memainkan elemen-elemen audio-visual dan juga bagi peneroka internet.

40

Papan kekunci disambungkan kepada sesebuah sistem komputer melalui beberapa kaedah. Antaranya melalui penggunaan plug besar, plug kecil dan kadang kala wujud juga papan kekunci yang tidak memerlukan sebarang plug. Plug besar juga dikenali sebagai DIN Connector yang merupakan sejenis sambungan liang bersiri (serial port) yang khas untuk sambungan papan kekunci komputer. Plug kecil atau mini DIN pula merupakan sejenis sambungan yang hampir sama dengan sambungan yang digunakan oleh tetikus (mouse).

Jenis-jenis papan kekunci :

i.

Papan kekunci jenis spring Papan kekunci jenis membrane

ii.

Jenis-jenis kekunci :

i. ii. iii. iv.

Esc Kekunci Microsoft Windows Kekunci Ctrl dan Alt Kekunci Fungsi

Rajah 3.2.6 Papan Kekunci


41

3.2.7 Tetikus

Tetikus merupakan peranti masukan mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Ia bergerak berdasarkan pergerakkan bebola dibahagian bawahnya. Dengan setiap pergerakkan penunjuk di skrin pula, kursor tetikus akan ditempatkan pada arahan yang berkenaan dan butang pada tetikus perlu di klik. Tetikus biasanya mempunyai 1 sehingga 3 butang (button) dan setiap butang mempunyai peranan sendiri.

Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:

y y y y

Tetikus bebola dengan wayar. Tetikus bebola tanpa wayar. Tetikus optik dengan wayar. Tetikus optik tanpa wayar.

Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu:

1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa. 2. Dwiklik ( Double click ) untuk membuka dokumen atau memulakan program. 3. Klik kanan ( Right click ) untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.

42

4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Rajah 3.2.7 Tetikus

3.2.8 Unshielded Twisted Pair (UTP-CAT5) Cable

UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibility dan realibiiliti dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkain UTP adalah lebih reliable jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub atau switch banyak membantu dalam memperbaiki data errors dalam sambunganya.

43

Selain itu, UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian down jika salah satu komputer disambungkan cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network down hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak). Dari segi sejarah awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat3 ini hamper sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.

Rajah 3.2.8 Unshielded Twisted Pair (UTP Cat 5) Cable

44

3.2.9 CD-Rom & DVD-Rom

Pemacu CD-ROM sekarang sudah menjadi kemestian untuk semua komputer bagi menjalankan aplikasi-aplikasi yang dating dalam bentuk CD-ROM. Muatan storan CD-ROM sebanyak 650MB pelbagai data atau 74 minit audia bersamaan 450 keping disket. Pemacu CD-ROM kini dalam kelajuan setinggi 52X yang bererti penghantaran data sepantas itu. Kelajuan 1X (kilobyte per second) dan bererti pemacu CD-ROM 52X ialah 7800KBps. Walau bagaimanapun pemacu bary DVDROM (digital versatile disc-read only memory). Telah mula mengambil tempat yang dapat membaca storan sehingga tujuh kali ganda dari CD-ROM biasa. Pemacu tersebut Cuma dapat membaca cakera keras DVD-ROM sahaja melainkan dibuat untuk membaca CD-ROM dan DVD-ROM.

Jika tidak mahu menggunakan pemacu CD-ROM biasanya pemacu CDR/RW boleh digunakan. Ia juga boleh mencipta CD-ROM dan CD muziknya sendiri atau menggunakan cakera optikal yang boleh dipadam seperti cakera keras selain membaca CD dan CD-ROM dengan baik.

Pemacu CD-R/RW juga merupakan kelengkapan stardart untuk PC moden. Ia juga pilihan yang sesuai untuk penyimpanan (backup) hasil kerja, pembangunan, persembahan sebagai arkib maklumat dan foto atau penyimpanan fail-fail besar yang ingin ditukarkan. Berbeza dengan CD-RW, pemacu DVD-ROM (mampu memegang data hingga 10GB)dan movie DVD. Bagaimanapun ia tidak boleh merakam data.

