Anda di halaman 1dari 43

BIBLIOGRAFI / SENARAI

RUJUKAN

SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APA DIA BIBLIOGRAFI?
 Satu senarai bahan seperti buku,majalah
atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan
bahan rujukan untuk mendapatkan
maklumat.
 Satu senarai bahan dari mana rujukan
telah dibuat untuk menulis berkenaan
dengan sesuatu perkara.
MENGAPA PERLU
BIBLIOGRAFI?
 Mengesan sumber dari mana maklumat boleh
diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu
perkara.
 Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang
dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai.
 Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu
maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.
 Membekalkan sumber kepada pembaca yang
bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan
maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.
Apakah bahan yang boleh
dijadikan komponen
bibliografi?
Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel
dalam majalah/jurnal/akhbar, filem,
program komputer dll.] boleh dijadikan
sumber bagi menulis bibliografi.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

1.Penulisan bibliografi bermula dengan nama


pengarang

Nyatakan nama pengarang seperti yang


tercatat pada bahan. Jika buku – nama
seperti yang tercatat pada muka surat judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika


Melayu. Jika bukan Melayu,nyatakan
NAMA KELUARGA dan diikuti dengan
tanda koma dan kemudian singkatan huruf
bagi setiap nama berikut pengarang
berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri
dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya


dan gunakan simbol ‘&’ di antara kedua-
dua nama. Jangan gunakan perkataan ‘dan’.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan


hanya nama pengarang yang muncul
terdahulu dalam muka surat judul dan
diikuti dengan singkatan ‘et.al.’ yang
bermaksud ‘dan lain-lain’
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk,


Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan.
Namun pangkat nama asal seperti Syed,
Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di
tulis.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika tiada pengarang anda boleh memilh:


 Penyunting diikuti dengan (penyunting)
 Penerbit diikuti dengan (penerbit)
 Penyampai diikuti dengan (penyampai)
 Judul buku
 Judul artikel/kertas kerja
 Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media]
Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti
tempat pengarang.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

2.Nyatakan tahun penerbitan dalam


kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan
diakhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku


– seperti yang tercatat pada muka surat judul),
gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik
boleh digunakan mengantikan garisan.
JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah,
jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu
artikel di dalam bahan berkenaan.
Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama
perkataan pertama judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja


di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu
dalam sebuah album) dan terdapat nama
pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa
digariskan dan diakhiri dengan noktah
SEBELUM menulis judul judul bahan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

5.Jika bahan merupakan edisi yang baru,


nyatakan edisi dalam kurungan seperti
(Edisi ke 2) SETELAH menulis judul bahan
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas


dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih).
Kemudian nyatakan nama penerbit
dengan ringkas.
Akhir dengan koma jika perlu menulis jilid
atau halaman rujukan.
Jika tidak, akhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal,


akhiri judul bahan tanda koma dan tuliskan
butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti
berikut:
a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai,
c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5,
jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

8. Nyatakan muka surat (halaman)


rujukan jika telah merukuk kepada
halaman tertentu dalam bahan selepas
butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam
bentuk – hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh
ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri
dengan noktah. Jangan mulakan dengan
tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya
digunakan untuk catatan dalam teks)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan


hanya satu ensotan (space).
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis


dalam ayat-ayat yang berterusan dan
aksara pertama baris itu diensotkan 5
ensotan berbanding baris kedua.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

11. Bibliografi disusun mengikut abjad


perkataan pertama penulisan bagi setiap
bahan yang ada di dalam senarai bahan
rujukan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam


dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri
bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis
atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta
kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia
dikenali sebagai ANOTASI. Walau
bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam
bibliografi.
FORMAT PENULISAN
1. SATU pengarang.
Pengarang (tahun terbitan). Judul
bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam
pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
FORMAT PENULISAN
2. DUA pengarang.
Pengarang & Pengarang Bersama (tahun
terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan:
Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986).
Kurikulum baru sekolah rendah ‘Tahap 1’.
Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).
FORMAT PENULISAN
4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam
sebuah majalah.
Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk
artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan:
Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan
pertama, halaman rujukan kedua.
Contoh:
Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru
dalam konteks difusi dan penerapan teknologi
pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.
FORMAT PENULISAN
3. TIGA pengarang atau lebih.
Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan).
Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit,
halaman rujukan.
Contoh:
Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian
penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia
1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah trmasuk pusat
sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan
sekolah menengah – ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur:
Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.
FORMAT PENULISAN
5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama
penerbit.
Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul
bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Malaysia. (1976). Rancangan
Malaysia ke tiga 1976-1980.
FORMAT PENULISAN
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(1982) Report of a study tour to
the Netherlands, Great Britain,India
and Sri Lanka. Kuala Lumpur:
Malaysia, Kementerian Pendidikan,
Bahagian penyelidikan dan
perancangan pendidikan.
FORMAT PENULISAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status
pusat kegiatan guru (PKG). Kuala Lumpur: Malaysia,
Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan


guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian
pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan


guru – konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat
jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala Lumpur:
Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi
Pendidikan.
FORMAT PENULISAN
6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.
Nama penyunting (penyunting) (tahun
terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi).
Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977).
Teacher group and centers in developing
countries. London: t.p.
FORMAT PENULISAN
7. Bahan bukan cetak.
Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan).
Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993).
Amerika Syarikat: Microsoft technology.
FORMAT PENULISAN
Nama penerbit/pengubah
(penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis
lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan).
Tajuk lagu. Judul album [jenis media]. Tempat
terbitan: Penerbit.
Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman
(pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala
Lumpur: J.D. Productions.
FORMAT PENULISAN
8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.
Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel.
Judul akhbar, tarikh terbitan.
Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994).
Melahirkan golongan ulama era permodenan.
Berita harian. 11 Mac.
FORMAT PENULISAN
9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.
Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar,
tarikh terbitan.
Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan
guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
FORMAT PENULISAN
10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.
Nyatakan dengan seberapa tepat butiran
penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung.
Contoh:
Othman Jantan (penyampai) (1993).
Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru
kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu
Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor.
CONTOH-CONTOH
CATATAN DALAM TEKS
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG

a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah


merujuk kepada aktiviti-aktiviti
mental…………. .
b) …….. dan pancaindera manusia yang terlibat
dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir
kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam
sekelilingny (Asmah Omar, 1986).
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG

c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990)


ada menyebut:
“PKG jangka …………………….
………………………………….
…………” (Abdullah Bakri, 1990:48)
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG
d) The teachers’ centre relies on practising teachers
defining and initiating their own in-service work
(Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 – 5046).
e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah
membuat perakuan berikut:
“Diandaikan juga ………………….
………………….bilik mandi dan bilik rehat
(Nazaruddin et.al., 1989;27)
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG

f) ………. Seperti yang telah diterjemahkan


oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen
(1975).
g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa
Thomas (1984) telah mendapati bahawa
tidak semua yang ada di PKG aitu berguna
untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).
2. Bahan tanpa nama
pengarang
a) Dari itu timbullah keperluan
mengadakan satu rangkaian Pusat
Sumber Pendidikan yang lengkap dan
sistematik di setiap peringkat
pendidikan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990:5)
2. Bahan tanpa nama
pengarang
b) Memandangkan kepentingan PKG,
kerajaan akan menambah lagi 150 buah
bangunan PKG diseluruh negara (Berita
Harian, 22.10.92)
c) Sesungguhnya PKG amat penting
kepada pembangunan pendidikan di
negara Malaysia (Dewan Masyarakat,
Mei 1994).
3. Rujukan daripada beberapa bahan
yang diterbitkan dalam tahun yang sama
oleh orang/badan yang sama.
a) PKG menjurus ke arah satu matlamat
membudayakan teknologi pembelajaran di
kalangan guru-guru (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1991a:7).
b) Setiap bangunan berharga RM200,000
(Kementerian Pendidikan Malaysia,
1991b:1).
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai