Anda di halaman 1dari 3

PENGHASILAN BATA MENGGUNAKAN BATU REPUT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan

dari-Nya, akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan penuh mengenai projek

Kejuruteraan Awam ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan

cabaran yang terpaksa kami harungi, tapi semua itu kami jadikan sebagai satu

pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah kami akhirnya

berbaloi apabila laporan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan sempurna dan jayanya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada penyelia kami iaitu Puan Siti Farahiah Binti Mohamad kerana banyak

membantu kami dalam semua segi terutamanya apabila kami hampir hilang semangat

kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah

yang di hadapi.

Selain itu, sekalung penghargaan untuk semua pensyarah Politeknik sultan mizan

zainal abidin kerana menyumbangkan tunjuk ajar kepada kami mengenai kajian ini.

Ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak menyokong

dan membantu kami dari segi kewangan, semangat dan moral. Tidak lupa juga kepada
pihak kuari yang terlibat, pihak JKR Kuari Bukit Penggorak Sdn.Bhd dan rakan-rakan

sekelas kami serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

membantu kami menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Sekian, Wassalam.

ABSTRAK

Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan, longkang, pintu pagar dan

lain-lain kegunaan. Kajian ini banyak memberi faedah terutamanya untuk mengetahui

kekuatan mampatan bata, kadar resapan air dan pengaruh terhadap kapilari ke atas

batu-bata. Dalam spesifikasi piawaian, keperluan kekuatan mampatan bagi batu-bata

tanah liat ialah minimum 5 MPa. Manakala kebolehan menyerap air tidak melebihi

daripada 15% daripada berat asal bata. Sebaliknya bagi batu-bata pintar ciri

kejuruteraan tidak dinyatakan dengan jelas Idea untuk membuat kajian ini diperolehi

apabila kami mendapati bata pintar biasa hanya digunakan untuk pembinaan kos

rendah kerana mempunyai daya kekuatan mampatan yang rendah.Di samping itu, kami

mendapati pecahan tempurung kelapoa sawit tidak dikomersilkan secara khusus di

Malaysia. Oleh itu kami memilih untuk mengkaji penggunaan pecahan tempurung

kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar. Kami membuat

perbandingan di antara bata pintar biasa yang terdapat di pasaran dengan bata pintar
yang dihasilkan oleh kami. Hasil yang kami perolehi batu-bata yang kami kaji sama

dengan objektif yang kami buat.

Anda mungkin juga menyukai