Ukuran kepantasan antaramuka pemacu CD adalah berasaskan kepada kelajuan pemacu disket tradisi dari 150K persaat. Misalnya CD-ROM 24X memindahkan data pada kadar 3.600K per saat (150K didarabkan dengan 240)

45

Pemacu CD-R/RW pula mungkin ada tiga kelajuan seperti 32X/10X/40X. y y y Pertama : kelajuan menulis pada media CD-R Kedua : kelajuan menulis pada media CD-RW Ketiga : kelajuan pemacu itu membaca CD

Biasanya lebih besar angka maka lebih pantaslah pemacu tersebut. Pemasangan pemacu CD-R/RW juga mudah kerana ia hanya perlu dihubungkan kepada contoller pemacu PC yang sedia ada.

Pemacu DVD-ROM pula hanya boleh membaca cakera keras, jadi Cuma satu angka prestasi sahaja diletakkan seperti 12X. Prestasinya mungkin bermula dari 2.5X untuk membaca DVD sehingga 17X untuk membaca CD kerana angka yang ditunjukan adalah purata perlu diingati video DVD.

Jadi ini bergantung kepada PC yang dibeli. Malah sebuah kad decoder MPEG-2 (berasingan dengan cpu sendiri) mungkin perlu untuk memainkan movie DVD tanpa menjejaskan bebingkai dan gangguan lain. Sesetengah pembuat PC mengurangkan kos dengan membebankan program perisian decoding. Kualiti main semula mungkin cukup baik, jika PC memiliki CPU dan cakera keras yang pantas selain banyak RAM.

Namun proses decoding video yang lancar sukar dihasilkan sekiranya anda menjalankan apa-apa aplikasi di belakangnya. Sekiranya pengguna benar-benar ingin memainkan movie DVD menggunakan PC maka mereka wajar memilih kad decoder MPEG yang turut dilengkapi dengan sambungan TV.

46

Rajah 3.2.9 CD-ROM

3.2.10 Pemacu Cakera Liut

Pemacu cakera (disk drive) merupakan alat yang memegang cakera bagi membolehkan data dibaca atau ditulis kepadanya. Biasanya setiap komputer mempunyai satu atau dua ditulis kepadanya. Biasanya setiap komputer mempunyai satu atau dua pemacu cakera liut. Sekiranya komputer hanya mempunyai satu pemacu cakera, pemacu tersebut biasanya dinamakan drive A. Sekiranya terdapat dua pemacu cakera keras, pemacu yang kedua biasanya dinamakan drive B.

Apabila sesuatu cakera liut dimasukkan ke dalam pemacu,ianya akan menekan satu alat yang dinamakan level. Level yang pertama akan membuka sliding shutter yang menjadi penutup plastic mylar di dalam cakera keras (plastic mylar berupa sekeping plastic hitam yang dapat diperhatikan di dalam cakera keras. Ia merupakan lokasi dimana data disimpan).

47

Satu siri level, gear dan spring kecil di dalam pemacu kemudiannya akan menggerakkan kepala baca/tulis menyentuh mylar tadi, satu pada setiap permukaan cakera. Kepala baca/tulis ini merupakan seperti jarum electromagnet yang menggunakan denyut magnetic bagi menukar orentasi atau kedudukan partikal magnetic yang ada pada sesebuah cakera.

Stepper Motor pula akan memutarkan bar yang mempunyai potongan slot spiral (sem-bulatan). Tangan atau pemegang yang bersambung dengan kepala baca/tulis kemudiannya berehat dalam potongan slot spiral tadi. Apabila bar diputarkan, pemegang juga akan turut berputar kehadapan dan kebelakang serta memperbetulkan kedudukan kepala baca/tulis pada cakera. Stepper Motor akan berputar mengikut arah yang disignalkan oleh papan litar.

Papan litar pada pemacu cakera menerima data dan arahan untuk menulis pada cakera dari papan pengawai pemacu (drives controller board). Papan litar ini akan menterjemahkan arahan kepada signal yang mengawal pergerakkan cakera dan juga kepala baca/tulis.

