Anda di halaman 1dari 2

Mahkamah Tinggi

1. Mahkamah Tinggi ditubuhkan menurut Perkara 121 nasal Perlembagaan Persekutuan dan
dibahagikan kepada,
(a) Mahkamah Tinggi Malaya
(b) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
2. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 46 orang
hakim yang lain..
3. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim
yang lain.

1. Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Tin dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
2. Sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri hendakl meminta:
(a) pandangan Hakim-hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi pelantikan Hakim Besar
Mahkamah Tinggi
(b) pandangan Ketua Menteri setiap negeri yang berkenaan pelantikan Hakim Besar Sabah dan
Sarawak
(c) pandangan Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi pelantikan hakim-
hakim Mahkamah Tinggi

Pesuruhjaya

1.Pesuruhjaya Kehakiman boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
2. Calon-calon yang dilantik -sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mesti r memiliki
kelayakan minimum seperti yang dimiliki oleh hakim Mahkamah Tinggi.
3. Pesuruhjaya Kehakiman memiliki kuasa dan kekebalan seperti yang dinikmati oleh
hakim Mahkamah Tinggi.
4. Tujuan utama pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah untuk menyegerakan
urusan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
5. Tempoh pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah selama dua tahun l dan boleh
dilanjutkan.

6. Pesuruhjaya Kehakiman juga boleh dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi yang
tetap.

Penamatan Jawatan Hakim Mahkamah

1. Jawatan seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh ditamatkan dengan cara hakim itu
(a) meletakkan jawatan, atau
(b) dipecat daripada jawatannya
2. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa
dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Yang di-Pertuan Agong.
3. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh
Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal.
4. Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Tinggi bermula dengan Perdana
Menteri membuat rayuan (presentasi) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat
hakim itu kerana mana-mana daripada alasan yang berikut:
(a) hakim itu melanggar mana-mana peruntukan kod etika
(b) hakim itu tidak berupaya menyempurnakan tugas jawatan beliau dengan sepatutnya
kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempurna akalnya.
5. Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong akan melantik
sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu kepada tribunal itu.
6. Anggota-anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan harus terdiri
daripada tidak kurang daripada lima orang hakim atau bekas hakim Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi, atau hakim yang memegang j
awatan yang setarafnya di mana-mana negara anggota Komanwel.
7. Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-Pertuan Agong boleh, atas
nasihat Perdana Menteri, menggantung j awatan hakim Mahkamah Tinggi itu.
BerciAarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat hakim
Mahkamah Tinggi itu daripada j awatannya.
Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal.

Calon-calon yang layak dilantik sebagai Pesuruhjaya kehakiman terdiri daripada Pegawai-
pegawai kanan dalam badan kehakiman seperti Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam.

Anda mungkin juga menyukai