Anda di halaman 1dari 1

BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPAN

PERDAGANGAN KERTAS 2

[Perdagangan][Pengenalan][Kepentingan][Kelemahan][Kertas 1][Kertas 2]

1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran


berfikir  secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta untuk
mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan.
Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan
terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon
menjawab soalan tersebut.

2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan.


Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15  markah diperuntukkan untuk satu soalan.
Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada sepatutnya.
Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah yang kecil
.Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah  yang diperuntukkan.
(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)

3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah.


Misalnya, pelajar menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan
ringkas bagi jawapan panjang.

4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain.
Ramai pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain.
Padahal pelajar tahu kedua-dua konsep  tersebut
Contoh?SPM1999- Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan
                                 aktiviti perdagangan.

5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu.


Ini menyebabkan fakta diulang-ulang beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan.
Oleh itu Calon perlu membaut rangka  jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya
 jawapan tersusun dan tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.

6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar dibaca.
Terdapat jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang,
dan sukar difahami
 
Kembali Ke Laman Perdagangan
Kembali ke Laman Utama

Anda mungkin juga menyukai