Anda di halaman 1dari 11

Asas Komputer

Istilah Komputer berasal dari perkataan Latin iaitu Computare yang bermaksud menghitung. Antara definisi
atau takrif yang diberikan untuk komputer ialah; Komputer adalah mesin yang menerima dan memproses
maklumat yang disebut data (Gary G. Bitter - Microcomputers in Education Today). Komputer juga
ditakrifkan sebagai sistem manipulasi simbol elektronik yang cepat dan tepat yang dibentuk dan
diorganisasikan untuk menerima dan menyimpan data, memproses dan seterusnya menghasilkan output
berdasarkan beberapa arahan yang diprogramkan ( Donald H. Sanders - Computer Today ). Secara amnya,
komputer merupakan perkakasan elektronik yang berkeupayaan menerima data, memproses, menyimpan
serta memanggil kembali dan mengeluarkan keputusan tertentu mengikut perintah-perintah aturcara yang
digunakan.

Apakah itu komputer? Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima data (INPUT). Ia
menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data ini. Akhirnya, ia mengeluarkan
keputusan (OUTPUT). Komputer yang pertama dicipta pada masa perang dunia kedua. Sejak dari itu
komputer telah mengalami banyak perubahan. Ia telah menjadi lebih murah, lebih kecil tetapi lebih berkuasa
dari komputer terdahulu.

PC merujuk kepada komputer peribadi yang mula-mula diperkenalkan oleh IBM. PC kemudian diklonkan
dan menjadi popular sehingga hari ini. Pada hari ini PC sering sama ertikan dengan komputer biasa atau
komputer peribadi.

Adakah komputer dan IT, sinonim? Tidak. Komputer adalah sebuah mesin dan teknologi maklumat adalah
sebuah teknik pemindahan maklumat. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa komputer wujud lebih awal
dari teknologi maklumat. Teknologi maklumat berkembang dengan kemajuan sistem rangkaian komputer
pada awal tahun 90'an. Sistem rangkaian adalah satu sistem atau cara beberapa buah komputer
disambungkan supaya ia boleh berinteraksi melalui pemindahan data. Internet adalah merupakan sistem
rangkaian komputer yang terbesar. Internet membolehkan penyampaian sesuatu maklumat dapat
disampaikan dengan lebih mudah dan pantas.

Dua dekad selepas tahun 1954, beribu-ribu komputer telah dikendalikan, dan pada hari ini boleh dikatakan
berjuta-juta komputer sedang digunakan. Perkembangan komputer selama ini telah nenghasilkan mesin yang
mempunyai kelajuan, storan atau ingatan dan kuasa pengkomputeran ceseluruhan yang lebih baik.
Perkembangan ini adalah sangat jauh dan terlalu banyak sehingga ianya telah dikategorikan dengan
generasi. Setiap generasi dimulakan dengan kemajuan yang ketara dalam perkakasan komputer-peralatan
sistem komputer-atau perisian komputer-aturcara, atau suruhan langkah demi langkah untuk menjalankan
mesin-mesin tersebut.

Sejarah Komputer

Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6
dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan
komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi dari
menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.

1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)


Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik
tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas
dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan
komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.

Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper
Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang
sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum.
Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000
pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann
akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di
dalam storan utama. la menggunakan nombor binary

Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic
Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan
Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan
raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator)
ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama
yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan.

2) GENERASI KEDUA (1959- 1964)


Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk
menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh
litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat
tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer
dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan
memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan
IBM 7094)

3) GENERASI KETIGA (1964-1980)


la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama
yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa
tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa.
Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la
memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau
storan sekunder.

Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk
dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan.
Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.

4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)


Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu
transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large
Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer
merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC
PC dan Sinclair.
Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer
dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan
bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu
penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari
Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas
menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global.
(Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4, Intel Core
2 Duo.
Perkakasan Komputer
 
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap.
Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer,
manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.
Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk
kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat
jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari
sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf,
pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan
orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru
pada 2003).

Perkakasan Luaran

Monitor (Skrin)

CPU (Centre Processing Unit)


Microprocessor atau lebih sering disebut processor adalah pusat pelaksana seluruh kerja komputer.
Sesungguhnya, processor inilah yang dinamakan CPU (Central Processing Unit). Entah bagaimana
awalnya, orang menganggap bahwa kotak casing itulah yang dinamakan CPU, dan salah kaprah ini masih
berlanjut hingga kini.

Processor bertugas membagi pekerjaan pemrosesan data kepada seluruh komponen komputer, dan ini
dilakukan dalam kecepatan yang sangat tinggi. Oleh karena itu processor menjadi sangat panas sehingga
biasanya dilengkapi dengan kipas pendingin.

Keyboard (Papan Kekunci)

Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada
komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau
"touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan
kursor pada skrin.

Mouse (Tetikus)

Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah
tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna
mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang
memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan
mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus.
Perkakasan Dalaman

Motherboard (Papan Induk)

Pusat pengendali yang mengatur kerja dari semua komponen yang terpasang padanya.
Mengatur pemberian daya listrik pada setiap komponen PC.
Lalu lintas data semuanya diatur oleh motherboard, mulai dari peranti peyimpanan (harddisk, CD-ROM),
peranti masukan data (keyboard, mouse, scanner), atau printer untuk mencetak.

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)


Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang
dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU
(Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproses data dalam sesebuah
komputer.
Terdapat pelbagai jenis papan induk yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Intel. Per soalannya kenapakah
terdapat pelbagai jenis papan induk?. Jawapan adalah kerana terdapat pelbagai jenis CPU yang mempunyai
keupayaan dan kuasa yang berbeza. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang
menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.
Terdapat juga papan induk yang telah terbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk
SCSI. Saya menasihatkan agar anda melihat jenis papan induk yang digunakan semasa anda mengunjungi
mana-mana kedai atau dewan pameran. Tujuannya supaya anda mengenali rupa bentuk sesebuah papan
induk seperti mana yang terdapat pada komputer peribadi yang anda gunakan di rumah atau di pejabat.
Contoh Paparan Induk (Semua dalam satu)

Hard Disk (Cakera Keras)

 Harddisk merupakan ruang simpan utama dalam sebuah computer. Di situlah seluruh sistem operasi
dan mekanisme kerja kantor dijalankan, setiap data dan informasi disimpan.
 Dalam sebongkah harddisk, terdapat berbagai macam ruangruang kecil (direktori, folder,
subdirektori, subfolder), yang masing-masing dikelompokkan berdasarkan fungsi dan kegunaannya.
Di situlah data-data diletakkan.
MEMORY
Memainkan peranan sebagai penyimpan sementara data-data sebelum ianya diproses menjadi maklumat oleh
CPU dan dihantar kembali kepada komponen lain seperti skrin, pencetak dan juga cakera keras. Memori
juga bergantung kepada jenis papan induk yang digunakan kerana papan induk yang berlainan mempunyai
saiz pin memori yang berlainan seperti 72 pin SIMM ( single in-line memory module ), 168 pin DIMM (dual
in-line memory module) atau 144 pin DIMM.
Memori juga dibina dalam pelbagai bentuk kerana ia berbeza dari segi kepantasan menerima dan
menghantar maklumat yang dimansuhkan ke dalamnya. Ia terbahagi kepada dua jenis samada SIMM dan
DIMM. Perbezaan antara keduanya ialah DIMM meletakkan cip-cip memori di kedua-dua bahagian pada
sekeping kad memori. Untuk pengetahuan anda memori juga terdiri dari pelbagai jenis seperti DRAM, FPM,
EDO, BEDO, SDRAM, SRAM, ASRAM, SSRAM, PBSRAM, VRAM, WRAM dan SGRAM.

Sebuah komputer peribadi yang ingin anda beli seboleh-bolehnya memiliki jumlah memori piawai sekurang-
kurangnya 32Mb. Jika anda ingin menggunakan komputer tersebut untuk kegunaan biasa, memori sebanyak
32Mb sudah mencukupi. Sebaliknya untuk penggunaan komputer untuk tujuan aplikasi grafik dan
permainan komputer akan memerlukan memori yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya 64Mb.
 Memori ialah bahagian komputer di mana program dan data disimpan.
 Mengandungi dua jenis ingatan:-
I. Memori Utama ( Ingatan Utama )
 Memori Utama ialah ingatan cepat yang berupaya beroperasi bagi kelajuan
elektronik.
 Primary Memories adalah semiconductor memories.
 Program atau aturcara disimpan di dalam Ingatan Utama sepanjang pelaksanaannya.
II. Secondary Memory
 Secondary Memories adalah lambat, murah dan biasanya memory yang lebih besar.
 Digunakan untuk menyimpan sistem aturcara-aturcara (programs), fail data yang
besar.