Rajah 3.2.10 Pemacu Cakera Liut

48

3.2.11 Bekalan Kuasa (Power Supply)

Semua kuasa elektrik memasuki kedalam komputer melalui kotak besi yang tertutup. Di dalamya transformer menukar arus yang datang dari bekalan kuasa di luar atau soket ditembok kedalam voltan-voltan dan pengaliran arus yang diperlukan oleh beberapa bahagian komputer. Kesemua komponen-komponen yang dipasang di papan induk saperti alat cakera padat, alat pemacu liut dan pengerak cakera keras mendapatkan bekalan kuasa melalui kabel-kabel berwarna yang terdapat dikotak bekalan kuasa tersebut.

Rajah 3.2.11 Bekalan Kuasa 3.2.12 Pencetak (Printer)

Pencetak merupakan peranti keluaran yang membolehkan pengguna mendapatkan salinan dalam bentuk fizikal dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna. Selain ini boleh jadi dalam bentuk kertas bercetak, transparensi dan sebagainya. Setiap hasil cetakan ini juga sering dipanggil salinan keras (hard copy).

49

Pencetak boleh dikategorikan berdasarkan kaedah yang digunakan olehnya bagi mencetak dan juga jenis hasil yang boleh dikeluarkan. Harganya juga berlainan dari satu jenis ke satu jenis. Antara jenis pencetak yang popular ialah pencetak matrik bintik (dot matrix), semburan dakwat (ink-jet), semburan gelembung (bubblejet) dan laser.

1. Pencetak Matrik Bintik (Dot-Matrix Printer)

Pencetak matrik bintik (dot matrix printer) amat popular sekitar tahun 1990an walaupun ianya mengeluarkan bunyi yang agak bising semasa operasi mencetak. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan sepertimana sekarang. Pencetak matrik bintik ini biasanya menggunakan kertas komputer khas yang berlubang-lubang di bahagian tepi kiri dan kanannya. Pencetak ini juga boleh menggunakan kertas taip yang biasa.

Pencetak matrik bintik membentuk aksara berdasarkan konsep tekanan atau hentaman di antara riben yang mempunyai karbon dengan pin huruf terhadap kertas cetakan. Biasanya pencetak jenis ini akan menghasilkan sesuatu hasil cetakan berdasarkan kombinasi titik-titik halus pada teks atau grafik yang dicetak.

Terdapat dua jenis pencetak matrik bintik yang popular iaitu sama ada pencetak 9 pin atau pencetak 24 pin. Pencetak 9 pin menghasilkan kualiti cetakan dalam bentuk draf (kurang jelas) manakala pencetak 24 pin pula mampu menghasilkan cetakan yang lebih bermutu tinggi. Ini adalah kerana dengan pencetak 24 pin, titik-titik halus yang terbentuk adalah lebih rapat jaraknya daripada yang dicetak oleh pencetak jenis 9 pin. Dalam erti kata lain kualiti cetakan adalah bergantung kepada jumlah pin pada kepala pencetak (print head) yang digunakan.

50

Rajah 3.2.12 Printer Dot-Matrik

2. Pencetak Semburan Dakwat / Gelembung Dakwat (Ink-jet /Bubble-jet)

Pencetak semburan dakwat atau gelembung dakwat merupakan teknologi baru yang menyebabkan pencetak matrik bintik semakin diketepikan. Pencetak jenis ini semakin digemari ramai berbanding dengan pencetak matrik bintik

memandangkan ianya lebih pantas, senyap dan mampu memberi hasil cetakan yang lebih baik berbanding pencetak matrik bintik.

Pencetak jenis ini juga mampu menghasilkan cetakan berkualiti tinggi dengan kadar yang lebih murah dan menyebabkan ianya amat sesuai untuk kegunaan peribadi. Ianya juga agak popular memandangkan ianya mampu memberikan hasil cetakan yang kelihatan lebih kemas dan professional berbanding pencetak matrik bintik.

Pencetak teknologi ini bekerja berdasarkan konsep semburan atau pancutan dakwat melalui lubang halus ke atas helaian kertas. Kepala pencetak biasanya bersambung kepada bekas dakwat yang digunakan. Kertas yang baru dicetak harus

51

dipastikan kering dakwatnya terlebih dahulu sebelum boleh disentuh. Ini menyebabkan pencetak jenis ini sesuai digunakan bagi kegunaan individu tetapi kurang sesuai digunakan bagi tujuan mencetak dokumen-dokumen penting kerana ianya agak sensitif terhadap air atau kelembapan.

