Anda di halaman 1dari 38

KONSEP DAN PRINSIP PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagimerealisasikan sebuah
kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan danpertumbuhan. Dua proses ini merupakan
induksi yang penting untuk mematangkanatau mendewasakan semua benda hidup.

Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang
dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat
kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan
pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan
yang biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala
sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu
pertumbuhan tidak lagi berlaku.

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahanfizikal yang berlaku
pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yangberlaku dalam diri manusia. Mok Soon
Sang (2009) pula menjelaskan bahawapertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.
Kesimpulannya, pertumbuhanbermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan
fizikal manusiadari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke
satutahap perubahan itu akan terhenti

Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan


yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang
menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Selain itu,
perkembangan juga dapat dili hat melalui perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna,
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi
perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui.
Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir
hayat sesuatu organisma.

Menurut Atan Long , perkembangan ialah perubaha n kualitatif. Ia tidak dapat


diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun
peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-
menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organism.

Menurut Gesel, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau


fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti
berjalan tidak akan berjaya. Manakala Crow berpendapat, perkembangan merupakan
perubahan secara µkualitif¶ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial.

Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia
terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi
sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell
(1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara
global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan
yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Prinsip asas perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada lima. Prinsip pertama
ialah ³proses perkembangan yang berlaku mengikut aturan´. Contohnya apabila seorang bayi
yang pada peringkat awalnya hanya duduk dengan bantuan kemudiannya merangkak. Selepas itu,
kebolehan untuk berdiri dan berjalan. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang
kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek
perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang
sepatutnya. Perkembangan ini bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Prinsip kedua pula ialah ³perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan dan
perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih spesifik´.
Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh
badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih
belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda
hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya.
Emosi kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal,
ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya
kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut
proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat
ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang
terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa
tingkah laku yang menjadi penggabungan baru.

Prinsip seterusnya ialah ³pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang
berlaku secara berterusan´. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan
yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada
satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain. Umpamanya, rumah tangga yang
tegang pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak mempengaruhi sahsiah
kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu bapa yang kerap bertengkar
sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal
terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu
dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecacatan kecil pada peringkat awal kehamilan,
kecacatan ini membesar selepas ia dewasa nanti. Perkembangan diri seseorang
berlaku secara berterusan. Ia bermula daripada percambahan sehingga akhir hayat.
Kemahiran yang sedia ada pada seorang kanak-kanak adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-
kemahiran baru pada masa yang akan datang. 

Prinsip asas yang keempat ialah ³corak dan aturan perkembangan yang hampir sama
namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu´. Kecepatan dalam
proses perkembangan tidak pernah sama. Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-
kanak itu pada satu jangka masa dan usianya Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan
yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi masih belum matang
selalunya mempunyai perkembangan kecerdasan yang mendahului peringkat
kematangan jasmani, kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah
menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya dan juga kanak-kanak yang lebih
tua.. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10 bulan manakala ada
yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satu faktor yang membawa kepada
perbezaan antara manusia. 

Prinsip yang terakhir ialah ³perkembangan yang bergantung kepada hasil interaksi antara
kematangan dan pembelajaran´. Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota
adalah berkaitan dan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian
ternyata didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan mental. Kesan
daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak
lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada
keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang
demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang bersepadu
melibatkan penyesuaian keseluruhan badan. Kematangan adalah kemunculan potensi yang
sedia ada di dalam diri seseorang individu. Perkembangan ini biasanya dipengaruhi oleh genetik.
Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru,
tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada
peringkat umur yang sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan hidup
seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik.
Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak,
perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu peringkat
umur akan berbadan tinggi juga pada peringkat-peringkat umur yang lain, sedangkan
yang berbadan rendah akan rendah juga kemudiannya. Lingkungan umur akal bagi
kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga menunjukkan kekekalan
sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat akan berterusan
cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin jauh apabila
dia semakin membesar.

