Anda di halaman 1dari 10

STPM Pengajian Am Kertas 1 Bab 15: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Mahkamah Persekutuan A.

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN (SPK) I. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Disember 2008. Keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang hendaklah menjadi Pengerusi; Presiden Mahkamah Rayuan; Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri; dan empat orang yang terkemuka, yang bukan merupakan anggota eksekutif atau perkhidmatan awam lain, yang dilantik oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguam Bela Sarawak, Peguam Negara Persekutuan, Peguam Besar perkhidmatan perundangan negeri atau mana-mana badan berkaitan yang lain. Peletakan Jawatan, dan

II.

a) Pembatalan Pelantikan, Pengosongan Jawatan I.

Pelantikan mana-mana anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kategori (f) boleh dibatalkan oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. Seseorang anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kategori (f) boleh meletakkan jawatannya pada bilabila masa dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Perdana Menteri. Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya Kehakiman hendaklah menjadi kosong jika: dia mati; Pelantikan

II.

III.

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan i. suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; ii. suatu kesalahan di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan rasuah; atau iii. apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; dia menjadi bankrap; dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajibannya; dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Perdana Menteri; pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri; atau peletakan jawatannya diterima oleh Perdana menteri.

b) Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman I. Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya

II.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berhubungan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya.

c) Proses Pemilihan Hakim I. Apabila diterima suatu permintaan, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah memberitahu anggota-anggota suruhanjaya dan membuat persediaan bagi mesyuarat pemilihan. Dalam mesyuarat pemilihan, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah menggunakan proses pemilihan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dan memilih tidak kurang daripada tiga orang bagi setiap kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi; atau memilih tidak kurang daripada dua orang bagi setiap kekosongan jawatan jika kekosongan jawatan itu adalah bagi hakim mahkamah atasan selain Mahkamah Tinggi.

II.

III.

Seseorang calon layak bagi pemilihan jika dia memenuhi kehendak di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.

d) Mesyuarat Pemilihan I. Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah juga menjadi pengerusi bagi mesyuarat pemilihan kecuali jika mesyuarat pemilihan itu adalah untuk mempertimbangkan pemilihan orang bagi kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi. Pengerusi boleh mencalonkan seseorang hakim daripada kalangan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk menjadi pengerusi bagi suatu mesyuarat pemilihan

II.

untuk mempertimbangkan pemilihan kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi. III.

orang

bagi

Jika Pengerusi menjadi tidak upaya, hilang kelayakan, atau tiada, hakim yang paling kanan selepasnya dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tidak hilang kelayakan dan ada akan menjadi pengerusi mesyuarat pemilihan itu. Kuorum bagi tiap-tiap mesyuarat pemilihan ialah tujuh orang. Apa-apa undi yang diambil pada mesyuarat pemilihan mestilah dibuat melalui undi sulit dan keputusan majoriti.

IV. V.

e) Laporan tentang Syor Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman I. Selepas membuat pemilihannya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri. Laporan itu hendaklah: menyatakan orang yang telah dipilih oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk disyorkan bagi pelantikan ke jawatan yang berkenaan; menyatakan alasan bagi pemilihan itu; dan mengandungi apa-apa maklumat lain yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Selepas mengemukan laporan itu, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah memberikan apa-apa maklumat lanjut sebagaimana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh, selepas menerima laporan itu, meminta dua nama lagi untuk dipilih dan disyorkan bagi pertimbangannya berkenaan dengan apa-apa kekosongan ke jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, hakim Mahkamah Persekutuan dan

II.

III.

IV.

Mahkamah Rayuan, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mematuhi permintaan itu mengikut proses pemilihan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan. V. Apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana orang yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, beliau bolehlah seterusnya memberikan nasihatnya mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

B. BEBERAPA PERKARA TENTANG PELANTIKAN HAKIM a) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi I. Menurut Perkara 123, seseorang berkelayakan dilantik menjadi hakim jika memenuhi syarat-syarat yang berikut: warganegara Malaysia, dan dalam tempoh 10 tahun sebelum pelantikannya, telah menjadi peguam dalam mana-mana mahkamah yang berkenaan atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

II.

Menurut Perkara 125 (1), seseorang hakim memegang jawatan sehingga beliau berusia 66 tahun, atau sehingga suatu masa yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi masa itu tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas beliau mencapai usia 66 tahun. Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (yang juga Ketua Hakim Negara), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Menurut Perkara 122B, sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan hakim-hakim, selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri hendaklah meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Selain itu, menurut Perkara 122B, Perdana Menteri juga perlu meminta:

III.

IV.

V.

VI.

pandangan Hakim-hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi bagi pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi. pandangan Ketua Menteri setiap negeri yang berkenaan bagi pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Menurut Perkara 122B, Perdana Menteri juga hendaklah meminta: pandangan Ketua Mahkamah Persekutuan bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. pandangan Presiden Mahkamah Rayuan bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan. pandangan Hakim besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi.