Pencetak jenis ini boleh mencetak sama ada dalam keadaan hitam putih mahupun warna. Pencetak semburan/gelembung dakwat ini juga mampu

menghasilkan hasil cetakan dengan kelajuan di antara 1 hingga 10 halaman bagi setiap minit (ppm). Kualiti imej yang mampu dihasilkan pula dalam lingkungan 180 hingga 720 dots per inch (dpi) atau lebih tinggi bergantung kepada arus perkembangan teknologi semasa. Misalnya, pencetak jenis semburan dakwat atau gelembung dakwat yang dikeluarkan pada Januari 2001 telah mampu mencetak dengan resolusi setinggi 2400 X 1200 dpi dan kelajuan 10 hingga 15 halaman seminit.

Rajah 3.2.13 Pencetak Ink-Jet/Bubble-Jet

3. Pencetak Laser

Pencetak laser menggunakan teknologi yang sama seperti mana mesin fotokopi dan ianya mencetak dengan menggunakan pancaran laser. Mutu cetakannya
52

adalah berkualiti tinggi dan ini menyebabkan ianya menjadi pilihan utama untuk kegunaan di pejabat-pejabat, organisasi, institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang mementingkan rupa dan kualiti dokumen yang kemas, menarik, tahan lama dan berkualiti tinggi.

Pencetak laser bekerja dalam keadaan yang senyap tetapi pantas. Pencetak laser yang paling rendah keupayaannya mampu mencetak sehingga 4 halaman yang dipenuhi teks dalam masa satu minit. Pencetak laser yang lebih berkeupayaan tinggi mampu mencetak sehingga lebih daripada 25 halaman dalam masa seminit. Hasil cetakannya juga amat memuaskan dengan kualiti imej dari 300 hingga 1800 dots per inch (dpi). Namun demikian, masalah utama pencetak jenis laser ialah harganya yang lebih mahal dari pencetak jenis lain.

Rajah 3.2.14 Pencetak Laser

4. Printer Plotter

Printer plotter digunakan untuk printer grafik yang menggambar dengan menggunakan pena-pena tinta, plotter juga merupakan perangkat output pertama

53

yang mampu mencetak gambar berukuran gambar sebesar gambar arsitektur dan engineering.

Rajah 3.2.15 Printer Plotter

3.2.13 Pengimbas (Scanner)

Data seperti teks dan grafik boleh juga dimasukkan ke dalam sesebuah sistem komputer melalui penggunaan pengimbas. Kaedah ini lebih pantas berbanding dengan proses menaip atau melukis semula sesuatu bahan yang sedia ada. Peranti Pengimbas juga merujuk kepada alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara atau nombor, lukisan dan gambar foto dalam bentuk tradisional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer.

i. Pengimbas Imej ( Image Scanner)

Pengimbas Imej digunakan terutamanya dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran

54

kepada bentuk digital. Terdapat empat jenis pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.

ii. Pengimbas Rata (Flatbed Scanner)

Pengimbas rata berfungsi hampir sama seperti mesin salinan pendua (Photostat machine) tetapi ia menghasilkan salinan digital untuk kegunaan komputer berbanding salinan kertas tradisional oleh mesin salinan pendua. Pengimbas rata mampu mengimport keseluruhan mukasurat dalam satu masa dan menghasilkan salinan yang jelas sepertimana salinan asal.

Rajah 3.2.16 Pengimbas Rata

iii. Pengimbas Foto (Photo Scanner)

Pengimbas foto merupakan sejenis pengimbas yang lahir dari kumpulan pengimbas helaian. Biasanya wujud dalam resolusi yang agak tinggi dan sesuai digunakan untuk imbasan cetakan yang mempunyai warna yang banyak seperti

55

gambar foto, pemandangan dan sebagainya. Ianya banyak digunakan terutamanya dalam bidang fotografi.

Rajah 3.2.17 Pengimbas Foto

3.3

KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat ialah saya dapat memahami dan mempelajari mengenai komponen-komponen perkakasan komputer ini lebih mendalam. Ia juga dapat menambah pengetahuan saya tentang perkakasan komputer ini. Selain itu, saya dapat mengetahui fungsi-fungsi setiap perkakasan yang digunakan dan memilih penggunaan perkakasan dengan betul.

56

Anda mungkin juga menyukai