Kemajuan perkembangan kanak-kanak akan berkeadaan kakal dan ia bergerak


maju atau berkembang mengikut kecepatan yang dimulakannya. Oleh sebab tiap-tiap
kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak
boleh diharapkan semua kanak-kanak itu mempunyai peringkat umur yang sama. Hidup
manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang
nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat
keutuhan dan sufat yang unik. Walaupun terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-
garis pembahagian tidak nyata bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan
yang lain. Terdapat tujuh peringkat perkembangan yang ketara iaitu:

Peringkat 1 Peringkat sebelum lahir sehingga bayi dilahirkan. 280 hari dalam
kandungan
Peringkat 2 Peringkat bayi merah iaitu daripada masa lahir sehingga kira-kira 10
ataupun 14
Peringkat 3 Peringkat bayi daripada umur 2 minggu sehingga kira-kira 2 tahun.
Peringkat 4 Peringkat kanak-kanak iaitu antara umur 2 tahun sehingga akil baligh.
Peringkat 5 Peringkat remaja iaitu daripada akil baligh sehingga peringkat dewasa iaitu
kira-kira berumur 25 tahun.
Peringkat 6 Peringkat dewasa
Peringkat 7 Peringkat tua.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN

FAKTOR ENDOGEN

Faktor endogen ialah faktor yang datangnya daripada diri individu itu
sendiri iaitu sejak sejak di dalam kandungan sehingga kelahiran dimana genetik
akan dibawa turun temurun sejak dari ibu bapa. Ia juga dikenali sebagai faktor
baka iaitu trait genetik yang diwarisi yang menjadikan setiap individu istimewa
dan berbeza diantara satu sama lain. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-
ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.
Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama
seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan
penyakit seperti diabetes. Baka ini boleh m enguasai penyuburan fizikal dan mental.
Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau
tidak pandai. kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat
pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian
ahli -ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai
kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah
faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan
individu di antara satu sama lain.

Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat


daripada ciri-ciri berikut:
Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau
coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna
dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet
adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada
hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A
positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-
kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan
berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang lain.

Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang
sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit
seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen


yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang
rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini
menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid
amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang
mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya.
Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah
seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya.
Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan
seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka
ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh


persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan
sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang
cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka.
Kecerdasan. Faktor. baka banyak memainkan peranan dalam menentukan
kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya
kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya.
Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting
kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan
merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

FAKTOR EKSTOGEN

Faktor ekstogen pula faktor yang datang dari luar diri individu atau merupakan
faktor persekitaran. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman
L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran
ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa
persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat
pralahir atau selepas lahir.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio -ekonomi,


kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupaka n pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Faktor
Faktor Pralahir Faktor Selepas Lahir.
Persekitaran
Faktor Pralahir

FAKTOR KETERANGAN
Pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin
pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan
kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.
Kesihatan Ibu Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.
Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan
kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu
atau buta
Penyalahgunaan Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan
Dadah membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi.
Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat
adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide.
Kesan X-Ray Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan
seseorang ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan
menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi
jasmani atau mental
Emosi Ibu Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan
kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat
Umur Ibu Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang
ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi
yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah
kecerdasan yang rendah
Faktor Selepas Lahir

Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut:

Faktor yang pertama adalah Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga
sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi
menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan
seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan
pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang
individu dari pelbagai penyakit.

Faktor yang kedua adalah Keluarga. Keluarga mempunyai hubungan yang rapat
dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan
seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir,
kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah
keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat
layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang
diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan
kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap
anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-
anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-
anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi
individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain
untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi
akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur,
berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat
keputusan.

Faktor yang seterusnya, Rakan Sebaya. Rakan sebaya merupakan sekumpulan


individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan
individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap
kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah
mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari
segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.

Selain itu, Sekolah juga merupakan faktor yang kelima. Kedudukan sesebuah
sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan
mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar
bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz
sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta
kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah
sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi
dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang
mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan
individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.

Faktor yang keenam adalah Tempat Tinggal. Tempat tinggal sseorang individu
akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-
penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-
penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa,
kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar.
Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan
penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi
individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu
tugasan.

