Kertas Konsep Pameran Gaya Hidup Sihat
Kertas Konsep Pameran Gaya Hidup Sihat
DAN KESIHATAN
OLEH :
PN. NORAZILAH BT ABDULLAH
PENDAHULUAN
Program pameran gaya hidup sihat perlu diberi perhatian oleh para pendidik..
Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan
mencabar kebolehan pelajar. Ini dapat memastikan kandungan kurikulum dikuasai
secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian
memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu
dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri dan mampu menjalani kehidupan
bersosial yang lebih baik.
MATLAMAT
OBJEKTIF
1. Membolehkan murid menguasai kemahiran fizikal dan aktiviti rekreasi secara
tidak langsung.
2. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum
dan ko-kurikulum.
3. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti riadah dan motivasi
kendiri.
4. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar.
RASIONAL
Program ini adalah satu usaha ke arah menyelaraskan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara bagi membantu pelajar meneropong cabaran hidup masa
hadapan diikuti ciri latihan membina pengetahuan, kesedaran dan kemahiran untuk
memberi tumpuan kepada perkara asas Kendiri Positif dalam kitaran hidup manusia.
SASARAN
Murid-murid Tahap 2 SK Seri Bekok
TARIKH PELAKSANAAN
3 Ogos 2010 ( Selasa )
LOKASI
Dewan sekolah
AKTIVITI
1. Pameran
2. Ceramah Kesihatan
3. Melukis dan mewarna poster
Ahli Jawatankuasa :
BUTIRAN KEWANGAN
TENTATIF PROGRAM
PENUTUP
Diharap Program seperti ini dapat meningkatkan memberi kesan yang positif kepada
warga pendidikan khas bagi membuktikan keprihatinan seluruh jawatankuasa
sekolah. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan segala
yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya.
Saya Yang Menjalankan Tugas Disahkan oleh :
………………………………….. ………………………………
Norazilah Bt Abdullah Mohmad Yusof B Mahran
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Bekok Sekolah kebangsaan Seri Bekok