Cth: Magnetik Tapes, Magnetic Disks, Floppy Disks, Optical Disks. Secondary Memory adalah sebahagian
dari sistem input/output.

RAM Chips
Memori Akses Rambang ( Random Acess Memory atau RAM )
Komponen yang menjalankan ‘pemikiran’ komputer. RAM ialah ruang di mana perisian bergerak untuk
berfungsi, dan hilang sebaik sahaja pengguna keluar daripada sekitarannya atau mematikan komputer.
Sekurang-kurangnya 16Mb RAM diperlukan bagi Macintosh dana Windows 95. Lebih banyak lagi
diperlukan jika pengguna mahu menggunakan perisian grafik/imej atau permainan video yang lebih besar.
 Random Access Memory
 Tugasnya untuk mengingati data dan arahan-arahan yang perlu dijalankan.
 CPU akan merujuk kepada bahagian ini untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas
dijalankan.
 Apabila komputer dipadamkan, segala ingatan dalam RAM akan hilang.
 Ukuran muatan ingatan diukur di dalam BAIT. Satu Bait ada 8 bit = satu huruf/abjad
(T,U,V,7,8,9,$,<,+). 1 kilobait = 1024 Bait. 1 Megabait = 1000 x 1024 Bait. 1 Gegabait = 1000
Megabait.
ROM Chips
 Read Only Memory
 Ingatan yang sentiasa ada pada komputer.
 Cip yang telah diisi dengan program atau arahan-arahan tertentu.
 Ia dipasang siap dalam kilang semasa komputer dikeluarkan
 Ingatan ROM tidak akan hilang sekiranya ia di padam kecuali diganti.

Random Access Memory (RAM)

RAM (Random Access Memory) ialah salah satu ingatan utama bagi komputer. Lokasi RAM adalah
berdekatan dengan processor. Ini penting supaya data diantara RAM dan processor dapat dihantar dengan
pantas. Sila rujuk artikel Diagram Motherboard bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.
RAM berfungsi untuk memegang arahan dan data yang akan diproses oleh processor. RAM bersifat volatile,
iaitu bermaksud data yang disimpan oleh RAM akan hilang apabila komputer dimatikan.
Processor

Processor merupakan otak dan pusat pengendali computer yang didukung oleh kompunen lainnya.
Processor adalah Sebuah IC yang mengontrol keseluruhan jalannya sebuah sistem komputer.
Processor digunakan sebagai pusat atau otak dari komputer yang berfungsi untuk melakukan perhitungan
dan menjalankan tugas.
Prosesor merupakan sebuah chip yang sering disebut “Microprosessor” yang sekarang ukurannya sudah
mencapai gigahertz. Ukuran tersebut adalah hitungan kecepatan prosesor dalam mengolah data atau
informasi. Merk prosesor yang banyak beredar dipasatan adalah AMD, Apple, Cyrix VIA, IBM, IDT, dan
Intel.

Network Card

Interface Card NIC Berfungsi Sebagai Interface Fisik Atau Penghubung Antar Komputer Menggunakan
Kabel Jaringan Ke Peralatan Penghubung Card Dipasang Pada Slot Tambahan Yang Terdapat Di Komputer.
Sound Card

Sound card adalah Kartu suara. Suatu komponen yang terdapat dalam PC yang bertugas untuk menunjang
fungsi sebagai pembangkit suara dalam PC.

Fungsi sound card ialah file menambahkan kemampuan pengolahansuara pada komputer serta mengatur
komunikasi anata komputer denganpiranti audio seperti speaker dan microphones.

Sekiranya bateri ini tidak dipasang pada motherboard atau kuasa bateri telah lemah, maka error
akan wujud semasa proses POST komputer. Sekiranya komputer masih di”paksa” untuk terus beroperasi
tanpa menggunakan bateri CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan BIOS “default setting”.
Fungsi utama bateri CMOS ialah:
1. Untuk menyimpan masa komputer (time setting).
2. Untuk menyimpan BIOS settings.

1. Monitor
2. Motherboard
3. CPU
4. RAM
5. Expansion cards
6. Power supply
7. Optical disc drive
8. Hard disk drive
9. Keyboard
10. Mouse

Hardware of a modern Personal Computer.

Anda mungkin juga menyukai