Faktor yang ketujuh adalah Sebaran Am. Semua jenis sebaran am seperti radio,
televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan
mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik.
Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-
kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.

Faktor yang terakhir adalah Pusat Ibadat. Pusat-pusat ibadat seperti masjid,
gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup
dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk
individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan,
kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Menurut pendapat Gallahue


(1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga
kategori asas. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah
keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation).

Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan


mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan
dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran
kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Schmidt dan Wrisberg
(2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua
kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.

Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan


aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam
kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu
pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam
sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka. Kanak-kanak
melalui beberapa peringkat perkembangan fizikal

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada
peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada
tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kana pada peringkat ini dua kali
ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot
kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna.
Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini
lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki.

Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang


kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain
menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor dipengaruhi
oleh genetik. Misalnya jika kebolehan berjalan berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa
maka anaknya juga akan dapat berjalan pada peringkat awal

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-
kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal
bermula dan gigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun


dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kana-kanak lelaki mula
bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap
kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi
lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh,
kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus
kepada aktiviti atau tugas yang diberi oleh kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi


untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermainan alat-alat muzik
seperti piano dan biola, menjahit, mengait membina model, belajar gimnastik,
berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan
lasak misalnya permainan bola sepak di padang.
Awal remaja (12-15 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan
pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja
perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil
baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula
menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang
mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh
badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih
dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai
akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya
mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh saya dan rakan sekumpulan di Sekolah
Kebangsaan Pendek, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Kebangsaan (P) Methodist,
Kuantan, Pahang, perbezaan purata dari segi fizikal kanak-kanak yang berusia 6 – 12
tahun adalah seperti berikut:

Peringkat 1 : 6 – 7 tahun

Nama : Muhammad Adlan bin Azizi


Umur : 7 tahun
Tempat Tinggal : Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah : SK Pendek, Kota Bharu, Kelantan
UKURAN FIZIKAL

Tinggi : 126 cm
Berat : 30 kg
Ukuran saiz kepala : 51

Nama : Nur Alesya Najwa bt Mohd Zainudin


Umur : 7 tahun
Tempat Tinggal : Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah : SK Pendek, Kota Bharu, Kelantan

UKURAN FIZIKAL
Tinggi : 125 cm
Berat : 35 kg
Ukuran saiz kepala : 53

Peringkat 2 : 8 – 10 tahun

Nama : Irfan Muslihin b. Mohd Hanif


Umur : 10 tahun
Tempat Tinggal : Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah : SK Pendek, Kota Bharu, Kelantan

UKURAN FIZIKAL
Tinggi : 138 cm
Berat : 35 kg
Ukuran saiz kepala : 52

Nama : Nur Izzati bt Rohaizad


Umur : 9 tahun
Tempat Tinggal : Pematang Badak, Kuantan
Sekolah : SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang

UKURAN FIZIKAL
Tinggi : 140 cm
Berat : 37 kg
Ukuran saiz kepala : 54

Peringkat 3 : 11 – 12 tahun

Nama : Mohd Azri b Mohd Rusli


Umur : 11 tahun
Tempat Tinggal : Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah : SK Pendek, Kota Bharu, Kelantan

UKURAN FIZIKAL
Tinggi : 150 cm
Berat : 40 kg
Ukuran saiz kepala : 53

Nama : Nurul Nabihah bt Mohd Amri


Umur : 12 tahun
Tempat Tinggal : Kem Bukit Galing, Kuantan
Sekolah : SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang

UKURAN FIZIKAL
Tinggi : 155 cm
Berat : 45 kg
Ukuran saiz kepala : 55

UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

PERINGKAT UMUR (6 – 12 TAHUN)


JADUAL 1

BIL NAMA UMUR TAHUN TINGGI BERAT SAIZ


(CM) (KG) KEPALA
(CM)
1. Muhammad Adlan 7 1 126 30 51
2. Nur Alesya Najwa 7 1 125 35 53
Purata keseluruhan 125.5 32.5 52

Jadual 1 : menunjukan data yang diperoleh daripada purata ketinggian, berat dan saiz kepala
bagi kanak-kanak yang berumur 6 – 7 tahun. Ujian dijalankan ke atas 2 orang kanak-kanak