VII.

Menurut Perkara 125(3A), hakim-hakim Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi mesti mematuhi suatu kod etika bertulis.

b) Hakim Mahkamah Sesyen Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi yang berkenaan tanpa melalui Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja.

c) Majistret I. II. Di wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, majistret dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Di negeri-negeri lain, majistret dilantik oleh Ketua Negeri atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi yang berkenaan.

C. PENAMATAN JAWATAN HAKIM a) Jawatan seseorang hakim boleh ditamatkan dengan cara hakim itu: i. meletakkan jawatan

ii.

dipecat daripada jawatannya

b) Seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa c) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal. d) Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi bermula dengan Perdana Menteri membuat rayuan (presentasi) kepada Yang diPertuan Agong untuk memecat hakim itu kerana mana-mana daripada alasan berikut: i. ii. hakim itu melanggar mana-mana peruntukan kod etika. hakim itu tidak berupaya menyempurnakan tugas jawatan beliau dengan sepatutnya kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempurna akalnya.

e) Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu kepada tribunal itu. f) Anggota-anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan harus terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang hakim atau bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,atau Mahkamah Tinggi,atau hakim yang memegang jawatan yang setarafnya di mana-mana Negara anggota Komanwel. g) Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri, menggantung jawatan hakim yang berkenaan. h) Berdasarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat seorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau mahkamah Tinggi daripada jawatannya. i) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal. D) HAK ISTIMEWA HAKIM a) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul yang tersendiri yang disokong oleh tidak kurang daripada ahli Majlis Parlimen itu.

b) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam Dewan Undangan Negeri. c) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan oleh badan lain atau orang perseorangan. d) Saraan hakim ditanggung oleh Kumpulan Wang yang Disatukan. e) Seseorang hakim tidak boleh diddakwa semasa menjalankan tugasnya dan tidak perlu menjawab komen orang lain. E) PENGHINAAN MAHKAMAH a) Penghinaan mahkamah termasuk: I. II. III. IV. tidak mematuhi dan tidak melaksanakan perintah mahkamah. membuat komen sebelum hakim memutuskan kes mengkritik keputusan mahkamah secara terbuka dan melawan keputusan mahkamah. mengkritik cara-cara hakim menjalankan tugasnya secara terbuka untuk menghukum sesiapa sahaja yang

b) Mahkamah berkuasa menghina mahkamah.

c) Pihak yang menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara. F) MAHKAMAH PERSEKUTUAN a) Ditubuhkan menurut Persekutuan. PERKARA 121 Fasal (2) Perlembagaan

b) Keanggotaan Mahkamah Persekutuan terdiri daripada: I. II. III. IV. V. Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi. Lapan orang hakim lain. Beberapa orang hakim tambahan yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong mengikut keperluan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH PERSEKUTUAN

a) Perbicaraan kes hendaklah didengar oleh tidak kurang daripada tiga orang hakim atau lebih yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara. b) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah seperti berikut: I. menentukan kesalahan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan Negara dan berkuasa untuk menolak undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. II. menyelesaikan kekeliruan dan persoalan yang timbul daripada tafsiran undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. III. menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang penguatkuasaan manamana peruntukan undang-undang. IV. mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau antara Kerajaan Negeri. V. mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes sivil dan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan. VI. mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya daripada Mahkamah Tinggi. PERBICARAAN KES RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN: a) Kes Mahkamah Rayuan boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan b) Bagi kes jenayah, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa tujuh hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan. c) Bagi kes sivil, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan. d) Rayuan tidak dibenarkan jika: I) kes tersebut melibatkan nilai tuntutan yang kurang daripada RM250 000 kecuali dengan keizinan khas. II) kes sivil atau kes jenayah itu belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan. III) keputusan Mahkamah Rayuan dianggap sebagai muktamad.

G) RAYUAN PENGAMPUNAN

UNTUK

PENGAMPUNAN

KEPADA

LEMBAGA

a) Mahkamah Persekutuan ialah mahkamah rayuan yang terakhir. b) Jika kes rayuan pesalah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, dia akan menjalani hukuman yang dikenakan terhadapnya. c) Setelah pesalah sudah menjalani hukuman untuk suatu tempoh tertentu,dia boleh membuat rayuan untuk pengampunan kepada Lembaga Pengampunan. d) Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di negeri-negeri yang beraja atau mempunyai Yang Dipertuan Negeri, rayuan untuk pengampunan dibuat kepada lembaga pengampunan negeri-negeri yang berkenaan. e) Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, rayuan untuk pengampunan dibuat kepada lembaga pengampunan bagi wilayahwilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Disediakan oleh: Ahmad Nur Amsyar bin Zainal Muhammad Fauzi bin Yusof

Anda mungkin juga menyukai