Anda di halaman 1dari 2

Deklarasi Kongres Ekonomi Cina Malaysia 

On September 8, 2010, in Chinese Economic Congress


 1.     Kongress ingin menghulurkan sokongannya dengan tulus hati yang sepenuhnya
kepada initiatif Perdana Menteri yang dikemukakan di  dalam Model Ekonomi Baru untuk
meliberalisasikan ekonomi Malaysia yang didorongi oleh sektor swasta. Juga untuk
memastikan dasar tegas yang dikemukan ini adalah mudah diselengarakan and setara
untuk mengenapi keadaan ekonomi global terkini. 

 2.     Kongres berazam untuk monyokong konsep Satu Malaysia, Rancangan Malaysia ke-
10, dan juga Program Transformasi Kerajaan, yang merupakan asas untuk Model Ekonomi
Baru, sebagai pendorong transformasi ekonomi Malaysia untuk mencapai taraf negara
ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.    

 3.     Selaras dengan tindakan kerajaan untuk mempamerkan imej yang baik dan
transparasi, Kongres mendesak kerajaan untuk mengamalkan sistem tender terbuka dalam
penawaran kontrak kerajaan agar satu keadaan yang adil dan tidak berat sebelah dalam
bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Kongres juga mendesak supaya ekuiti
Bumiputera 30% dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.    

 4.     Kongres juga mendesak kerajaan supaya mengamalkan dasar inklusif dengan
meliberalisasikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar dapat melibatkan lebih banyak
Lembaga Pengarah dan tenaga pekerja berbagai kaum didalam lingkungan eko-sistem GLC,
dan menawarkan tender kepada syarikat tempatan yang paling layak, tanpa mengambil kira
komposisi ekuiti syarikat berkenaan.

 5.     Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet dari 5.3% kepada
kurang daripada 3%, Kongres menyokong pemansuhan subsidi secara berperingkat dan
pemansuhan konsep kawalan harga dengan disanggakan dengan satu sistem pelaksanaan
untuk menjaga kepentingan golongan miskin. Kongres juga menyokong pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersama dengan pengurangan kadar cukai pendapatan
agar dapat memperluaskan pendapatan asas kerajaan.

 6.     Untuk mengurangkan keperluan pekerja asing dan juga mengubah Malaysia untuk
menjadi sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, Kongress menggesa kerajaan untuk
mempelaksanakan polisi gaji minimum berdasarkan cadangan yang dikemukan oleh satu
Majlis Gaji Minimum Nasional yang akan ditubuhkan kelak.

 7.     Kongres menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan biasiswa kepada semua
pelajar SPM yang mendapat markah 9A+ dan ke atas tanpa mengambil kira bangsa sebagai
satu usaha mulia kerajaan untuk menarik dan mengekalkan bakat yang berkebolehan di
Malaysia.

 8.     Kongres menyokong initiatif kerajaan untuk membangunkan modal kemanusiaan dan
sekumpulan bakat yang berinnovatif dengan memperkenalkan dasar imigrasi yang dapat
diterima dengan umumnya dan insentif-insentif yang lain.

 9.     Dalam konteks  perniagaan global dan juga kemunculan negara China, India dan
Timur Tengah sebagai ekonomi yang kuat, Kongres mendesak kerajaan supaya
menambahkan peruntukan untuk semua sekolah jenis kebangsaan, bersama-sama dengan
pemantapan pengajaran Bahasa Inggeris, agar status Malaysia sebagai sebuah negara
perdagangan bertaraf tinggi dapat dikekalkan, dan juga mengekalkan taraf dengan negeri
China, India dan Timur Tengah.

 10.  Kongres menggesa kerajaan untuk meningkatkan peruntukannya untuk SME agar
mereka boleh mengekalkan taraf mereka dengan pasaran luar negeri sementara membantu
pasaran tempatan untuk berkembang, dan untuk mencapai matlamat kami untuk menjadi
sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 11.  Kongress menggesa kerajaan untuk menunjukkan komitmen politik yang lebih dan
untuk menyelenggarakan sokongan yang berpatutan untuk pembangunan bidang
perniagaan antara kaum Cina dan Bumiputera dengan menyungkitan kekukuhan pelbagai
bangsa kami untuk menbina sebuah konsep 1 Malaysia yang kuat.  

 12.  Kongres menggesa kerajaan untuk memantapkan sistem penghantaraan awam yang
sedia ada dengan meperlaksanakan satu proses yang lebih telus dan cepat sewajar dengan
keperluan rakyat.       

 13. Untuk memastikan permintaan untuk graduan berprestasi tinggi kekal di tahap yang
tinggi, Kongres mengalukan supaya kerajaan meningkatkan dan memperbaiki sistem
pendidikan di negara ini terutamanya institusi pelajaran tinggi kepada satu sistem yang
berdasarkan prestasi.

-MCA online-

Anda mungkin juga menyukai