GRAF 1

140

120

100

80

60

40

20

0
tinggi (cm) berat (kg) saiz kepala (cm)

RUMUSAN

Berdasarkan maklumat di atas menunjukkan ketinggian, berat dan saiz kepala


kanak-kanak pada peringkat 6 – 7 tahun. Saiz badan kedua-dua kanak-kanak ini
berbeza begitu juga ketinggian yang mempengaruhi saiz badan. Di samping itu, saiz
kepala mereka juga berbeza. Jika diperhatikan, kanak-kanak perempuan mempunyai
pertumbuhan dan perkembangan fizikal lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki
terutamanya dari segi berat dan saiz kepala.

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pada peringkat umur 6
hingga 7 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa
perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara
perlahan hinggalah ke peringkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan
gigi kekal dan penulisan kanak -kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika
ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci
dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut
peraturan dengan aktiviti - aktiviti yang lebih bersifat konkrit.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak


pada peringkat 6 hingga 7 tahun iaitu makanan yang seimbang penting bagi menjamin
perkembangan fizikal yang sihat. Taraf kesihatan yang baik akan mempercepatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak. Baka juga adalah salah satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan kanak -kanak. Kanak-kanak mewarisi sifat fizikal ibu
bapanya. Sifat fizikal yang diwarisi adalah seperti saiz badan, ketinggian warna rambut,
kulit, mata dan perkembangan fizikal kanak -kanak mengikut kajian di atas.

JADUAL 2
BIL NAMA UMUR TAHUN TINGGI BERAT SAIZ
(CM) (KG) KEPALA
(CM)
1. Irfan Muslihin 10 4 138 37 52
2. Nur Izzati 9 3 140 40 54
Purata keseluruhan 139 38.5 53

Jadual 2 : menunjukan data yang diperoleh daripada purata ketinggian, berat dan saiz kepala
bagi kanak-kanak yang berumur 8 – 10 tahun. Ujian dijalankan ke atas 2 orang kanak-kanak

GRAF 2

160

140

120

100

80

60

40

20

0
tinggi (cm) berat (kg) saiz kepala (cm)

RUMUSAN
Graf 2 menunjukkan tinggi, saiz kepala, berat kanak-kanak pada peringkat 8
hingga 10 tahun. Saiz badan menunjukkan berbeza antara dua orang kanak -kanak
dalam umur yang beza iaitu 9 dan 10 tahun serta jantina yang berbeza. Ketinggan kanak-
kanak juga berbeza mengikut saiz badan. Ketinggian kanak-kanak perempuan akan
bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12
tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur
antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur
15 tahun. Kanak- kanak yang mempunyai saiz badan yang besar berbeza berat badan.
Dalam kalangan dua orang kanak -kanak tersebut tidak menunjukkan perbezaan saiz
kepala yang banyak. Saiz kepala mereka adalah antara 52 cm sehingga 54 cm. Secara
keseluruhannya, kanak-kanak perempuan mempunyai perkembangan dan pertumbuhan
yang lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 8 hingga 10


semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat,
melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan
dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan
membantu perkembangan kemahiran motor. Pada masa 9 tahun 10 tahun kanak- kanak
lelaki cenderung untuk lebih berat berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
Manakala sampai masa akil baligh yang se lalunya terjadi lebih dahulu di kalangan
kanak-kanak perempuan, berat kanak-kanak perempuan akan melebihi berat kanak-
kanak lelaki. Tetapi pada peringkat permulaan remaja berat kanak - kanak lelaki kembali
melebihi berat kanak-kanak perempuan. Keadaan ini akan terus - menerus berlaku
sehingga ke peringkat dewasa.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak


pada peringkat 8 hingga 10 tahun iaitu keadaan persekitaran. Perkembangan fizikal
kanak-kanak menjadi lebih cepat sekiranya kanak-kanak menerima cukup rangsangan
pergerakan anggota tubuh. Pengawasan pergerakan yang keterlaluan oleh ibu bapa atau
orang dewasa boleh membantutkan perkembangan fizikal kanak - kanak.
JADUAL 3

BIL NAMA UMUR TAHUN TINGGI BERAT SAIZ


(CM) (KG) KEPALA
(CM)
1. Mohd Azri 11 5 150 40 53
2. Nurul Nabihah 12 6 155 45 55
Purata keseluruhan 152.5 42.5 54

Jadual 2 : menunjukan data yang diperoleh daripada purata ketinggian, berat dan saiz kepala
bagi kanak-kanak yang berumur 11 – 12 tahun. Ujian dijalankan ke atas 2 orang kanak-kanak

GRAF 3

180
160
140
120
100
80
60
40
20
0
tinggi (cm) berat (kg) saiz kepala (cm)

RUMUSAN
Graf 3 menunjukkan tinggi, saiz kepala, berat kanak -kanak pada peringkat 11
hingga 12 tahun. Saiz badan menujukkan berbeza antara dua orang kanak -kanak dalam
umur yang beza antara 11 hingga 12 tahun. Ketinggan kanak- kanak juga berbeza
Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur antara 10
sehingga12 tahun dan mencapai tahap ke muncak semasa mereka berumur 15 tahun.
saiz pinggang kanak-kanak tersebut tidak bertambah berdasarkan pertambahan umur. Ini
kerana ada kanak-kanak yang bertubuh gempal dan mempunyai saiz pinggang yang
lebih besar walaupun umurnya masih kecil. Tetapi saiz pinggang kanak-kanak berumur
12 tahun adalah lebih besar daripada kanak- kanak berumur 6 tahun.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat 6 hingga 12 tahun ini lebih


bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor sedia ada. Maka,
pertumbuhan saiz kepala dan saiz pinggang tidak begitu ketara. Ketika umur meningkat
kepada 11 hingga 12 tahun kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini
adalah cepat dan pesat sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan
fizikal seperti ketinggan, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.Pada umur 11
tahun apabila kanak -kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat,
cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi
kepada mereka.

GRAF 4
180

160

140

120

100
tahap 1
tahap 2
80
tahap 3
60

40

20

0
ketinggian berat saiz kepala

Graf 4 :menunjukkan perbandingan perkembangan fizikal kanak-kanak dari ketiga-tiga


peringkat umur.

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih
dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara
konsep-konsep penting tersebut adalah :

Skema
Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan
dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan
menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan
dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda
yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda
yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada)
dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi
Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean
Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya,
kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan
objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet
itu.

Adaptasi
Adaptasi merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi
dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan
wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta
hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati
kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan
yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-
pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)


 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah
egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka
sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi


lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan
pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses
pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.
Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik,
selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap Piaget seterusnya dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir
secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu
menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat
inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,
berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu
benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami
konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap
ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)

Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif


manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga
lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini
dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan
telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati
dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat
perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai
dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru
dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi
tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang
digunakan
UJIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

PERINGKAT UMUR (6 – 12 TAHUN)

Ujian-ujian kognitif yang kami jalankan semasa menjalani Pengalaman Beasaskan


Sekolah (PBS) adalah seperti berikut :

Ujian 1 – pemerhatian terhadap panjang jarak

Langkah pertama :menyediakan dua batang pen yang sama panjang.


Langkah kedua : Memberi masa kepada murid untuk memerhatikan kedua - dua pen itu.
Langkah ketiga : Menanya murid sama ada dua pen itu sama panjang atau tidak.
Langkah keempat : mengubah kedudukan pen tersebut.
Langkah kelima : Menanya murid sama ada dua pen itu sama panjang atau tidak.
Langkah keenam : Merekod keputusan murid.

Sebelum Selepas

Gambar 1
KEPUTUSAN

PERINGKAT NAMA MURID SEBELUM SELEPAS


UMUR YA TIDAK YA TIDAK
Muhammad Adlan ̷ ̷
Nur Alesya Najwa ̷ ̷
6–7
Irfan Muslihin ̷ ̷
Nur Izzati ̷ ̷
8 – 10
Mohd Azri ̷ ̷
Nurul Nabihah ̷ ̷
11 - 12

RUMUSAN
Ujian ini telah dilaksanakan untuk tiga peringkat umur kanak-kanak semasa kami
menjalani PBS di SK Pendek dan SK (P) Methodist. Kami telah memilih dua orang bagi
setiap peringkat umur. Ujian ini merupakan pemerhatian pelajar terhadap panjang dua
batang pen. Kami meletakkan dua batang pen yang sama panjang, jenis dan
kedudukannya. Kemudian, kami menanyakan kanak-kanak terbabit sama ada dua pen
itu sama panjang atau tidak. Selepas itu, kami mengubah kedudukan pen yang berada
dibawah dan kami juga menanyakan soalan yang sama pada kanak-kanak terbabit.
Kesemua kanak-kanak terbabit menjawab “ya” sebelum kami mengubah kedudukan pen
tersebut. Selepas kami mengubahnya, hanya seorang kanak-kanak peringkat umur (6 –
7) tahun yang tidak dapat menjawab. Kanak-kanak peringkat yang lain dapat menjawab
dengan betul.

Biasanya saiz kepala mempengaruhi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.


Kanak-kanak yang mempunyai saiz kepala yang kecil biasanya mempunyai tahap
perkembangan kognitif. Ujian ini mengkaji pemikiran kognitif kanak -kanak. Lebih
menumpukan kepada keadaan fizikal (panjang baris) daripada konsep yang lebih abstrak
( bilangan, nombor ). Tidak dapat melaksanakan transformasi. Melihat pemanjangan
baris sebagai baru dan bukan poses pemanjangan baris yang lama. Selain itu, tidak
dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada
asal.

Ujian 2 –Pemerhatian terhadap bilangan duit syiling

:
LANGKAH KETERANGAN
Langkah pertama menyusun duit syiling berbentuk bulat dalam dua baris
dengan angka yang sama pada sehelai kertas.
Langkah kedua menyusun duit syiling dengan rapat berbentuk bulat dalam
satu baris. dalam satu lagi barisan pula duit syiling disusun
dengan jarak yang jauh sedikit
Langkah ketiga menanya kepada murid sama ada bilangan susunan duit
syiling bulat dalam dua helai kertas itu sama kuantiti atau
tidak.
Langkah keempat merekod keputusan murid ke dalam bentuk jadual

A B

Keputusan :

A B
PERINGKAT NAMA YA TIDAK YA TIDAK
UMUR

6–7 Muhammad Adlan ̷ ̷


Nur Alesya Najwa ̷ ̷
tahun
8 – 10 Irfan Muslihin ̷ ̷
Nur Izzati ̷ ̷̷
tahun
11 – 12 Mohd Azri ̷ ̷
Nurul Nabihah ̷ ̷
tahun

RUMUSAN

Berdasarkan ujian yang kedua iaitu pemerhatian ke atas bilangan duit syiling.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur menjawab dengan betul semasa ujian A
dijalankan. Semasa ujian B dijalankan, hanya kanak-kanak dari peringkat (6 – 7) tahun
tidak dapat menjawab dengan betul. Mereka mengatakan bilangan duit syiling di
bahagian bawah lebih banyak daripada bahagian atas. Manakala, kanak-kanak
peringkat umur yang lain dapat menjawab dengan betul.

Kanak-kanak peringkat umur (6 – 7) tahun tidak menjawab dengan betul kerana


otak mereka masih lagi tidak boleh membuat proses keterbalikan. Menurut Piaget,
kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud,
mereka melihat dan memahami persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat
ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan
perspektif yang sama dengan mereka.

kanak-kanak peringkat umur (11 – 12) tahun sudah boleh melakukan proses
mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan
pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit.

Ujian 3 : Pemerhatian terhadap isipadu air.


LANGKAH KETERANGAN
Dua buah bekas A dan B disediakan dan diisi air yang sama
Langkah pertama kuantiti seperti dalam gambar 1
menanya kepada murid sama ada isipadu air kedua-dua
Langkah kedua bekas sama atau tidak
Langkah ketiga Air dari bekas B ditunang ke bekas C yang lebih besar
menanya kepada murid sama ada isipadu air masih sama
Langkah keempat atau tidak
Langkah kelima merekod keputusan murid ke dalam bentuk jadual

A B A C

Gambar 1 gambar 2

Keputusan :

A B
PERINGKAT NAMA
YA TIDAK YA TIDAK
UMUR

6–7 Muhammad Adlan ̷ ̷


Nur Alesya Najwa ̷ ̷
tahun
8 – 10 Irfan Muslihin ̷ ̷
Nur Izzati ̷ ̷̷
tahun
11 – 12 Mohd Azri ̷ ̷
Nurul Nabihah ̷ ̷
tahun

Rumusan

Berdasarkan ujian 3, keenam-enam kanak-kanak menjawab dengan betul ketika


ditanyakan mengenai isipadu air dalam bikar A dan B. Ini kerana, semua kanak-kanak
ini sudah menguasai proses identity. Apabila air dalam bekas B dituang C, hanya tiga
orang kanak sahaja yang dapat menjawab dengan betul iaitu kanak-kanak peringkat
(11 – 12) dan seorang kanak-kanak peringkat (8 – 10) tahun. Ini kerana kanak-kanak ini
sudah boleh menguasai proses keterbalikan.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,


Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
kemahiran klasifikasi. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang
melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran
yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati
contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam
pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada
yang jelas.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

Dari apa yang kami lihat, kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan
pemerhatian dan langkah-langkah yang telah diambil semasa menjalani tugasan ini
ialah kita sebagai guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk meneroka jalan
penyelesaian dan membuat hipotesis. Kita haruslah memberi lebih banyak peluang
untuk murid menyelesaikan masalah sendiri . kita juga haruslah mengemukakan
konsep yang luas tidak hanya terikat dengan fakta dan menerima pendapat pelajar dan
bombing pelajar untuk menerima pendapat orang lain.

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan


manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di
antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah
unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi
jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya


mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program
pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan.

Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas


berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di
dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan


perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan
membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi
untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak
berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak
perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu.
Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi


terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat
dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal
kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif anak-kanak. Bagi
implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja
sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak
setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-
kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk
melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan
berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru
harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan
mengambilkra perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7


hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik
seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah
permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan
pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya
tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian.

Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam


lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud
seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Di samping
itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek, mudah dan jelas disertai dengan
contoh.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga


11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit
terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D
seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak
harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai
contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji
keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

RUMUSAN

Berdasarkan pemerhatian dan kaian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa
penekanan terhadap proses perkembangan fizikal dan kognitif perlu dititikberatkan
kerana ia penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan ini dibaikan,
kemungkinan kanak-kanak akan berasa rendah diri dan cuba menjauhakan diri
daripada orang lain. Jika ini terjadi, kanak-kanak tersebut akan bersifat pasif
bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita. Sekiranya kanak-
kanak mempunyai perkembangan fizikal dan kognitif yang baik, mereka akan lebih
berkeyakinan dan dapat berkomunikasi dengan baik kerana mereka mempunyai
keyakinan untuk bergaul dengan orang lain sama rakan sebaya ataupun lebih tua dari
mereka.

Bagi memastikan semua ini berjalan dengan lancer, guru merupakan individu
yang paling penting dalam memainkan peranan. Guru seharusnya mewujudkan
persekitaran pemblajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid di samping
menyediakan alat bantu mengajar yang baik. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk
memperkembangkan sosio-emosi mereka dengan memberi peluang ntuk menyatakan
pendapat mereka. Secara tidak langsung iaidapay mewujudkan keyakinan dalam diri
kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara kepada
orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk belajar. Ibu bapa juga seharusnya membimbing
kanak-kanak untuk membentuk sosio-emosi mereka supaya berada di tahap yang lebih
baik. Sekiranya kanak-kanak terdedah dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik,
mereka akan membentuk jati diri dan persenoliti serta keperibadian yang baik. Secara
tidak langsung, Malaysia akan mempunyai masyarakat yang cemerlang selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai